Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Raja Bahrin Shah. Show all posts
Showing posts with label Raja Bahrin Shah. Show all posts

Penyanyi Noryn Aziz Akui Jadi Isteri Raja Bahrin

NORYN bersama Raja Bahrin ketika hadir pada satu majlis pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Noryn Aziz akhirnya secara terbuka mengakui bahawa sudah lebih dua tahun bergelar isteri kepada arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin.

Sebelum ini, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 36, bertindak untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi apatah lagi memberi sebarang kenyataan berhubung desas-desus perkahwinannya.

Tegas Noryn, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan untuk menghormati keluarga pihak suami.

“Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai.

“Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini,” kata Noryn dalam satu pertemuan bersama Kosmo!.

Jelas Noryn, dia dan Raja Bahrin berkahwin pada satu majlis tertutup di Terengganu pada 22 Januari 2010. Pernikahan dengan Raja Bahrin menamatkan kehidupan janda Noryn selepas 12 tahun berdepan kegagalan daripada perkahwinan pertamanya.

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
{[['']]}

Gambar Suami Penyanyi Jazz Popular Noryn Aziz



KUALA LUMPUR: Inilah antara aksi bahagia penyanyi jazz popular Noryn Aziz bersama suaminya, AR Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah iaitu seorang arkitek terkenal yang juga merupakan seorang kerabat diraja negeri Terengganu.Gambar-gambar ini dirakamkan  ketika pasangan bahagia ini menghadiri majlis fesyen majalah Glam dan Glam Lelaki di Zebra Square, di sini baru-baru ini.

Raja Bahrin Shah dan Noryn Aziz yang sempat didekati oleh Detektif Stailista telah berbesar hati memberi keizinan bagi menayangkan gambar mereka berdua sepanjang majlis berkenaan, malah tidak menganggap ianya sebagai masalah.

Pada majlis itu, Raja Bahrin Shah telah dinobatkan sebaga salah satu antara sepuluh lelaki paling gaya menerusi penghargaan Malaysia's Most Stylish Men rf2011 majalah Glam Lelaki, disamping penyampai berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim dan Pengurus Pelaburan, Erwin Azizi.







Sementara itu Noryn Aziz yang cukup jelita dengan persalinan daripada Farah Khan telah memeriahkan acara berkenaan dengan paduan beberapa lagu sebagai mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak mendengar nyanyiannya.

Mereka tampak gembira dan cukup terbuka dengan kemunculan bersama di majlis berkenaan bermula dari acara permaidani merah sehinggalah tamat acara yang telah dihadiri ramai selebriti , pengamal fesyen dan tidak ketinggalan pembaca setia dua majalah berkenaan.

Malah Noryn Aziz dalam nada gembira berkata, bahawa dia akan mengadakan konsert solonya di lokasi fesyen berkenaan pada Februari ini dan mengharapkan sokongan tidak berbelah bagi daripada peminat serta rakan media.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger