HOT MAMA NORA DANISH CLUBBING.... |
Michael Jackson dan Farah Fawcett Meninggal Dunia

LOS ANGELES: Raja pop, Michael Jackson dan bintang televisyen 70-an, Farrah Fawcett menghembuskan nafas terakhir mereka, Khamis. Bermakna, Hollywood telah kehilangan bintang pujaan mereka pada hari yang sama.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Friday, June 26, 2009
KEMATIAN MICHAEL JACKSON DIRATAPI PEMINAT
LOS ANGELES: Suasana hiba dan tangisan ratusan peminat mengiringi kematian raja pop, Michael Jackson di pekarangan hospital di sini, hari ini. “Sehingga saat ini, saya tidak percaya kami kehilangan raja penghibur yang tiada tandingannya," kata Lana Brown, 49, dari Dallas yang air mata berlinangan.
Lana yang mengakui peminat fanatik Michael atau Jacko berkata beliau sedang bercuti bersama keluarganya apabila diberitahu rakannya menerusi telefon mengenai kematian Michael. Seperti ratusan lagi peminat Michael, Lana terus bergegas ke hospital UCLA di sini untuk melihat sendiri apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangannya itu.
“Say amat terkejut kerana tiada siapapun yang terfikir Michael akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya. "Orang seperti Michael Jackson akan hidup selama-lamanya, seperti Peter Pan,” kata Yoshiko Plair sambil menghadiahkan jambakan bunga matahari untuk Michael. Ejen hartanah berusia 49 tahun itu memberitahu mengetahui berita kematian Michael menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) dan telefon bimbit menerusi rakannya.
Beliau terus meninggalkan pejabatnya dan sempat ke rumah untuk memakai kemeja-t “Thriller” bersama kakak dan dua anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan. “Dia menukar muzik, dialah yang bertanggungjawab menaikkan musik orang kulit hitam ke MTV sekarang, kata Plair.
“Saya menjadi peminatnya bermula daripada lagu pertamanya. Saya akan terus berbangga dengannya," katanya. Pelajar, Ashley Leon, 20, juga bergegas ke hospital itu sebaik menerima berita bahawa Michael pengsan sebelum meninggal dunia.
“Saya telefon rakan serumah saya yang juga peminat fanatik Michael kerana ia satu kehilangan besar dalam hidup kami. "Tahukah anda, kami membesar sealiran dengan muzik ciptaannya," katanya. - AFP





DYNAS KEMBALI CERIA SELEPAS...

AKSI GHAIRAH MILEH CYRUS

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Miley Cyrus yang berusia 16 tahun membuktikan dia seorang yang bijak bergaya dalam keadaan menghairahkan, lapor sebuah akhbar semalam.Cyrus yang popular menerusi drama Hannah Montana dan lagu The Climb itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memberikan gaya yang menghairahkan di dalam bilik persalinan.Gambar itu disiarkan di laman Twitter di Internet dan dirakamkan oleh Adam Shankman iaitu pembikin filem yang menerbitkan filem terbaru Cyrus, The Last Song.Sebelum ini Cyrus pernah bergambar dengan memakai seluar dalam, mendedahkan payu daranya dan membuat mimik mata sepet sehingga mencetuskan kontroversi. - Agensi
BERITA KEMATIAN JACKSON MENGEJUTKAN DUNIA
LOS ANGELES: Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun. Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak. Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan. Michael atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral.
Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya. Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya. Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital. Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia. Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy. Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat. Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik. Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London. Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka." - Reuters

berita harian
JACKSON AMBIL PRESKRIPSI DADAH SEBELUM MENINGGAL

IBU AYAM HOLLYWOOD CAJ UNTUK PELACUR RM174,750.00
LOS ANGELES - Seorang ibu kepada dua anak, Michelle Braun mengaku membekalkan barisan pelacur wanita termahal di dunia bayaran bermalam sehingga mencecah £30,000 (RM174,750), lapor sebuah akhbar semalam.Wanita berusia 31 tahun dengan jolokan 'Ibu Ayam Hollywood' itu mengurus seramai 70 pelacur kelas atasan daripada kalangan model fesyen, aktres Hollywood dan model majalah Dia menjalankan kegiatan pelacuran melalui Internet dan berselindung di sebalik sebuah syarikat miliknya, Global Travel Network.

