{[['']]}
- Roslin Hashim telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, dalam keadaan tegang setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.
- Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila dia mengesyaki Roslin Hashim berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.
- Norhayati sekeluarga telah ke tingkat lima hotel tersebut sementara menunggu kelibat Jalani Sidek yang dikatakan akan membawa mereka masuk ke bilik bernombor 533 tersebut.
- Namun, Jalani Sidek didakwa cuba melengah-lengahkan perjumpaan tersebut dan menalipon Roslin Hashim supaya keluar daripada bilik itu untuk menghindari dari dicekup khalwat oleh pegawai jabatan agama.
- Apabila Norhayati sekeluarga tiba di bilik itu didapati Raja Azmi seorang diri dan Roslin didapati telah melarikan diri keluar dari bilik tersebut.
- Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.
- Akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”
Post a Comment