{[['']]}
KUALA LUMPUR – Seorang selebriti yang baru menempa nama di persada seni tanahair, Tasha Shilla, dikatakan asyik menari secara ghairah di sebuah pusat hiburan terkenal semalam sambil diperhatikan beberapa peminat yang kebetulan berada di situ.
Blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, yang dikenali dengan berita-berita gosip tempatan memberitahu bahawa mereka menerima beberapa panggilan telefon dari para peminat yang memberitahu mengenai perihal Tasha Shilla itu.
“Tengah malam tadi, kami terima beberapa panggilan telefon dari orang awam memaklumkan yang mereka sedang perhatikan dari jauh seorang pelakon bernama Tasha Shilla di salah sebuah pusat hiburan terkenal,” kata pemilik blog itu memulakan gosip itu hari ini.
Lebih panas lagi, peminat itu yang tidak disertakan nama pemanggilnya menceritakan gelagat artis baru itu yang menari ala “pole dancing”, sejenis tarian ghairah yang sangat popular di kelab-kelab tarian bogel di luar negara.
“Menurut saksi kami Tasha Shilla bukan setakat hadir untuk meraikan hari lahir seperti orang lain, beliau turut menari ala pole dancing di pusat hiburan tersebut tanpa menghiraukan hadirin,” lapor blog tersebut lagi.
Tasha dikatakan baru pulang dari Perth, Australia baru-baru ini dan menyambut hari lahirnya yang ke-25 di pusat hiburan popular di sini, Rootz.
Bagaimanapun, pemilik blog itu gagal mendapat sebarang penjelasan ketika menghubungi Tasha Shilla pagi ini apabila selebriti itu memberi alasan sibuk menjalani pergambaran untuk menjawab soalan mengenai insiden tersebut.
Post a Comment