Latest Post :
Recent Post

Bunga & Ashraff Berbulan Madu

Bunga & Ashraff Berbulan Madu















Dulu kami pernah post pasal gambar berbulan madu (honeymoon) Bunga Citra Lestari dan Ashraff Sinclair nie. Tapi gambar tue tak boleh lawan gambar terbaru honeymoon diorang yang akan kami paparkan nie. Memang terseksa jiwa raga tengok.
Ok kami tau yang Bunga Citra Lestari nie memang suka pakai seksi-seksi. Terpulanglah pada dia kan. Tapi bila tengok gambar honeymoon BCL nie, terasa macam minah nie terlebih seksi nie. Ashraff plak nampak cam layan jer.
Bagi kami nak seksi boleh. Kami tak kisah. Tapi janganlah upload kat Facebook ke apa ke. Lek-lek udahlah. Anda tue artis. Jadi ikutan ramai. Skang nie gambar anda satu dunia boleh tengok. Siapa yang malu? Bunga Citra dan Ashraff jugak. Itupun kalau malu la kan.
Lagi gambar terkini berbulan madu @ honeymoon Bunga Citra Lestari dan Ashraff Sinclair dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Anda dinasihatkan tak tengok kalau di bawa umur 18 tahun










{[['']]}

Nurul Artis Yang Berangan Besar?




Tidak tahu siapa artis yang dimaksudkan dalam celoteh laman web GUA. Kalau mahu diikutkan penulis, kisahnya berkaitan kelagakkan seorang artis ketika majlis pelancaran album baru-baru ini, post yang penulis rasakan berkaitan artis ini sepertinya Nurul namun ada juga artis lain seperti Ayu. Tapi penulis lihat balik artikel Nurul sebelum ini, seperti Nurul orang yang dimaksudkan. Biar betul, Nurul seperti yang digambarkan umpama berangan dan berlagak. Iskh3, tapi penulis kurang yakin pula, melihat dari personaliti Nurul, mungkin tidak juga. Kata anda pula?



Tidak sah kalau tidak mendengar berita hangat dan sensasi daripada mulut-mulut pengadu yang tidak berpuas hati dengan artis pujaan mereka. Bukan sengaja memperbesarkan cerita si pengadu, sekadar berkongsi kisah dengan pembaca. Yelah, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan!

Baru-baru ini seorang sumber menghadiri sebuah majlis pelancaran album seorang artis. Artis ni pula bukanlah seorang penyanyi, sebaliknya semua bidang disapu, pendek kata, mahu menjadi artis versatil.

Sudahlah pengacara majlis pelancaran itu seakan syok sendiri, bercakap terjerit-jerit sehinggakan mesej yang disampaikan dalam lawak jenaka disambut hambar oleh tetamu yang rata-ratanya bosan melihat gelagatnya itu.

Apabila tiba masa persembahan, tetamu tambah meluat melihat aksi si artis yang sengaja menyanyi dalam suara meneran, ala-ala penyanyi country di Amerika itu. Tak sesuai langsung!

Yang membuatkan rasa nak tergelak apabila sumber itu memberitahu, si artis tidak merakam 10 lagu kerana merasakan lagu-lagunya eksklusif. Malah kata artis itu lagi, kalau dia memberikan banyak lagu sekalipun, jika peminat tidak menghafal lagu-lagunya, tak guna juga.

Mahu cuba juga mendengar lagu-lagu dari album artis itu. Entah apa yang eksklusif. Bagi reporter, hanya peminat fanatik artis itu sahaja yang faham lagu-lagu nyanyiannya.

Hai, berangan sungguh artis ini, Dato’ Siti Nurhaliza yang sememangnya diva nombor satu negara itu pun tak pernah mengatakan lagu-lagu dalam albumnya eksklusif, tetapi sebagai pendengar, kita dapat menilai kualiti lagu yang dinyanyikan beliau. -Gua
{[['']]}

Fasha Sanda, Rizal Tunjuk Belang




Pada tarikh 15 Julai lalu, akhbar online Harian Metro ada mengeluarkan atau mendedahkan yang Fasha Sandha sudah mula secara terang-terangan menunjukkan hubungan beliau dengan Rizal Ashram. Rizal Ashram yang juga dikenali sebagai bekas suami Nora Danish (pelakon comel) memang selama ini hebat di kaitkan dengan Fasha Sandha tetapi kedua-dua mereka berkeras kali menafikan (cuma Fasha Sandha sahaja yang menafikan, Rizal tak tahu ke mana).

Berkali-kali juga media Malaysia secara online, offline, blog dan forum-forum mengeluarkan gossip yang menyatakan bahawa kedua mereka ini sudah berkahwin namun sehingga hari ini tiada kesahihan. Kali ini, sekali lagi ada sumber yang menyatakan pasangan ini baru sahaja berkahwin (secara sorok-sorok) dan berita ini masih lagi dianggap baru dan panas. Jika benar berita ini, anggaplah semua spikulasi/gossip selama ini benar dan Fasha Sandha harus diboikot (hehe) kerana keruntuhan rumahtangga Nora Danish, kecian Nora..
{[['']]}

Noniswara nak kahwin lagi



Lama sudah pelakon cantik Noniswara bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisinya. Hidup Nonis ditemani anak-anak yang semakin membesar.

Dengar Nonis sudah bertemu seorang lelaki yang akan menjadi suaminya.
Patutlah semasa nampak Nonis dalam sebuah majlis baru-baru-baru ini berseri-seri muka dia.

Malah Nonis hadir ke majlis itu bersama lelaki yang bakal menjadi suaminya. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar mereka.

Nonis sedang berbahagia dan akan menamatkan alam solonya awal Ogos depan. Dia tak menyorok lagi apabila rakan-rakan bertanya pasal perkara itu.

Kiranya raya tahun ini Nonis akan kembali berasa beraya di rumah mentua dan mencium tangan suami di pagi rayalah.

"Nonis beritahu aku dia nak kahwin bulan Ogos ini," kata rakan yang sempat berborak dengan Nonis.

tak sempat pula nak berborak sebab ke majlis itu atas urusan tugas. Apabila selesai tugas, Nonis dan nak berangkat pulang.

nak ucapkan tahniahlah kepada Nonis dan nak doakan agar Nonis dapat mengecap kebahagiaan semula.

Dulu Nonis pernah kata bersendiri lebih baik. Nampaknya kali ni Nonis akan kata berdua lebih baik pula.

Sekarang musim buah ni nak cari buah `jentik-jentik' yang dah lama tak makan. Buah tu kalau kita jentik, kulitnya akan terkopek. Kulitnya berwarna oren pekat dan bersaiz kecil daripada buah langsat. Agaknya payah nak cari buah yang tak popular di kedai macam itu.
{[['']]}

(Panas) Video Lucah Farawahida Bakal Tersebar




Kecoh semalam bila Harian Metro (macam biasalah) mengeluarkan gosip ini di’muka hadapan akhbarnya. Kami dah masak sangat dengan Harian Metro ni untuk menjual akhbar mereka. Ada sebut pasal lucah-lucah sikit biarpun belum confirm, ianya seakan-akan dah diconfirmkan oleh mereka. Berpusu-pusu’lah orang melayu yang membeli.

Mengenai isu video lucah tersebar ni, kalau tiada angin masakkan pokok bergoyang. Mengapa Farawahida membuat laporan polis mengenai ugutan penyebaran gambar dan video lucah’nya jika semua itu tidak wujud? Bila dia takut, sekarang semua orang pun tahu yang gambar dan video lucah itu sememangnya benar-benar wujud. Kalau tak wujud, tak perlu nak buat laporan polis kot?

Dan mengapa pula laporan polis ditujukan kepada komposer tekenal, Julfekar Ahmad? Adakah ini membawa makna pernah terjadi “sesuatu” antara Farawaheda dan Julfekar sebelum ini? Jeng Jeng Jeng. Bagaimana Farawahida begitu yakin gambar dan video lucahnya ada ditangan Julfekar sehingga terpaksa membuat laporan polis? Sekali lagi, jeng jeng jeng. Renung-renungkan lah.

Apapun buat pembaca Oh! Artis yang terlepas berita ini di Harian Metro semalam, kami paste’kan untuk rujukan dan kefahaman yang lebih jelas.


KUALA LUMPUR: “Ya Allah…kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat,” kata komposer Julfekar Ahmad mengulas tindakan penyanyi Farawahida membuat laporan polis mendakwa dia mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya.

Julfekar, 45, yang dihubungi semalam terkejut dengan tindakan penyanyi itu berkata, Farawahida boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti.

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan.

“Biar saya selesaikan dulu (rujuk peguam)…kemudian baru kita tengok macam mana,” katanya.

Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Bermula tarikh berkenaan, penyanyi itu mendakwa ingin mengadakan persembahan secara bersendirian tanpa mempunyai kaitan dengan syarikat rakaman itu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

Julfekar seterusnya berkata, dia sebelum ini ada mendengar khabar angin Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 24, membuat laporan polis terhadapnya, namun tidak mahu melatah sehingga ia betul-betul sahih.

“Sehingga kini polis belum menghubungi saya, tapi saya juga akan membuat laporan polis,” katanya.

Dia berkata, sejak pulang ke kampung di Taiping, Perak, empat bulan lalu, Farawahida langsung menutup pintu perbincangan antara mereka.

“Penyanyi itu menghantar notis berhenti 24 jam kepada pengurusan (Millenium Art Sdn Bhd) atas alasan mengikut kehendak keluarganya, tapi mana ada penyanyi hantar notis berhenti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad yang dihubungi Harian Metro semalam mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan sekitar jam 7.45 malam.

Menurutnya, polis kini membuka kertas siasatan terhadap laporan kes ugutan berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan.

“Pegawai penyiasat sudah berusaha menghubungi individu yang dimaksudkan dalam laporan terbabit, namun masih gagal menghubunginya. Namun, polis akan berusaha mencarinya bagi membantu siasatan,” katanya.

Kemelut antara mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.

Farawahida dikatakan pernah dua kali menghantar surat untuk keluar daripada pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu, bagaimanapun permintaan penyanyi itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida.

Julfekar sebelum ini dilaporkan berkata syarikat tidak menghalang jika Farawahida mahu keluar dengan syarat bersedia membayar ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbarunya, Farawahida `09.

“Saya juga memohon ganti rugi RM200,000 lagi atas segala kepayahan saya menaikkan namanya sepanjang tujuh tahun bergelar artis,” katanya.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger