{[['']]}
Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.
Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.
“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda undang-undang terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today
Sebelum ini kesemua perkahwinan berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah
Ibu Saif Ali sendiri, Sharmila Tagore yang merupakan keturunan Banggali memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan
Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.
Majlis perkahwinan Saif Ali dan Kareena akan diadakan di istana Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.
Kredit Sumber: Kosmo
Post a Comment