Ibu Ayam (Michelle Braun) dan Paris Hilton Bergambar
Dalam wawancara dengan sebuah majalah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, Braun memberitahu pelanggan dikenakan yuran £1,000 (RM5,825) untuk mendaftar sebagai klien di Internet sebelum dibenar untuk melihat gambar pelacurnya."Saya memperkenalkan wanita yang bukan sahaja cantik tetapi terkenal kepada lelaki kaya yang mahu menemui mereka. Oleh itu, bayaran yang saya kenakan berbaloi," katanya.Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) enggan mendedahkan identiti para pelanggannya tetapi menyatakan mereka terdiri daripada selebriti dan orang kenamaan.Beberapa sumber memberitahu aktor terkenal, Charlie Sheen pernah membayar £100,000 (RM582,500) untuk melanggan seorang pelacur tersebut.Wanita itu ditangkap pada 2007 dan mengaku bersalah pada minggu ini dalam satu persetujuan dengan pihak berkuasa bagi mengelak daripada menjalani hukuman penjara. - Agensi
BERITA KEMATIAN MICHAEL JACKSON TERSEBAR MELUAS PALING AWAL DI INTERNET
NEW YORK: Era digital nyata media masa kini apabila maklumat pantas dan terkini mengenai berita kematian raja pop, Michael Jackson disebarkan oleh media baru internet, bukannya pengacara stesen tv seperti sebelum ini. Malah, berita awal daripada portal berita online dan laman agak bercelaru apabila kematiannya menimbulkan tanda tanya - Adakah Michael masih hidup? Atau, benarkah dia dalam koma? Berita itu tersebar seperti api yang marak oleh laman web berita seluruh dunia, rangkaian laman sosial serta Twitter. Laman web selebriti, TMZ.com dikatakan yang pertama memaparkan berita kematian Michael jam 5.20 petang waktu tempatan (2120 GMT).
Berita yang dipaparkan TMZ itu dianggap paling awal dan mengejutkan banyak laman web lain sebelum ditambah dengan lebih banyak maklumat dan kesahihan selepas itu. “Semuanya bermula dengan satu tip berita,” kata Harvey Levin, pengarang urusan TMZ. “Kami tidak akan menyiarkannya jika ia bukannya berita sahih," katanya. Beberpaa minit kemudian, kematian Michael disahkan oleh Los Angeles Times dan The Associated Press (AP) dan terus dipaparkan dalam siaran berita malam rangkaian media berkenaan. - AFP

Tuesday, June 23, 2009
DATUK SHARIFAH AINI TERUS KONTROVERSI
KUALA LUMPUR: “Kalau dia gentleman, dia tidak perlu bergaduh dengan seorang wanita seperti saya. Bagi saya, S Atan terlalu emosional dan ini membuatkan dia jadi defensive (pertahankan diri),” kata Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar berhubung kemelut antara dia dengan komposer terkenal itu.Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, berkata jika S Atan atau nama sebenar Hashim Said mendakwa kerugian dalam pembikinan album terbaru itu, kenapa menerima tawaran berkenaan.“Kalau dia tahu tawaran itu merugikan kenapa mahu menerimanya. Saya agak mungkin itu yang menyebabkan kerja dihasilkan tidak berkualiti, malah pada pandangan peribadi saya, ia kerja yang tidak ikhlas,” katanya yang dihubungi semalam.Menurutnya, tujuannya membuat pendedahan mengenai hasil pembikinan album itu bukan untuk bergaduh sebaliknya mencari kebenaran.

“Saya biayai projek itu, duit saya, hak saya dan jumlah itu bukan sedikit. Kalau saya tidak suka dengan hasilnya sudah tentu saya marah. Misalnya, kalau dalam majlis, saya berjanji hendak membuat persembahan selama sejam tetapi hanya menyanyikan tiga lagu, sudah tentu orang marah...begitu juga keadaan yang saya alami sekarang. “Kenapa dia pula rasa tertipu sedangkan saya mangsa situasi ini. Apa faedah saya hendak tipu sedangkan itu duit saya. Saya sudah 40 tahun berada dalam industri ini, saya tahu mana satu produksi bagus dan mana satu buat kerja sambil lewa,” katanya.Kak Pah berkata, dia memberi tempoh hingga 30 Jun ini kerana selepas itu, dia terikat dengan persembahan.“Jika S Atan masih enggan berunding, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Ramai peminat tertunggu-tunggu album terbaru saya dan selama dua tahun saya bersabar, (tetapi) saya rasa sakit sangat bila wartawan dan peminat asyik bertanya mengenainya.“Saya tidak pernah kata S Atan menipu tetapi saya rasa tertipu. Saya ada bukti, bodohlah saya kalau mahu bercakap tanpa bukti.“Saya berpendapat daripada dia gunakan duit untuk membiayai peguam di mahkamah lebih baik digunakan untuk memperbaiki album saya itu,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Hapuskanlah Air Matamu dan Bunga Tanjung itu.Dia berkata, perkiraan S Atan yang digunakan untuk membiayai pemuzik dan studio juga tidak munasabah, malah boleh ditertawakan oleh pemuzik.“Saya sudah lama dalam industri ini dan ada syarikat sendiri. Saya menggunakan khidmat pemuzik jadi saya tahu mengenai kos perlu dibayar tetapi daripada apa yang dia kata, semuanya tidak logik,” katanya.Menurutnya, dia boleh bekerja dengan adik S Atan iaitu Bell dan tidak menghadapi sebarang masalah.“Begitu juga dengan Ramli MS, saya gembira bekerja dengan mereka. Dalam industri ini, sudah tentu kita perlu menjaga pemuzik kerana itu periuk nasi mereka,” katanya.Kak Pah berkata, dia berhak rasa marah kerana bukan senang mencari wang sebanyak itu, namun tidak pernah menutup pintu rundingan dengan S Atan.“Saya minta dia melakukan solat istikarah memohon petunjuk Allah dan saya tidak pernah menutup pintu rumah saya untuknya. Saya bukan mahu menabur pasir dalam periuk nasinya, datang dan ambil kembali hasil kerjanya kemudian perbaiki dan hasilkan satu album yang berkualiti. Buktikan dia seorang bertanggungjawab dan menjaga kualiti hasil kerjanya.“Apabila dia meminta maaf, mengaku kesilapan serta memperbaiki menghasilkan produk berkualiti, saya tidak akan bercakap apa-apa lagi mengenai perkara ini, malah memberitahu seluruh dunia, inilah hasil yang saya nanti-nantikan daripada S Atan,” katanya.Isu ini bermula apabila Kak Pah membuat pendedahan mengeluarkan wang RM83,000 untuk pembikinan album terbarunya tetapi mendakwa S Atan tidak merakamkan muzik secara langsung sebaliknya menggunakan program komputer.S Atan menerusi Harian Metro semalam bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendedahkan sebahagian besar wang itu digunakan membiayai kos pemain muzik dan studio.
ISTERI BADUL TEBUS TALAK SEJUMLAH RM1.00
KUALA LUMPUR: “Kalau ada jodoh saya sanggup kahwin lagi,” seloroh pelakon dan pelawak AR Badul, 60, yang ditanya sama ada dia serik selepas perkahwinan kali kelimanya turut runtuh dengan permohonan cerai secara tebus talak RM1 oleh isterinya.Badul mengakui tersentuh dengan permohonan Muna Liza Basir, 34, isteri yang dikahwini lapan tahun lalu kerana sudah hampir tiga bulan dia cuba berbaik-baik dengan wanita itu selepas berlaku perselisihan faham.Dia mengakui tidak sanggup menceraikan isterinya dan mendakwa masih sayang Muna Liza walaupun ikatan mereka sudah berakhir.Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, mengesahkan perceraian Badul dengan Muna Liza selepas melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad.
Proses ‘tebus talak’ atau ‘khuluk’ dalam Seksyen 49 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 memberi peluang kepada isteri untuk menebus talak diri mereka sekiranya suami tidak setuju mentalakkan mereka dengan rela.Oleh yang demikian, isteri boleh meletakkan perkara ini dalam perjanjian sebelum perkahwinan bahawa dia boleh menebus diri mereka untuk bercerai sekiranya suami enggan menceraikan mereka. Isteri boleh menyatakan jumlah mengikut persetujuan dengan suami. Di Wilayah Persekutuan, tebus talak dengan membayar RM1 dibenarkan.Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Liza pada 23 Jun 2001.Mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun.Sementara itu, Muna Liza ketika ditemui berkata, dia dan Badul sudah tiada jodoh dan lega kerana semuanya selesai dengan baik.Bagaimanapun, dia yang sebelum ini bekerja dengan Badul berharap dapat kembali bekerja di produksi bekas suaminya itu kerana tidak mempunyai pekerjaan
WANITA BEKAS PELAKON LUCAH MENGAKU ADA 5 SUAMI

PEMAIN KELAB BOLA SEPAK TUNJUK KEMALUAN SEMASA SESI TEMURAMAH.

PARIS HILTON DEDAH GAMBAR BOGEL BERSAMA ANJING KESAYANGANNYA

MANOHARA MAHU LANGSINGKAN BADAN

Thursday, June 18, 2009
GAMBAR BOGEL LINDSAY LOHAN DI TWITTER

PAKAR PHOTOGRAFI EDAR GAMBAR TUBUH PERIBADI MANOHARA
JAKARTA – Seorang anggota peguam bela Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mengancam akan membuat aduan terhadap pakar fotografi dan komunikasi,
Roy Suryo yang didakwa telah mengedarkan gambar peribadi milik model itu.Menurut akhbar Kompas.com semalam, Roy didakwa menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan tubuh Manohara kepada media.“Kita akan segera membuat aduan (kepada pihak berkuasa). Perlu ada tindakan terhadap Roy,” kata peguam bela Manohara, Farhat Abbas.Bagaimanapun, Roy menafikan dia menyebarkan gambar-gambar itu.Menurutnya, dia diminta oleh keluarga Manohara untuk membantu mengesahkan keaslian gambar yang memaparkan luka-luka pada tubuh bekas model tersebut akibat didera oleh Tengku Muhammad Fakhry.Manohara yang merupakan bekas model terkenal di Indonesia mendapat liputan meluas selepas ibunya mendakwa dia didera oleh suaminya.Gadis yang berumur 17 tahun itu kembali ke Jakarta baru-baru ini dengan bantuan polis dari Singapura ketika dia berada di pulau tersebut. – Agensi

PARIS HILTON HAMIL ANAK RONALDO?
LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton mencetuskan khabar angin terbaru berhubung kehamilannya setelah dia dilihat mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Paris menemui seorang pakar perubatan kurang seminggu dia menghabiskan masa intimnya bersama bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, 24.Bekas pelakon siri realiti The Simple Life itu cuba menyembunyikan dirinya dengan hanya memakai pakaian sukan, topi dan kaca mata gelap.Namun sekumpulan jurugambar berjaya merakamkan aksi Paris ketika dia berbual dengan menggunakan telefon."Kami cuba mengenali antara satu sama lain. Itu sahaja. Ronaldo dan saya berkawan baik, kawan sangat baik," kata Paris, 28.Ronaldo dan Paris dirakamkan bergembira di sebuah kelab malam di sini pada minggu lalu ketika bekas pemain Manchester United itu meraikan perpindahannya ke Real Madrid.Selepas parti yang menelan kos £10,000 (RM57,884) itu tamat, Ronaldo dan Paris menghabiskan masa beberapa jam di sebuah rumah."Ronaldo benar-benar terpesona terhadap Paris," katanya. Kedua-dua pasangan itu pernah berjumpa setahun lalu di Los Angeles ketika Paris cuba memikat Ronaldo di sebuah bar tetapi pelawaan itu ditolak.
- Agensi

- Agensi
PELAJAR 12 TAHUN TERLIBAT SEKS HAMIL

KONTROVERSI PM ITALI DENGAN PELACUR

AIZAT DAN LY\IYANA JASMAY SAH PASANGAN KEKASIH.
BARU-BARU ini Marilyn terserempak dengan seorang rakan lama, maklumlah bila lama tak berjumpa macam-macam cerita yang keluar termasuklah kisah hangat tentang selebiriti tempatan.Paling menarik, rakan lama Marilyn memberitahu kisah cinta antara selebriti remaja popular Aizat dan Liyana Jasmay sememang benar dan mereka berdua merupakan pasangan kekasih.Marilyn yang khusyuk mendengar ceritanya tersentak seketika, kerana setahu Marilyn baik Aizat atau pun Liyana, masing-masing menafikan wujudnya hubungan yang dipanggil cinta. Kononnya mereka kekal sebagai sahabat.
Namun, kata rakan Marilyn lagi yang sememangnya rapat dengan Aizat dan Liyana beria-beria mengesahkan cerita yang dibawanya itu."Ya, aku tak tipu yang dia orang sekarang tengah mabuk bercinta. Bukan setakat hanya bertelefon, berSMS, siap 3G sekali untuk melepaskan rindu masing-masing. "Aku tak tahu pula kenapa mereka nak sembunyikan kisah cinta sedangkan daripada gelagat mereka berdua orang sekeliling tahu yang mereka sedang bercinta," kata rakan Marilyn lagi.Emm... kalau betullah, Marilyn tumpang gembira. Iyalah, Aizat dan Liyana sama cantik dan sama padan. Malah, kedua-duanya pun terlibat dalam bidang seni dan sama-sama sedang meningkat naik.Nampaknya, gosip yang hangat bertebaran sebelum ini memang benarlah. Apa yang menguatkan lagi cerita ini, mereka berdua pernah mencipta lagu bersama untuk album baru Liyana.Lepas ini, Marilyn hanya tunggu kesahihan daripada mulut mereka berdua sahaja, jangan lari daripada Marilyn tau!

Thursday, June 18, 2009
Akhil Hayy Mengaku Waheeda Isterinya

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.
Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.
Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ’status’mereka itu.
“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.
Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.
Malah, sikap ’sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.
“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.
“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis. Mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkan imej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat dengan aktiviti dakwah.
“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.
“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalam program berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.
{[['
']]}
