Latest Post :
Recent Post

Gambar-Gambar Nora Danish Dan Ady Putra Semasa Menunaikan Ibadat Umrah



Jika sebelum ini kami ada kongsikan beberapa keping gambar Nora Danish bersama ibunya sedang menunaikan ibadah umrah sejak Jumaat lalu iaitu ketika Fasha Sandha dan Jejai sedang menikmati hari pernikahannya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Pada gambar itu juga ada memaparkan seorang pelakon kacak, Adi Putrayang mungkin menjadi tanda tanya mengapa dia ada bersama Nora Danish pada ketika itu.

Untuk makluman semua, mereka berdua ini merupakan duta kepada syarikat pelancongan yang dilantik oleh kerajaan untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia, iaitu Triways Travel.

Menurut sumber, syarikat itu turut bekerjasama dengan Lufthansa City Center (LCC) pada tahun 2004 bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada penganut agama Islam di seluruh dunia di mana mereka mempunyai lebih 650 di 65 buah negara.

Diharapkan semua tidak salah faham tentang status mereka berdua ketika berada Tanah Suci ini.
















Kredit Sumber: Ohbulan
{[['']]}

Rita Rudaini Enggan Bercerai

Rita Rudaini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin.
 
PETALING JAYA: “Alasan Aidil tak masuk akal. Kalau ada pergaduhan yang boleh menyebabkan kami bercerai tak apa juga, tapi memang tiada. Sebelum dia keluar dari rumah empat bulan lalu, semuanya elok saja,” kata pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior, Rita Rudaini Mokhtar.

Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin.

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu.

“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

“Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.

Bagaimanapun tambah Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.

“Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

“Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

“Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.

“Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain,” katanya.

Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: “Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.”

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi.(MStar)

Bagaimanapun, Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.
{[['']]}

Fasha Sandha Berbulan Madu Di Pulau Redang


KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

“Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

“Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,” katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.
Fasha dan suaminya, Rizal Ashram selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Jumaat.


“Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

“Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu,” katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.

Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.

Oleh: WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Syahrini Kecewa Kerana Justin Bieber Memperlekehkan Indonesia



JAKARTA: Penyanyi pop Amerika Syarikat Justin Bieber menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang memperlekehkan Indonesia. Artis Syahrini juga tidak ketinggalan menyuarakan tidak puas hati atas sikap penyanyi remaja itu.

Melalui akaun Twitternya, penyanyi lagu “Kau yang Memilih Aku” itu meluahkan kekecewaannya terhadap Bieber. Dia meminta kekasih penyanyi itu Selena Gomez supaya meminta maaf daripada rakyat Indonesia.

“Justin Bieber perlu meminta maaf kepada rakyat Indonesia,” katanya dalam akaun Twitter miliknya @PrincesSyahrini, semalam.



Menurut Pengurusnya, Reindhy, Syahrini kecewa dengan kenyataan Bieber yang dibacanya menerusi pelbagai sumber laman berita Indonesia di Internet. Dia berkata, kenyataan Bieber itu tidak beretika.

“Menurut Syahrini kenyataan Bieber itu tidak beretika. Apalagi, penyanyi itu mempunyai ramai peminat di Indonesia dan sikapnya itu seperti tidak menghargai peminatnya di Indonesia,” katanya. - kompas.com
{[['']]}

Tasha Shila Usung Trofi


MINGGU lalu, teman Diva yang jadi 'duta' pusat beli-belah popular dekat Bukit Bintang ada hubungi Diva untuk sampaikan cerita. Nak usik-usik sikit katanya. Maka, teman Diva yang bernama Ashrafina Paviliona Lewis itu pun mulalah berceloteh.

"Kisahnya, si Tasha Shila ni dilihat datang ke Pavilion dengan seorang yang berpangkat. Entahlah pangkat Datuk ke, Tan Sri ke... Tapi memang kalau ke situ, dengan lelaki itulah dia akan membeli-belah," ujarnya yang kenal setiap petugas kedai di situ.

Jadi apa salahnya? Para petugas butik kat Pavilion pun ramai yang tahu itulah tempat kegemaran Tasha bersantai bersama kenalan dan rakan-rakannya.



"Situasinya macam ni. Tasha ke situ untuk bertemu kawan-kawannyaa. Bila berjumpa, tiba-tiba dikeluarkan trofi kemenangan Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 dari dalam begnya untuk ditayang pada kawan-kawan.

"Bukan main seronok agaknya usung trofi ke mana-mana. Mungkin tak puas letak di rumah, sanggup pula dibawa dalam beg ke pusat beli-belah. Memang hebat baginya kemenangan tersebut," ujar Ashrafina yang sarkastik tapi yakin Aaron Aziz yang menang besar pada malam itu pun tak usung trofi ke tempat awam macam Tasha.

Dimaklumkan juga, sehari sebelum ke majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011, Tasha ada datang ke butik Zenotti dengan lelaki yang sudah berkahwin itu untuk beli kasut. Nasib baik menang anugerah, dapat juga tayang kasut baharu tu agaknya!

"Untung sungguh Tasha. Orang kedai memberitahu, bila nak beli barang, 'Datuk' tu mesti ada," kata Ashrafina yang sedih kerana tiada sesiapapun yang menajanya membeli-belah.

Kredit: Sumber
{[['']]}

Legasi Kecantikan Keluarga Neelofa

Neelofa mewarisi kecantikan ibunya.


WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.



BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.

 SAMA CANTIK... Kartini (kanan) mewarisi kecantikan daripada Bibi.


Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.


“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.

Oleh:RIADZ RADZI,RUDY IMRAN SHAMSUDIN dan NURUL HUSNA MAHMUD
{[['']]}

Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0



KUALA LUMPUR – Penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu ‘Janji Manismu’, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah antara sebahagian penyokong yang hadir menyertai Perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu.

Awal bulan ini, Aishah dilaporkan telah menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya di Program ‘Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah’ di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April lalu.

Aishah yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.
{[['']]}

Fasha Sandha Dan Jejai Selamat Diijabkabulkan


Fasha Sandha sah menjadi isteri Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

DENGAN dua kali lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam tadi.

Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Moiddeen .

Fasha yang cantik dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini, dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal,
Saidatulnisa sempat melahirkan rasa gembira dan terharunya.

"Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami," kata pelakon TV Wanita Popular 2011 ini dipetik MH Online.
Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu diadakan di Tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara di sini dengan dihadiri lebih 300 tetamu.


Majlis nikah Fasha Sandha dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli

Pada majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.


KRONOLOGI CINTA FASHA-JEJAI
- Fasha Sandha dikatakan penyebab penceraian aktres Nora Danish dan Jejai pada Julai 2008.
- Khabar angin Fasha dan Jejai bercinta dikuatkan lagi dengan kedatangan Jejai ke lokasi penggambaran drama lakonan Fasha menaiki helikopter.
- Biarpun sering menerima kejutan dan hadiah daripada Jejai, Fasha menyatakan mereka hanya berkawan.
- Setelah sering berdolak dalik mengenai hubungan mereka, akhirnya pada 18 Mei 2010 Fasha dan Jejai mengakui bercinta.
- Fasha beperang dengan Tiz Zaqyah di Twitter pada Jun 2010 gara-gara pelakon Nur Kasih itu dikatakan cuba menggoda Jejai.
- Pada Januari 2011, Fasha dikatakan membawa diri ke Bali, Indonesia setelah terkilan dengan tindakan Jejai yang bercuti ke Jepun bersama Nora dan anak mereka.
- Bulan yang sama, Jejai sendiri membuat kenyataan rasmi bahawa dia dan Fasha sudah berpisah, namun tiada kaitan dengan Nora.
- Nora pula memberi kenyataan bahawa Fasha dan Jejai sebenarnya sudah berpisah sejak Oktober 2010.
- Sekitar Mac dan Jun 2011, gosip Fasha dan Jejai sudah berbaik kembali tersebar tetapi Fasha dikatakan belum bersedia menerima Jejai walaupun dipujuk dengan hadiah mewah.
- Kelibat Jejai kelihatan di majlis rumah terbuka Fasha tetapi Fasha menyatakan kehadiran Jejai hanya sebagai teman biasa.
- Penghujung tahun 2011, Fasha akhirnya mengakui kembali bercinta dengan Jejai dan berharap hubungan mereka ke jenjang pelamin.
- Gambar Fasha dan Jejai menghadiri kursus kahwin pada awal Mac 2012 tersebar di internet, namun Fasha masih berahsia tarikh dan lokasi nikahnya.
- Awal April 2012, gambar kad kahwin mereka disebarkan di internet sekali gus mengesahkan tarikh nikah pasangan ini pada 27 April 2012.
- Fasha dan Jejai selamat dinikahkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 April 2012.
{[['']]}

Krisdayanti Mengaku Sering Ditinggalkan Suami

Krisdayanti dan suaminya,Raul Lemos.


JAKARTA: Diva pop Indonesia Krisdayanti (KD) akhirnya mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dia sering berjauhan daripada suami, Raul Lemos.

Penyanyi lagu Mencintaimu itu mengakui dia selalu ditinggalkan bersendirian di kediaman mereka di Dili, Timor Leste kerana kesibukan suaminya dengan pelbagai tanggungjawab.

“Suami saya bekerja ke sana sini, jadi kami memang berulang-alik di antara Jakarta dan Dili sejak dulu lagi. Kalau dia tidak keluar bekerja bagaimana hendak menanggung kehidupan kami anak-beranak? Raul seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab,” ungkapnya kepada portal detikHOT, baru-baru ini.

KD turut menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah walaupun kerap ditinggalkan Raul atas urusan kerja.

Gambar Aryana,anak Krisdayanti dan Raul.


Namun, penyanyi ini dikhabarkan akan bertengkar dengan Raul sekiranya terdapat beberapa masalah berkenaan urusan rumah tangga mereka yang tidak diselesaikan.

“Itu berita sangat tidak benar,” tegasnya.

KD turut menyangkal dakwaan mereka kini dalam proses untuk membeli sebuah rumah di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan.

“Saya tidak akan berpindah ke mana-mana. Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membeli rumah. Urusan keluarga adalah tanggungjawab suami saya. Kami masih tinggal di apartmen,” akuinya.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada 20 Mac tahun lalu, pasangan itu menetap di kampung halaman Raul.
{[['']]}

Penyanyi Haiza Hamil Empat Bulan Selepas Lima Tahun Berkahwin

Penyanyi Haiza yang terkenal dengan lagu-lagu irama dangdut.

PETALING JAYA: Selepas lima tahun menanti, penyanyi Haiza amat bersyukur kerana disahkan mengandung yang mana usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.

Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 32, berkata, dia tidak mengalami sebarang alahan atau gangguan terhadap kandungannya selepas disahkan hamil.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghadapi sebarang gangguan atau alahan yang serius. Boleh dikatakan, semuanya berjalan dengan lancar dan baik.

“Malah, saya sendiri pun berasa pelik apabila berbadan dua kerana pergerakan dan kesihatan saya berada pada tahap baik dan langsung tidak terjejas,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.

Haiza bernikah dengan Norhanapfe Omar di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman, Pontian, Johor pada 24 Ogos 2007.

Ditanya mengenai pengalaman menarik sejak hamil, penyanyi lagu Dag Dig Dug itu berkata, dia tidak mengidam atau meminta perkara yang pelik-pelik seperti yang berlaku kepada kebanyakan wanita hamil lain.

“Buat masa ini memang saya tidak minat atau teringin benda yang pelik-pelik. Mungkin juga kandungan masih terlalu awal, saya tidak pasti tetapi saya bersyukur kerana keinginan saya berada dalam keadaan terkawal.

“Kalau pun ada, saya pantang menonton iklan makanan di televisyen, pasti saya akan teringin dengan serta-merta.

“Baru-baru ini, saya terlihat iklan makanan segera Subway. Suami pula baru keluar dan saya terpaksa ajak kakak dan anak buah yang kebetulan tinggal berdekatan menemani saya ke restoran itu,” katanya.

Diminta berkongsi mengenai perasaan hamil selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, Haiza melihat banyak hikmah dengan ketentuan tersebut.

“Saya akui pernah terdetik dalam hati perasaan bimbang jika memang ditakdirkan saya tidak akan mendapat zuriat sendiri tetapi suami selalu tegur dan tidak mahu kami berputus asa dan berusaha.

“Alhamdulillah, kini selepas hampir lima tahun berkahwin, rezeki ini datang kepada kami. Cepat atau lambat (dapat anak), saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya mengakhiri perbualan.

Oleh: WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Gambar Zarina Anjoulie Kena Cium

   

KUALA LUMPUR – Laman sosial Twitter tempatan semalam tiba-tiba kecoh dengan sekeping gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurut laman web hiburan terkenal, murai.com, gambar Zarina itu mula tersebar di Twitter sejak pagi semalam sebelum disebarkan lebih meluas di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog.

Gambar tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi.

Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan ‘paksa rela’.

Bagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan.

Selain itu, murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan telefon bimbitnya ditutup.

Zarina yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, bagi menamatkan kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis.

Dia juga baru saja reda ‘berperang’ dengan seorang lagi pelakon drama yang dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan memalukan – ‘ketiak basah’.

Sebelum ini, Zarina juga mencetus kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit majalah dari Indonesia, FHM, sehingga menjemput kritikan pedas dari ramai peminat industri hiburan tanahair.

Bermula dengan identiti seksi, Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri, Anak Pontianak.
{[['']]}

Tahniah!! Hattan Dapat Gelaran Datuk


PEKAN - Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Mendahului senarai penerima ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Panching Datuk Mohd Zaili Besar.

Hattan sedang menerima Anugerah Datuk daripada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Poziah Abd Rahman, anggota DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah, Setiausaha Eksekutif Kepada Menteri Pertahanan Datuk Rosiah Osman, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mat Yusof Yaakup, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Irmohizam Ibrahim.

Penerima lain -- Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia, Ketua Automotif 7 Pertahanan Sektor DRB-Hicom Berhad Datuk Abdul Harith Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohamed Suffian Awang.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Karim Mustafa, Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Mustapa Long dan Datuk Ahmad Jaafar.

Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen) kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Habibah Mohd Yusof.

Baginda turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 18 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) (20 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)(18), Ahli Mahkota Pahang (AMP)(38), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)(22), Pingat Kelakuan Terpuji(PKT)(34) dan Pingat Jasa Kebaktian(PJK)(36).- Bernama
{[['']]}

Isu Tarian Ghairah Shila Amzah



SEJAK akhir-akhir ini, anak dara penyanyi ND Lala, semakin dihujani kontroversi. Terbaru, tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.

Malah aksinya itu turut dikecam dalam sebuah akhbar mingguan.

Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya, buah hati aktor Shanaaz Ahmad, menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, 20, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.

“Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.

“Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.

Jelas Shila, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.

“Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya.

“Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.

Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan dia beraksi sedemikian kerana kecewa dengan Shaanaz, Shila berkata, perkara tersebut tidak benar sama sekali.


“Apa yang saya lakukan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama keluarga, jadi apa yang saya lakukan bukanlah sengaja. Malah ia dirancang sepenuhnya bagi konsert itu,” katanya.

Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.

“Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.

“Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif,” katanya.


Bercerita mengenai persediaannya bagi menghadapi konsert Mania yang seterusnya, Shila berkata, dia bakal berduet bersama Noraniza Idris. .

“Saya memilih beliau kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi irama Malaysia yang bagus. Apa yang saya lakukan semata-mata untuk mengembangkan karier saya.

“Percubaan saya menyanyikan lagu Nirmala, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, di Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini mendapat maklum balas yang baik daripada peminat, jadi tidak salah saya mencubanya menerusi Mania pula.

“Bagaimanapun, saya masih belum membuat keputusan untuk menyanyikan lagu apa,” katanya.
{[['']]}

Jimmy Shanley Nafi Sindir Ibu Mertua Dalam Drama 'Tanah Kubur'



PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley menolak tuduhan kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya yang juga usahawan Datin Muniroh Kassim dalam episod terbaru drama bersiri Tanah Kubur yang ditayangkan di Astro Oasis pada Jumaat lalu.

Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, itu berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana watak gigolo yang dilakonkannya itu mengikut skrip yang dihasilkan syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd.

“Dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas langsung. Saya hanya pelakon yang memainkan watak seperti dikehendaki dalam skrip pengarahnya Rashid Sibir.

“Drama itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya atau orang lain,” katanya kepada mStar Online, di sini, petang Selasa.

Jimmy berkata demikian bagi mengulas dakwaan terbaru kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya apabila wujud watak Datin Iroh, seakan-akan singkatan nama pemilik produk kecantikan Natasya itu yang dilakonkan oleh Rozita Rohaizat.

Ditanya mengenai dakwaan hubungannya dingin dengan keluarga mertua dan berkelakuan tidak manis apabila memanggil ibunya itu dengan nama Datin, bekas pengacara Trek Selebriti itu berkata dia tidak pernah mendengar tuduhan tersebut.

“Saya jarang berkomunikasi dengan ibu mertua. Kami sibuk dengan kehidupan masing-masing. Tiada apa pun yang keruh atau dingin berlaku antara kami.

“Saya tidak mahu komen lebih, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan pada kehidupan sendiri sahaja,” katanya.

Jimmy yang kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan memberitahu, selepas pelbagai kecelaruan timbul dalam kehidupannya, dia tidak mahu lagi untuk bercerita mengenai soal privasi.

“Saya tidak mahu lagi untuk ulas apa-apa melainkan keadaan memerlukan untuk saya bercakap. Sebelum ini, sudah terlalu banyak hal peribadi dan rumah tangga saya diperkatakan.

“Kini, saya mahu melangkah ke hadapan dan serahkan sahaja kepada pihak mahkamah bagi menentukan hal rumah tangga kerana mereka lebih arif,” katanya.

Keputusan hak penjagaan ke atas anak perempuannya Zahrah Shanley hasil perkahwinan dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy akan diumumkan pada 30 April ini.

Sebelum ini, Jimmy pernah memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010.

Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Zahida Rafik Mengelak Dari Media,Hanya Layan Twitter?


  
Kisah 1:

Murai Batu pasti ramai media yang sedang mencari pelakon, Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli politik bertaraf menteri baru-baru ini.

Namun, Murai Batu dengar ramai pihak media yang gagal mencarinya kerana apabila dihubungi, telefon Zahida Rafik telah dimatikan dan adakalanya tidak dijawab.

Biarpun tidak mahu menjawab telefon, namun yang peliknya, Zahida rajin pula mengemas kini akaun twitter miliknya dan menjawab persoalan berkaitan isu berkenaan.

Dalam entri twitter miliknya baru-baru ini Murai Batu ada terbaca, dia hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam belanya dan tidak mahu mengaku siapa selebriti wanita yang dipercayai telah dibela oleh menteri itu.

Terbaru, Murai Batu diberitahu oleh seorang rakan media yang panggilannya telah berjaya diangkat oleh nombor yang dipercayai milik Zahida Rafik.

Namun, Murai Batu diberitahu lagi yang menjawab panggilan itu bukan Zahida sebaliknya rakannya.

Rakan wanitanya itu memberitahu telefonnya ditinggalkan kepadanya kerana Zahida tiada di situ.

Pelik juga kerana tambah rakan Murai Batu itu lagi, dia diberitahu rakannya sendiri tidak tahu ke mana Zahida pergi. Biar betul?

Murai Batu pun tak pasti cerita rakan Murai Batu itu betul atau tidak, tapi itulah seperti yang didengarnya.

Amboi takanlah Zahida Rafik ingin lari daripada masalah ini, sampai telefon sendiripun ditinggalkan bersama orang lain?

Namun Murai Batu tidak berani untuk menuduh apa-apa, kerana mungkin dia tertekan apabila dihubungi dan ditanya ramai pihak mengenai isu sensitif itu.

Apa-apa pun, harap isu ini akan selesai dengan cepat dan kita sama-sama akan menemui jawapan siapa sebenarnya artis wanita yang dimaksudkan itu.

Murai Batu: Kalau tak jawapan telefon, jawab BBM boleh tak? (Murai.com.my)

Kisah 2

PETALING JAYA – Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”

Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi… Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.
{[['']]}

Siti Nurhaliza Berduet Dengan Sami Yusuf

 

Nama besar dalam industri muzik Islam dunia, Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 14 Julai depan. Mempunyai kelompok peminat sebanyak 2 billion, Sami Yusuf bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam bersempena dengan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.

“Ia satu penghormatan besar buat saya untuk berada di Malaysia kerana sudah lama saya ingin datang ke sini. InsyaAllah, saya akan tampilkan persembahan yang istimewa dan menarik khas untuk anda semua. Konsert dengan 18 buah lagu ini juga mempunyai banyak kejutan di mana saya ingin membuat sesuatu yang akan diingati oleh hadirin yang datang. InsyaAllah, ia akan jadi sebuah konsert yang menakjubkan,” ujar Sami Yusuf ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi serta komposer yang menerima jolokan ‘Islam’s Biggest Rockstar’ ini turut bakal melancarkan album keempatnya, ‘Salaam’. Menariknya, antara 18 buah lagu yang terkandung dalam album tersebut, salah satunya merupakan lagu duet Sami bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza, ‘You Came To Me’.

“Saya rasa berbesar hati dapat berduet dengan Siti kerana dia seorang yang sangat berbakat. Saya juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan beliau dalam album terbaru saya ini. Saya memilih beliau kerana selain seorang artis yang terbaik, beliau juga mempunyai vokal yang bagus, indah dan memukau.

“Saya tidak berapa gemar berduet, tapi bila saya lakukannya, saya akan pastikan orang yang berduet dengan saya ini berkongsi nilai dan idea yang sama dengan saya. Saya harap kolaborasi ini dapat membuahkan hasil dan diberkati, InsyaAllah,”ujar Sami yang baru saja selesai menjalani rakaman lagu tersebut bersama Dato’ Siti, Sabtu lalu.

Bagi Dato’ Siti pula, “Saya begitu teruja dapat melaksanakan duet bersama Sami. Mereka telah menawarkan kepada saya sejak beberapa bulan lalu dan saya memang teruja untuk berkolaborasi dengan Sami. Lagu beliau menjadi sumber rohani dan inspirasi buat semua orang dan saya harap, masyarakat Malaysia dapat hadir ke konsert beliau nanti.”

‘You Came To Me’ menampilkan gabungan lirik Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Bagi mereka yang ingin mendengar lagu duet Sami dan Siti, jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang bakal berlangsung pada 14 Julai 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam. Info tiket akan diberitahu kelak oleh pihak penganjur. (Gua.com.my)
{[['']]}

Akaun Twitter Zahida Rafik 'Panas' Dengan Sindiran



PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”

Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.-mstar
{[['']]}

Ahmad Dhani Tidak Tahu Siapa Penyanyi Asal Lagu Goyang Inul


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pemain gitar kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang juga salah seorang pembimbing dalam program realiti TV Mania mengakui dia tidak mengenali penyanyi asal lagu berjudul Goyang Inul sewaktu siaran langsung pertandingan itu yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria di sini malam kelmarin.

Ahmad Dhani mengeluarkan kenyataannya itu dia sewaktu diminta komennya oleh pengacara Aznil Haji Nawawi sejurus selepas peserta di bawah bimbingan M. Nasir iaitu Stacy menyanyikan lagu Goyang Inul yang merupakan antara lagu paling popular yang dipopularkan oleh Inul Daratista yang juga berasal dari negara yang sama dengannya.

“Saya tidak tahu lagu Goyang Inul itu dipopularkan oleh Inul Daratista. Ini kerana, lagu itu memang popular di Indonesia tetapi ramai penyanyi yang menyanyikan lagu itu. Malah, dalam banyak pertandingan irama dangdut ia juga dibawakan oleh ramai peserta menyebabkan saya tidak tahu penyanyi asal lagu itu adalah Inul Daratista,” komennya ringkas.

Dia yang membimbing Hafiz, Akim, Estranged, Atilia dan Aril pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 untuk juaranya itu mengulas kenyataannya itu pada sidang akhbar selepas berakhirnya konsert minggu keenam Mania yang turut dihadiri semua peserta pertandingan yang julung kalinya dianjurkan oleh Astro Ria.

Pada pertandingan yang menggunakan 100 peratus khidmat pesanan ringkas itu, dua peserta di bawah bimbingan Ahmad Dhani iaitu Akim dan Atili telah tersingkir kerana mendapat undian SMS paling rendah berbanding 11 lagi peserta lain di mana ia membabitkan anak-anak buah di bawah bimbingan dua lagi pembimbing Mania iaitu Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.

Kredit: Sumber
{[['']]}

Shah Rukh Khan Serik Guna Twitter



Shah Rukh Khan menamatkan penggunaan akaun laman sosial Twitter selepas serik dengan manipulasi di laman maya.

Raja Bollywood itu mendakwa komen-komennya sering disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Menurut Digital Spy, Shah Rukh mula berasa tidak selesa dengan media baharu itu setelah ia banyak menimbulkan masalah yang lebih kompleks.

"Saya sendiri yang berperanan penting dalam mencipta isu dan masalah. Kerana fakta itu juga saya mahu menjadi lebih 'pendiam' di Twitter," kata pelakon filem Don 2 itu.

Menurut Shah Rukh yang hadir dalam acara Brits Bollywood pada minggu lalu, dia tidak mahu menimbulkan isu yang boleh menyakitkan hatinya kerana sering disalah erti oleh pihak media.

"Kamu menulis sesuatu yang lama-lama mungkin menjadi berita walaupun perkara jauh daripada maksud asal saya, ia tetap menjadi isu," katanya yang menyalahkan media.
{[['']]}

Josiah Padilla Hogan Mahu Jadi Melayu



KATA bidalan jangan hanya merenung dan menghakimi kulit luaran, sebaliknya dibelek untuk mengetahui isi sebenarnya. Begitu yang terlintas semasa pertama kali bertentang mata dengan Josiah Padilla Hogan. Saat pemuda ini masuk ke ruang temu ramah, penulis ragu-ragu tentang kebolehannya berbahasa Melayu.

Rupa-rupanya tebakan pertama salah. Josiah atau nama sebenarnya Mohamad Musleh malah boleh bertutur dialek Kelantan dengan baik. Katanya di Kota Bharu, dia dikenali dengan nama Mat. Nama gelaran yang senang disebut malah diingat khalayak.

Bukan hanya itu, kini dia memikul nama Kamil. Karakter yang menambat mata penonton siri Projek Pop yang kini disiarkan di saluran 8TV. Sebuah kisah kebenaran di belakang tabir. Ironinya dia jauh daripada sifat sebenar Kamil yang keras kepala, lupa diri dan bercakap slanga British.

"Kamil ialah orang hadapan grup Hot Snow yang merupakan grup besar di Malaysia. Sudah pernah jelajah satu dunia dengan grupnya yang membuatkan dia lupa diri. Saya seronok berada dalam produksi Projek Pop kerana cabarannya. Rata-rata pelakonnya ada asas lakonan. Jadi saya tercabar untuk jadi seperti mereka. Apa lagi saya perlu bercakap dalam slanga British dan banyak bermain emosi dalaman," ujarnya tentang Projek Pop yang disiarkan pada setiap Ahad pada pukul 10.30 malam.

Peluk Islam

Menurut Josiah, Projek Pop adalah satu landasan besar untuk mengembangkan bakat dan memperkenalkan namanya. Siri yang turut mengundang Adibah Noor, Sharifah Amani, Bront Palarae, Hasnul Rahmat dan Liyana Fiz sebagai cameo ini dirasakan pengalaman yang sangat menarik kerana bekerja dengan tenaga produksi yang hebat dan melatihnya berlakon secara semula jadi yang mungkin.

Wajah dan namanya cukup hijau dalam arena bidang lakonan. Namun buat khalayak yang masih tertanya siapa jejaka berusia 26 tahun ini, mungkin yang mengikuti siri Bicara Hati terbiasa dengan wajah kacak ini.

Cerita Josiah yang senang disapa Jo, dia menjejakkan kaki ke Kelantan ketika berumur tujuh tahun. Berkelana dari Kings Ville, Texas, Amerika Syarikat (AS) mengikut ibunya yang memeluk Islam dan berkahwin dengan jejaka Kelantan.

"Saya masuk Islam pada usia empat tahun kerana mengikut ibu saya yang ketika itu berusia 24 tahun.

"Asalnya ibu ialah penganut Katholik yang kemudiannya berminat untuk mendalami al-Quran. Ketika umur saya lima tahun, ibu berkenalan dengan ayah tiri saya dan berkahwin setahun selepas itu. Pada tahun 1993, saya ke Malaysia bersama mereka," Jo bercerita tentang ibunya, Carmen Hogan atau Siti Khatijah.

Kehidupan di Kelantan dilalui secara normal. Bukan hanya pernah menetap di situ, Jo juga pernah berpindah ke Johor Bahru dan kini tinggal di Kuantan, Pahang.

"Sampai di Malaysia, saya dibesarkan dalam suasana kampung. Dalam masa dua bulan saya sudah fasih berbahasa Melayu sewaktu di Kampung Kubang Kiat. Pandai makan budu dan kecek Kelate," katanya.

"Awalnya pada usia yang sangat muda, saya tidak rela meninggalkan kehidupan di AS. Tetapi bila sampai Kelantan, saya hargai kehidupan kampung. Bagi saya kalau duduk di luar negara, peratusan untuk mati lebih tinggi. Di AS, tembak-menembak dan membunuh itu normal," syukurnya yang gembira menetap di sebuah negara yang aman.

Pernah pulang ke kampungnya di Texas pada sekitar tahun 2000, dia sempat dihujani pelbagai pertanyaan perihal Malaysia.

"Orang Amerika lebih tahu sejarah mereka berbanding dunia. Mereka tidak ambil tahu perihal negara Asia. Sempat juga saya bercerita dengan sanak saudara di sana yang nyata ada interpretasi dan gambaran yang salah tentang Malaysia," luahnya.

Mahu watak Melayu

Ujar Jo, kalau tidak ada penggambaran drama atau kerja di Kuala Lumpur, dia lebih senang menghabiskan masa di Kuantan bersama keluarga.

"Itulah saya. Di sana lebih tenang, saya gemarkan suasana pagi di sana. Saya juga menjaga orang tua saya di sana," ujarnya yang tidak mengejar kehidupan moden di ibu kota.

Dalam selang waktu berulang-alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur, dia mengaku pernah menganggur selama setahun pada tahun lalu. Tidak ada tawaran yang sampai kepadanya. Tidak kecewa, dia sedar akan kehendak industri namun itu bukan halangan untuk dia mencuba lagi.

JOSIAH gemar menghabiskan masa di Kuantan.

"Saya memang peminat filem dari dahulu. Saya juga gemar memerhati. Pada tahun 2009, saya sanggup jual kereta kerana mahu mencuba nasib di Hollywood. Saya sempat untuk uji bakat siri Mad Max arahan Goerge Miller namun bukan rezeki saya apabila pak cik saya yang tinggal di sana terpaksa berpindah. Saya akur," katanya yang kemudian muncul dalam siri Natrah di bawah payung KL Motion pada tahun 2010.

Daripada jejak itu, tunas minatnya terus bercambah. Membawa dia kepada rezeki Bicara Hati yang memberikan karakter Razif yang dianggapnya gabungan semua watak dalam satu.

"Razif orangnya emosional, psiko dan mudah menangis. Saya berterima kasih dengan kepercayaan Osman Ali kerana memberikan watak berat ini. Ini peluang saya menggilap bakat. Sebagai sutradara, Osman memang pentingkan emosi," ujarnya yang juga terlibat dengan beberapa drama dan telefilem sebelum ini.

Nasibnya juga baik apabila berpeluang muncul dalam produksi filem Penanggal arahan Ellie Suriaty. Bukan itu sahaja, Jo juga bakal muncul dalam filem Tyickoons bersama Aaron, Bront Palarae dan Remy Ishak.

"Saya mahu pastikan umum melihat bakat yang saya ada dan bukan kerana wajah. Sebab itu saya lebih mahukan watak Melayu dan saya pasti boleh melakukan kehendak karakter tersebut. Kurang gemar saya diberikan watak mat saleh kerana hakikatnya saya bukan mat saleh sebaliknya latino," jujurnya tentang karakter.

Grup sendiri

Tidak hanya melempiaskan ekspresi bakat dalam lakonan, Jo juga memiliki sebuah grup grunge yang dinamakan Maddame yang ditubuhkan pada tahun 2006.

"Maddame akan terus berada dalam dunia underground dan tidak akan pergi ke arus perdana. Kami sedang menyiapkan album dan mungkin dilancarkan pada Jun ini" ujar pemegang posisi gitaris dan vokalis ini.

Sudah siap sekitar 40 peratus, misi grup ini juga diletakkan berat pada penulisan lirik mereka.

"Saya banyak menulis lirik untuk menyeru peminat agar jangan terlalu terkejarkan keduniaan. Seperti dalam lagu kami yang bertajuk Fire Gate Borders saya bercerita tentang sempadan. Tidak usah ada sifat begitu kerana akhirnya semua perlu bersatu. Saya banyak bermain dengan metafora dan tidak ada kena-mengena dengan politik," ungkap Jo tentang pembikinan lagu dan album yang mahu dijadikan wasiat buat anak-anaknya kelak.

Satu persatu bidang sedang diterokai wajah baru ini dalam industri ini. Walau tidak laju namun memang dia memilih begitu. Bak kata pepatah, bagai tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga.

Kredit: Sumber
{[['']]}

Aweera dan Iqa Tidak Kenal Erti Putus Asa


Nasib artis program realiti kadangkala tidak selalunya baik. Kata orang, artis realiti ibarat mee segera. Ada juga yang merasa artis realiti seperti sebuah iklan biskut, 'kejap ada, kejap tiada'.

Namun hakikatnya, bergelar artis realiti bukan semudah disangka. Bagi dua figura yang lahir dari program realiti ini, persaingan sengit dalam industri memerlukan mereka bekerja kuat bagi memastikan nama mereka tidak hilang dek masa yang berlalu.

Kali ini, Zass menggandingkan pemenang tempat ketiga One in a Million (OIAM) dan Mentor musim kelima, Aweera dan Iqa bagi menelusuri perkembangan mereka selepas menjejakkan kaki ke lapangan sebenar industri seni.

Jika dibandingkan Iqa dengan rakan seangkatannya seperti Salma dan Shiha, bagi penulis, Iqa boleh dianggap bertuah kerana berpeluang menjadi protege kepada komposer terkenal, Edry KRU.

Sekali gus, ia menjadi tiket percuma buat Iqa bernaung di bawah salah satu syarikat gergasi di Malaysia, KRU Records.

Bagaimanapun, akui Iqa ia bukan alasan buatnya untuk bersenang-lenang tanpa berusaha memastikan namanya terus kekal di dalam industri.

"Iqa akui persaingan sangat sengit di dalam industri. Saban masa, ada sahaja artis baru yang muncul dalam industri. Bukan mahu mencemburui sesiapa, tetapi bagi Iqa sendiri, ia bukan alasan untuk Iqa bersenang-lenang.

"Sebagai artis, amat penting buat Iqa merencana karier seni agar nama Iqa tidak hilang hari demi hari," kata gadis periang ini.

Berbeza pula dengan Aweera, biarpun pernah tampil dengan buah tangan terbaru tahun lalu, namun ia bukan jaminan buat seseorang artis realiti itu mendapat populariti serupa seperti yang di kecapi ketika program berlangsung.

"Selepas berakhir OIAM, saya pernah tampil dengan single berjudul Bintang, mungkin rezeki tidak menyebelahi saya kerana single tersebut tidak mendapat sambutan.

"Namun, saya bersyukur apabila abang Edry menghubungi saya dan mempelawa saya menyertai Mojo. Saya rasa bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang saya tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran itu.

"Jadi sekarang, saya sedang sibuk mempromosikan single Mojo, Andai Aku Bercinta lagi. Selain saya, Mojo turut dianggotai abang Edry sebagai pemain synthesizer. Kami memang rasa cukup bertuah dengan penyertaan abang Edry dalam kumpulan ini.

"Manakala posisi pemain dram Mojo pula diduduki oleh Johar Lucas yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Tilu dan gitaris, Denny," katanya.

Kesusahan keluarga jadi penguat semangat

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham berkata, muzik video single Mojo sudah dirakamkan dan akan dilancarkan Mei ini bersama album EP pertama Mojo yang mengandungi empat buah lagu.

Menariknya, setiap lagu di dalam album EP itu dicipta oleh setiap ahli Mojo.

"Saya memang tak sabar menanti hari pelancaran album EP kerana saya kira tahun 2012 adalah tahun saya membuat 'comeback'.

"Selain itu, saya berharap orang tidak lagi melabelkan saya dengan imej rock kapak kerana selama ini saya dikenali dengan imej rock kerana imej itu yang dicipta untuk saya sejak saya berada dalam program realiti OIAM.

"Memang rock sebati dalam jiwa saya, tetapi tak akanlah saya nak kekal dengan imej rock kapak sampai ke sudah. Saya harap selepas ini saya akan dapat mengubah persepsi orang," jelasnya.

Menurut Aweera, dia juga tidak sabar untuk memberi kesenangan kepada keluarganya, memandangkan mereka hidup susah di kampung halaman di Kangar, Perlis.

"Saya tidak tahu macam mana nak menggambarkan kesusahan hidup kami sekeluarga di kampung. Malah untuk saya berulang-alik ke Kuala Lumpur memenuhi undangan persembahan juga agak berat kerana kos yang tinggi.

"Mungkin selepas ini, saya akan berpindah ke Kuala Lumpur bagi memudahkan saya bergerak bersama Mojo. Saya juga berharap hasil pendapatan saya dapat meringankan beban keluarga di kampung," katanya yang menjadikan keluarga sebagai penguat semangatnya.

Aweera merajuk?

Menyentuh mengenai 'kehilangannya' selepas berakhir OIAM, jejaka berusia 21 tahun ini berkata, kehilangannya itu bukan disebabkan dia merajuk dengan kekalahannya atau sebab lain-lain.

"Tiada sebab untuk saya merajuk dan saya tidak kisah hanya mendapat tempat ketiga. Sepanjang saya tidak aktif dalam bidang seni, saya mengambil peluang untuk mencari material buat saya sendiri.

"Selain itu, saya juga bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMap) dalam bidang muzik dan dari situ juga saya menimba pengalaman dalam hal berkaitan muzik. Jadi, memang tiada istilah merajuk kerana saya benar-benar cintakan bidang muzik ini," katanya.

Bercerita tentang perkembangan lainnya, Aweera berkata, dia bakal muncul dalam filem pertama lakonannya berjudul Leftwings yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad.

Filem bercorak muzikal rock tempatan itu menampilkan Aweera sebagai teraju utama bernama Ray dan mengisahkan sebuah band indie dengan menjadikan band rock, WINGS sebagai idola mereka dan bakal ditayangkan pada 30 Ogos ini.

Iqa bakal tubuh band

Sementara itu, menyentuh mengenai perkembangan terbarunya, Iqa berkata, dia kini sedang menanti untuk mempromosikan single keduanya.

Katanya, single terbarunya itu terpaksa 'ditahan' dari dikeluarkan kerana Iqa kini sedang mencari ahli untuk band barunya.

"Iqa menyuarakan hasrat untuk menubuhkan sebuah band yang anggotanya semua perempuan dan abang Edry bersetuju dengan cadangan Iqa.

"Jadi kini, kami sedang mencari ahli dan sesiapa yang berminat bolehlah menghantar maklumat diri dan demo ke KRU Record.

"Iqa harap perancangan ini menjadi kenyataan kerana lagunya sudah ada, hanya menanti ahli untuk band sahaja. Lagi pula, Iqa sendiri lebih selesa menyanyi bersama band berbanding menggunakan minus one," katanya.

Bercerita mengenai single keduanya itu, Iqa berkata, lagu bergenre pop ballet itu mempunyai lirik dan melodi yang mengasyikkan dan tidak mustahil akan popular seperti single pertamanya, Di Penghujungnya.

Selain itu, Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor turut bakal tampil dengan filem 29 Februari terbitan KRU Studios tidak lama lagi.

"Dalam 29 Februari, watak Iqa kecil sahaja. Iqa pegang watak sebagai seorang peguam. Sejujurnya Iqa memang suka berlakon dan jika diberi peluang, Iqa gemar berlakon dalam filem bergenre berat seperti seram, aksi. Ia lebih serasi dengan Iqa," katanya.

Enggan kenang kisah lalu


Jika menyebut nama Iqa Mentor, peminat pasti akan segera teringatkan kisah gambar basah di parti Media Hiburan, penghujung tahun lalu.

Biarpun telah beribu kali memohon maaf, masih segelintir pihak beranggapan, Iqa sengaja mencipta populariti murahan.

"Sejujurnya, bagi Iqa sendiri, ia adalah satu pengajaran buat Iqa. Salah Iqa juga kerana tak peka dengan keadaan sekeliling. Pada mulanya memang Iqa 'down' dan rasa sedih dengan kontroversi yang berlaku. Sebenarnya, baju itu berwarna ungu. Iqa tidak perasan ia jadi sebegitu jarang bila basah. Cuma Iqa sedih bila ada pihak yang tak sensitif dan siarkan gambar itu.

"Kalau boleh Iqa tak mahu lagi kenang cerita itu apatah lagi ia berlaku tahun lepas. Walaupun sehingga sekarang masih ada yang bercakap, malah ada sebuah pusat membeli belah turut gunakan gambar itu untuk mempromosikan produk mereka, tapi Iqa harap cerita ini akan berakhir segera. Kalau boleh, biarlah ini kali terakhir Iqa bercakap pasal isu baju itu," ulasnya.

Iqa berkata, pada luarannya dia bukanlah seorang yang gemar bergaya seksi. Iqa juga bersyukur peminat sentiasa berdiri teguh di belakangnya selepas peristiwa itu.

"Orang yang kutuk Iqa, yang marah Iqa semuanya orang yang mengikuti perkembangan selebriti tetapi mereka bukan peminat saya. Kebanyakan peminat saya memberi sokongan moral pada saya.

"Lagi pula, mereka kenal Iqa bagaimana dan mereka tahu Iqa bukan seorang yang berpakaian seksi," tegasnya.

Iqa berkata, bagi peminat yang mahu mengikuti perkembangannya boleh melayari laman sosial Facebook dan mencari Iqa Mentor Official dan Twitter- @PqotThunder.-Sinar Harian
{[['']]}

Titi DJ Belum Sedia Kahwin Lain Selepas Tiga Kali Menjanda

Titi DJ

JAKARTA: Diva popular Indonesia, Titi DJ yang bergelar janda buat kali ketiga sejak Disember tahun lalu mengakui belum bersedia untuk mencari pasangan hidup yang baru.

Titi berkata terlalu banyak perkara yang harus dipertimbangkan jika dia berhasrat untuk berkahwin lagi. Sementelah, status dirinya sebagai ibu kepada empat orang anak itu adalah halangan utama bagi segelintir lelaki untuk mendekatinya

“Saya belum terfikir untuk berkahwin lagi. Apatah lagi bagi ibu tunggal yang mempunyai empat anak seperti saya, belanjanya besar.

“Selepas melunaskan pelbagai bayaran seperti SPP, baki wang yang tinggal tidak sebanyak mana,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 45 tahun itu menikmati kehidupannya dengan penuh bahagia.

“(Ibu tunggal) tidak sukar untuk dinikmati. Saya mencari nafkah dengan menjadi penghibur, jadi tiada apa yang membebankan pun, nikmati saja,” katanya.
{[['']]}

Dituduh Ada Hubungan Sulit Dengan Menteri, Zahida Rafik Bertindak



PETALING JAYA: Pelakon Zahida Rafik yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan berhubung isu itu.
Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.
"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu.
Antara entri yang dibalas Zahida kepada pengikut Twitter.
Sebuah portal dalam talian Rabu lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.
Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida turut membalas setiap entri diterima daripada pengikut Twitter yang menuduhnya menerima bayaran seperti didakwa.
"Kesian bekas pemandu saya, tak ada cara lain nak buat duit, jadi dia buatlah fitnah macam ni. Moga Allah memberi rahmat kepada dia," kata Zahida.

{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger