Latest Post :
Home » , , , , » Mizz Nina Berdebar Menanti Tarikh 1 Julai 2011

Mizz Nina Berdebar Menanti Tarikh 1 Julai 2011

{[['']]}
http://www.gosipsensasi.co.cc


Memilih tanggal 1 Julai 2011 sebagai tarikh pernikahan, Mizz Nina & Noh Hujan mempunyai masa kurang daripada  dua bulan untuk membuat persiapan perkahwinan.
Biarpun masing-masing sibuk dengan kerjaya, Mizz Nina mengakui dia dan Noh tetap meluangkan masa untuk duduk berbincang mengenai hal perkahwinan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya.
Akan dinikahkan pada 1 Julai tahun ini, Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis resepsi iaitu pada pada 3 Julai di Hotel Shangri-la, yang dibuat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan para media dan pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh di sana.
Menggunakan khidmat pereka fesyen yang selalu bekerjasama dengan keluarganya, Lady Jane untuk semua busana di kesemua majlis perkahwinannya, Mizz Nina mengakui semakin berdebar menanti kedatangan hari bahagianya itu.
  "Saya agak panik bila memikirkan tarikh majlis yang semakin hampir dan kami masih ke sana-sini untuk menyediakan persiapan. Memang saya gunakan khidmat perancangan perkahwinan, tetapi saya tetap memantau dan mahu mengetahui setiap perjalanan persiapan yang mereka lakukan.
"Setakat ini, persiapan untuk pakaian, tempat dan borang-borang untuk nikah sudah pun selesai diuruskan, hanya beberapa perkara yang masih dalam proses.
"Untuk resepsi pertama, saya pilih tema tradisonal berwarna ungu, manakala resepsi kedua kami akan mengambil konsep Jepun supaya ia nampak lebih santai. Saya dan Noh sukakan barangan Jepun, jadi kami gunakan alasan itu untuk dijadikan tema untuk resepsi kami bersama rakan-rakan dan media. Resepsi di Miri diuruskan oleh Noh dan kakaknya, jadi saya masih tidak tahu apa yang dirancang oleh mereka.
Mula Mengongkong Noh?
Bertemu Mizz Nina pada majlis Penyerahan Plak Dari Maxis Kepada Mizz Nina kerana kejayaan singlenya, What You Waiting For yang telah dimuat turun melebihi 600 ribu unit, Mizz Nina hadir berseorangan tanpa ditemani Noh. 
Mizz Nina menunggu saat bergelar isteri
Menebak cerita tentang dirinya yang semakin mengongkong vokalis daripada kumpulan Hujan, merangkap tunangnya sekarang ini, jelas Mizz Nina dia tidak pernah berniat untuk melakukan perkara itu kepada Noh.
"Saya tak rasa perkara ini salah, kerana memang Noh sering ajak saya menemaninya. Memang orang kata, sewaktu dalam tempoh bertunang, tidak elok sekiranya kami terlalu kerap berjumpa. Oleh kerana itu, saya ambil keputusan untuk tidak bertemu Noh, tiga minggu sebelum nikah," jelas Mizz Nina ketawa.
Bulan Madu
Bercerita soal perkahwinan, Mizz Nina tidak kedekut berkongsi tentang perancangannya untuk berbulan madu.
"Saya rancang untuk ke dua lokasi, tetapi setakat ini masih belum dapat disahkan lagi kerana selepas majlis perkahwinan kami ada beberapa tugas perlu diselesaikan, mungkin selepas 18 Julai baru kami boleh berbulan madu.
"Saya rancang mahu ke New York dahulu kemudian barulah kami pergi ke Maldives,  mungkin kami akan pergi dalam tempoh dua minggu sahaja," luahnya.
Kerjaya Selepas Berkahwin
Bergelar isteri sudah tentu ia menjadi salah satu tugas yang berat untuk dipikul oleh wanita ini, namun, jelas Mizz Nina dia tetap akan meneruskan kerjayanya dalam bidang muzik biarpun sudah bergelar isteri kepada Noh.
"Kerjaya tetap sama seperti dahulu walaupun sudah berkahwin nanti, Noh banyak menyokong saya, dan dia faham dengan minat saya. Fokus tetap sama, tetapi keluarga tetap menjadi keutamaan," kata Mizz Nina lagi.
Oleh: Wahida Othman
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger