Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Zarina Anjoulie. Show all posts
Showing posts with label Zarina Anjoulie. Show all posts

Zarina Anjoulie Akhirnya Dijamin Oleh Adik Tirinya


Zarina Anjoulie


PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya pada Jumaat selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.

Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi dan kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.

Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.

Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta itu, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari depan.

Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.

Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja. - BERNAMA

{[['']]}

Sama-Sama Kita Tunggu Alasan Tak Masuk Akal Dari Zarina Anjoulie

Malu...Zarina Anjoulie bersama teman lelakinya dibawa keluar daripada mahkamah selepas dituduh memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram pada 30 Disember lalu.Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 

Pada 30 Disember lepas, seorang pelakon dan juga model yang dikenali kerana kontroversi, Zarina Anjoulie telah ditangkap bersama teman lelakinya dalam satu serbuan polis di sebuah rumah mewah di Damansara Damai kerana menyimpan dadah jenis eramin 5 di situ.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang Zarina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.


Zarina yang memakai baju-T berwarna kelabu dan berseluar merah jambu tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya. Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM6,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana mereka masih belajar di kolej swasta.

Seorang rakan wanita kepada Zarina hadir menjaminnya dan mengaku dirinya pemilik kondominium di Damansara Damai itu, namun mahkamah tidak membenarkan dia mengikat jamin tertuduh atas alasan mereka tiada pertalian keluarga. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM2,000 dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

Sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga aktres itu tampil menjaminnya dan dia dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.

Bagaimanapun, Mohamad Fakhruzaim membayar wang ikat jamin RM2,000 itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang.

Ada-ada saja dengan Zarina. Ingatkan dia sudah insaf dari terbabit dengan kontroversi setelah terbabit dengan pelbagai kontroversi seperti gambar separuh bogel dan gambar seksi dengan majalah FHM.

Dalam serbuan kira-kira tiga hari lepas, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber:-

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.


Buat pengetahuan anda, Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah. Pada masa itu, dia mengaku mengambil dadah Ketamin dan Syabu, tetapi pada masa pengakuan dibuat dia masih belum menjalani ujian air kencing.

Apa agaknya alasan tak masuk akal yang akan diberikan Zarina berikutan penangkapan ini? Bersama kita nantikan.
{[['']]}

Lufya 'Hadiahkan' Lagu Ketuhanan Kepada Zarina Anjoulie



KUALA LUMPUR: Penyanyi Lufya Omar, yang terlibat dengan kontroversi pergaduhan bersama Zarina Anjoulie Lavocah telah mendedikasikan lagu single terbarunya, Doaku, bagi tujuan berdamai.

Lufya berkata, dia mahu Zarina menghayati lagu yang berbentuk ketuhanan itu dan dapat memaafkan antara satu sama lain, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 21 Julai depan.

"Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu.

"Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu 'Doaku' untuknya," kata penyanyi itu lagi.

Pada pertengahan April lalu, sebuah blog hiburan menyiarkan kenyataan Lufya di mana ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina dan hal tersebut menyebabkan dia pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil 'Anju' yang jelas merujuk kepada pelakon itu.

Kemudian, Zarina melancarkan 'perang' terhadap Lufya sebagai respons terhadap artikel berkenaan menerusi akaun Twitter miliknya dan mengejek penyanyi berkenaan dengan panggilan yang tidak enak didengar.

Tambah Lufya, walaupun dikutuk hebat oleh pelakon seksi itu, dia menerima dengan tenang dan ia juga sebahagian daripada promosi untuk dirinya kepada peminat-peminat yang baru ingin mengenalinya.

Mengenai lagu Doaku, ia merupakan lagu ciptaan pertamanya selepas single pertama, Diam, yang dikeluarkan pada tahun lalu.

"Lagu ini teramat istimewa buat saya kerana ia merupakan ciptaan sepenuhnya oleh saya dengan bantuan penyusun muzik, Rafikconcept.

"Idea lagu tersebut adalah berkonsepkan ketuhanan juga datangnya dari saya di mana saya ingin menceritakan perasaan diri yang mahukan petunjuk ke arah yang diredhai.

"Alhamdulillah, setakat ini saya menerima respons yang positif apabila meletakkan lagu tersebut di laman Youtube," tuturnya.

Dalam pada itu, Lufya berkata, memandangkan dia ingin memberi sepenuh perhatian terhadap karier nyanyiannya itu, dia terpaksa berehat seketika daripada aktiviti lakonan.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
{[['']]}

Gambar Zarina Anjoulie Kena Cium

   

KUALA LUMPUR – Laman sosial Twitter tempatan semalam tiba-tiba kecoh dengan sekeping gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menurut laman web hiburan terkenal, murai.com, gambar Zarina itu mula tersebar di Twitter sejak pagi semalam sebelum disebarkan lebih meluas di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog.

Gambar tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi.

Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan ‘paksa rela’.

Bagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan.

Selain itu, murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan telefon bimbitnya ditutup.

Zarina yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, bagi menamatkan kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis.

Dia juga baru saja reda ‘berperang’ dengan seorang lagi pelakon drama yang dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan memalukan – ‘ketiak basah’.

Sebelum ini, Zarina juga mencetus kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit majalah dari Indonesia, FHM, sehingga menjemput kritikan pedas dari ramai peminat industri hiburan tanahair.

Bermula dengan identiti seksi, Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri, Anak Pontianak.
{[['']]}

Lufya Jawab Dakwaan Zarina Anjoulie


Lain pula cerita daripada pihak Lufya yang menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie seperti yang didakwa oleh pelakon sensasi tersebut di laman Twitter peribadinya.

Bagi mendapatkan cerita dan kisah sebenar mengapa perkara berkenaan boleh tercetus, portal murai.com.my menghubungi sendiri Lufya untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara yang kini panas juga kutukan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza.

“Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

“Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang.

“Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya,” ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan.

Lufya juga diajukan soalan mengenai kenyataan Zarina yang memalukannya dan dia menggangap perkara itu sebagai bahan jenaka yang tidak masuk akal.

“Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.

“Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia.

“Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah.

“Saya cuma berharap dia lebih professional kerana industri hiburan kita bukannya besar mana, balik-balik akan berjumpa bertemu muka juga,” ujarnya lagi.(Murai.com.my)
{[['']]}

Panas! Zarina Anjoulie Lancar 'PERANG' Terhadap Lufya!

     
Mungkin masih ada yang belum tahu mengenai sebuah artikel yang tersiar disebuah blog hiburan tempatan mengenai Lufya yang kecewa terhadap peminat yang salah anggap dirinya sebagai Zarina Anjoulie.

Dalam artikel tersebut, Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina.

Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Selain itu, Lufya turut dikatakan pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil Anju yang jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie.

Namun lain pula dipihak Zarina Anjoulie, sebentar tadi kecoh di laman Twitter miliknya dan dia dipercayai melancarkan “perang” terhadap Lufya sebagai respon terhadap artikel yang ditulis di blog hiburan tersebut.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.”



Zarina Anjoulie turut membuat kenyataan berbentuk kutukan terhadap Lufya.


 
Wahhh, memang ramai orang tahu bahawa Zarina Anjoulie seorang yang sangat lantang.

Tapi ‘menembak’ artis lain dengan lantang? Itu ngam! (Ohbulan)
{[['']]}

Zarina Anjoulie Sedia 'Dikurung'

Zarina Anjoulie. 
 
PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie percaya pendedahan dan pengakuan selebriti mengenai cerita-cerita sensasi mereka dalam program terbaru Bilik 7 di ntv7 adalah hidangan yang dinantikan oleh peminat hiburan tanah air.

Zarina berkata ia disebabkan mentaliti dan sikap semula jadi masyarakat khususnya penonton Melayu sememangnya menggemari dan teruja untuk mengetahui kisah-kisah panas artis.

"Sebab itu saya yakin Bilik 7 akan menawarkan satu bentuk hiburan yang digemari oleh masyarakat kita.

"Sama ada kita mahu terima atau tidak, cerita panas artis adalah bahan yang mendapat respons yang baik daripada khalayak.

"Apatah lagi pendekatan program ini mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan," katanya.


'Bilik 7' mendedahkan pengakuan jujur artis dalam menjawab sesuatu isu yang berkaitan.



Zarina merupakan salah seorang daripada 13 selebriti yang bakal dipaparkan dalam program tersebut.

Bilik 7 yang bersiaran sebanyak 13 episod itu akan mula ditayangkan pada 5 April depan pada setiap Khamis bermula pukul 9 malam di ntv7.

Mengulas lanjut, Zarina berkata dia tidak melihat konsep program itu sebagai sesuatu yang mengaibkan golongan artis, sebaliknya ia adalah ruang terbaik untuk membuat pendedahan daripada mulut artis itu sendiri.

"Ia bukan membuka pekung atau memburukkan nama artis. Bagi saya, Bilik 7 memberikan pengalaman dan peluang yang baik kepada artis untuk meluahkan sesuatu kebenaran terhadap kontroversi yang tercetus.

"Saya melihat program ini sebagai platform yang telus dan berani buat artis mendedahkan kebenaran bagi sesuatu kontroversi itu daripada mulut kami secara rela dan ikhlas," katanya.

Dalam pada itu, penerbitnya Engku Azmin Engku Zaini berkata program tersebut mampu menarik minat dan tumpuan penonton kerana kelainan pada konsep dan paparannya.

"Kami bukan mahu mengambil kesempatan daripada golongan artis dengan menjadikan kontroversi mereka untuk tarik penonton.

"Sebaliknya, Bilik 7 wajar dilihat sebagai pengajaran dan mesej kepada penonton daripada kisah atau kesilapan yang didedahkan oleh artis itu sendiri," katanya.

Selain Zarina, 12 lagi selebriti yang bakal berkongsi pendedahan mereka bersama hos Richie Rachman adalah Azwan Ali, Radhi OAG, Lisdawati, Raja Azmi, Pian (Cecupak), Johan Asa'ri, Melia Aimiellia, Mawi, Natasha Hudson, Ayu Damit dan Gambit Saifullah.

Episod mingguan Bilik 7 juga boleh ditonton di laman www.tonton.com.my, bagi yang terlepas tayangan di televisyen.

Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Zarina Anjoulie Akan Berkahwin Dengan Suami Orang



KUALA LUMPUR – Aktres yang tidak pernah lekang dengan cerita-cerita panas, Zarina Anjoulie Lavocah mahu bernikah secepat mungkin dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi yang selama ini begitu mengaibkan diri serta keluarganya.

Menegaskan kepada media myMetro.com.my, Zarina berkata, dia seolah-olah serik dengan pelbagai kisah yang memalukan mengenai dirinya dan berharap pernikahan tersebut bakal menamatkan segala tohmahan yang dilemparkan.

“Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan dibuat ini, saya tidak lagi dikaitkan de­ngan kontroversi yang boleh mengaibkan.
“Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi.

Selain itu, Zarina juga memaklumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang lelaki, namun enggan didedahkan identiti kepada khalayak umum untuk mengelak dari menjadi bahan fitnah oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.

“Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami. Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum.
“Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang dengki menyebarkan pelbagai cerita.
“Bukan itu saja, sehinggakan ada yang sanggup menghantar gambar saya sebelum ini kepada keluarga bakal mentua sehingga menyebabkan hubungan dijalin terputus. Kali ini saya mahu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu mendedahkan identiti bakal suami sehinggalah kami selamat bernikah,” jelasnya panjang lebar.
Bagaimanapun, artis seksi yang berusia 25 tahun itu mengakui bahawa bakal suaminya itu merupakan suami orang dan dia bakal bermadu.

“Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahupun keempat, asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama.
“Berbanding orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luas batas, ia lebih besar dosanya. Pada saya, keputusan baik yang mahu diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan didoakan yang baik-baik saja buat kami berdua,” katanya lagi.

Selain itu dalam wawancara bersama media tersebut, Zarina turut meluahkan kekesalannya terhadap media yang lebih suka memberi fokus terhadap kontroversi dirinya berbanding kerjaya seni dan dia mengugut akan meninggalkan dunia seni sekiranya keadaan tersebut tidak berubah.
“Dalam segala banyak drama dan filem saya bintangi, orang tetap hendak memperkatakan kontroversi diri saya. Saya faham media memang mencari cerita sensasi tetapi dalam waktu sama, janganlah sampai ia menenggelamkan kerjaya seni saya.

“Waktu sama, orang kata saya sengaja menjual cerita sensasi untuk popular sedangkan bakat tidak seberapa. Sekiranya benar saya tidak berbakat, tidak mungkin pengarah dan produksi masih memanggil saya berlakon.
“Malah kepercayaan pengarah terhadap bakat yang saya miliki bukan calang-calang orang. Antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Mamat Khalid, dua pengarah yang pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Malah Yusry Abdul Halim juga percaya dengan bakat saya apabila menawarkan salah satu watak utama dalam filem Ular.

“Kalau selepas berkahwin perkara itu berlaku juga, saya sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dilakukan. Mungkin saya akan mengambil tindakan meninggalkan dunia seni dan menumpukan perhatian kepada suami dan rumah tangga,” ujarnya kesal dengan apa yang berlaku.
Zarina yang dilihat sering ‘terlepas cakap’ itu turut memberitahu bahawa bakal suaminya membenarkan untuk dia terus bergiat dalam bidang seni dan peragaan selepas bernikah nanti.
{[['']]}

Zarina Anjoulie Buat Hal Dengan Aliff Aziz


Zarina Anjoulie atau nama barunya, Zarina Lavocah sememangnya tidak lekang dari kontroversi yang ‘panas-panas’, dari satu kisah ke satu kisah yang lain.

Terbaru, tiada angin tiada ribut, Zarina telah mendakwa penyanyi Singapura yang baru menetap di Malaysia, Aliff Aziz ‘telah melakukan sesuatu’ .

Ia dinyatakan di laman Twitter miliknya.





Dalam twitter tersebut, pelakon wanita itu mengucapkan terima kasih di atas ‘penipuan’ yang telah dilakukan oleh Aliff  terhadap dirinya.

Malah, Zarina juga meminta Aliff tampil memohon maaf kepada dirinya secara peribadi dan mengatakan pihak media pastinya ingin tahu apa yang telah berlaku.

 



Persoalannya, apakah yang telah Aliff lakukan terhadap dirinya?

Memang sudah menjadi tradisi dalam industri seni untuk setiap artis menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mereka meluahkan apa sahaja termasuklah kata-kata kesat, kemarahan, makian dan sebagainya.

Bagaimanapun, terpulang untuk peminat-peminat memberikan andaian sendiri tentang kesahihan berita itu memandangkan pihak Aliff  seperti tidak ambil pusing kisah dakwaan tersebut.

Apa-apa pun, hanya Zarina dan Aliff Aziz sahaja yang tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlaku…pada malam itu!
{[['']]}

Gambar Posing Maut: Zarina Anjoulie Lavocah Akui Terima Bayaran RM10,756



KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dari majalah hiburan terkenal negara jiran, FHM Indonesia untuk bergambar bagi majalah tersebut pada edisi Oktober yang lalu.
Menurut laman web hiburan terkenal, Oh! Artis.com, Zarina menerima tawaran tersebut kerana dia sememangnya meminati sesi ‘photoshoot’.
“I (saya) memang sukakan photoshoot (sesi bergambar),” katanya kepada laman web hiburan tersebut.
Sebuah lagi laman web hiburan popular, Mediahiburan.com.my yang mendapatkan pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu secara eksklusif memberitahu bahawa Zarina bergambar seksi di majalah tersebut untuk mencari rezeki menampung kos sara dirinya.
“Saya perlu mencari duit untuk menanggung perbelanjaan hidup saya dan tawaran daripada majalah itu adalah satu cara untuk saya membuat duit,” kata Zarina kepada laman web tersebut.
Menurut Zarina lagi, dia tidak menyembunyikan perkembangan aktiviti seninya dan mendakwa pernah memberitahu sesi pergambaran tersebut kepada peminatnya melalui laman sosial Twitter miliknya.





“Saya tidak pernah menyorokkan hal ini daripada peminat saya. Peminat di Twitter tahu mengenai perkara ini lama sebelum hal sebenar tersebar,” jelas aktres itu yang sedang ditemui media di majlis pelancaran filem terbarunya, ‘Khon Malay’.
Di sebalik pelbagai kontroversi hangat yang sedang melanda dirinya, Zarina melahirkan rasa syukurnya apabila terpilih sebagai pelakon utama filem tersebut dan berterima kasih kepada pihak produksi yang masih mempercayai bakat lakonan yang ada padanya.
“Saya berasa bersyukur kerana masih mampu mencari rezeki di dalam bidang ini. Walaupun banyak terima penghinaan, ada pihak produksi yang masih percaya bakat yang ada pada saya. Betul kata ibu, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan tuhan,” katanya di laman web hiburan yang sama baru-baru ini.
Mengakui pernah melakukan banyak kesilapan sebelum ini, Zarina turut menjelaskan bahawa dia rasa lebih selesa dengan dirinya sekarang dan tidak perlu berpura-pura lagi berhadapan dengan peminat industri hiburan tanahair.
“Saya akui, dahulu saya pernah melakukan kesilapan dan kerana kesilapan lalu, saya dihukum sehingga ke hari ini dan apa sahaja yang saya lakukan akan mendapat kutukan dan hinaan. Kini, saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura lagi,” katanya lagi.


{[['']]}

Gambar-Gambar Posing Maut Zarina Anjoulie Lavocah...



Zarina Anjoulie Lavocah memang seksi dan cun. Kepada yang mungkin tidak mengenali siapakah gerangan si gadis hot-seksi ni, si pelakon persis aktress Bollywood ni memang terkenal. Terkenal dengan pelbagai kontroversi yang sering dicetus dalam dunia seni.

Sikit tentangnya, mesra dengan nickname Zarina Anjou, gadis 24 tahun ni memulakan langkah dalam dunia lakonan menerusi watak utamanya dalam drama Anak Pontianak arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba yang disiarkan menerusi TV3 pada 2007. Sayang,namanya mula terpalit kontroversi ekoran penyebaran gambar sensasinya menerusi Internet.

Terbaru,anak kacukan Melayu, Iran dan Inggeris dikatakan menyerang pelakon-pengacara Awal Ashaari menerusi laman sosial Twitter.

Sementelah dia boleh dikata gagal mencipta nama di Malaysia akibat impak cerita- cerita panas sebegitu.

Bagaimanapun, tup-tup bulan Oktober lepas, dia tampil dalam FHM Indonesia. Mungkin ini salah satu percubaannya mengembangkan sayap di Indonesia setelah perkembangan kariernya di sini agak sendu lagi terbantut. Malah Zarina seakan lepas geram apabila peluang menjadi penghias majalah itu digunakan sebaik mungkin. Zarina Anjou tampil dengan gaya seksi penuh menggoda. Pendek kata, memang mengujakan sungguh gambar-gambar yang dipaparkan di internet.






Biodata Zarina Anjoulie Lavocah

NAMA PENUH: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul
KETURUNAN: Melayu, Iran dan Scottish
TARIKH LAHIR: 9 September 1987
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Pelakon dan model
AKADEMIK: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak kelima dari lapan beradik

                      Gambar Zarina Anjoulie Lavocah bersama tunangnya.

{[['']]}

Panas!! Pelakon Zarina Ann-Julie Kutuk Awal Ashaari Dalam Twitter...



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari,30, memberitahu kurang senang dengan tindakan pelakon Zarina Ann-Julie yang menghinanya dengan kata-kata kurang enak di laman Twitter baru-baru ini.
Awal berkata, dia tidak tahu apakah kesalahannya menyebabkan Zarina sanggup mencaci dia serta ibu dan bapanya di laman sosial itu.
"Sejujurnya saya tidak mengenali siapa dia (Zarina) dan tidak pernah bertemunya di mana-mana majlis hiburan sebelum ini. Sebab itu saya tidak faham mengapa dia memburuk-burukkan saya di laman Twitter miliknya," kata Awal ketika ditemui pada majlis pelancaran drama "Cuak" di sini, Selasa.
Zarina dikatakan mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap Awal apabila mengaitkan penahanan pengacara lelaki itu oleh pihak polis dengan Scha Al-Yahya di sebuah kelab hiburan tidak lama dulu.
Antara kata-kata Zarina dalam laman Twitter miliknya.
Ia dipercayai berpunca apabila Awal kononnya dikatakan telah menyentuh satu perkara yang menyebabkan Zarina terasa dalam program hiburan Fuhh! terbitan TV3 yang dikendalikan Awal.
Sementara itu, Awal memberitahu selepas insiden itu dia telah menonton kembali lima episod terdahulu program berkenaan untuk mengetahui jika ada kata-katanya yang menyebabkan pelakon tersebut terasa.
Awal tidak tahu punca sebenar kemarahan Zarina terhadapnya.
"Saya sudah tengok kembali lima episod program itu tetapi tiada satu episod pun yang mengaitkannya. Malah saya turut bertanyakan pihak penerbit mengenai hal berkenaan dan mereka juga terkejut,” katanya.
Awal berkata, Zarina mungkin bertindak sedemikian kerana ingin mencari publisiti murahan selain berusaha mendapat perhatian ramai.
Sebagai artis yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni, Awal menjelaskan dia enggan melayan perkara remeh seperti itu.
"Saya tidak mengenali dia (Zarina) dan tidak pasti apakah sebenarnya isu dia terhadap saya. Jadi saya rasa saya tidak perlu layan dan cari gaduh dengan sesiapa," ujarnya.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger