Artis Kahwin,
Artis Malaysia,
Lisa Surihani,
Yusry KRU,
{[['']]}
YUSRY dan Lisa Surihani ceria selepas selamat diijabkabulkan di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam.
Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.
Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.
"Walaupun gembira apabila sudah bergelar isteri tetapi saya agak sebak sebab arwah ayah tidak menyaksikan perkahwinan saya," ujarnya yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu.
Anggota kumpulan KRU iaitu, Yusry Abdul Halim mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan pelakon Erra Fazira enam tahun lalu.
Yusry, 39, bagaimanapun berkata, perasaan itu berubah selepas bertemu dengan pelakon Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya.
"Jujur saya katakan bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta lagi selepas kegagalan perkahwinan saya dulu. Tetapi Lisa telah mengubah pendirian saya itu sehingga membawa kami kepada ikatan perkahwinan.
"Dia adalah insan yang telah berjaya membuka pintu hati saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah itu," ujarnya selepas selesai upacara akad nikah di Hotel Marriot di sini pada malam Khamis.
Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang
Post a Comment