{[['']]}
Ingatkan perkara ini tidak akan diketahui oleh sesiapa, tetapi akhirnya Abby Abadi memberitahu sendiri kepada peminat melalui laman blog rasminya absolutelyabbyabadi mengenai perkara sebenar dan Abby menyifatkan perkara itu adalah satu kehilangan dalam hidupnya. Abby juga meluahkan yang dia amat menyayangi Zul, seperti dalam tulisannya ‘Saya memang tak segan untuk akui yang Saya memang sayangkan dia. Sayanggg sangat-sangat!’ itulah luahan hati Abby yang kini sepi tanpa teman, menempuh kehidupan yang memang mencabar dan kejam tanpa insan bergelar lelaki.
Bukan menjadi persoalan yang tidak terjawab lagi kepada kita kerana Abby terang-terangan mengakui yang hubungan cintanya antara Abby dan Zul telah berakhir, walaubagaimanapun Abby tidak pula menjelaskan sebab-sebab mengapa perpisahan terjadi antara mereka. Adakah Zul sudah melupakan Abby yang dikenalinya pada awal kemunculannya sebagai pelakon? Mungkinkah Zul sengaja berhubung rapat dengan Abby untuk menumpang populariti? Apakah Abby adalah batu loncatan buat Zul? Itu beberapa persoalan yang hanya Abby sahaja tahu.
Untuk lebih jelas mengenai hal ini, kami salin dari blog Abby untuk para pembaca, ini adalah entry asal dari blog Abby Abadi.
“Sehingga ke saat Saya menaip untuk entri ini, Saya memang tak segan untuk akui yang Saya memang sayangkan dia. Sayanggg sangat-sangat! huhu… Tapi keadaan, masa, orang-orang tertentu, yang bweekk (:P) semualah…. nampaknya tak menyebelahi kami. Berat sangat Saya nak share kan hal ni sebenarnya, …. tapi, takpelah….. Biar Zul happy dengan kehidupan dia sekarang. Sebab apa kami tak buleh lagi berdua, biar Saya simpan jer. Yang pasti, Saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada.Mungkin dia tak sedar yang Saya ni selalu ada di sebelah dia selama ni.”
“Saya… mmmm, di duga lagi…… Sedih memang tak tergambar dengan kata-kata, tapi Saya redha dengan ketentuan NYA….. Mungkin ada kesilapan Saya, yang Saya lakukan tanpa sedar sebelum ni, dan sekarang inilah balasan Tuhan pada Saya. Saya terharu sebenarnya dengan doa dari semua yang mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tapi apakan daya… Saya pun mengharap ‘sesuatu yang terbaik’ sebenarnya… tapi INILAH TAKDIR SAYA.”“Saya sedih…. sangat sedih untuk terima ‘kehilangan’ ini… tapi Saya takde kuasa untuk ubah keadaan. Saya cuma nak orang yang Saya sayang bahagia dengan apa yang dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Saya.”
“SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25″
Post a Comment