{[['']]}
BERITA mengejutkan muncul dari pasangan aktor Bollywood Shahid Kapoor dan Bipasha Basu yang mengatakan pasangan ini baru putus cinta beberapa bulan lalu.
Penyebab perpisahan tersebut kemungkinan disebabkan oleh perubahan sikap Shahid yang semakin acuh tidak acuh.
Sebagaimana dipetik dari indiatimes, perpisahan tersebut terjadi sekitar dua minggu setelah filem Mausam lakonan Shahid ditayangkan dan sebelum kepulangan Bipasha ke Greece. Salah satu sumber memberitahu bahawa perubahan sikap Shahid tersebut terjadi setelah Shahid bertemu wanita lain.
Beberapa sumber yang merupakan orang terdekat pasangan tersebut seperti sudah menduga perkara ini akan berlaku sebelum ini kerana salah satu sumber sempat mendakwa Shahid dan Bipasha seperti kapur dan keju yang tidak mungkin menyatu.
Shahid adalah orang sangat mengongkong, sedangkan Bipasha selalu berfikiran bebas.
"Dia (Bipasha) sangat terkejut dengan semua ini kerana dia tidak pernah menyangka semuanya akan berakhir begitu cepat.
"Shahid telah menjadi teman baiknya dan telah membantunya bangun akibat perpisahannya dengan John Abraham," ungkap salah satu sumber.
Selepas perpisahan tersebut, salah seorang kawan Bipasha mengingatkan dia bahawa walaupun terpaksa harus merasa sakit untuk kedua kalinya, namun hidup harus diteruskan.
Dia meminta Bipasha untuk melupakan Shahid dan kembali menjalani hidupnya seperti biasa.
Post a Comment