Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Ahmad Dhani. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Dhani. Show all posts

Hubungan Intim Ahmad Dhani Dan Mulan Jameela Terus Jadi Tanda Tanya

Mulan Jameela bersama anaknya, Syafiya dan Ahmad Dhani. 

Rahsia pernikahan yang terus disembunyikan Mulan Jameela dan Ahmad Dhani Prasetyo semakin terkuak, namun pasangan ini bagaikan tidak pernah peduli pandangan masyarakat terhadap hubungan mereka.
Kukuh mempertahankan pendirian untuk tidak berkongsi hal peribadi, namun ketika ibu Mulan, Titi Aisyah menutup mata buat selama-lamanya di Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 8 Mac lalu, rahsia yang selama ini tersimpan kemas perlahan-lahan menguak.

Saat jenazah ibunya dibawa kediamannya, Safeea anak perempuan yang disebut-sebut sebagai buah cinta antara Dhani dan Mulan yang kini berusia dua tahun kelihatan begitu mesra dalam pelukan ibu pengasas band Indonesia berpengaruh, Dewa 19 itu.

Memakai baju putih dan celana merah jambu, Safeea didukung erat oleh ibu Dhani ketika jasad ibu Mulan dikafankan untuk disemadikan.

Dhani ketika ditemui media Indonesia di Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada 15 Mac lalu, masih bungkam apabila diminta kepastian mengenai kehadiran Safeea.


Kunci mulut

Pemilik Republic Cinta Management itu selesa mengunci mulut dan terus berlalu ketika ditanya mengenai pernikahannya dengan penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi itu.

Berita pernikahan mereka kembali marak diperkatakan apabila Dhani menjayakan satu sesi fotografi bersama Safeea dan Al, anak pertamanya dengan bekas isterinya, Maia Estianty sebagai penghias muka depan sebuah tabloid.



Selesa kunci mulut ketika ditanya mengenai pernikahan mereka.
 
Januari lalu, Dhani pernah mengumpan sensasi media ketika melontarkan kenyataan mengenai berat badan isterinya.

“Berat badan kamu 40 kilogram? Berat isteri saya 50. Kalau ditanya sudah kahwin berapa kali, iya berkali-kali. Kalau ditanya nikah iya sudah berkali-kali, saya sudah nikah berkali-kali,” katanya meninggalkan tanda tanya kepada umum.

Ketika ibu Mulan dimasukkan ke Rumah Sakit Pondok Indah kerana jangkitan paru-paru, Dhani menunjukkan keprihatinannya dengan berziarah.

Malah, Mulan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu yang bergegas ke kediamannya sebaik mendapat tahu ibunya menghembuskan nafas terakhir.

“Sempat dia menziarahi ibu saya di hospital. Namun saya ingin berterima kasih kepada Dhani dan juga semua atas perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan,” kata Mulan.

Tidak sembunyi keintiman

Meskipun belum pernah mengeluarkan kenyataan rasmi, Dhani dan Mulan tidak menyembunyikan keintiman mereka di mata umum.

Pasangan itu tampil berdua dalam satu kereta ketika menghadiri resepsi pernikahan Anang Hermansyah dan Ashanty pada Mei, tahun lalu.

Berpakaian serba hitam, Dhani kelihatan santai memegang tangan Mulan meskipun penyanyi Wonderwoman itu dilihat canggung mempamerkan kemesraan mereka.

Bagaimanapun, mereka berusaha menghindari wartawan yang sedang menanti di luar dewan dan Mulan hanya menjawab pertanyaan apabila diminta memberikan ucapan kepada pasangan mempelai itu.


{[['']]}

Mulan Jameela Cium Tangan Ahmad Dhani

 Aksi Mulan yang mencium tangan Dhani saat memberi ucapan Hari Lahir kepada Dhani.


SPEKULASI mengenai status hubungan antara Ahmad Dhani dan Mulan Jameela kini kembali hangat diperkatakan.

Mulan telah melakukan tindakan berani apabila mencium tangan Dhani setelah menerima kejutan daripada pihak produksi untuk menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun ketika program 'Indonesian Idol 2012' sedang berlangsung.

Sebelum itu, dua anaknya iaitu El dan Dul diminta untuk tampil ke tempat kerusi Dhani yang menjadi juri program berkenaan untuk meniup lilin bersama dan kemudian, rakan Dhani, Anang, pula meminta Mulan yang duduk di kerusi penonton untuk tampil bersama.

Terdahulu, Mulan dan Dhani pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dan kini sudah berstatus suami isteri. Namun penyanyi kumpulan Dewa 19 itu enggan menjelaskan perhubungan mereka itu kepada umum.

 Mulan Jameela

Dan adegan cium itu membuatkan pihak media Indonesia sekali lagi mengajukan soalan tentang perhubungan mereka dan nampaknya, Dhani tetap dengan pendiriannya untuk tidak menceritakan hal sebenar kepada umum.

"Tidak ada apa-apalah. Semua artis di bawag naungan saya selalu mencium tangan saya. Jadi, jangan membuat spekulasi seperti itu (pasangan suami isteri).

"Bagi saya, tidak salah untuk sesiapa sahaja mencium tangan ketika memberi ucapan 'Selamat Hari Lahir'," katanya.
{[['']]}

Ahmad Dhani Tidak Tahu Siapa Penyanyi Asal Lagu Goyang Inul


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pemain gitar kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang juga salah seorang pembimbing dalam program realiti TV Mania mengakui dia tidak mengenali penyanyi asal lagu berjudul Goyang Inul sewaktu siaran langsung pertandingan itu yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria di sini malam kelmarin.

Ahmad Dhani mengeluarkan kenyataannya itu dia sewaktu diminta komennya oleh pengacara Aznil Haji Nawawi sejurus selepas peserta di bawah bimbingan M. Nasir iaitu Stacy menyanyikan lagu Goyang Inul yang merupakan antara lagu paling popular yang dipopularkan oleh Inul Daratista yang juga berasal dari negara yang sama dengannya.

“Saya tidak tahu lagu Goyang Inul itu dipopularkan oleh Inul Daratista. Ini kerana, lagu itu memang popular di Indonesia tetapi ramai penyanyi yang menyanyikan lagu itu. Malah, dalam banyak pertandingan irama dangdut ia juga dibawakan oleh ramai peserta menyebabkan saya tidak tahu penyanyi asal lagu itu adalah Inul Daratista,” komennya ringkas.

Dia yang membimbing Hafiz, Akim, Estranged, Atilia dan Aril pada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 untuk juaranya itu mengulas kenyataannya itu pada sidang akhbar selepas berakhirnya konsert minggu keenam Mania yang turut dihadiri semua peserta pertandingan yang julung kalinya dianjurkan oleh Astro Ria.

Pada pertandingan yang menggunakan 100 peratus khidmat pesanan ringkas itu, dua peserta di bawah bimbingan Ahmad Dhani iaitu Akim dan Atili telah tersingkir kerana mendapat undian SMS paling rendah berbanding 11 lagi peserta lain di mana ia membabitkan anak-anak buah di bawah bimbingan dua lagi pembimbing Mania iaitu Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.

Kredit: Sumber
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger