Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Sham Kamikaze. Show all posts
Showing posts with label Sham Kamikaze. Show all posts

Sikap Tak Bertanggungjawab Sham (Kamikaze) Punca Isteri Tuntut Cerai

 Sham (Kamikaze) bersama isterinya,Farazila Abdul Jabar. (Gambar Fail)


Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.

Memetik kenyataan di mStar, Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.

"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.

"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia.

Farazila juga memberitahu keputusan bercerai itu  bukan kerana dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu. Sebaliknya dia menyatakan kesanggupannya untuk bermadu andai dakwaan tersebut benar.  Sham beristeri dua tersebar kerana disuruh mengunci mulut.

Keputusan nekad mahu bercerai disebabkan dia sudah tawar hati dengan sikap tidak bertanggungjawabnya Sham dalam urusan rumah tangga. Tambahan banyak konflik dalaman yang tercetus antara mereka dan Sham menafikan haknya sebagai isteri.

Mengenai pernikahan kali kedua Sham, Farazila berkata dia pernah bertanya kepada suaminya mengenai dakwaan itu untuk kepastian. Tetapi Sham tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, Sham mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadapnya. Kerana itu juga dia terpaksa berdiam diri selama ini walaupun maruahnya dan keluarga diperlekehkan umum sejak kontroversi suaminya beristeri dua tersebar.

Sebelum ini Sham pernah menafikan desas-desus mendakwa dia sudah bernikah lagi secara rahsia pada 16 Januari lalu, di Pulau Pinang. Sham menganggap gosip itu sebagai fitnah yang mencalar reputasinya sebagai pendakwah baru dan menggores hati isterinya Farazila.

Namun yang demikian, keluarga yang dipercayai isteri kedua Sham iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, pernah mengeluarkan kenyataan yang dia terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah kali kedua.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan itu.



- mD
{[['']]}

Nurul Halimin Mengaku Dah Kahwin Tapi Sham Kamikaze Menafikan...

  

Kisah perkahwinan kedua Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin ( kakak kepada Maulana – bekas pelajar Akademi Fantasia Kelapan – AF8) kini seolah menjadi misteri.

Sham yang aktif sebagai pendakwah bebas, telah menafikan beliau berkahwin lagi. Penafian dibuat melalui Facebook miliknya;

“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.

Namun, Nurul pula bertindak sebaliknya dengan menegaskan mereka telah berkahwin.

Berikut petikan Twitter Nurul, hat-hati dengan bahasa yang digunakannya. Dia meminta kepada seseorang (Suffian Jaafar) untuk membantunya mendapatkan sijil nikah dengan Sham.

 
Mana Yang Betul ?? Nurul Kata Ya, Sham Kamikaze Nafi


Nurul adalah ibu tunggal beranak satu kelihatan agak tertekan dengan apa yang berlaku.

Namun, hendak percaya cakap siapa kini?

Di pihak Nurul tidak ada sijil nikah dan gambar perkahwinan, namun dia kelihatan bersungguh mengatakan ia berlaku. Di mana pernikahan berlaku pun tidak diketahui namun dikatakan ia telah dilangsungkan 16 Januari lalu.

Keluarga Nurul bagaimana pula tampil mengesahkan perkahwinan tersebut telah berlaku.

Sham Kamikaze pula mengatakan apa yang tersebar adalah fitnah.

Kalau Nurul hendak marah pun dia pun pasal lah, namun harus disebutkan di sini dia kena tampilkan bukti yang jelas untuk menyokong dakwaan dia.

Dan Sham sebagai pendakwah bebas pula harus lebih tahu, andai mereka telah berkahwin tapi menafikannya, maka rujuklah dengan yang  lebih arif, kerana ada kemungkinan boleh jatuh talak dengan penafian seumpama itu.

Mana Yang Betul ?? Nurul Kata Ya, Sham Kamikaze Nafi

Gambar Sham bersama isterinya, Farazilla.

Apa pun, masa akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Kredit: Sumber
{[['']]}

Panas!! Keluarga Isteri Kedua Terkilan Dengan Sikap Sham Kamikaze

Nurul Halimin (kiri) dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (kanan). 

PETALING JAYA: Keluarga Nurul Halimin yang didakwa isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan.

Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu.

"Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut?

"Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?

"Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah," katanya kepada mStar Online di sini Jumaat.

Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu .

Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

"Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi," ujarnya.

Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.

"Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

"Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?" Katanya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
{[['']]}

Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze

Nurul Halimin (kiri) dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (kanan).
 

PETALING JAYA: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

"Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.


Sham bersama isteri pertamanya, Farazila. 




Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.

Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
{[['']]}

Adakah Gosip Sham Kamikaze Telah Beristeri Dua Tidak Benar??

Gambar Sham Kamikaze bersama isterinya Farazila.


 Email dari teman rapat Sham Kamikaze.
 
Assalamualaikum tuan blogger,
Saya sebagai teman rapat saudara Sham Kamikaze amat terpanggil sekali
untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan fitnah yang anda tampilkan di laman blog
anda yang secara tidak langsung merosakkan dan meruntuhkan masjid yang di bina
dengan ikatan kasih sayang atas jalan  الله.Justru dengan ini saya amat mahukan
pihak blogger tampil untuk meminta maaf secara terbuka atau tindakan mahkamah
akan diambil atas tindakan tidak beretika dari pihak anda.
Sekian terima kasih jazakallah khairan kathira.semoga Allah merahmati anda.


P/S Bagi penulis eloklah Sham sendiri tampil membuat pengakuan yang benar dan jujur,perkara yang baik ini tidaklah perlu disembunyikan..
{[['']]}

Gambar Isteri Kedua Sham Kamikaze??



Lebih sebulan juga kami simpan maklumat ini untuk mendapatkan kepastian dari beberapa pihak & mereka yang berkaitan.
Pertengahan Januari 2012, kecoh juga dunia hiburan dengan kisah yang mengatakan pemuzik & kini pendakwah sudah beristeri dua.
Sham Kamikaze pantas tampil & menafikan dakwaan itu selain berasa kecewa kerana dengan apa yang beliau lakukan sekarang, ada juga gossip yang melanda.




Menurut sumber kami, identiti isteri kedua Sham Kamikaze telah lama di’kenalpasti & wanita itu bernama Nurul Halimin Md Salleh yang berusia 32 tahun — mereka sah bernikah 16 Januari yang lalu.
Nurul Halimin atau lebih mesra di’panggil Min ini merupakan kakak kepada penyanyi Maulana dari Akademi Fantasia 8 (AF8) & wanita yang di’dakwa janda anak satu ini merupakan seorang yang aktif di’Twitter.
Menurut sumber kami lagi, pernikahan Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin masih belum di’ketahui oleh isteri pertama & keluarga Sham Kamikaze sendiri.
Bagaimanapun kami puji sikap Sham Kamikaze mengambil keputusan untuk berkahwin dengan wanita yang bergelar ibu tunggal untuk membela nasib.
Jika identiti isteri kedua Sham Kamikaze ini benar seperti di’dakwa — menjadi satu persoalan kepada lelaki ini masih mahu merahsiakan perkahwinan kedua beliau sedangkan ia’nya suatu perkara yang baik?

Kredit: Sumber
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger