Latest Post :
Recent Post

Benarkah Jimmy Shanley Tidak Siuman??

                                  Jimmy Shanley dituduh tidak siuman.

SAYA Nursuhaila Eliani isteri kepada Jimmy Shanley ingin membuat kenyataan bahawa Jimmy Shanley tidak siuman. Saya membuat kenyataan ini berkaitan kenyataan dalam Metro Ahad pada 24 Julai 2011. Untuk pengetahuan setiap tahun selama lima tahun bapa saya membuat majlis sambut ramadhan, majlis berbuka puasa dan majlis Aidilfitri bersama kakitangan, sahabat handai, rakan perniagaan dan media. Pada tahun ini bapa saya mengadakan Majlis Sabutan Ramadhan bersama Majlis Berendoi & Cukur Jambul bagi menyambut kelahiran 2 cucu sekali gus yang mana saya melahirkan Rania pada 24 Jun dan kakak ipar saya melahirkan anaknya pada 10 Julai 2011. Majlis ini akan diadakan pada 27 Julai 2011 dibiayai sepenuhnya oleh bapa saya dan Jimmy tidak mengeluarkan satu sen pun wang ringgitnya. Majlis ini akan diadakan di kediaman bapa saya di Sungai Buloh.

                           Jimmy dan Suhaila disaat sedang bahagia.

Jimmy tidak pernah berbincang dengan saya dan keluarga bahawa majlis cukur jambul akan diadakan pada Sabtu 23 Julai 2011. Setahu saya ibu saya telah pun menetapkan tarikh bagi majlis Berendoi & Cukur Jambul pada 27 Julai (Rabu) jam 8 malam dan sudah diberitahu sendiri oleh ibu saya kepada Jimmy. Jadi tiada isu bahawa Majlis Cukur Jambul ini tidak jadi disebabkan perangai saya. Sebab itu saya kata Jimmy tidak siuman. Kalau ia pun majlis cukur jambul ini jadi atau tak jadi kenapa perlu hebohkan 1 malaysia? Adakah dia artis no 1 malaysia, top 1....mungkin dia nak cari glamour kerana dia tak cukup glamour sebelum ni.
Dalam media Jimmy sering menyatakan bahawa dia seorang yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak. Untuk pengetahuan Jimmy tidak mengeluarkan satu sen pun bil rawatan bersalin, kelengkapan isteri bersalin, bidan urut dan pampers anak. Sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab seharusnya dia menyediakan semua itu untuk saya dan bukan SEKADAR CAKAP SAHAJA kepada umum bahawa dia seorang yang bertanggungjawab. Bukan Jimmy tak tahu saya melahirkan anak di mana dia sendiri ada datang melawat saya dan anak. Jimmy sendiri pernah bermalam di rumah ibu bapa saya selama 5 malam. Tidah pernah berkata apa-apa dan menghalang Jimmy berjumpa anaknya dan datang ke rumah ibu bapa saya.
Jimmy juga pernah mengeluarkan kenyataan dalam Melodi tv3 bahawa kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada anak itu ada hitam putih... apakah maksud Jimmy dengan berkata begitu?? Selain itu Jimmy juga menyatakan saya melarikan diri semasa berbulan madu. Di sini saya ingin memberi kenyataan bahawa untuk pengetahuan semua saya telah disepak terajang disebabkan perkara yang remeh temeh pada hari tersebut.
Jimmy sering mengadakan photo shoot bersama anaknya di rumah kediaman saya bagi mencari publisiti dan meraih simpati di kalangan media dan umum. Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti manusia biasa. Semasa majlis pertunangan rombongan pihak lelaki hanya ada 5 orang dan Majlis Akad nikah rombongan tak sampai 10 orang itu pun di kalangan keluarga sahaja dan tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia. Untuk pengetahuan umum itulah perangan Jimmy yang sebenarnya tidak mempunyai kawan.
Saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes tak suka publisiti macam ni...Banyak lagi yang saya pendam dan saya rasa tak perlu dihebohkan contohnya pergaulan Jimmy dengan sanak saudara sebelah saya yang sangat dingin sekali. Dia ingat dia tu SUPERSTAR.. tak layak nak bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bersapa dan bersalaman dengan sanak saudara.
Dengan kenyataan yang diberikan ini, saya harap masyarakat dapat membuat penilaian sendiri tentang perangai dan sikap Jimmy.
Sumber
{[['']]}

Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Dibebaskan Daripada Tuduhan Berkhalwat

Norman dan Memey bergenang air mata selepas menerima keputusan mahkamah.

KUALA LUMPUR, 29 Julai -Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey, dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur daripada pertuduhan khalwat hari ini.Mereka telah ditangkap khalwat tiga tahun lalu.

Keputusan itu yang dibuat oleh Hakim Syarie Salehan Yatim turut dikongsi pasangan itu merupakan sebagai hadiah perkahwinan mereka yang bakal berlangsung September ini.

“Tiada perasaan yang boleh digambarkan melainkan syukur kepada Allah kerana perkara ini berlaku terlalu lama iaitu sejak tiga tahun lalu.

“Sesungguhnya kepada mereka yang berada di dalam situasi kami, akan dapat memahaminya,” kata Norman ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Laporan Bernama Online menyebut, seperti Memey yang berada di sisinya, kedua-duanya mengesat air mata tanda gembira.

Norman Hakim dan Memey Suhaiza begitu gembira dan amat bersyukur kerana telah bebas daripada tuduhan khalwat ketika mereka dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga pada September depan.

 Penaja-penaja majlis perkahwinan Norman dan Memey yang bernilai RM12 juta.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, didakwa berkhalwat di sebuah premis pejabat di Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Oktober 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Salehan berkata, pihak pendakwaan yang diwakili pendakwa syarie Siti Fatimah Maulana, gagal membutikan kes prima facie.

Beliau berkata mahkamah mendapati pendakwaan hanya berjaya membuktikan satu daripada empat elemen iaitu mengenal pasti individu lelaki dan wanita dalam kes itu berdasarkan kad pengenalan mereka.

Katanya, pihak pendakwaan gagal membutikan pasangan itu ada bersama ketika tangkapan dibuat di mana tertuduh lelaki berada di sebuah bilik di atas manakala tertuduh wanita berada di tempat kaunter pertanyaan dengan berpakaian sempurna.

Salehan berkata seramai enam saksi pegawai penguatkuasa dipanggil memberi keterangan bagaimanapun dilihat bercanggah sesama sendiri mengenai sama ada melihat kedua-dua tertuduh bersama-sama di tempat kejadian.

“Hanya saksi keenam (pengadu) memberitahu bahawa beliau melihat Norman dan Memey bersama-sama dan melihat Norman lari dengan memanjat ke bahagian ruangan atas,” katanya.
Beliau berkata mahkamah menerima pertikaian yang dibuat oleh pihak pembelaan mengenai saksi itu yang telah membuat kenyataan dalam rancangan televisyen “Melodi” kerana ia boleh menimbulkan subjudis dan tohmahan terhadap kedua-dua tertuduh.

Hakim Salehan berkata pihak pendakwaan bukan sahaja didapati tidak membuat pemeriksaan secara profesional untuk menunjukkan bagaimana tertuduh melarikan diri dan tiada pemeriksaan cap jari pada jeriji di pintu premis itu malah pegawai penguatkuasa tidak mengambil gambar di tempat itu secara profesional.

“Saksi pendakwaan hanya menggunakan kamera isterinya untuk mengambil gambar. Apa yang menghairankan mahkamah, saksi hanya mengambil gambar-gambar di premis itu antara dua atau tiga hari selepas kejadian berlaku sedangkan apa-apa perubahan (bahan bukti) boleh berlaku,” katanya.

Pasangan itu, yang diwakili peguam syarie Mohd Fakhrul Abu Hassan dan hadir bersama ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi, kemudian dilihat mengambil borang nikah sebelum beredar dari situ.
Laporan media Jumaat lalu menyebut, Memey dan Norman bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Norman adalah bekas suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002.

Menurut laporan itu lagi, Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut — yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta — pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.Memey akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.
{[['']]}

Ammar Alfian Jelaskan Isu Cekik Dan Pukul Puteri Sarah Liyana



PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.
Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.
“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.
“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.
“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu.

Ammar dan Sarah
Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.
Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.
Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.
Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.
“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.
“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”
Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.
“Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.
“Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut,” ceritanya.
 
{[['']]}

Pelakon Puteri Sarah Liyana dakwa dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya


KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular Puteri Sarah Liyana berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.
Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa Ammar Alfian Aziz yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya.

Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya.






Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.


Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.


{[['']]}

Panas!! Suhaila Dakwa Jimmy Shanley Sering Memukul Dan Menamparnya...



PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.-mstar

                                             Tiada Peluang Ke Dua

KESABARAN Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, terhadap sikap suami yang juga pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, sudah sampai ke penghujung.
Ia hilang apabila Jimmy menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan sekali gus turut menimbulkan kemarahan bapa isterinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2010, namun selepas 20 hari bernikah, mereka tinggal berasingan dan pelbagai berita timbul sehinggalah kes dibawa ke mahkamah apabila Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat, pada 3 Januari lalu.

Ikuti luahan Nursuhaila menerusi video dan kenyataan balas Jimmy yang masih berkeras enggan melepaskan isterinya.

APA KATA NURSUHAILA

SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia.

Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.

Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami.

Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.

Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil.

Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.

Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil.

Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.

Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.


APA KATA JIMMY

SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.-hmetro


SAKSIKAN VIDEO PENGAKUAN SUHAILA
{[['']]}

Penyanyi Amy Winehouse ditemui mati di rumah barunya

                             Winehouse (gambar) berusia 27 tahun.

LONDON, 24 Julai 2011-Amy Winehouse, salah seorang penyanyi paling berbakat di kalangan generasi beliau menerusi lagu popular “Rehab” dan berhadapan dengan masalah dadah dan alkohol, meninggal dunia di London petang semalam.

Pemenang anugerah Grammy ini ditemui mati di rumah barunya di Camden, utara London, sebulan selepas program jelajah Eropah dibatalkan ekoran satu prestasi mengaibkan di Serbia.

Winehouse mengadakan persembahan di Serbia Jun lalu tetapi berhadapan dengan ejekan ekoran persembahan buruk yang dikaitak dengan pengaruh alkohol.

Laporan Reuters menyebut polis dipanggil ke rumahnya sekitar pukul 3 petang (waktu London) dan mayatnya telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Laporan media menyebut artis ini gagal keluar daripada tabit mengambil dadah dan minuman keras.

“Siasatan diteruskan mengenai persekitaran kematian dia,” kata penguasa polis Raj Kohli.

Laporan BBC pula menyebut dia baru sahaja menghabiskan kursus pemulihan alkohol di London dan berada dalam arahan keras tidak boleh mengambil alkohol.

“Pada tahap awal ini ia dianggap sebagai (kes) tidak dapat dijelaskan (punca kematian) dan tiada tangkapan berhubung insiden ini,” katanya.
Raj juga berkata laporan-laporan bahawa Winehouse meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan hanya spekulasi buat masa sekarang.




Universal dalam satu kenyataannya berkata: “Kami sangat sedih dengan kehilangan secara tiba-tiba seorang ahli muzik, artis dan penyampai persembahan yang berbakat.”
Penyanyi British ini dibawa ke pentas muzik oleh Tyler James ketika dia berusia 16 tahun dan menghasilkan album pertama “Frank” pada 2003.

Album keduanya “Back to Black” dikeluarkan pada Oktober 2006, sekali gus memenangi lima anugerah Grammy.

Album itu menghasilkan lagu-lagu popular termasuk “You Know I’m No Good”, “Love Is a Losing Game” dan “Rehab”.
Lagu “Rehab” antara lain membawa lirik “They tried to make me go to rehab. I said ‘no, no, no’.”

Lahir pada 14 September 1983 kepada keluarga Yahudi yang mempunyai sejarah muzik jaz, kehidupan peribadi Winehouse sentiasa menghiasi akhbar-akhbar tabloid Britain, kata laporan Reuters.
{[['']]}

Norman Hakim Nikah 24 September Ini,Persalinan Memey Bernilai RM7.2 Juta


KUALA LUMPUR, 22 Julai — Pelakon Memey Suhaiza yang akan mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim, akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut,yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta,pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.
Menurut laporan media, Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.Norman merupakan pelakon siri Gerak Khas.
Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Norman adalah bekas suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002.
Bill Bora selaku wakil Rafflesia memberitahu, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.



Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.
“Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.
“Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Datuk Jimmy Choo, kata beliau.
Menurut Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
“Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama,” katanya.
Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.
{[['']]}

Yasmin Hani Dan Shahrin (Blackrose) Sedang Menanti Saat Bahagia


LENGKAP membadai industri seni dengan cara tersendiri, Yasmin Hani yang cukup sinonim dengan bidang pengacaraan selain lakonan ternyata tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kontroversi dan gosip nakal mengenai dirinya.
Selepas hubungan cinta dirinya dengan pemuda bernama Don Nazar putus sekitar tahun 2009, Hani, 32, lantas ditohmah pula sebagai punca keruntuhan rumah tangga pelakon terkenal Ida Nerina dan bekas pemain drum kumpulan Blackrose, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohd. Razali.
Manakan tidak, pernah suatu ketika Hani didakwa berkahwin secara senyap-senyap dengan Shahrin setelah lelaki kacak itu sah bercerai talak satu dengan Ida pada penghujung tahun 2010.
Peluang keemasan bersua dengan jelitawan berbintang Gemini pemilik nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson tidak dilepaskan daripada membicarakan soal hati dan perasaannya itu.
Semuanya terungkai apabila figura genit itu diusik dengan soalan bila agaknya dia bakal mendirikan mahligai abadi yang diimpikan setiap wanita dalam hidup.



                                               Kumpulan Blackrose

Tanpa terduga dan cukup mengejutkan, pantas sahaja Hani menjawab: "Hujung tahun ini!"
Hani lantas menjelaskan dia dan pasangannya itu kini sedang sibuk menyelesaikan segala prosedur dan persiapan sebelum mendirikan rumah tangga dan keluarga yang diimpikan selama ini.
"Rasanya tidak perlu saya khabarkan siapa bakal suami saya kerana umum sudah mengetahui kisah antara saya dan Mr. S itu dan memang dia calon yang sesuai memandangkan keluarga masing-masing juga merestui hubungan kami berdua," katanya seakan-akan bermadah pula.
Justeru, biarpun tidak menjelaskan Mr. S itu adalah Shahrin, namun jelas sekali lelaki yang dimaksudkan itu sememangnya Shahrin!
Menurut Hani, pertengahan bulan Oktober dipilih sebagai tarikh paling afdal buat dia dan pasangannya itu untuk mendirikan istana cinta yang menurutnya, majlis perkahwinan mereka juga hanya akan diadakan secara kecil-kecilan bertempat di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
"Syukur semuanya berjalan lancar setakat ini, baju, tempat, semua sudah ada dan majlis nikah dan sanding akan diadakan serentak di tempat yang sama pada hari yang sama.
"Maklumlah, sudah setahun hubungan antara kami dan biarlah majlis itu seringkas yang mungkin asalkan ia benar-benar bermakna, menggembirakan kami dan yang penting cukup semua syarat," katanya yang juga mengimpikan perkahwinan dalam taman yang serba ringkas.
Bergelar seorang isteri dan ibu bukan tugas mudah bagi Hani, namun cabaran yang mendepaninya perlu ditempuh dan dipikul seikhlas hati.
"Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik, tidak semua orang mampu memikul tanggungjawab itu dengan baik. Tapi apabila kita sudah sampai ke peringkat itu dan perlu melaluinya barulah kita boleh tahu sejauh mana keupayaan kita," bicaranya santun.
Menurut Hani lagi, keserasian antara dirinya dan sang arjuna di hatinya itu dan elemen saling melengkapi antara satu sama lain menjadi pengerat ukhuwah untuk belayar bersama dalam bahtera perkahwinan yang bakal dilancarkan pelayarannya tidak lama lagi itu.
Ujar Hani: "Dia (Mr. S) seorang yang sangat menyenangkan, sukakan muzik dan melancong seperti saya. Malah, dia juga pandai dan memiliki banyak ciri yang tidak ada pada saya dan senangnya kami melengkapi satu sama lain."
Belayar solo
Sembilan tahun mendirikan tapak kukuh dalam arena pengacaraan, Hani akhirnya belayar solo selaku pengacara bebas selepas menamatkan kontraknya dengan Astro pada tahun 2008.
Tambah menggusarkan hatinya, selepas tamat kontrak bersama syarikat pengurusan Aquila Emas pada 19 Januari tahun lalu, dia terpaksa merencanakan karier seninya menggunakan resipinya sendiri.
Begitu pun tegas Hani, tiada halangan untuk terus mara menyemarakkan bidang seni terutama kecintaannya terhadap dunia lakonan.
"Saya pun tak tahu apa yang sudah jadi pada bidang pengacaraan, sekarang (tawaran) sudah semakin berkurangan tapi syukur Alhamdulillah sekarang semakin banyak tawaran untuk berlakon drama datang," jelasnya ketika ditemui selepas pratonton drama bersiri Wasiat dan Hantu Motel terbitan Astro Prima di Cineleisure Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lebih selesa menjadi pengacara berbanding pelakon, itu jawapan paling ideal Hani tatkala ditebak sebab musabab mula serius berlakon drama dan terlalu memilih sebelum ini.
"Masa dulu saya lebih selesa dengan pengacaraan dan saya juga takut pada keupayaan diri sendiri untuk membawakan watak dalam sesebuah filem atau drama.
"Kadangkala bimbang jika adanya saya akan menjatuhkan artis lain yang turut sama berlakon disebabkan ada beberapa buah karya lakonan saya sebelum ini kurang menonjol," jelasnya lagi.
Jika diberikan pilihan untuk mengendalikan sesebuah rancangan, tutur Hani program bersifat pengembaraan dan bual bicara menjadi keutamaannya.
"Selepas tamat program Wacha, peminat selalu bertanya bila agaknya saya akan kembali mengacarakan program sebegitu.
"Jika ada tawaran apa salahnya tapi jika diberi pilihan saya ingin mengacarakan rancangan aktiviti pelancongan ekstrem dan bual bicara bercorak kebajikan seperti Oprah Winfrey Show," getusnya.
Perempuan jahat
Menyentuh tentang karier lakonannya, terbaharu, bekas penyampai radio Era FM itu bakal mendukung watak seorang wanita jahat yang sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan harta menerusi drama bersiri 26 episod, Wasiat.
Drama yang bakal ditayangkan di Astro Prima (saluran 105) itu diadaptasikan daripada telenovela Agrentina berjudul Herencia De Amor itu diarahkan oleh Faisal Ishak.
Hani mengakui berdepan dengan kesukaran mencari sifat sebenar dan perwatakan dalam drama itu, namun ujarnya, perilaku nakalnya sewaktu zaman kanak-kanak menyuntik inspirasinya.
"Pertama sekali apabila mendapat skrip drama ini, saya terkejut dan tercampak skrip disebabkan watak yang terlalu jahat. Rasa sangat jelik dan tidak berperikemanusiaan!
"Namun sebenarnya setiap manusia ada stail jahat masing-masing dalam diri dan dengan cara itu saya salurkan kepada watak saya dalam drama ini selain mengimbau kembali kenakalan saya ketika usia kanak-kanak dan remaja dulu," akuinya yang terpaksa mengenang perasaan iri hati, dendam dan cemburu dalam hidupnya sebelum ini.
Dalam drama itu, Hani akan memegang watak Marina iaitu isteri muda seorang lelaki kaya bernama Agus Rizal yang ingin membolot semua harta kekayaan suaminya itu.
Wasiat akan ditayangkan setiap hari Rabu pada pukul 10 malam bermula 27 Julai ini turut menampilkan lakonan Farid Kamil, Beto Kusyairi dan Sara Ali.-kosmo
{[['']]}

Gambar-Gambar Majlis Perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain (TV3)

SAYANG...Raja Amir mencium dahi isteri ketika acara membatalkan air sembahyang.

DETIK pertama pertemuan mereka bermula ketika menghadiri majlis pertunangan seorang kawan rapat pada 2009. Bermula dari perkenalan itulah, mereka mula berkawan baik dan hubungan semakin akrab bertukar menjadi cinta sejati.
Selepas dua tahun mengenali hati budi, personaliti terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, dan Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, sepakat mengakhirinya ke jenjang pelamin.

Majlis ringkas yang bermakna itu berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu, jam 8 malam.

Sekalipun ringkas, majlis bersejarah Nurul dan pasangannya berkonsepkan Maghribi tetap meriah dengan dihadiri kira-kira 200 keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


Pada majlis pernikahan itu, Nurul tampil jelita dan menawan dengan busana kaftan Muslimah warna putih serta tudung rekaan pereka fesyen terkenal, Radzuan Radziwill.
Manakala, Raja Amir pula tidak kurang tampan segak di sisi isterinya, Nurul. Nurul sah bergelar isteri kepada Raja Amir yang juga pegawai bank dari Sri Hartamas, Kuala Lumpur berdarah kacukan Melayu-Australia di sebelah ibunya hanya dengan sekali lafaz.

Nurul turut menerima wang mas kahwin RM777 dan hantaran RM20,111 pada malam itu.
Pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Pihak perempuan menyerahkan hantaran iaitu kek, coklat, jam tangan Tag Heuer, tali pinggang, beg duit, cincin, barangan penjagaan lelaki Hugo Boss, PS4 dan Iphone 4.

Manakala, pihak lelaki antara lain menyerahkan beg tangan LV, cincin, sirih junjung, barangan penjagaan wanita jenama Channel, jam tangan dan sirih junjung.

Akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Mohd Zin Idris dengan disaksikan Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC, Mohd Abd Nasir Abdullah.

Ketika dihubungi Rap, Nurul yang juga pengacara Majalah 3 dan Malaysia Hari Ini (MHI) mengakui berasa sangat gembira dan bersyukur selepas sah bergelar isteri.

BERTUKAR CINCIN...Nurul menyarungkan cincin di jari Raja Amir selepas majlis akad nikah.

JELITA...Nurul tampil menawan dengan rekaan Radzuan Radziwill.

MANIS..Bagai pinang dibelah dua.

MERIAH...pasangan mempelai bersama barisan personaliti dan rakan sekerja di TV3 yang meraikan mereka.
“Segala-galanya berjalan dengan baik dalam suasana meriah dengan kehadiran keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat yang mendoakan kebahagiaan kami.

“Semua persiapan berjalan lancar, Khalid (Khalid & Favors By Eddy) sebagai perancang perkahwinan juga banyak membantu serta kerjasama dari keluarga mentua yang sangat erat begitu juga keluarga saya. Masing-masing cukup ringan tulang dalam memainkan peranan merealisasikan majlis ini,” katanya.

Kata Nurul, persiapan majlis itu membabitkan tempoh lebih kurang enam bulan selepas keluarga Amir merisik pada Januari lalu.

“Harapan saya semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah. Sentiasa diberi petunjuk oleh-Nya dan kekal hingga akhir hayat,” katanya.

Ditanya ciri-ciri yang ada pada Amir, kata Nurul, jejaka itu cukup istimewa di matanya.

“Saya akui dia adalah cinta saya kini dan selamanya,” katanya.

Berkongsi destinasi bulan madu pula, kata Nurul yang juga jurucakap produk Avon, dia dan suami sepakat berbulan madu selepas Syawal nanti.

“Destinasi yang kami pilih ialah Paris dan beberapa lokasi di Selatan Perancis. Kami jangka berlepas ke sana pada awal Oktober nanti. Saya juga akan kembali bertugas di TV3 beberapa hari selepas majlis resepsi kami nanti.

“Soal anak pula, kami serahkan pada Allah. Semuanya adalah ketentuan-Nya. Kami juga tidak kisah dapat anak lelaki atau perempuan dan menerima rezeki Allah dengan hati terbuka. Apa yang penting, anak kami itu sihat dan cukup sifatnya,” katanya.

Tidak ketinggalan, pengacara yang memeriahkan majlis mereka pada malam itu
iaitu pembaca berita TV3, Saiful Nizam.

Menyusul selepas ini, pasangan itu akan bersanding dalam majlis resepsi membabitkan kedua-dua belah pihak di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre pada 23 Julai nanti.

Pihak media yang banyak menyokong karier seninya juga diundang bagi sama-sama memeriahkan majlis itu.



PROFIL:

NAMA PENUH:
Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
TARIKH LAHIR: 29 November 1984
UMUR: 27 tahun
ASAL: Seremban, Negeri Sembilan
KERJAYA: Personaliti TV3 dan pengacara program
AKADEMIK: Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia
STATUS: Berkahwin
NAMA SUAMI: Raja Amir Shah Raja Azwa, 29
KELUARGA: Anak perempuan tunggal dari tiga beradik
PROGRAM TV: Majalah 3 dan Wanita Hari Ini
MINAT: Selam skuba, berenang, beli-belah, melancong, memasak dan mengacara
BUKU KEGEMARAN: Oceanography
FILEM KEGEMARAN: Tomb Rider, Lord of The Ring dan Finding Nemo 
[SUMBER]
{[['']]}

Pasangan Sarah Muncul Sebagai JUARA 'Mari Menari 2'


Pasangan Sarah menjulang trofi dan memenangi wang tunai sebanyak RM150,000 sebagai juara Mari Menari musim kedua di Astro Ria malam Ahad. - Foto ROHAIZAT DARUS
BUKIT JALIL: Pasangan Sarah muncul juara program tarian Mari Menari musim kedua (MM2) pada peringkat akhir yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, malam Ahad.
Pasangan dari Sabah yang dianggotai oleh Sarah Diana Michele Durai, 32, dan adiknya Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, itu mendapat 56 peratus undian penonton.
Manakala pasangan Nita akur di tempat kedua selepas mendapat undian 44 peratus pada malam kemuncak yang bertemakan Bollywood, Latin dan Battle (Fusion Dance) itu.
Selaku juara, pasangan Sarah membawa pulang hadiah wang tunai RM150 ribu, pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi.
Mengulas tentang kemenangan tersebut, Sarah berkata, dia terkejut dan tidak menyangka akan dipilih sebagai juara memandangkan mereka turut mendapat saingan sengit daripada pasangan Nita.
"Kami sangat gembira dan tidak sangka akan menang walaupun mendapat saingan sengit daripada pasangan Nita yang sememangnya bagus.
"Terima kasih kepada pihak Astro di atas peluang, para pengundi dan kritikan juri yang sangat membantu sehingga kami bergelar juara," katanya yang merancang untuk meneruskan karier menari.
Pasangan Nita pula mendapat pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, pakej penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi.
Pada malam akhir, pasangan Sarah mempersembahkan tarian lagu Dhol Baje (Bollywood) dan Papa Americano (Latin).
Pasangan Nita pula tampil dengan tarian lagu Jalwa (Bollywood) dan La Bomba (Latin).
Kedua-dua finalis ini berentap dalam tugasan ketiga menerusi lagu KRU, Mahaguru untuk tema Battle (Fusion Dance).
Pasangan Sarah berada di bawah kumpulan pereka tari Ray manakala pasangan Nita pula mendapat bimbingan Belalang.
Persembahan selingan dijayakan oleh penyanyi Siti Sarah dan suaminya juga pelawak Shuib Sepah yang menyampaikan lagu Seiring Sejalan.
Malam kemuncak MM2 yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Lisa Surihani itu diadili oleh Joseph Gonzalez, Harith Iskander, Vanidah Imran dan juri undangan Sofea Jane.
Pada aksi separuh akhir malam Sabtu, pasangan Mizi (tempat ketiga) dan Faiz (keempat) masing-masing menerima hadiah pakej percutian empat hari tiga malam di Hard Rock Bali, penerbangan tajaan Mustwin Sdn Bhd dan trofi.
Persaingan musim ini yang bermula sejak 21 Jun lalu berlangsung selama lima minggu pada setiap Sabtu dan Ahad pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
{[['']]}

Panas!! Jennifer Lopez Dan Marc Anthony Akhirnya Bercerai...



NEW YORK, Amerika Syarikat - Selepas tujuh tahun hidup bersama sebagai suami isteri, penyanyi seksi Jennifer Lopez dan Marc Anthony akhirnya mengumumkan perpisahan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengumuman mengenainya dibuat pasangan selebriti berkenaan dalam satu sidang media tengah hari semalam tetapi punca mengapa perpisahan itu berlaku tidak didedahkan.
"Kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan kami," kata kenyataan tersebut.
"Ia sukar tetapi kami telah mencapai persetujuan dalam semua perkara berkaitan isu ini," tambah kenyataan sama.
Lopez, 41, yang lebih popular dengan gelaran J.Lo memiliki sepasang anak kembar berusia tiga tahun iaitu Max dan Emme bersama suaminya yang setahun lebih tua.
Perpisahan penyanyi berkenaan yang popular menerusi lagu-lagu seperti Jenny from the Block, Love Don't Cost a Thing dan terbaru, On the Floor, mengejutkan ramai peminatnya selepas pasangan itu dilihat amat mesra ketika tampil di khalayak di sini pada pertengahan bulan lalu.
Sebelum ini juga tiada sebarang tanda atau desas-desus yang menyatakan berlaku keretakan dalam hubungan rumah tangga pasangan tersebut.
Cinta Lopez dan Anthony berputik selepas penyanyi wanita itu putus tunang dengan aktor popular, Ben Affleck pada Januari 2004.





Pada Jun tahun yang sama, mereka mendirikan rumah tangga dalam satu majlis rahsia di kediaman mewah Lopez di Beverly Hills, negeri California.
Semasa majlis perkahwinan itu berlangsung, Anthony yang merupakan penyanyi popular irama Latin, baru bercerai dengan isterinya iaitu bekas ratu cantik Miss Universe, Dayanara Torres.
Penyanyi yang popular dengan lagu My Baby You itu memiliki dua anak lelaki, Cristin 10, dan Ryan, 7, hasil perkahwinannya dengan Torres. Dia juga memiliki seorang anak perempuan remaja, Arianna, hasil hubungannya sebelum ini.
Lopez yang mengungguli senarai individu paling cantik majalah People tahun ini pula sudah dua kali berkahwin iaitu dengan seorang pengusaha restoran, Ojani Noa dan penari Cris Judd. - Agensi
{[['']]}

Gambar-Gambar Majlis Perkahwinan Farah AF2 Dan Johan

PUTRAJAYA: Selepas enam tahun menyulam cinta, akhirnya bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) juga pengacara, Farah Diana Anuar atau Farah, 26, selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati Johan Johari, 26 tahun dalam majlis pernikahan ala Titanic, di sini semalam.
Pasangan itu dinikahkan pada kira-kira jam 4.35 petang oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd Aziz dengan disaksikan hampir 60 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pihak di atas bot persiaran Cruise Putrajaya. Dalam majlis pernikahan yang pertama kali diadakan seumpamanya, Farah turut menerima mas kahwin berjumlah RM2,500 dan wang hantaran RM25,185, selain tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senashkah al-Quran serta barangan perhiasan peribadi dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.




Sewaktu majlis membatalkan air sembahyang, Johan menyarungkan seutas gelang tangan dan sebentuk cincin kepada Farah, sementara penyanyi mula mencipta nama menerusi lagu Antara Dua itu turut menyarungkan sebentuk cincin ke jari suaminya.
Ditemui sebaik majlis selesai, Farah berkata dia memang mengimpikan majlis pernikahan sedikit berbeza dan idea diberikan rakan agar diadakan di atas bot persiaran dirasakan cukup menarik.

“Apabila perkara ini dirujuk kepada pihak pengurusan Cruise Putrajaya, mereka bersetuju dan berkata belum ada lagi orang mengadakan majlis pernikahan di atas bot dan saya yang pertama,” katanya.

Walaupun sudah berkahwin, Farah yang kini aktif dalam bidang pengacaraan berkata, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa, namun dia keberatan untuk aktif berlakon.

“Selepas berkahwin saya akan menetap bersama suami di Pulau Pinang kerana dia berasal dari sana dan mempunyai perniagaan perlu diuruskan. Bagaimanapun kami akan datang ke Kuala Lumpur jika ada urusan,” katanya.

Pada majlis itu Farah turut membuat kejutan kepada suami dengan mengumumkan dia menghadiahkan Johan, percutian ke Pulau Maldives seperti yang diidamkan suaminya sebagai bulan madu mereka.
Mereka akan ke sana minggu depan dan pulang sehari sebelum Ramadan.


Farah Diana Anuar (Farah AF2) sudah sah bergelar isteri kepada Johan Johari.

Comelkan pelamin nikah Farah hehe pelamin atas kapal Cruise Putrajaya :)

Farah semasa majlis malam berinai..
suka sangat tengok Farah yang sangat sederhana orangnya tapi cantik :)

Majlis persandingan Farah dan Johan dilangsungkan 
di Tasik Maritim Putrajaya pada esok hari, 16 Julai 2011.

  • Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang daripada pihak perempuan. Johan menerima seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci. Manakala, Farah menerima senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe. -OhBulan!-
  • Dgn sekali lafaz, Johan Johari sah bgelar suami kepada pengacara Nasi Lemak Kopi O, Farah Diana Anuar (Farah AF2). Akad nikah berlangsung di atas sebuah kapal cruise di Tasik Putrajaya sebentar tadi. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM2,500 & hantaran, RM25,185. -Gua.com-
Lihat video majlis malam berinai Farah Diana Anuar (Farah AF2) di SINI. Kalau nak tahu update pasal wedding Farah, siapa ada twitter tu, search di hashtag twitter #FarahJohanKahwin.
sumber gambar: OhBulan!

more pictures at Beautiful Nara & OhBulan!
*KATA HATI: Tahniah Farah..semoga berbahagia sentiasa bersama suami tercinta..breep breep breep!! hehe
Sumber: hmetro/suterakasihyann.blogspot.com
{[['']]}

Isteri Jimmy Sedia Tinggal Serumah Lepas Pantang


SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh memberitahu, dia kini sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau menarik semula permohonan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Katanya, dalam membuat keputusan, dia mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' akan sifat Nursuhaila Eliani kerana tidak mahu anak sulung mereka, Zahrah Shanley, yang lahir pada 24 Jun lalu menjadi mangsa dalam permasalahan rumah tangga mereka.
"Saya buat demi anak. Saya tidak kisah menjadi suami yang tidak bahagia, asalkan boleh menjadi seorang bapa yang bahagia. Saya sedia berkorban," katanya semasa ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.
Jimmy, 31, yang sedang mengendalikan program “Gala TV Plus” juga memberitahu, dia kini dimaklumkan bahawa terdapat perkembangan positif, dan Nursuhaila Eliani, 25, juga dikatakan bersedia untuk tinggal bersamanya selepas habis berpantang.
Bagaimanapun, dia mengakui bahawa perkara tersebut perlu ditangani langkah demi langkah, dan dia bersedia untuk melupakan kisah lama dan membuka lembaran baru dalam buku hidupnya.

 
"Mahu bina Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pun mengambil masa bertahun-tahun, apatah lagi masjid yang masih baru," katanya secara kiasan.
Pertama kali menjadi bapa, Jimmy kelihatan teruja apabila bercerita tentang puteri sulungnya, Zahrah yang menjadi fokus utama dalam kehidupannya.
"Saya banyak menghabiskan masa bersama anak, hampir setiap hari saya bersama anak. Anak memang ikut ayahnya, iaitu pendiam," katanya yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan rumah tangganya kembali rukun.
Selain itu, Jimmy juga mengakui, hubungannya dengan keluarga mertua masih baik dan mereka juga bercadang untuk mengadakan majlis cukur jambul pada Sabtu hadapan.
Perkembangan terbaru itu menyebabkan peguam syarie yang mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus memohon agar mahkamah menangguhkan kes nusyuz dan kembali taat yang difailkan oleh anak guamnya kepada tarikh yang lain.
Mohd Noor Aizan sebelum ini dijadualkan akan memfailkan jawapan kepada pembelaan yang dikemukakan oleh Nursuhaila Eliani pada 23 Mei lalu menerusi peguam syarie, Saadiah Din.
"Saya telah mendapat arahan daripada anak guam saya untuk menangguhkan dahulu proses memfailkan jawapan kerana dia masih dalam pertimbangan. Saya mohon diberikan tarikh lain untuk mendapatkan kata putus anak guam," katanya.
Hakim Syarie Saharuddin Selamat membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 September depan.
Pada prosiding itu, Jimmy hadir berseorangan manakala kehadiran Nursuhaila Eliani telah dikecualikan kerana dia berpantang.
Jimmy dan Nursuhaila Eliani yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.
Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.
Bagaimanapun, pasangan itu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari menyebabkan Jimmy memfailkan permohonan menuntut Nursuhaila Eliani agar kembali taat pada 3 Januari lalu manakala permohonan nusyuz difailkan pada 27 Januari lalu.
{[['']]}

Mawi Sahkan Ekin Telah Hamil 7 Minggu


KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin kini hamil 7 minggu selepas berkahwin hampir tiga tahun lalu.
Mawi berkata, dia dan Ekin mengetahui berita gembira itu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor kira-kira dua minggu lalu.
"Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.
"Namun saya tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di sini, Selasa.
Jelas Mawi, buat masa ini doktor menasihatkan agar Ekin mendapat rehat secukupnya dan tidak banyak bergerak.




"Dia dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali," tambahnya.
Ketika ditanya tentang perasaannya yang bakal bergelar bapa, Mawi berkata dia bersyukur dan gembira dengan berita tersebut.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu,
"Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat," katanya yang tidak berharap kepada jantina bayi tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya tentang khabar angin bahawa dia ingin menjual rumah banglonya yang terletak kawasan kelab golf di Bangi, Mawi berkata ia adalah tidak benar sama sekali.
"Saya tidak pernah terfikir untuk jual rumah saya itu. Gosip tersebut tidak benar sama sekali," katanya menjawan desas desus berkenaan berikutan prestasi kerjayanya yang dilihat semakin merudum.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger