Latest Post :
Home » , , , , , , » Kenapa Deja Moss Malukan Norish Karman Dan Farahdhiya??

Kenapa Deja Moss Malukan Norish Karman Dan Farahdhiya??

{[['']]}
http://www.gosipsensasi.co.cc


                                                                 Deja Moss
PETALING JAYA: Pelakon Deja Moss menjelaskan dia tidak memberikan bunga kepada Norish Karman dan Farahdhiya pada pementasan Terima Kasih Cinta (TKC) yang dibintangi mereka pada 6 Mac lalu kerana kedua pelakon itu tidak pernah menegurnya sebelum ini.
Menurut Deja, dia memang sengaja tidak mahu memberikan bunga tersebut kepada Norish dan Farahdhiya tetapi tiada niat langsung mahu memalukan mereka di hadapan penonton.
"Ini sebenarnya hal kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Sikit pun saya tiada niat mahu malukan mereka.
"Sebenarnya sepanjang latihan TKC selama tiga bulan, mereka tidak pernah menegur saya. Nanti kalau saya beri bunga kepada mereka, tak fasal-fasal ia dipulangkan semula kepada saya.
"Jadi apa salahnya saya ambil semula bunga tersebut kerana niat saya bukan untuk memberikan bunga itu kepada mereka.
"Bagi saya, Norish dan Farahdhiya tidak perlu rasa malu jika bunga itu tidak diberikan kepada mereka, kerana mereka dah jadi seperti “diva” sejak awal lagi," jelasnya yang dihubungi mStar Online, Rabu.
Deja diminta mengulas kenyataan Farahdhiya yang menganggap Deja sebagai biadab kerana mengambil semula jambangan bunga yang diberikan kepadanya dan Norish.

                                                                 Farahdhiya
Kejadian tercetus apabila pada pementasan teater TKC Sabtu lalu, Deja telah memesan sebanyak 10 jambangan bunga untuk diberikan kepada pelakon-pelakon utama teater tersebut sempena penutup pementasan berkenaan.
Bagaimanapun, Deja dikatakan cuba memalukan Farahdhiya dan Norish Karman di hadapan penonton dengan merancang untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada pelakon lain kecuali dua pelakon tersebut.
Farahdhiya memberitahu semasa di pentas, pelakon Shajiri dan Tony Yusof yang menerima bunga berkenaan telah menyerahkannya kepada dia dan Norish tanpa menyedari ia bukan untuk mereka berdua.
Tambah Deja, dia pelik, mengapa hal yang dianggap dalaman itu perlu ditulis oleh artis berkenaan dalam ruangan Twitter sebagai bacaan umum dengan menggunakan kata-kata yang agak kesat.

                                                      Norish Karman
Difahamkan, Deja dan Norish sudah lama tidak berkawan gara-gara kes kemenangan Norish dalam sebuah pertandingan di luar negara sebelum ini yang kononnya dipertikaikan oleh Deja.
"Seperti yang anda tahu, saya tak 'ngam' dengan Norish dan ketika menerima tawaran berlakon TKC, saya tahu, dia tiada kaitan dengan teater ini sehinggalah selepas dua minggu latihan dia pula muncul. Saya tak boleh halang kerana ini semua rezeki masing-masing.
"Bagaimanapun, sebagai seorang yang profesional, saya bekerja seperti biasa. Lagipun, hal yang lepas saya dah tak ambil peduli lagi.
"Begitu juga dengan Farahdhiya, saya kagum dengan bakat lakonan serta nyanyiannya. Tapi bila dia bersama Norish, dia sedikit berubah. Saya tak kisah dan tak terkejut pun kalau mereka berdua rapat kerana Norish merupakan kekasih abangnya,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger