{[['']]}
Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.
Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.
“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.
“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.
“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.
“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.
...................................................................................................................................
Kata pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin sesuai dikaitkan dengan isu kes saman membabitkan primadona Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Johan Raja Lawak ini.
Rasa tidak puas hati Ogy timbul semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.
Dakwa Ogy dalam sebuah akhbar semalam, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.
Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.
Johan yang dihubungi Zass bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.
Jelasnya, dia mahu bersikap adil dan memberi kenyataan pada semua teman media sekali gus dalam satu masa.
"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.
"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.
"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," katanya yang mahu penonton pada malam itu menilai, sejauh mana ketelanjurannya sehingga disalah tafsir Ogy.
Post a Comment