Latest Post :
Recent Post

Shaheizy Sam Bakal Muncul Sebagai Hero Filem 'SAM'

http://www.gosipsensasi.co.cc
Shaheizy Sam bersama bonda tersayang.
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam bakal membintangi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production sebagai ganti kerana kegagalannya berlakon dalam filem Bohsia 2.
Jelas Sam, dia tidak dapat membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu berikutan jadual penggambarannya bertindan dengan filem Kongsi terbitan syarikat pengurusannya MIG Production.
“Saya berhutang satu filem dengan Skop kerana saya sudah berjanji untuk berlakon dalam filem Bohsia 2 tetapi jadual penggambarannya bertindan dengan jadual penggambaran filem Kongsi.
“Jadi mereka menawarkan filem SAM sebagai ganti kepada filem yang tidak dapat saya sertai itu,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan kereta atas kemenangannya sebagai bintang paling popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di sini, Selasa.

 Shaheizy Sam bersama Lisa Surihani.
 
Sam menerima kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.
Pelakon itu berkata dia menolak dakwaan terdapat perselisihan faham antara dia dan Skop Production berikutan kegagalannya menyertai KL Gangster.
“Saya menghormati perjanjian saya dengan mereka, jadi saya akan gantikan dengan filem tersebut yang dijangka mula penggambaran pada Julai ini,” ujarnya
Dalam pada itu, Sam yang biasa dengan watak komedi mengakui 70 peratus daripada watak yang akan dilakonkan dalam SAM adalah dirinya yang sebenar.
“Setiap lakonan yang saya buat adalah 70 peratus diri saya yang sebenar dan disesuaikan mengikut skrip yang diberikan.
“Namun begitu saya percaya jika saya asyik bawa watak komedi sahaja, akan sampai satu tahap yang peminat akan bosan,” katanya yang mahu membawakan watak lebih mencabar dan berat.

Shaheizy Sam bersama Nissan Teana bernilai RM140,000 yang dimenanginya.
Selain itu, ketika ditanya tentang soal hati, Sam akui masih takut untuk memulakan hubungan cinta.
“Saya seorang yang pemalu untuk memulakan sesuatu hubungan, ditambah dengan takut cinta saya ditolak.
“Banyak lagi yang perlu difikirkan selain cinta terutama sekali kerjaya saya sekarang memerlukan komitmen yang sangat tinggi,” katanya.
Sementara itu, bercerita tentang kereta Nissan Teana 2.0L yang dimenanginya, Sam memberitahu dia belum ada sebarang perancangan terhadap kereta tersebut.
"Saya sekarang memakai kereta Volvo 40 yang saya hadiahkan kepada mami (ibu) saya. Tapi disebabkan dia jarang keluar rumah, jadi saya yang gunakan kereta tersebut.
"Buat masa ini saya tidak tahu nak buat apa lagi dengan Kereta Nissan ini, saya hanya nak bawa balik rumah dan tunjuk kepada mami," ujarnya.
{[['']]}

Gambar Majlis Perkahwinan Salih Yaacob Dengan Isteri Ke 4

http://www.gosipsensasi.co.cc


Respek habis le kat Bro Salih Yaacob diatas perkahwinan kali keempatnya untuk mencukupkan kuota dengan persetujuan dan perkenan ketiga-tiga isterinya.Tahniah juga kepada Bro Salih Yaacob kerana mampu berlaku adil keatas semua isteri-isterinya.Dengan rezekinya yang semakin melimpah ruah tidak salah rasanya Bro Salih mencukupkan kuotanya.Saya ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.



                                                 







KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.
Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.
“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.


Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.
{[['']]}

Gambar Majlis Pertunangan Elly Mazlein

http://www.gosipsensasi.co.cc




Elly tersenyum manis di hari pertunangannya dengan Azmi di Bukit Kiara Equestrian Resort.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berharap cerita negatif tentang dirinya sebelum ini mampu ditutup selepas melangsungkan majlis pertunangan di Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Sebelum ini, Elly pernah didakwa bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan dia sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebelah utara.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Bakawali ini turut digembar-gemburkan bercinta dengan seorang pengarah yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.
Namun begitu, Elly enggan mengimbas kembali setiap persoalan yang pernah dikaitkan dengannya sebaliknya tidak mampu menahan sebak apabila menganggap segala-galanya sudah terjawab kini.
                                            Elly dengan tunangnya, Azmi.
“Saya tak mahu komen tentang cerita yang mengatakan saya mengambil suami orang kerana hari ini merupakan hari bahagia saya.
“Saya tidak sabar untuk bergelar isteri pada Februari tahun depan memandangkan usia saya sudah mencecah 30 tahun. Saya juga sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan ibu,” katanya yang telah bertunang dengan duda beranak dua, pengarah Azmi Hata.
Menurut Elly, mereka berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
“Saya tak kisah dengan status Azmi. Bagaimanapun, saya mengharapkan yang terbaik daripadanya hingga dia menunaikan janjinya untuk memperisterikan saya.
“Salah satu faktor yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah ciri-ciri kebapaan yang ada pada Azmi apabila melihat dia pandai mengambil hati anak saudara saya.
Elly berharap cerita negatif tentang dirinya sebelum ini mampu ditutup selepas melangsungkan majlis pertunangan itu.
“Selain itu, dia merupakan seorang yang sangat baik hati, menghormati orang lain, matang, pandai mengambil hati saya serta ibu dan bapa saya dan romantik kerana selalu membuat kejutan kepada saya,” ujarnya di samping Azmi.
Dalam pada itu, Azmi memilih Elly untuk menjadi suri hatinya apabila merasakan wanita itu mempunyai banyak keserasian dengannya.
“Apabila bersama dengannya, saya rasa diri saya sangat istimewa. Saya tahu ramai lelaki yang sukakan Elly tetapi saya rasa bertuah apabila tercalon untuk menjadi teman hidupnya.
“Dia juga seorang yang lemah-lembut, cantik, manja dan memahami karier saya. Saya juga bersyukur kerana dia dapat menerima anak-anak saya dan mempunyai keperibadian seorang ibu. Malah anak-anak saya memanggilnya mama,” katanya.
                                                     Ellie bersama Bonda
Azmi bercerai beberapa tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.
Dalam perkembangan lain, Elly yang hanya sempat mengambil cuti singkat dua hari untuk majlis pertunangannya akan memasuki penggambaran drama Secangkir Cinta Semanis Madu dan menunggu single terbarunya, Please Forgive Me diputarkan di radio.
{[['']]}

Salma Juara Mentor Musim Ke 5 Dengan Meraih 3.25 juta Undian SMS Penonton

http://www.gosipsensasi.co.cc

Salma mengungguli gelaran juara Mentor 5 di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad. - Foto LOW BOON TAT
SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.
Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.
Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).
“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.
Erra, mentor Salma turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
“Apa yang membangkitkan semangat saya untuk berjaya adalah teguran daripada Kak Erra dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh setelah melihat prestasi saya agak teruk pada peringkat separuh akhir,” kata Salma dalam satu sidang media.
Selepas memenangi program yang turut disiarkan secara langsung di TV3 itu, secara automatik Salma akan bergelar artis di bawah stesen televisyen itu sebelum bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.
“Saya akan meneruskan minat dalam bidang nyanyian dan teringin untuk memiliki album sendiri. Dengan wang tunai yang saya dapat ini, mungkin saya akan merealisasikan impian saya.
“Saya juga merancang untuk membawa keluarga makan angin,” ujarnya lagi yang turut mengaku statusnya sebagai janda beranak satu.
Salma pernah berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda berusia lebih tiga tahun.
Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.


Datuk Sharifah Aini, Shiha mendapat tempat kedua manakala Edry dan Iqa di tempat ketiga.
Sementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.
Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.
Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Ziana Zain.
Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.
{[['']]}

Pelakon Bollywood Guna Peralatan Khas Untuk Kelihatan Montok

http://www.gosipsensasi.co.cc

VIDYA perlu guna peralatan khas untuk menjadikannya lebih seksi untuk aksi filem.

MUMBAI: Jika lakonan Vidya Balan sebagai Silk Smitha dalam filem Dirty Picture belum cukup melampau, kini aktres itu akan menggunakan peralatan kosmetik untuk menambah ukuran paha bagi peranan barunya bertujuan memperhebat penampilan punggungnya supaya lebih seksi.

Vidya pada mulanya patut menambah dan kemudian mengurangkan berat untuk peranannya sebagai gadis zaman silam.

Tetapi, dia kemudian membuat penjelasan mengatakan dirinya tidak dapat menambah berat badan dan kemudian mengurangkan berat berlebihan dengan cukup pantas.

Apapun, khabar angin kini tersebar bahawa aktres itu perlu menggunakan peralatan khas untuk menambah berat pada bahagian dada untuk sebahagian aksi filem.





Apa yang menarik ialah bahagian penting memerlukan beliau menambah beberapa kilogram berat badan ialah pahanya bagi membantu punggungnya menjadi semakin menarik.

Vidya mendapat inspirasi daripada rakan baiknya satu ketika dulu, Shahid Kapoor yang dikhabarkan menggunakan bantuan kosmetik untuk menjadikan dirinya lebih kacak. Vidya kini akan menggunakan bahan tambahan itu.
Produser Ekta Kapoor pada hakikatnya memberi tugas menjadikan Vidya kelihatan montok kepada pengarah seni, Shahana dan jurusolek, Vikram.

Oleh kerana Vidya sudah berjaya mengurangkan berat badannya dan tidak berminat untuk menambah berat lagi berikutan penggambaran akan dimulakan 30 Mei ini, pembuat filem itu terpaksa mengambil langkah terdesak.

Bagaimanapun, sudah pasti agak menarik melihat Vidya membawa peranannya dan sudah tentu beliau sentiasa boleh menelefon Shahid untuk mendapatkan pandangan.

Filem berkenaan mengisahkan seorang wanita menarik, penggoda yang menjadi terkenal namun masalah dalam percintaan akhirnya merosakkan dirinya sendiri.
{[['']]}

Panas!! Rozita Che Wan Mengaku Tetapi Shahir Pula Menafikannya

http://www.gosipsensasi.co.cc


KUALA LUMPUR – Kisah cinta melibatkan aktres jelita Rozita Che Wan dan Juara Akademi Fantasia 8, Shahir AF8, semakin panas diperkatakan.
Jika sebelum ini, hanya gosip yang bertebaran, namun segalanya berubah apabila Rozita Che Wan tampil membuat penjelasan mengesahkan cinta yang bertaut antaranya dengan Shahir AF8.
Pengakuan Rozita Che Wan bukanlah satu perkara yang asing, memandangkan sikap keterbukaannya itu menunjukan kematangannya seiring dengan usia.
Tetapi kisah cinta mereka menjadi perhatian, apabila pengakuan Rozita Che Wan itu dianggap sebagai jenaka oleh sang pria.
Kekasih hatinya itu, tatkala ditemui pada majlis pratonton Karak, mengeluarkan kenyataan mengatakan pengakuan cinta Rozita itu hanyalah sekadar satu jenaka dan mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar rakan sesama artis.





Tidak berkecil hati mahu pun tersinggung, jelas aktres berusia 38 tahun ini, Shahir, berhak untuk mengaku atau menafikan percintaan mereka.
“Apa pun penjelasan dia (Shahir) hanya saya yang memahami dan saya harap berilah kami ruang. Tak kisahlah dia jawab ya atau tak, pada saya soal kasih, hati dan perasaan tak perlu penjelasan yang lebih kepada umum.
“Saya harap usahlah diperbesarkan atau dikontroversikan lagi isu ini. Cukuplah dengan pengakuan saya dan Shahir. Bagi saya, dia mempunyai hak untuk mengaku atau menafikan perkara tersebut, “katanya kepada murai.com.my mengulas mengenai kenyataan kekasih hatinya itu.
Memahami situasi yang dialami oleh anak muda kelahiran, Ipoh Perak itu, jelas Rozita, tindakan Shahir itu bagi menjaga hati orang sekeliling.
Ditanya kepadanya, perkara tersebut secara tidak langsung mampu mencalarkan imejnya kerana masyarakat mungkin beranggapan dia bertepuk sebelah tangan atau sengaja mereka cerita, kata Rozita, tiada guna baginya untuk berkelakuan sedemikian.
“Terpulang pada mereka untuk cakap apa sahaja kerana masing-masing mempunyai hak untuk bercakap. Tak jadi kudis pada saya pun kerana hanya kami saja yang mengetahui keadaan sebenar,” jelasnya mengakhiri perbualan.
{[['']]}

Pernikahan Nurul AF2 Di Narathiwat Thailand Sah

http://www.gosipsensasi.co.cc
                                                             Nurul AF2
Agak lama juga kita tidak mendengar berita dan cerita si gadis kecik molek yang berasal dari Sarawak ini iaitu Nurul, tup-tup kita menerima khabar yang dia sudah menjadi isteri orang.
Nurul yang merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-2 telah berkahwin  dengan Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand pada 23 Mei lalu.

Pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.
Tahniah diucapkan kepada Nurul dan Munzil kerana telah selamat menjadi pasangan suami isteri. Kami turut doakan agar ikatan perkahwinan anda berkekalan sehingga keakhir hayat.
KAJANG: Penyanyi Nurul, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.
Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.
Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.
"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.
Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.
Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.



                               Gambar-gambar Nurul sewaktu majlis pertunangannya.
Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.
"Saya ada cuba berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.
Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.
"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.
"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.
Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.
Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.
"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.
Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.
Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.
Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.
{[['']]}

Scotty McCreery Juara American Idol 2011

http://www.gosipsensasi.co.cc


LOS ANGELES: Scotty McCreery bergelar pemenang program nyanyian American Idol musim kesepuluh (AI10) selepas menewaskan pesaingnya Lauren Alaina pada pentas akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, di sini, Rabu.
Persaingan sengit dua peserta yang memperjuangkan genre muzik country itu menyaksikan McCreery mengetepikan Alaina dengan undian sebanyak 122 juta.
"Saya tidak pernah menjangkakan langsung. Saya perlu berterima kasih kepada Tuhan terlebih dulu... Dia yang menyebabkan saya berada di sini," kata remaja berusia 17 tahun yang sinonim dengan ton suara yang besar dan dalam.
Finalis American Idol (AI10) Scotty McCreery dan Lauren Alaina


McCreery dan Alaina,16, juga merupakan dua peserta paling muda yang pernah bertanding dalam sejarah AI.
Pada pertandingan itu, Alaina yang mengalami kecederaan serius pada peti suaranya tetap berjaya mempersembahkan vokal yang memukau yang mendapat pujian daripada barisan juri.
Bagaimanapun, McCreery yang tidak pernah berdepan risiko penyingkiran sepanjang kempen musim ini berjaya menewaskan Alaina kerana populariti yang dimilikinya.
McCreery adalah juara lelaki keempat program realiti itu selepas. Kali terakhir AI dimenangi oleh peserta wanita adalah pada musim 2007 menerusi Jordin Sparks.
Jumlah undian keseluruhan untuk musim ini mencecah 750 juta, seperti yang diumumkan oleh pengacara program itu Ryan Seacrest.
McCreery berduet dengan bintang country Tim McGraw dalam lagu Live Like You Were Dying, manakala juara musim keempat, Carrie Underwood kembali ke pentas AI apabila berduet dengan Alaina untk lagu Before He Cheats.
Pada malam Selasa, Alaina menyampaikan lagu Flat on the Floor, Maybe It Was Memphis dan Like My Mother Does. McCreery pula menyampaikan lagu barunya I Love You This Big, Gone dan Check Yes or No.
Penyanyi Beyonce dan Tony Bennett antara artis yang membuat persembahan pada malam keputusan itu. - AP

{[['']]}

Datuk Siti Nurhaliza Beli Penthouse Mewah Berharga RM20 Juta Depan KLCC

http://www.gosipsensasi.co.cc



Datuk Siti Nurhaliza membeli Penthouse mewah berhadapan KLCC dengan harga RM20 juta!!.Memang mahal giler beb, rumah banglo pun belum tentu lagi sampai mencecah harga ni. Mungkin disebabkan hartanah kat situ kot yang mahal,lebih-lebih lagi pemandangan disitu amat cantik..KLCC view katakan...Ada gosip-gosip yang mengatakan penthouse mewah tu adalah hadiah harijadi yang ke-32 daripada Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza




Dengan keluasan hampir 7000 kaki persegi,betul atau tidak Kondominium mewah itu adalah milik Datuk Siti Nurhaliza masih lagi menjadi tanda tanya.. kita tunggu je la Datuk Siti Nurhaliza bagi komen mengenai gosip ni nanti.. Tapi sudah ada jiran-jiran tetangga yang ternampak Datuk Siti Nurhaliza dalam lift menuju ke tingkat 40 keatas dekat kondominium mewah tu.Seperkara lagi tempat kediamaan Siti tersebut pernah dianugerahkan sebagai seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award. Memang kiranya kediaman paling best la tue, sampai menang-menang award lagi, rumah VVIP pun belum pernah menang anugerah.



{[['']]}

Faezah Elai Bukan Perosak Rumah Tangga Orang

http://www.gosipsensasi.co.cc



Faezah akan dedahkan kekasih apabila tiba waktu

KETIKA gosip yang menuduh dirinya sebagai perosak rumah tangga orang bertebaran dan terus menjadi bualan, tiba-tiba si empunya diri membuat pengakuan bahawa dia sudah pun bertemu arjuna hati dan bakal menamatkan zaman gadisnya secepat mungkin.

Sebuah kenyataan yang dikira berani, tulus lagi ikhlas, lahir daripada bibir bentuk limau seulas milik pelakon jelita Faezah Elai walaupun mengetahui pengakuannya itu bakal mengundang kontroversi yang mungkin tiada penghujungnya.
Kahwin 9 September
TERLANJUR berani meluahkan isi hati, tertanya-tanya juga siapakah jejaka yang berjaya merebut cinta pelakon Senjakala ini? Apakah bakal suaminya itu lelaki yang sering digosipkan dengannya, ataupun jejaka lain yang selama ini memang bertakhta di hati Faezah. tetapi tidak diperkenalkan kepada mana-mana pihak?

Namun, sejak mengumumkan berita baik itu, persoalan siapakah jejaka yang bertuah itu masih dibiarkan tanpa jawapan pasti. Tiada sebarang pengesahan yang dibuat pelakon berasal dari Pulau Mutiara ini. Sebaliknya dia terus mengunci mulut rapat-rapat apabila ditanya identiti sebenar lelaki yang bakal menjadi suaminya.



“Tunggulah, bila tiba hari yang sesuai nanti saya akan umumkan siapakah lelaki yang bakal menjadi suami saya itu. Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, saya tak kisah untuk mendedahkan siapakah lelaki itu. Namun sebagai menghormati permintaan keluarga pihak lelaki, biarlah identitinya didedahkan apabila tiba waktunya nanti,” kata Faezah sambil mengukir senyuman manis.

Tambahnya, sebagai seorang wanita adalah tidak manis untuknya menggembar-gemburkan perkara yang belum ada kesahihannya. Atas alasan itu jugalah dia lebih selesa berdiam diri dan tidak terlalu menghebohkan kisah perkahwinan berkenaan.
Teguh sungguh pendirian gadis berusia 29 tahun ini. Walaupun cuba dikorek siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya itu, namun dia tetap mempertahankan amanah yang diberikan. Begitupun, apabila terlalu berahsia sangat, timbul pula rasa sangsi, apakah lelaki itu ialah pengarah yang pernah dikaitkan dengannya, sehingga Faezah tidak mahu berkongsi identiti lelaki pilihannya bersama peminat.

Apa pun, jika benar bakal suaminya itu ialah Heykal Hanafiah, seorang duda dan juga pengarah drama bersiri Asmara 2, tentunya Faezah bakal berdepan dengan cacian dan cemuhan kerana pilihannya itu seolah-olah mengesahkan semua gosip yang tersebar.

“Tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Saya bukan perampas dan saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang timbul. Seperti yang saya katakan tadi, tunggu saja bila tiba waktunya. Apa yang boleh saya katakan, saya memilih dia sebagai calon suami kerana dia amat memahami diri saya.

“Malah dia juga tidak pernah menyekat keinginan saya untuk terus aktif dalam bidang seni,” ujar pelakon filem Cun ini penuh yakin.

Bakal disatukan pada 9 September depan, Faezah berkata, untuk majlis belah keluarga lelaki, mereka memilih untuk mengadakan keraian di tepi pantai.

“Sebenarnya, majlis berkonsepkan persandingan pantai ini adalah atas kehendak saya, tetapi apabila mengenangkan jumlah saudara mara saya yang ramai, saya rasakan tidak sesuai untuk sebelah perempuan meneruskan hasrat itu. Jadi, untuk sebelah lelaki, konsepnya adalah pantai, manakala sebelah perempuan adalah berkonsepkan tradisional,” katanya yang akan mengenakan rekaan Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat untuk hari bersejarahnya itu.

Hampir mahu berhenti berlakon

SUATU waktu dulu, dia teruk dihentam media gara-gara lakonan kayunya dalam filem Otai. Disebabkan itu, Faezah cukup trauma untuk kembali berlakon dek bimbangkan kritikan pedas yang bakal dilemparkan kepadanya.

Namun, menyedari bakat seni kurniaan Tuhan itu tidak seharusnya dipersiakan, Faezah kembali memulakan langkahnya dengan aktif di layar kaca.

Pengalaman sebagai dramatis ternyata memberikan kelebihan kepada Faezah untuk mempamerkan lakonan memberangsangkan dalam filem Cun arahan Osman Ali. Watak Kuntom yang dilakonnya dalam filem itu cukup menyerlah dan mendapat pujian ramai.


“Saya akui sedikit trauma apabila lakonan saya pernah dihentam teruk oleh media. Walaupun hampir mematahkan semangat dan terasa seperti mahu berhenti berlakon, namun nasihat daripada kedua-dua orang tua saya membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan kerjaya saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Dalam pada sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Faezah juga kini giat menjalani latihan sebelum turun ke lokasi penggambaran sebuah filem epik arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

“Dalam filem ini, saya memegang watak isteri kepada seorang tokoh terkenal tanah air. Watak ini memang cukup mencabar kerana tidak banyak sumber yang saya dapat mengenai watak isteri kepada seorang tokoh ini. Kalau ada sekali pun, footage yang ada tidak banyak membantu saya untuk mengenali wanita berkenaan.

“Jadi, selain daripada pembacaan, saya cuba merealisasikan watak itu menerusi imaginasi saya,” ujarnya yang mengakui teruja kerana pertama kali diberi peluang berlakon dalam sebuah filem bergenre seperti itu.
Oleh Farihad Shalla Mahmud
{[['']]}

Gambar Seksi Pelakon Popular Indonesia Marshanda Memakai Skirt Pendek

http://www.gosipsensasi.co.cc


Tidak diragui lagi memakai 'Skirt Pendek' akan membuat gadis-gadis kelihatan lebih feminin dan seksi .Skirt Pendek akan membuatkan kaki sipemakainya kelihatan lebih panjang dan tipis.Terutama bagi seorang gadis seperti pelakon terkenal Indonesia Marshanda ini.

Anda juga akan mendapatkan lebih banyak komen dan perhatian ketika anda memakai skirt pendek.Mata orang-orang sekeliling anda akan terpaku melihat kecantikan kaki anda.Tapi anda akan mengambil risiko jika anda seorang selebriti, "peha gebu anda "akan menjadi objek yang paling digemari oleh jurugambar dan akan disebarkan sebagai bahan yang bernilai komersial.Jika anda tidak mahu " tubuh mulus " anda diratah oleh lensa kamera  "paparazzi ",maka janganlah anda  sesekali memakai skirt pendek.Tidaklah diketahui apakah Marshanda sedar yang paha gebunya telah  dikerjakan oleh jurugambar atau tidak.






........................................


Marshanda Kini Bertudung




Penghijrahan Marshanda untuk bertudung membuatkan dirinya kelihatan begitu ayu dan sopan.Hidayah dari Allah yang diperolehi  Marshanda melalui mimpi tentang hari kiamat selama lima malam berturut-turut telah memberikan Marshanda keinsafan,tunangan kepada pengacara dan  aktor Ben Kasyafani ini akhirnya memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnyanya dengan memakai Jilbap.

Adalah menjadi satu kewajiban bagi setiap muslimah untuk menutup auratnya. "Aku sempat mimpi kiamat lima hari berturut-turut. Mimpi itu seperti didalam filem "Armageddon", aku teramat takut," ujar Marsahanda. Bermula dari mimpi tersebut Chacha panggilan akrab untuk Marshanda telah mencuba  memakai busana muslim sebagai langkah awalnya untuk berhijrah.

“Saat itu aku dibuka banget mataku untuk bersyukur dengan yang diberikan Allah,” ucapnya. Setelah mengenakan jilbab, Chacha mengaku lebih tenang dan banyak bersyukur dengan apa yang diberikan Allah. “Insya Allah aku mantap pakai jilbab seterusnya,” tegasnya.



{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger