Latest Post :
Recent Post

Melly Goeslow Dituduh Curang, Perampas Suami Orang


RUMAH TANGGA Melly Goeslow dikhabarkan sedang bergoncang setelah komposer dan penyanyi ini dituduh curang dengan suami orang.
Seorang ibu beranak tiga, Masnawati atau Wati mengaku isteri Anto Hoed itu menjadi penyebab penceraiannya dengan Enjang Hasan Kurnia.
Wati berkata, dia diperkenalkan kepada Melly sekitar bulan puasa dua tahun lalu semasa proses menyiapkan albumnya.
”Mulai dari situ, kami menjadi rapat dan saling membantu. Melly juga pernah meminta bantuan saya dan suami tentang surat saman kenderaannya,” kata Wati ketika di temuramah di Jakarta Selatan semalam.
Hubungan rapat di antara ketiga-tiga mereka akhirnya telah menimbulkan rasa curiga ke atas diri Wati sendiri. Ini kerana ketika Enjang masih bergelar suaminya, lelaki itu sering mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) romantik kepada Melly.
”Sehingga saya menghidu keganjilan antara suami saya dan Melly. Suami saya mengaku bahawa dia mengagumi Melly dan dari situ dia sering berhubung dengan Melly menerusi SMS, internet dan saling mengungkapkan kata-kata romantik,” jelasnya.
Wati menegaskan dia tidak takut sekiranya isu ini dilaporkan kepada pihak polis sebaliknya mendesak Melly mengaku ‘drama curang’ itu.
Wati berkata, dia pernah memberi amaran kepada Melly agar berhenti daripada memikat suaminya. Namun usaha itu hanya sia-sia apabila Melly meneruskan hubungan terlarang itu
“Dari situ, saya sering digertak oleh Melly dan suami sehingga akhirnya diceraikan pada November 2008 tanpa alasan yang kukuh,” kata Wati lagi.
Sebelum bercerai, Wati dituduh berlaku curang dan pernah dipukul oleh suami yang dinikahinya selama 12 tahun itu.
“Bayangkan, saya dan tiga orang anak hanya diberi nafkah Rp 1,750,000 sebulan. Malah bekas suami saya ingin mengambil hak penjagaan anak daripada saya sekarang,” tuturnya.
Dengan menghebahkan isu curang itu, Wati berharap Melly mengakui kesalahannya dan dirinya mendapat hak penjagaan ketiga-tiga anak itu.
“Saya berdiam diri selama setahun kerana tidak mahu dikatakan cuba mencemar nama Melly. Saya hanya ingin berhadapan dengan bekas suami dan Melly.
“Saya merayu kepada pihak polis dan pihak tertentu agar tidak melihat masalah ini pada sebelah pihak. Saya ingin Melly mengakui kesalahannya dan hak penjagaan anak berada di pihak saya,” jelasnya.
Daripada pengakuannya, Wati memang tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan suaminya curang dengan Melly. Dia menduga suaminya curang berdasarkan SMS lelaki itu dengan Melly.
Wati juga tidak takut jika tuduhannya itu berakhir di meja pengadilan.
“Saya tidak takut dilaporkan oleh Melly, dia harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya,” tegasnya.
Menurut maklumat dari Suruhanjaya Polis Indonesia, Enjang Hasan Kurnia pernah bertugas di Markas Besar Polis Republik Indonesia. Sekarang Enjang bertugas di Polda Jawa Barat sebagai Ketua Bahagian Pengendali Peronel Biro Personel Polda Jabar.
{[['']]}

Gaya seorang putera raja yang kaya di dunia PUTERA AZIM HASSANAL BOLKIAH

Gaya seorang putera raja yang kaya di dunia.



PUTERA Azim Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, anak kedua Sultan Brunei berusia 25 tahun menghabiskan masanya dengan tunang tersayang. Kehidupan anak bilionair, bak kata 'hidup di dalam syurga'. Apa yang diingini mampu diperoleh dalam sekejap sahaja. Putera Azim bukan hanya tidur bangun sahaja, malah menghabiskan harta apanya yang tidak ternilai banyaknya. Itu pun belum boleh dihabiskan selagi minyak di Brunei kering.

Pada setiap hari, Putera Azim meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat karib di studio rakaman. Apabila Putera Azim berada di studio berkenaan, orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali dengan izinnya. Putera Azim bercita-cita menjadi seorang penulis lirik lagu yang terkenal di dunia pada satu hari nanti. Beliau tidak perlu bimbang dengan masa depannya sebagai seorang artis memandangkan Putera Azim seorang anak jutawan tersohor di dunia.

Beliau boleh membeli dan menjual album berkenaan sekiranya mahu. Bukan untuk mengejar kekayaan, sebaliknya memenuhi masa hidupnya di mana kekayaannya tidak mampu dihabiskan sampai beberapa generasi.


Untuk menunjukkan rasa sayang kepada tunangnya, Putera Azim telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian yang dinamakan Furby. Belian berkenaan yang dilitupi dengan 'permata sehalus rambut' dan di dalam permata berkenaan terdapat bayangan beberapa orang penari yang bernilai Paun sterling 3 juta.

Maklumlah anak kesayangan Sultan Brunei, apa yang diminta semuanya diperoleh. Orang Barat kata, wang adalah Tuhan. Hendak apa kita boleh dapat dengan wang. Bagi orang Melayu, sekiranya ada wang semua pekerjaan boleh jalan. Kata Putera Azim, dengan menghadiahkan cincin permata berkenaan, diharapkan hubungan mereka akan bertambah mesra.

Sehingga kini, Putera Azim akan mewarisi kekayaan daripada hasil minyak bernilai Pound Sterling 25 billion pada setiap tahun. Bayangkan, bolehkah Putera Azim menghabiskan wang berkenaan pada setiap tahun!!!

Selain itu, Putera Azim menghabiskan masa dengan tunangnya di Mahiki, iaitu 'medan selera' yang dihuni oleh anak-anak orang kenamaan dan dihiburkan oleh artis terkenal yang kerap kali ke udara di dalam MTV. Bak kata, apa yang dilihatnya itulah yang mahu disentuhnya.

Putera Azim kerap kali berjumpa dengan superstar dari Barat dan mengambil foto bersama-sama dengan selebriti berkenaan. Beliau pernah menjemput selebriti tersohor datang ke rumahnya di Kensington. Antara selebriti berkenaan ialah pelakon utama dalam filem Titanic iaitu Leonardo DiCaprio. Dua tahun lepas, Putera Azam bertemu dengan pelakon Harry Portel dan sempat makan bersama-sama sambil bertanyakan perkembangan terkini dunia hiburan.

Sebenarnya ayahnya, Sultan Brunei mempunyai beberapa buah hotel antaranya Beverly Hills Hotel di Bandar Los Angeles dan Plaza Athenee di Kota Paris. Di hotel berkenaan terdapat beberapa padang golf dan turut melakukan aktiviti seperti lumba kuda.



Putera Azim pernah beberapa kali berjumpa dengan Putera Charles William (Britain) dan bermain golf bersama-sama. Kedua-dua anak raja ini begitu akrab sekali seakan-akan mempunyai hubungan kekeluargaan.

Putera Azim meminati muzik dan sering kali menjemput selebriti seperti Mariah Carey dengan jet peribadi ke kediamannya. Beliau sanggup membayar Paund Sterling tiga juta untuk sekali persembahan sahaja daripada penyanyi terkenal iaitu Mariah Carey. Beliau juga memberi kalungan berupa biji berlian dan cincin permata kepada penyanyi berkenaan atas sumbangannya menghiburkan hati anak raja ini.


Boleh dikatakan kehidupan Putera Azim banyak dihabiskan dengan menghibur diri sendiri. Pada tahun 2004 yang lalu misalnya, beliau telah menjemput Diana Ross untuk menghiburkan hatinya. Diana Ross menyanyi di hadapannya yang turut disertai menjemput kumpulan orkestra yang tersohor dari Britain dan Putera Azin pernah beberapa kali menyanyi dengan Diana Ross.

Pada tahun yang sama, Putera Azim memanggil Micheal Jacson menyanyi di kediamannya dan perkara ini telah menjadi berita sensasi di Barat dan Eropah. Putera Azim juga memberi cincin yang bernilai Paun Sterling 300,000 kepada Micheal Jacson. Persembahan oleh Micheal jackson telah disaksikan oleh Putera Azim dengan tunangnya. Begitu hebat sekali kehidupan anak seorang jutawan dunia.

Putera Azim juga pernah mengadakan pertandingan Fasion For Relief yang diuruskan oleh Naomi Campbell yang bertujuan untuk mengutip derma mengumpul wang bagi membantu mangsa banjir di Amerika. Pada majlis berkenaan, Putera Azim telah menjemput Madonna untuk membaca sebuah lirik kepadanya sahaja sebelum mengambil gambar bersama-sama selebriti berkenaan.

Putera Azim juga gemar menghabiskan masa beristirahat di Barat Laut Kalimantan, Brunei. Berkelulusan dari Universiti Singapura dan Oxford Brookes, kehidupannya banyak dihabiskan dengan menikmati keindahan alam semula jadi selain berdampingan dengan selebriti yang terkenal di dunia.




Mak Tiri Muda Putera Azim yang merupakan pengacara dan wartawan TV3. Diiringi oleh pengawal keselamatan dan jururawat persendirian.

Isteri-isteri Muda Sultan Brunei. Banyak sangat sehingga hendak simpan di bahagian stok pun sudah tidak muat. Yang diiktiraf hanya pengacara TV3 sahaja. Yang lain-lain buat bekalan stok sahaja. Hebat kalau jadi orang kaya. Miliki isteri-isteri macam pelihara anak ayam. Bayangkan seorang isteri diberi puluh-puluh juta, 10 generasipun tak habis makan dan pakai oleh keturunannya.




Siapa hormat siapa? Putera Azim dihormati oleh Canselor yang memberinya ijazah bukan sebaliknya.
{[['']]}

Waheeda-Akhill lebih tenang



MENEMPUH pelbagai cabaran dan kontroversi sebelum bergelar suami isteri kini Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, dan Norwahida Abdul Wahab (Waheeda), 31, menjalani kehidupan rumah tangga yang rukun dan damai.
Apatah lagi selepas bernikah pada 21 Ogos lalu, Waheeda yang sebelum ini bergiat cergas dalam dunia seni mengambil keputusan bersara demi memberi perhatian kepada rumah tangga dan dua anak tirinya, Siti Nur Maisara, 13 dan Mohd Sharif Hidayatulla, 12.

Selepas lebih dua bulan melayari bahtera rumah tangga, Sabtu lalu, mereka mengadakan majlis kenduri meraikan keluarga, sanak saudara, kenalan jauh dan dekat di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam. Hampir 2,000 tetamu hadir.

Pasangan itu dinikahkan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Pada hari akad nikah itu Waheeda tidak menerima wang hantaran tetapi keluarganya meminta senaskhah al-Quran disertai hantaran tujuh dulang dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan dan mas kahwin RM80.


Ketika ditemui Waheeda berkata, sudah lama dia berhasrat hendak bersara dari dunia seni tetapi hajat di hati tidak kesampaian.

"Berhenti kerja masa bujang, siapa pula hendak menyara hidup saya. Takkan hendak bergantung kepada ibu bapa, tentu mereka akan bising.

"Justeru, impian untuk meninggalkan dunia seni dicapai selepas saya berumah tangga kerana sudah ada suami yang dapat menyediakan segala keperluan buat saya.

"Sekarang hati saya lebih tenang berada di rumah menjaga makan minum suami dan kesibukan menjaga Maisara dan Sharif membuatkan saya lupa apa yang pernah dilalui dulu.

"Saya tidak rindu untuk menyanyi lagi kerana kesibukan seharian. Kini waktu saya dipenuhi dengan aktiviti sebagai suri rumah tangga. Dulu tak ada anak boleh relaks, sekarang sudah ada anak macam mana letih pun saya tetap bangun awal menguruskan mereka makan minum mereka.

"Tiada masalah menguruskan anak tiri kerana sejak dulu saya memang sukakan kanak-kanak. Maisara dan Sharif pun sudah besar lalu tidak sukar menjaga mereka. Syukur juga ke hadrat Allah kerana mereka dapat menerima saya sebagai ibu dan memanggil saya mama.
"Mereka mudah menyesuaikan diri dengan saya dan dapat menerima saya seadanya.



"Kehidupan saya tambah membahagiakan kerana dikurniakan suami yang sangat memahami diri ini. Selepas bernikah ada tawaran untuk mengadakan sesi fotografi dengan media tetapi saya tolak. Apa yang pernah dilalui dalam dunia hiburan sebelum ini, biarlah ia tersimpan sebagai kenangan manis," katanya.

Tambah Waheeda, selepas berkahwin kehidupannya juga lebih tenang dan terkawal kerana tumpuan utama kepada rumah tangga dan beribadah kepada Allah swt.

"Sekarang saya berusaha mencari keredaan daripada Allah. Saya akan memperbaiki kekurangan diri dan kini kami bersama mengejar akhirat.

"Kami juga bercadang mencari rumah baru yang lebih selesa daripada rumah yang diduduki sekarang di Kota Damansara kerana Maisara dan Sharif semakin membesar," katanya.

Jelas Akhil pula, dia bersyukur kerana sama ada dia ataupun Waheeda memahami tugas masing-masing dalam rumah tangga.

"Kami mencuba untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga keadaan. Saya tidak pernah melarang Waheeda meninggalkan bidang seni yang pernah diceburinya dulu tetapi apabila dia mengambil keputusan untuk bersara saya bersyukur kerana tempat isteri di sisi suami.

"Selain itu juga kami juga ada anak yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan. Saya masih menerima undangan berceramah dan jika ada permintaan dan keperluan Waheeda perlu hadir sama, kami akan pergi bersama.

"Selepas apa yang saya alami, barulah saya kenal siapa kawan dan lawan. Apa yang penting sekarang saya ingin rumah tangga yang bahagia dan diredai Allah," katanya.

Ditanya mengenai cahaya mata, Waheeda diam seketika dan Akhil menjelaskan bagi pihak isterinya, mereka terima apa yang ada sekarang.

"Yang penting sekarang, Waheeda dapat terima anak saya seperti anaknya sendiri. Apa juga spekulasi yang timbul saya serahkan kepada Allah swt kerana Dia lebih tahu dan hanya kami berdua yang faham.

"Walaupun saya sudah berpisah dengan bekas isteri namun kami tidak pernah memisahkan hubungan mereka adik-beradik. Hubungan yang terlerai antara suami isteri tetapi mereka tetap adik beradik seibu dan sebapa.

"Anak yang tinggal bersama saya akan dijaga dengan sebaik mungkin dan sebagai ibu saya yakin dia juga akan menjaga anaknya dengan baik.

"Sebagai bapa juga sudah tentu saya merindui anak yang sekarang tinggal bersama ibu mereka," katanya yang akan kembali sibuk mengendalikan program realiti di Astro Oasis tidak lama lagi.

Mengenai majlis kenduri yang diadakan, Akil berkata sebenarnya mereka hanya inginkan sebuah majlis pernikahan dan perkahwinan yang ringkas. Cukup dengan mengadakan majlis akad nikah tetapi atas permintaan keluarga kedua-dua pihak mereka adakan juga majlis kenduri ini.

"Waheeda adalah anak dan cucu sulung dalam keluarganya, jadi ibu bapa dan kaum keluarganya teringin sangat hendak melihat kami bersanding. Apa yang kami buat hari ini demi memenuhi permintaan keluarga.

"Pelamin ini dibuat pun sebenarnya untuk bergambar dengan keluarga, saudara mara dan rakan," katanya yang akan mengadakan majlis kenduri sebelah keluarganya pada November ini di Gopeng, Perak.

Sebagaimana pasangan pengantin baru yang lain, pasti ditanya ke mana berbulan madu.
Sambil tersenyum manis pada isteri di sisi, jawab Akhil, setiap hari mereka berbulan madu.

Pada hari berbahagia itu pasangan mempelai menggayakan busana serba hitam berkonsep Maghribi yang diilhamkan oleh jurusolek dan perunding perkahwinan, Ain, menerusi syarikat Pro Event Management & Consultancy.
Tambah Akhil, kelancaran majlis itu juga banyak dibantu persatuan Nasyid.com.
{[['']]}

Abby Fana selesa sendirian



STATUSNYA sebagai ibu tunggal kepada dua anak tidak semudah dijangka, apatah lagi gelaran itu digalasnya sejak 16 tahun lalu.

Bagaimanapun bagi Habshah Omar atau lebih dikenali sebagai Abby Fana, segala pahit manis perjalanan itu memberinya warna kebahagiaan.

Rambut sama hitam, hati siapa tahu. Coretan hidupnya atas apa jua yang berlaku ditelan sebagai ketentuan Ilahi. Tidak langsung segala bebanan itu dipancarkan pada wajah mahupun karakternya sebagai figura awam.

Abby Fana tetap terkenal sebagai wanita yang penuh dengan personaliti yang disenangi serta bijak bergurau.

Namun jauh untuk mengalah, penyampai radio Sinar FM ini tetap gigih meneruskan hidupnya berbekalkan niat yang satu – ikhlas mencari rezeki untuk membesarkan anaknya.

Kini dia mampu tersenyum melihat anak sulungnya, Mohd Afiq Nazrin, 19, melanjutkan pengajian muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Begitu juga si bongsu, Mohd Adli Nazrin, 18, juga menuntut di institusi sama di Melaka dalam jurusan Seni Reka.

“Hidup ini ibarat gelanggang perlawanan, yang mana kita yang mencongak jalannya. Begitu juga dengan saya yang mungkin tersilap atau terlepas pandang sehingga adanya kegagalan.

“Apa yang terjadi bukan sesuatu yang dirancang. Bagaimanapun saya lebih selesa menganggap ia satu ketentuan buat saya meskipun ibarat segelas racun yang perlu disedut.

“Saya akur dan terima sebaik mungkin bukan saja untuk diri saya, malah untuk dua zuriat saya yang banyak memberi inspirasi dan sokongan,” katanya yang turut mengacarakan Malaysia Hari Ini di TV3.

Selebriti berusia 43 tahun ini bagaimanapun tidak terfikir untuk menamatkan status ibu tunggalnya. Sebaliknya isu kerjaya dan komited terhadap anak membuatkan perasaan itu langsung tiada.

“Terus terang saya katakan, saya tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti. Bukan terlalu memilih atau tiada keserasian, sebaliknya rasa janggal untuk mula sekali lagi.


“Tempoh saya hidup sendirian membesarkan anak adalah terlalu panjang dan itu cukup memberi keselesaan selama ini.

“Saya akur jodoh dan rezeki adalah ketentuan-Nya, namun kita sebagai insan perlu berusaha ke arah itu. Sebaliknya saya tidak meletakkan usaha atau mencari alternatif seperti bersosial.

“Saya lebih selesa duduk di rumah dan meluangkan masa dengan anak. Merekalah teman saya dan itulah hidup buat saya selama ini. Malah kami anak-beranak banyak lakukan aktiviti bersama seperti bercuti, membeli-belah dan ke gimnasium.

“Bagaimanapun bila mereka tinggal di asrama, baru rasa sunyi itu datang. Malah kini saya lebih banyak kelapangan untuk melakukan aktiviti sendiri.

“Jadi kawan yang banyak membawa saya ke pusat kecantikan, refleksologi dan karaoke. Baru sekarang saya kembali ke zaman muda semula,” katanya.

{[['']]}

‘Gosip itu aibkan kami’



JUJUR pasangan ini, hati siapa tidak terguris dek kontroversi yang melanda keluarga mereka. Malah, bahtera yang dibina kira-kira 12 tahun lalu juga hampir musnah semata-mata gosip liar berkenaan.

Bukan sekali dua cerita mengatakan si suami bertindak curang dengan menikahi wanita lain terpalit dalam hidup mereka. Namun bagi Zulkefli Majid (Zul) dan isteri, Ismaliza Ismail (Isma), mereka perlu sabar menangani kerenah ‘industri’ ini.

Paling terasa, selepas Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) melabuhkan tirainya, cerita berkenaan kembali melingkari kehidupan ibu dan ayah kepada lima anak ini. Tambah memilukan, Zul dikatakan pula berkahwin dengan gadis yang juga anak kepada ketua pertubuhan dakwah.

Jelas Zul, semua itu hanya khabar angin semata-mata. Malah setiap cerita yang dilemparkan kepadanya dan keluarga tidak berasas sama sekali.

“Sebaik Isma menamatkan pertandingan AF7, saya diaibkan dengan cerita kononnya saya berkahwin lain. Lebih menarik, wanita berkenaan adalah anak sulung kepada seseorang yang rapat dengan saya.

“Bagaimanapun cerita itu tidak benar. Saya tidak tahu dari mana mereka peroleh cerita begini. Lagipun gadis berkenaan baru berusia 13 tahun. Takkan pula saya mahu berkahwin dengan gadis yang belum cukup umur?

“Ada juga yang berkata berita itu disampaikan sendiri oleh ‘isteri muda’ saya. Bagi saya ia langsung tidak masuk akal. Malah ayah kepada gadis berkenaan juga tergelak besar bila saya menyampaikan cerita ini kepadanya,” katanya.

Tambah Zul, sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan seorang artis, malah cerita mengenai perkahwinannya dengan artis berkenaan juga tersebar luas satu ketika dulu.

“Perkara ini berlaku sebelum Isma menyertai AF7 lagi. Malah ada juga yang berkata saya mengabaikan dua anak hasil perkahwinan pertama dulu (sebelum Isma).

“Namun ingin saya jelaskan isu mengenai berkahwin lain tidak pernah wujud dan berita mengatakan saya mengabaikan dua anak itu juga tidak benar.

{[['']]}

Krisdayanti dibenci peminat, ‘dipulau’ anak sendiri!





Umum sedia mengetahui, rumah tangga yang dibina selama 13 tahun antara penyanyi jelita, Krisdayanti (KD) dan komposer, Anang Hermansyah sudah berakhir secara sah Khamis lalu.

Sebelum itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai perceraian mereka dan yang paling hangat diperkatakan ialah kecurangan KD terhadap Anang yang didakwa turut disaksikan dua anaknya.

Bagaimanapun, KD yang ditemui ketika majlis pelancaran album barunya, ‘Aku Wanita Biasa’ di ibu kota, Jumaat lalu, menjelaskan, punca sebenar penceraian mereka bukanlah disebabkan orang ketiga seperti yang digembar-gemburkan media Indonesia.

KD berkata, sudah takdir jodohnya dengan Anang hanya setakat ini saja dan apa yang berlaku dalam rumah tangganya itu biarlah dia, Anang dan Tuhan saja yang tahu. Tidak menyesali dengan apa yang terjadi, KD berkata, penceraian itu berlaku atas kehendaknya sendiri dan Anang telah pun menceraikannya dengan talak satu, bukan talak tiga seperti mana yang didakwa media Indonesia. Bagaimanapun, pasangan ini sebenarnya pernah bercerai pada tiga tahun lalu.

Tidak mahu isu penceraiannya dengan Anang itu terus membelenggu dirinya, KD berkata, dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan ingin meneruskan kehidupan baru.

Hakikatnya, tidak sukar untuk mendekati dan mendalami isi hati penyanyi yang bertaraf ‘Diva’ ini kerana satu demi satu persoalan dirungkai tanpa jemu. Ikuti temu bual Sinar Harian bersama KD yang pernah popular dengan lagu, ‘Mencintaimu’ dan ‘Menghitung Hari’ ini.


Bagaimana dengan kehidupan KD setelah kembali ‘single?

Sebenarnya saya belum terbiasa dengan kehidupan ‘single’ ini, ialah kerana baru beberapa hari saja saya mendapat gelaran itu. Apa pun, insya-Allah saya akan cuba mengharungi masa datang dengan sebaik mungkin. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan saya tak ‘bisa’ menghalangnya. Saya akan teruskan kehidupan seperti biasa, dengan semangat baru dan mahu melupakan segala masa lalu. Tetapi kenangan manis dengan Anang tak akan saya lupakan sampai bila-bila pun.

Sebelum bercerai, KD berdepan dengan pelbagai tomahan, jadi bagaimana KD menghadapinya?

Dua bulan saya mendiamkan diri, tapi ia tidak bermakna saya salah atau kalah. Tapi saya fikir ada baiknya saya ‘diam’ untuk beri ruang pada diri sendiri berkikir dan menelaah atas apa yang terjadi. Saya diam juga untuk menghormati proses persidangan (mahkamah). Tapi dalam tempoh itu, saya dianggap seperti penjenayah yang melakukan kesalahan besar. Ke mana saja saya pergi pasti diburu wartawan sehinggakan saya berasa trauma untuk keluar rumah. Apa pun, saya harap penceraian saya dan Anang dapat menghentikan segala mimpi negeri ini.


Adakah punca sebenar penceraian kalian dan adakah kerana ‘orang ketiga’ seperti mana yang didakwa media Indonesia?

Saya tahu wartawan di Malaysia banyak membaca kisah saya dari apa yang dilaporkan oleh media di Indonesia. Tapi itu semua tidak benar dan ‘gosip’ semata-mata. Sepanjang dua bulan ini, saya tidak pernah memberikan apa-apa kenyataan pun.

Perpisahan saya dan Anang tidak ada kena mengena dengan ‘orang ketiga’ dan saya tidak mahu menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini kerana penceraian ini adalah pilihan saya. Bukannya saya tidak bahagia dengan Anang, tapi kami sudah ‘tidak cocok’ untuk tinggal bersama lagi.

Mana-mana rumah tangga pun pasti berdepan dengan konflik. Malah sejak tiga tahun lalu, hubungan kami sentiasa bermasalah dan saya dapat rasakan kami tak boleh bersama lagi. Setelah pulang dari Umrah pada Ogos lalu dan membuat solat Istikharah, akhirnya saya dapat petunjuk dari Allah SWT. Saya mempunyai keberanian untuk berterus-terang pada Anang yang saya ingin berpisah dengannya.


Bagaimana pula dengan gosip yang mengatakan anda ada menjalinkan hubungan dengan jejaka bernama Rahul dan dialah punca penceraian?

Saya tak ada hubungan dengan Rahul. Dia adalah penaja konsert saya di Timur Laste tidak lama dulu. Saya kenal dengannya pun atas urusan kerja dan saya tak sangka, timbul macam-macam gosip pula tentang kami.


Khabarnya anak-anak (Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9) yang kini di bawah jagaan Anang, telah memulau anda?

Memang mereka tak mahu berjumpa dengan saya, dan sudah dua bulan setengah kami tidak bertemu. Semua barang yang saya hadiahkan pada mereka, dipulangkan semula. Malah surat dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pun tidak berbalas. Sebagai ibu yang melahirkan mereka, memang saya berasa kecewa, tapi saya tidak menyalahkan mereka, kerana saya percaya mereka di pengaruhi oleh orang lain. Saya tidak percaya mereka begitu membenci sayang, terutama Azriel yang begitu rapat dengan saya.

Buat masa ini, biarlah mereka tinggal bersama Anang, dan saya tidak mahu menambahkan lagi konflik yang ada. Lagipun itu juga kehendak mereka. Tapi saya tidak akan melepaskan tanggungjawab saya sebagai ibu mereka dan setiap saat saya sebenarnya saya teringin untuk berada di sisi mereka. Saya harap suatu hari nanti, mereka akan terima saya.


Anda juga dibenci peminat sendiri?

Rakyat Indonesia seramai 80 juta orang, jadi sudah tentu saya tak boleh puaskan hati semua orang. Saya juga tak boleh halang kemarahan mereka dan terpulang pada mereka untuk menghakimi saya. Tetapi saya percaya, bukan semuanya membenci saya, kerana masih ada yang menyokong saya sehingga ke hari ini. Apa pun kita perlukan masa dan suatu hari nanti mereka pasti akan dapat terima. Saya juga akan cuba memberikan karya yang terbaik untuk mendapatkan kembali kepercayaan mereka terhadap saya dan cuba kekalkan prestasi yang terbaik.


Boleh jelaskan hubungan anda dengan Anang dan khabarnya Anang tidak mengizinkan anda menyanyi lagu-lagu ciptaannya?

Saya dan anak-anak sudah diambil, takkan lagu-lagunya juga ingin diambil? Apa pun, kami harus profesional dalam hal ini. Soal kerja, ia tidak harus dicampuradukkan dengan emosi. Saya juga pada mulanya keberatan untuk menyanyikan lagu Anang, tapi atas komitmen saya nyanyikan juga. Saya harap boleh kekalkan hubungan baik dengan Anang walaupun kami sudah berpisah. Perkara remeh-temeh ini tidak perlu dipanjangkan.


Bagaimana anda meneruskan kehidupan tanpa suami dan anak-anak di sisi?

Seperti yang saya katakan tadi, saya masih belum biasa menjalani kehidupan baru ini. Memang pada mulanya agak sukar untuk meneruskan tanpa suami dan anak-anak di sisi, tetapi saya harus bersyukur pada Allah SWT dan berserah kepada-Nya. Lagipun ini adalah untuk kebaikan kami bersama. Saya akan terap berusaha membina kehidupan baru dan berjuang baik dalam karier. Tapi soal jodoh, masih terlalu awal untuk saya fikirkannya.
{[['']]}

Janda Akhil Hayy jadi penyanyi


HAJAT untuk menyertai dunia nyanyian nampaknya berhasil jua
apabila Maizawati Zainal telahpun mula memasuki studio
untuk merakam lagu dua hari lalu.Setelah 20 tahun meninggalkan
aktiviti nyanyian,
Mai
zawati atau Maiza kembali mengalunkan lagu yang sememangnya
diminati sejak kecil lagi.

Maiza sedang menjalani proses rakaman dua buah lagu berjudul ‘Ketentuan’
manakala sebuah lagu raya yang belum diberikan tajuk.

“Lagu ‘Ketentuan’ lebih berkonsepkan ketuhanan
manakala sebuah lagi merupakan lagu raya.
{[['']]}

Aliff Aziz Minta Maaf Isu Cium

Dalam menjalani ibadah puasa ini, tiba-tiba industri hiburan dikejutkan dengan berita panas yang cukup mengejutkan. Semuanya gara-gara penyebaran gambar ‘terlampau’ Aliff Aziz di internet dengan seorang wanita yang tidak dikenali. Kepada yang masih tidak tahu, gambar itu mempamerkan aksi Aliff bercium dengan seorang wanita yang kelihatan agak berusia daripadanya.

Pasti ramai yang tidak sangka penyanyi kelahiran Singapura yang nampak seperti budak baik ini boleh terlibat dengan perkara sebegitu. Jadi, hendak tahu apa reaksi Aliff dengan penyebaran gambar-gambar tersebut? Ketika dihubungi, Aliff mengakui gambar-gambar tersebut memang dirinya dan dia berasa cukup menyesal dengan apa yang telah terjadi.

“Saya akui yang saya telah melakukan kesilapan yang cukup besar. Sejujurnya, saya berasa amat menyesal dengan apa yang telah terjadi. Memang sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan luahan kata-kata, tetapi saya amat berharap semua pihak yang tersinggung dapat memaafkan saya,” luah Aliff dengan nada cukup kesal.
Apabila ditanya tentang wanita di dalam gambar tersebut, Aliff enggan mengulas lebih lanjut.
“Sebenarnya saya tidak mahu menjelaskan perkara ini secara terperinci kerana saya tidak mahu panjang-panjangkannya. Siapa wanita dalam gambar itu tidak penting. Lagipun saya juga tidak begitu mengingati di mana dan bila gambar ini diambil. Mungkin dua atau tiga bulan lepas. Apa yang pasti ia berlaku di Singapura.
“Selain itu, saya juga tidak mahu menyalahkan sesiapa dengan penyebaran gambar-gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau kerana sifat dengki seseorang. Saya yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang terjadi. Sebab itulah, saya benar-benar kesal dan mengharapkan peminat-peminat saya dapat memaafkan diri ini.
“Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Insiden ini pasti akan saya ingati sampai bila-bila. Saya akan jadikannya pengajaran dan pastikan perkara sebegini tidak akan berulang. Ini adalah yang pertama dan terakhir,” janji Aliff lagi.
Diharapkan dengan penjelasan Aliff ini, peminat-peminat di luar sana dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya. Untuk pengetahuan semua Aliff sekarang ini sedang berada di Kuala Lumpur kerana sedang sibuk dengan proses pembikinan album terbarunya.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Aliff ingin menyampaikan salam Aidilfitrinya kepada semua dan berharap sempena bulan yang mulia ini semua pihak dapat memaafkan dirinya dan sentiasa menyokong karier seninya.

{[['']]}

Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijbkabulkan

Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, , 40, dan penyanyi popular , 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di , , hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan .

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.



Gambar-gambar sekitar majlis pernikahan dan sebentar tadi:

Majlis Pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda

Majlis Pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda

Majlis Pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda
Sumber:mytalento.com
{[['']]}

Saif rela cium Shahrukh


SAIF ALI KHAN (atas) dan SHAH RUKHKHAN


Bintang Bollywood tersohor, Saif Ali Khan menolak tawaran berlakon filem Dostana bukan kerana filem itu mengandungi elemen gay, tetapi kerana pasangan pelakon suami isteri Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai.

Menurut Saif, ketika dia ditawarkan berlakon filem itu, Abhishek dan Aishwarya juga meraih tawaran yang sama. Sebelum ini, ramai yang menyangka Saif enggan berlakon dalam Dostana kerana isu gay dalam filem itu, tetapi katanya, "Saya tak takut berlakon watak gay. Saya ingat Abhishek dan Aishwarya akan turut berlakon dalam Dostana, jadi saya fikir adakah saya perlu untuk turut berlakon dalam filem itu?" ujarnya ketika muncul dalam program TV, To Catch A Star.

Dostana yang akhir membariskan pelakon terdiri daripada Abhishek, John Abraham dan Priyanka Chopra yang memerlukan Abhishek dan John melakonkan karakter berciri gay.

"Elemen gay dalam Dostana tidak menakutkan. Kenyataannya saya tidak fikir mereka (Abhishek dan John) benar-benar bercium.Kalau sayalah yang berlakon filem itu, saya akan benar-benar bercium," ujarnya.

Apabila diajukan persoalan adakah dia akan tetap melakonkan adegan cium jika dia dan Shahrukh Khan yang berlakon dalam Dostana, jawab Saif: "Ya, kalau Shahrukh yang berlakon, saya akan cium dia!"

{[['']]}

Hairi juara sulung Anak Wayang



Program realiti pencarian bakat lakonan, Anak Wayang melabuhkan tirainya apabila berjaya menobatkan Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, sebagai juara sulung rancangan tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam kelmarin. Pengumuman itu dibuat pasangan pengacara Rusdi Ramli dan Fazura.

Hairi, penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Kuala Lumpur, mengatasi saingan penuntut Universiti Multimedia, Hafiz Halim, 21, dengan peratusan undi SMS yang dikumpul sebanyak 58 peratus.

"Saya rasa bersyukur sangat kerana menjadi juara sulung rancangan ini. Tahniah juga kepada Hafiz kerana beliau pesaing yang hebat kerana mempunyai kelebihan memori yang kuat. Kami selalu berkongsi idea untuk memantapkan bakat lakonan masing-masing. Terima kasih pada tenaga pengajar dan semua krew penerbitan Anak Wayang,” kata-kata yang terbit dari mulut anak jati Kedah itu selepas diumumkan sebagai juara.

Persembahan akhir Pentas Anak Wayang dimulakan dengan persembahan bertenaga penyanyi wanita popular tanah air, Ning Baizura menerusi lagu Drama. Kemudian, gimik pengacara rancangan tersebut, Rusdi Ramli yang tampil menyanyikan lagu Kasih Tercipta begitu mengagumkan apabila berjaya mencuri tumpuan setiap tetamu yang hadir pada malam tersebut. Lagu yang dipopularkan oleh Faizal Tahir itu berjaya disampaikan bak penyanyi profesional oleh Rusdi yang sebelum ini ditempelak hebat sepanjang mengacarakan Pentas Anak Wayang.

Kedua-dua peserta menyempurnakan tiga tugasan yang diberikan dengan cemerlang sehingga menarik perhatian ketiga-tiga juri profesional pada malam tersebut iaitu, Rashid Sibir, Nasha Aziz dan Erra Fazira yang diundang sebagai juri jemputan.

Selain itu, Farhan, Ella, Stacy dan Muslee Ramlee turut diundang untuk memeriahkan majlis dengan beberapa persembahan yang menarik. Pentas akhir Anak Wayang tersebut dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria selama tiga jam bermula jam 10 malam.

Selaku juara Hairi membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi, kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, berpeluang berlakon menerusi 60 episod drama di Astro Prima, selain menerima dua tiket penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, kamera Canon dan rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun manakala Hafiz menerima RM5,000, trofi, televisyen LCD dan kamera Canon.
{[['']]}

Noniswara dan Dato' Rosman selamat diijiabkabul

Tanggal 31 Julai 2009 menjadi detik bersejarah bagi dramatis, Noniswara Baharudin apabila selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati, Dato' Rosman Ridzwan.

Majlis serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas waktu Isyak disaksikan keluarga dan rakan terdekat. Dengan sekali lafaz, Nonis sah menjadi milik Dato' Ridzwan.

Mas kahwin sebanyak RM317.00 diberikan sempena tarikh pernikahan. Pernikahan ini menyaksikan sembilan dulang hantaran diberikan sebelah perempuan dengan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Walau bagaimanapun, hantaran dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Pertemuan di Kota London tiga tahun lepas membibitkan debaran di hati namun dibiarkan berlalu begitu sahaja. Segalanya bermula hanya selepas pertemuan secara tidak sengaja membuatkan hati ingin mengenali dengan lebih rapat.


"Kami bertemu lagi secara tidak sengaja apabila menghadiri majlis yang sama di mana Nonis membuat persembahan di situ. Kalau tak silap pertemuan yang tak sengaja kali keempat" ujar Nonis mengimbas kembali detik perkenalannya dengan suami.

Percintaan selama setahun membuatkan hati Dato' Rosman terpaut menyunting Nonis menjadi suri dalam hidupnya.

Walaupun berlaku kejadian tidak diingini sejurus selepas pernikahan selesai, namun Nonis menganggap semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang penting semuanya selamat dan mungkin ada hikmah disebaliknya.

{[['']]}

Sah Fasha Sandha Rampas Suami Nora Danish!

image image

KUALA LUMPUR : Nampaknya sudah terang lagi bersuluh hubungan aktres dengan bekas suami pelakon comel sememangnya wujud. Kalau Cik Normah tak sebut pun mesti anda semua dapat agak kan? Buat apa nak nafikan lagi kalau memang sah kamu berdua memang menjalinkan cinta dan khabarnya akan menamatkan zaman bujang solo.

image

Kadang2 Cik Normah kasihan melihat nasib aktres ini yang semakin kurang publisiti tetapi adakalanya naik geram juga apabila dia tidak pernah serik dengan sikapnya. Ingat nak insaf lagi menjadi-jadi adalah! Nampaknya apa yang terjadi kepada dirinya tidak langsung memberi keinsafan,malah sikap plastiknya tetap terserlah. Cik Normah yakin ramai sudah mula naik meluat dengannya. Satu sumber memberitahu Cik Normah, aktres ini sudah mula menetap disebuah kediaman milik kekasihnya ini. Ia sebagai bukti untuk mengumumkan perhubungan mereka berdua memang bukan lagi rahsia.

image

Memang tidak rahsia lagi pun sebab semua orang dah tahu perhubungan plastik dia orang tu. Buat aktres itu cik normah kurang pasti apa akan jadi pada masa depannya didalam bidang lakonan, renungkanlah seketika kehidupan ini dengan bermuhasabah diri. Kecantikkan yang ada hanya bersifat sementara dan kalau hati sudah hitam, cantik sekalipun orang sudah tidak hairan. Ingat hari ini mungkin hari ko pashamon, esok lusa kalau tuhan nak tunjuk dengan 'bayaran tunai' akan terima padahnya sebab ko suka rampas laki orang! Hidup ini ibarat putaran roda, sekejap diatas sekejap lagi ngam pasti kat bawah terus!....

{[['']]}

Bunga & Ashraff Berbulan Madu

Bunga & Ashraff Berbulan Madu















Dulu kami pernah post pasal gambar berbulan madu (honeymoon) Bunga Citra Lestari dan Ashraff Sinclair nie. Tapi gambar tue tak boleh lawan gambar terbaru honeymoon diorang yang akan kami paparkan nie. Memang terseksa jiwa raga tengok.
Ok kami tau yang Bunga Citra Lestari nie memang suka pakai seksi-seksi. Terpulanglah pada dia kan. Tapi bila tengok gambar honeymoon BCL nie, terasa macam minah nie terlebih seksi nie. Ashraff plak nampak cam layan jer.
Bagi kami nak seksi boleh. Kami tak kisah. Tapi janganlah upload kat Facebook ke apa ke. Lek-lek udahlah. Anda tue artis. Jadi ikutan ramai. Skang nie gambar anda satu dunia boleh tengok. Siapa yang malu? Bunga Citra dan Ashraff jugak. Itupun kalau malu la kan.
Lagi gambar terkini berbulan madu @ honeymoon Bunga Citra Lestari dan Ashraff Sinclair dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Anda dinasihatkan tak tengok kalau di bawa umur 18 tahun










{[['']]}

Nurul Artis Yang Berangan Besar?




Tidak tahu siapa artis yang dimaksudkan dalam celoteh laman web GUA. Kalau mahu diikutkan penulis, kisahnya berkaitan kelagakkan seorang artis ketika majlis pelancaran album baru-baru ini, post yang penulis rasakan berkaitan artis ini sepertinya Nurul namun ada juga artis lain seperti Ayu. Tapi penulis lihat balik artikel Nurul sebelum ini, seperti Nurul orang yang dimaksudkan. Biar betul, Nurul seperti yang digambarkan umpama berangan dan berlagak. Iskh3, tapi penulis kurang yakin pula, melihat dari personaliti Nurul, mungkin tidak juga. Kata anda pula?



Tidak sah kalau tidak mendengar berita hangat dan sensasi daripada mulut-mulut pengadu yang tidak berpuas hati dengan artis pujaan mereka. Bukan sengaja memperbesarkan cerita si pengadu, sekadar berkongsi kisah dengan pembaca. Yelah, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan!

Baru-baru ini seorang sumber menghadiri sebuah majlis pelancaran album seorang artis. Artis ni pula bukanlah seorang penyanyi, sebaliknya semua bidang disapu, pendek kata, mahu menjadi artis versatil.

Sudahlah pengacara majlis pelancaran itu seakan syok sendiri, bercakap terjerit-jerit sehinggakan mesej yang disampaikan dalam lawak jenaka disambut hambar oleh tetamu yang rata-ratanya bosan melihat gelagatnya itu.

Apabila tiba masa persembahan, tetamu tambah meluat melihat aksi si artis yang sengaja menyanyi dalam suara meneran, ala-ala penyanyi country di Amerika itu. Tak sesuai langsung!

Yang membuatkan rasa nak tergelak apabila sumber itu memberitahu, si artis tidak merakam 10 lagu kerana merasakan lagu-lagunya eksklusif. Malah kata artis itu lagi, kalau dia memberikan banyak lagu sekalipun, jika peminat tidak menghafal lagu-lagunya, tak guna juga.

Mahu cuba juga mendengar lagu-lagu dari album artis itu. Entah apa yang eksklusif. Bagi reporter, hanya peminat fanatik artis itu sahaja yang faham lagu-lagu nyanyiannya.

Hai, berangan sungguh artis ini, Dato’ Siti Nurhaliza yang sememangnya diva nombor satu negara itu pun tak pernah mengatakan lagu-lagu dalam albumnya eksklusif, tetapi sebagai pendengar, kita dapat menilai kualiti lagu yang dinyanyikan beliau. -Gua
{[['']]}

Fasha Sanda, Rizal Tunjuk Belang




Pada tarikh 15 Julai lalu, akhbar online Harian Metro ada mengeluarkan atau mendedahkan yang Fasha Sandha sudah mula secara terang-terangan menunjukkan hubungan beliau dengan Rizal Ashram. Rizal Ashram yang juga dikenali sebagai bekas suami Nora Danish (pelakon comel) memang selama ini hebat di kaitkan dengan Fasha Sandha tetapi kedua-dua mereka berkeras kali menafikan (cuma Fasha Sandha sahaja yang menafikan, Rizal tak tahu ke mana).

Berkali-kali juga media Malaysia secara online, offline, blog dan forum-forum mengeluarkan gossip yang menyatakan bahawa kedua mereka ini sudah berkahwin namun sehingga hari ini tiada kesahihan. Kali ini, sekali lagi ada sumber yang menyatakan pasangan ini baru sahaja berkahwin (secara sorok-sorok) dan berita ini masih lagi dianggap baru dan panas. Jika benar berita ini, anggaplah semua spikulasi/gossip selama ini benar dan Fasha Sandha harus diboikot (hehe) kerana keruntuhan rumahtangga Nora Danish, kecian Nora..
{[['']]}

Noniswara nak kahwin lagi



Lama sudah pelakon cantik Noniswara bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisinya. Hidup Nonis ditemani anak-anak yang semakin membesar.

Dengar Nonis sudah bertemu seorang lelaki yang akan menjadi suaminya.
Patutlah semasa nampak Nonis dalam sebuah majlis baru-baru-baru ini berseri-seri muka dia.

Malah Nonis hadir ke majlis itu bersama lelaki yang bakal menjadi suaminya. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar mereka.

Nonis sedang berbahagia dan akan menamatkan alam solonya awal Ogos depan. Dia tak menyorok lagi apabila rakan-rakan bertanya pasal perkara itu.

Kiranya raya tahun ini Nonis akan kembali berasa beraya di rumah mentua dan mencium tangan suami di pagi rayalah.

"Nonis beritahu aku dia nak kahwin bulan Ogos ini," kata rakan yang sempat berborak dengan Nonis.

tak sempat pula nak berborak sebab ke majlis itu atas urusan tugas. Apabila selesai tugas, Nonis dan nak berangkat pulang.

nak ucapkan tahniahlah kepada Nonis dan nak doakan agar Nonis dapat mengecap kebahagiaan semula.

Dulu Nonis pernah kata bersendiri lebih baik. Nampaknya kali ni Nonis akan kata berdua lebih baik pula.

Sekarang musim buah ni nak cari buah `jentik-jentik' yang dah lama tak makan. Buah tu kalau kita jentik, kulitnya akan terkopek. Kulitnya berwarna oren pekat dan bersaiz kecil daripada buah langsat. Agaknya payah nak cari buah yang tak popular di kedai macam itu.
{[['']]}

(Panas) Video Lucah Farawahida Bakal Tersebar




Kecoh semalam bila Harian Metro (macam biasalah) mengeluarkan gosip ini di’muka hadapan akhbarnya. Kami dah masak sangat dengan Harian Metro ni untuk menjual akhbar mereka. Ada sebut pasal lucah-lucah sikit biarpun belum confirm, ianya seakan-akan dah diconfirmkan oleh mereka. Berpusu-pusu’lah orang melayu yang membeli.

Mengenai isu video lucah tersebar ni, kalau tiada angin masakkan pokok bergoyang. Mengapa Farawahida membuat laporan polis mengenai ugutan penyebaran gambar dan video lucah’nya jika semua itu tidak wujud? Bila dia takut, sekarang semua orang pun tahu yang gambar dan video lucah itu sememangnya benar-benar wujud. Kalau tak wujud, tak perlu nak buat laporan polis kot?

Dan mengapa pula laporan polis ditujukan kepada komposer tekenal, Julfekar Ahmad? Adakah ini membawa makna pernah terjadi “sesuatu” antara Farawaheda dan Julfekar sebelum ini? Jeng Jeng Jeng. Bagaimana Farawahida begitu yakin gambar dan video lucahnya ada ditangan Julfekar sehingga terpaksa membuat laporan polis? Sekali lagi, jeng jeng jeng. Renung-renungkan lah.

Apapun buat pembaca Oh! Artis yang terlepas berita ini di Harian Metro semalam, kami paste’kan untuk rujukan dan kefahaman yang lebih jelas.


KUALA LUMPUR: “Ya Allah…kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat,” kata komposer Julfekar Ahmad mengulas tindakan penyanyi Farawahida membuat laporan polis mendakwa dia mengugut untuk mengedar gambar dan video lucahnya.

Julfekar, 45, yang dihubungi semalam terkejut dengan tindakan penyanyi itu berkata, Farawahida boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti.

Menurutnya, dia juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan.

“Biar saya selesaikan dulu (rujuk peguam)…kemudian baru kita tengok macam mana,” katanya.

Farawahida difahamkan sudah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

Dia antara lain mendakwa menerima ugutan mengedar gambar dan video lucahnya bertitik tolak daripada tindakannya enggan menyambung kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang tamat pada 9 Februari lalu.

Bermula tarikh berkenaan, penyanyi itu mendakwa ingin mengadakan persembahan secara bersendirian tanpa mempunyai kaitan dengan syarikat rakaman itu.

Farawahida juga mendakwa menerima SMS memaki hamunnya termasuk bertulis ‘perempuan tidak guna, perempuan sundal’.

Julfekar seterusnya berkata, dia sebelum ini ada mendengar khabar angin Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 24, membuat laporan polis terhadapnya, namun tidak mahu melatah sehingga ia betul-betul sahih.

“Sehingga kini polis belum menghubungi saya, tapi saya juga akan membuat laporan polis,” katanya.

Dia berkata, sejak pulang ke kampung di Taiping, Perak, empat bulan lalu, Farawahida langsung menutup pintu perbincangan antara mereka.

“Penyanyi itu menghantar notis berhenti 24 jam kepada pengurusan (Millenium Art Sdn Bhd) atas alasan mengikut kehendak keluarganya, tapi mana ada penyanyi hantar notis berhenti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad yang dihubungi Harian Metro semalam mengesahkan menerima laporan artis wanita berkenaan sekitar jam 7.45 malam.

Menurutnya, polis kini membuka kertas siasatan terhadap laporan kes ugutan berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan.

“Pegawai penyiasat sudah berusaha menghubungi individu yang dimaksudkan dalam laporan terbabit, namun masih gagal menghubunginya. Namun, polis akan berusaha mencarinya bagi membantu siasatan,” katanya.

Kemelut antara mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.

Farawahida dikatakan pernah dua kali menghantar surat untuk keluar daripada pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu, bagaimanapun permintaan penyanyi itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida.

Julfekar sebelum ini dilaporkan berkata syarikat tidak menghalang jika Farawahida mahu keluar dengan syarat bersedia membayar ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbarunya, Farawahida `09.

“Saya juga memohon ganti rugi RM200,000 lagi atas segala kepayahan saya menaikkan namanya sepanjang tujuh tahun bergelar artis,” katanya.
{[['']]}

GOSSIP SENSASI,BERITA PANAS ARTIS DAN SELEBRITI TERKINI

HOT MAMA NORA DANISH CLUBBING....
                          


Michael Jackson dan Farah Fawcett Meninggal Dunia

time June 26th, 2009
LOS ANGELES: Raja pop, Michael Jackson dan bintang televisyen 70-an, Farrah Fawcett menghembuskan nafas terakhir mereka, Khamis. Bermakna, Hollywood telah kehilangan bintang pujaan mereka pada hari yang sama.
Jackson, 50, yang dipercayai diserang sakit jantung sudah tidak bernafas ketika anggota paramedik Jabatan Bomba Los Angeles tiba di rumahnya di Los Angeles pada 12:30 p.m. waktu tempatan (3:30 EDT, 19:30 GMT).
Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.
Sementara itu, Fawcett yang merupakan bintang The Charlie’s Angels meninggal dunia ekoran kanser. Mendiang berumur 62 tahun. AP

Friday, June 26, 2009


KEMATIAN MICHAEL JACKSON DIRATAPI PEMINAT

LOS ANGELES: Suasana hiba dan tangisan ratusan peminat mengiringi kematian raja pop, Michael Jackson di pekarangan hospital di sini, hari ini. “Sehingga saat ini, saya tidak percaya kami kehilangan raja penghibur yang tiada tandingannya," kata Lana Brown, 49, dari Dallas yang air mata berlinangan. Lana yang mengakui peminat fanatik Michael atau Jacko berkata beliau sedang bercuti bersama keluarganya apabila diberitahu rakannya menerusi telefon mengenai kematian Michael. Seperti ratusan lagi peminat Michael, Lana terus bergegas ke hospital UCLA di sini untuk melihat sendiri apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangannya itu. “Say amat terkejut kerana tiada siapapun yang terfikir Michael akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya. "Orang seperti Michael Jackson akan hidup selama-lamanya, seperti Peter Pan,” kata Yoshiko Plair sambil menghadiahkan jambakan bunga matahari untuk Michael. Ejen hartanah berusia 49 tahun itu memberitahu mengetahui berita kematian Michael menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) dan telefon bimbit menerusi rakannya. Beliau terus meninggalkan pejabatnya dan sempat ke rumah untuk memakai kemeja-t “Thriller” bersama kakak dan dua anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan. “Dia menukar muzik, dialah yang bertanggungjawab menaikkan musik orang kulit hitam ke MTV sekarang, kata Plair. “Saya menjadi peminatnya bermula daripada lagu pertamanya. Saya akan terus berbangga dengannya," katanya. Pelajar, Ashley Leon, 20, juga bergegas ke hospital itu sebaik menerima berita bahawa Michael pengsan sebelum meninggal dunia. “Saya telefon rakan serumah saya yang juga peminat fanatik Michael kerana ia satu kehilangan besar dalam hidup kami. "Tahukah anda, kami membesar sealiran dengan muzik ciptaannya," katanya. - AFP

DYNAS KEMBALI CERIA SELEPAS...

APRIL lalu, dramatis dan pengacara jelita Dynas mengejutkan banyak pihak apabila mengalami insiden yang menyayat hati iaitu keguguran bayi dalam kandungannya. Sejak itu, Dynas banyak berdiam diri sementelah menghabiskan tempoh berpantang sama seperti semua wanita yang pernah melahirkan anak. Kalau nak pulihkan emosi bukannya senang, Marilyn faham sangat erti sebuah kehilangan.DYNAS Cuma, Ahad lalu, Marilyn tumpang gembira sebab ternampak Dynas dan suaminya bersantai-santai di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara. Mereka nampak ceria dengan wajah yang berseri-seri.Marilyn malas nak menyapa, takut dikatakan menyibuk pula. Sekadar menjeling dari jauh cukuplah. Marilyn doakan mereka akan dimurahkan rezeki lagi selepas ini. Marilyn harap, Dynas jangan skeptikal dengan semua media, sebabnya Marilyn dapat tahu Dynas ada berkecil hati dengan andaian-andaian yang tercetus mengenai keguguran bayi Dynas dulu. Sabarlah!Marilyn: Tahniah buat teman Marilyn yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kedua

AKSI GHAIRAH MILEH CYRUS


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Miley Cyrus yang berusia 16 tahun membuktikan dia seorang yang bijak bergaya dalam keadaan menghairahkan, lapor sebuah akhbar semalam.Cyrus yang popular menerusi drama Hannah Montana dan lagu The Climb itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memberikan gaya yang menghairahkan di dalam bilik persalinan.Gambar itu disiarkan di laman Twitter di Internet dan dirakamkan oleh Adam Shankman iaitu pembikin filem yang menerbitkan filem terbaru Cyrus, The Last Song.Sebelum ini Cyrus pernah bergambar dengan memakai seluar dalam, mendedahkan payu daranya dan membuat mimik mata sepet sehingga mencetuskan kontroversi. - Agensi

BERITA KEMATIAN JACKSON MENGEJUTKAN DUNIA

LOS ANGELES: Michael Jackson, anak kecil yang bertukar menjadi Raja Pop dunia, mencipta tarian musikal yang digilai anak muda, meninggal dunia hari ini ketika berusia 50 tahun. Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak. Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan. Michael atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral. Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya. Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya. Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital. Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia. Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy. Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat. Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik. Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London. Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka." - Reuters
berita harian

JACKSON AMBIL PRESKRIPSI DADAH SEBELUM MENINGGAL

LOS ANGELES: Michael Jackson mengambil preskripsi ubat mengandungi dadah sebagai persediaan tahap kesihatannya bagi membuat penampilan semula konsertnya di London, bulan depan. Peguam keluarganya berkata, Michael yang masih berjuang menghadapi penyakit yang dihadapi sehingga terpaksa mengambil preskripsi dadah untuk membantunya bertahan. Beliau dikatakan mula mengambil beberapa lagi ubat selepas cedera ketika menjalani latihan untuk konsert yang bakal diadakan itu. "Ia (kematian Michael) bukannya sesuatu yang tidak dijangka...disebabkan ubat-ubatan yang diambil oleh Michael," kata peguam, Brian Oxman. "Saya tidak tahu tahap mana ubat yang diambil Michael, tetapi laporan perubatan yang diterima keluarganya ia agak berat," katanya. - AFP

IBU AYAM HOLLYWOOD CAJ UNTUK PELACUR RM174,750.00

LOS ANGELES - Seorang ibu kepada dua anak, Michelle Braun mengaku membekalkan barisan pelacur wanita termahal di dunia bayaran bermalam sehingga mencecah £30,000 (RM174,750), lapor sebuah akhbar semalam.Wanita berusia 31 tahun dengan jolokan 'Ibu Ayam Hollywood' itu mengurus seramai 70 pelacur kelas atasan daripada kalangan model fesyen, aktres Hollywood dan model majalah Dia menjalankan kegiatan pelacuran melalui Internet dan berselindung di sebalik sebuah syarikat miliknya, Global Travel Network.
Ibu Ayam (Michelle Braun) dan Paris Hilton Bergambar
Dalam wawancara dengan sebuah majalah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, Braun memberitahu pelanggan dikenakan yuran £1,000 (RM5,825) untuk mendaftar sebagai klien di Internet sebelum dibenar untuk melihat gambar pelacurnya."Saya memperkenalkan wanita yang bukan sahaja cantik tetapi terkenal kepada lelaki kaya yang mahu menemui mereka. Oleh itu, bayaran yang saya kenakan berbaloi," katanya.Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) enggan mendedahkan identiti para pelanggannya tetapi menyatakan mereka terdiri daripada selebriti dan orang kenamaan.Beberapa sumber memberitahu aktor terkenal, Charlie Sheen pernah membayar £100,000 (RM582,500) untuk melanggan seorang pelacur tersebut.Wanita itu ditangkap pada 2007 dan mengaku bersalah pada minggu ini dalam satu persetujuan dengan pihak berkuasa bagi mengelak daripada menjalani hukuman penjara. - Agensi

BERITA KEMATIAN MICHAEL JACKSON TERSEBAR MELUAS PALING AWAL DI INTERNET

NEW YORK: Era digital nyata media masa kini apabila maklumat pantas dan terkini mengenai berita kematian raja pop, Michael Jackson disebarkan oleh media baru internet, bukannya pengacara stesen tv seperti sebelum ini. Malah, berita awal daripada portal berita online dan laman agak bercelaru apabila kematiannya menimbulkan tanda tanya - Adakah Michael masih hidup? Atau, benarkah dia dalam koma? Berita itu tersebar seperti api yang marak oleh laman web berita seluruh dunia, rangkaian laman sosial serta Twitter. Laman web selebriti, TMZ.com dikatakan yang pertama memaparkan berita kematian Michael jam 5.20 petang waktu tempatan (2120 GMT). Berita yang dipaparkan TMZ itu dianggap paling awal dan mengejutkan banyak laman web lain sebelum ditambah dengan lebih banyak maklumat dan kesahihan selepas itu. “Semuanya bermula dengan satu tip berita,” kata Harvey Levin, pengarang urusan TMZ. “Kami tidak akan menyiarkannya jika ia bukannya berita sahih," katanya. Beberpaa minit kemudian, kematian Michael disahkan oleh Los Angeles Times dan The Associated Press (AP) dan terus dipaparkan dalam siaran berita malam rangkaian media berkenaan. - AFP

Tuesday, June 23, 2009


DATUK SHARIFAH AINI TERUS KONTROVERSI

KUALA LUMPUR: “Kalau dia gentleman, dia tidak perlu bergaduh dengan seorang wanita seperti saya. Bagi saya, S Atan terlalu emosional dan ini membuatkan dia jadi defensive (pertahankan diri),” kata Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar berhubung kemelut antara dia dengan komposer terkenal itu.Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, berkata jika S Atan atau nama sebenar Hashim Said mendakwa kerugian dalam pembikinan album terbaru itu, kenapa menerima tawaran berkenaan.“Kalau dia tahu tawaran itu merugikan kenapa mahu menerimanya. Saya agak mungkin itu yang menyebabkan kerja dihasilkan tidak berkualiti, malah pada pandangan peribadi saya, ia kerja yang tidak ikhlas,” katanya yang dihubungi semalam.Menurutnya, tujuannya membuat pendedahan mengenai hasil pembikinan album itu bukan untuk bergaduh sebaliknya mencari kebenaran.


“Saya biayai projek itu, duit saya, hak saya dan jumlah itu bukan sedikit. Kalau saya tidak suka dengan hasilnya sudah tentu saya marah. Misalnya, kalau dalam majlis, saya berjanji hendak membuat persembahan selama sejam tetapi hanya menyanyikan tiga lagu, sudah tentu orang marah...begitu juga keadaan yang saya alami sekarang. “Kenapa dia pula rasa tertipu sedangkan saya mangsa situasi ini. Apa faedah saya hendak tipu sedangkan itu duit saya. Saya sudah 40 tahun berada dalam industri ini, saya tahu mana satu produksi bagus dan mana satu buat kerja sambil lewa,” katanya.Kak Pah berkata, dia memberi tempoh hingga 30 Jun ini kerana selepas itu, dia terikat dengan persembahan.“Jika S Atan masih enggan berunding, dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Ramai peminat tertunggu-tunggu album terbaru saya dan selama dua tahun saya bersabar, (tetapi) saya rasa sakit sangat bila wartawan dan peminat asyik bertanya mengenainya.“Saya tidak pernah kata S Atan menipu tetapi saya rasa tertipu. Saya ada bukti, bodohlah saya kalau mahu bercakap tanpa bukti.“Saya berpendapat daripada dia gunakan duit untuk membiayai peguam di mahkamah lebih baik digunakan untuk memperbaiki album saya itu,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Hapuskanlah Air Matamu dan Bunga Tanjung itu.Dia berkata, perkiraan S Atan yang digunakan untuk membiayai pemuzik dan studio juga tidak munasabah, malah boleh ditertawakan oleh pemuzik.“Saya sudah lama dalam industri ini dan ada syarikat sendiri. Saya menggunakan khidmat pemuzik jadi saya tahu mengenai kos perlu dibayar tetapi daripada apa yang dia kata, semuanya tidak logik,” katanya.Menurutnya, dia boleh bekerja dengan adik S Atan iaitu Bell dan tidak menghadapi sebarang masalah.“Begitu juga dengan Ramli MS, saya gembira bekerja dengan mereka. Dalam industri ini, sudah tentu kita perlu menjaga pemuzik kerana itu periuk nasi mereka,” katanya.Kak Pah berkata, dia berhak rasa marah kerana bukan senang mencari wang sebanyak itu, namun tidak pernah menutup pintu rundingan dengan S Atan.“Saya minta dia melakukan solat istikarah memohon petunjuk Allah dan saya tidak pernah menutup pintu rumah saya untuknya. Saya bukan mahu menabur pasir dalam periuk nasinya, datang dan ambil kembali hasil kerjanya kemudian perbaiki dan hasilkan satu album yang berkualiti. Buktikan dia seorang bertanggungjawab dan menjaga kualiti hasil kerjanya.“Apabila dia meminta maaf, mengaku kesilapan serta memperbaiki menghasilkan produk berkualiti, saya tidak akan bercakap apa-apa lagi mengenai perkara ini, malah memberitahu seluruh dunia, inilah hasil yang saya nanti-nantikan daripada S Atan,” katanya.Isu ini bermula apabila Kak Pah membuat pendedahan mengeluarkan wang RM83,000 untuk pembikinan album terbarunya tetapi mendakwa S Atan tidak merakamkan muzik secara langsung sebaliknya menggunakan program komputer.S Atan menerusi Harian Metro semalam bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendedahkan sebahagian besar wang itu digunakan membiayai kos pemain muzik dan studio.

ISTERI BADUL TEBUS TALAK SEJUMLAH RM1.00

KUALA LUMPUR: “Kalau ada jodoh saya sanggup kahwin lagi,” seloroh pelakon dan pelawak AR Badul, 60, yang ditanya sama ada dia serik selepas perkahwinan kali kelimanya turut runtuh dengan permohonan cerai secara tebus talak RM1 oleh isterinya.Badul mengakui tersentuh dengan permohonan Muna Liza Basir, 34, isteri yang dikahwini lapan tahun lalu kerana sudah hampir tiga bulan dia cuba berbaik-baik dengan wanita itu selepas berlaku perselisihan faham.Dia mengakui tidak sanggup menceraikan isterinya dan mendakwa masih sayang Muna Liza walaupun ikatan mereka sudah berakhir.Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, mengesahkan perceraian Badul dengan Muna Liza selepas melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad. Proses ‘tebus talak’ atau ‘khuluk’ dalam Seksyen 49 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 memberi peluang kepada isteri untuk menebus talak diri mereka sekiranya suami tidak setuju mentalakkan mereka dengan rela.Oleh yang demikian, isteri boleh meletakkan perkara ini dalam perjanjian sebelum perkahwinan bahawa dia boleh menebus diri mereka untuk bercerai sekiranya suami enggan menceraikan mereka. Isteri boleh menyatakan jumlah mengikut persetujuan dengan suami. Di Wilayah Persekutuan, tebus talak dengan membayar RM1 dibenarkan.Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Liza pada 23 Jun 2001.Mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun.Sementara itu, Muna Liza ketika ditemui berkata, dia dan Badul sudah tiada jodoh dan lega kerana semuanya selesai dengan baik.Bagaimanapun, dia yang sebelum ini bekerja dengan Badul berharap dapat kembali bekerja di produksi bekas suaminya itu kerana tidak mempunyai pekerjaan

WANITA BEKAS PELAKON LUCAH MENGAKU ADA 5 SUAMI

MANCHESTER - Seorang bekas model yang mendedahkan payu dara, Emily Horne (gambar kecil) mengaku bersalah di sebuah mahkamah kerana melakukan bigami, lapor sebuah akhbar semalam. Emily yang pernah muncul dalam filem lucah bajet rendah mengaku berkahwin dengan lima lelaki di sebuah mahkamah di sini kelmarin.Dia kini akan dihukum penjara kerana kesalahan itu pada 27 Julai depan.Emily yang kini berumur 31 tahun berkahwin buat pertama kali pada 1996 dengan seorang askar, Paul Rigby.Namun, apabila Rigby pulang daripada berkhidmat di luar negara selama lima bulan, dia mendapati isterinya itu menjalin hubungan dengan seorang ahli perbankan, Sean Cunningham.Emily berkahwin dengan Sean di Leeds pada 1999 dan meninggalkannya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Simon Thorpe tanpa bercerai dengan dua lagi suaminya.Suami keempatnya ialah Chris Barret yang dikahwininya pada 2000 sebelum meninggalkannya dan berkahwin dengan Ashley Baker.Dalam perbicaraan itu, Emily menyatakan perasaan kesal kerana melukakan hati semua suaminya selain mendedahkan dia sedang menerima rawatan kerana menghadapi penyakit kemurungan manik. - Agensi

PEMAIN KELAB BOLA SEPAK TUNJUK KEMALUAN SEMASA SESI TEMURAMAH.

HOBART - Seorang pemain bola sepak di Australia, Tim Orchard disiasat kerana menunjukkan kemaluannya ketika satu wawancara televisyen sedang berlangsung di bilik persalinan, lapor sebuah akhbar semalam. Orchard yang merupakan pemain simpanan Kelab Bola Sepak Clarence mendedahkan zakarnya ketika berada di belakang pemain senior kelab itu, Ben Setchell yang sedang diwawancara oleh seorang wartawan sebuah stesen televisyen tempatan.Kejadian berlaku di sebuah bilik persalinan di sini selepas Clarence menewaskan kelab bola sepak South Launceston pada Sabtu lepas.Orchard tidak berbogel sebaliknya dia berbuat demikian ketika memakai sehelai seluar bersama jaket kelabnya. Kes itu kini disiasat oleh Persatuan Bola Sepak Tasmania dan pihak pengurusan Clarence yang berjanji akan mengenakan hukuman berat kerana perbuatan itu dianggap memalukan sukan bola sepak. - Agensi

PARIS HILTON DEDAH GAMBAR BOGEL BERSAMA ANJING KESAYANGANNYA

LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton membuka rahsia kepada wartawan apabila dia menunjukkan gambar bogelnya bersama seekor anjing peliharaannya, lapor sebuah akhbar semalam.Pendedahan itu dilakukan ketika dia ditemu ramah oleh wartawan majalah dalam talian iaitu Access Hollywood.Paris mengundang wartawan majalah itu untuk melawat rumah mewahnya di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS).Pelakon siri realiti The Simple Life itu turut memberikan penerangan berhubung beberapa koleksinya seperti lampu gantung dan gambar ikon pelakon seksi, Marilyn Monroe.Dalam satu gambar, Paris memeluk satu patung kucing.Satu lagi gambar menunjukkan dia berada dalam kenderaan Hummer bersama anjing kesayangannya, Chihuahua Tinkerbell dalam keadaan bogel. Paris semakin mendapat perhatian setelah dia dirakamkan menghabiskan masa bersama bekas pemain kelab bola sepak Manchester United (MU), Christiano Ronaldo baru-baru ini. - Agensi

MANOHARA MAHU LANGSINGKAN BADAN

JAKARTA - Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mengaku berat badannya kini tidak sesuai dengan tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.Menurutnya, dia mahu menurunkan berat badannya tetapi tanpa menjalani diet dan bersenam."Mano (nama jolokannya) ingin kembali mempunyai berat badan yang dulu iaitu sebelum seperti sekarang ini," katanya di lokasi klip video muzik, Misteri Cinta.Manohara menjadi model dalam klip video muzik kumpulan The Dangduters.Bagaimanapun, Manohara enggan mendedahkan berat badannya yang sebenar."Tidak (enggan memberitahu berat badannya). Pokoknya berat," katanya.Menurutnya, berat badannya kini naik sebanyak 14 kilogram.Salah satu petunjuk berat badannya naik ialah dia tidak lagi boleh memakai seluar jean.Menurutnya, berat badannya kemungkinan akan turun dalam tempoh dua bulan lagi.Namun, dia merahsiakan cara yang akan digunakan untuk menurunkan berat badannya.Mahohara mendapat liputan meluas media Indonesia selepas dia melarikan diri ke Jakarta dengan bantuan polis Singapura selepas mendakwa didera oleh suaminya, Tengku Muhammad Fakhry pada 31 Mei lepas. - Agensi

Thursday, June 18, 2009


GAMBAR BOGEL LINDSAY LOHAN DI TWITTER

LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan menyiarkan gambar bogelnya di laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam. Bagaimanapun, payu dara Lohan dilindungi oleh rambutnya yang panjang.Gambar itu dirakamkan ketika Lohan yang pernah berlakon dalam filem Mean Girls berada di set penggambaran iklan sebuah syarikat kosmetik.Dalam ruang laman sosial Twitter itu Lohan menyatakan gambar tersebut sudah lama dirakamkan. Baru-baru ini pelakon itu bercuti di London tetapi dia sudah kembali ke Amerika Syarikat (AS).Namun, ketika berada di London, dia mencetuskan kontroversi kerana barang kemas yang dipinjam dari sebuah syarikat barangan kemas didapati hilang pada awal bulan ini. - Agensi

PAKAR PHOTOGRAFI EDAR GAMBAR TUBUH PERIBADI MANOHARA

JAKARTA – Seorang anggota peguam bela Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mengancam akan membuat aduan terhadap pakar fotografi dan komunikasi, Roy Suryo yang didakwa telah mengedarkan gambar peribadi milik model itu.Menurut akhbar Kompas.com semalam, Roy didakwa menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan tubuh Manohara kepada media.“Kita akan segera membuat aduan (kepada pihak berkuasa). Perlu ada tindakan terhadap Roy,” kata peguam bela Manohara, Farhat Abbas.Bagaimanapun, Roy menafikan dia menyebarkan gambar-gambar itu.Menurutnya, dia diminta oleh keluarga Manohara untuk membantu mengesahkan keaslian gambar yang memaparkan luka-luka pada tubuh bekas model tersebut akibat didera oleh Tengku Muhammad Fakhry.Manohara yang merupakan bekas model terkenal di Indonesia mendapat liputan meluas selepas ibunya mendakwa dia didera oleh suaminya.Gadis yang berumur 17 tahun itu kembali ke Jakarta baru-baru ini dengan bantuan polis dari Singapura ketika dia berada di pulau tersebut. – Agensi

PARIS HILTON HAMIL ANAK RONALDO?

LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton mencetuskan khabar angin terbaru berhubung kehamilannya setelah dia dilihat mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Paris menemui seorang pakar perubatan kurang seminggu dia menghabiskan masa intimnya bersama bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, 24.Bekas pelakon siri realiti The Simple Life itu cuba menyembunyikan dirinya dengan hanya memakai pakaian sukan, topi dan kaca mata gelap.Namun sekumpulan jurugambar berjaya merakamkan aksi Paris ketika dia berbual dengan menggunakan telefon."Kami cuba mengenali antara satu sama lain. Itu sahaja. Ronaldo dan saya berkawan baik, kawan sangat baik," kata Paris, 28.Ronaldo dan Paris dirakamkan bergembira di sebuah kelab malam di sini pada minggu lalu ketika bekas pemain Manchester United itu meraikan perpindahannya ke Real Madrid.Selepas parti yang menelan kos £10,000 (RM57,884) itu tamat, Ronaldo dan Paris menghabiskan masa beberapa jam di sebuah rumah."Ronaldo benar-benar terpesona terhadap Paris," katanya. Kedua-dua pasangan itu pernah berjumpa setahun lalu di Los Angeles ketika Paris cuba memikat Ronaldo di sebuah bar tetapi pelawaan itu ditolak.
- Agensi

PELAJAR 12 TAHUN TERLIBAT SEKS HAMIL

SYDNEY - Seorang pelajar perempuan yang berumur 12 tahun dipercayai menjadi antara ibu yang termuda di negeri New South Wales, Australia, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut bapanya, anak perempuannya itu akan melahirkan cahaya mata pada 20 Oktober depan manakala teman lelakinya kini ditahan di sebuah institusi juvenil.Dia berkata, kehamilan anaknya itu diketahui pada Mac lalu selepas khidmat pesanan ringkas kekasih anaknya berjaya dipintas."Bapa bayi itu kini berada di sebuah institusi juvenil kerana menikam seseorang di bahagian kakinya."Budak lelaki itu turut mengancam untuk membunuh saya," katanya.Menurutnya, anaknya berdepan dengan risiko kehamilan pada tahun lalu selepas mengetahui dia aktif dalam hubungan seksual.Anaknya itu aktif dalam hubungan seks ketika berusia 11 tahun dan semasa tinggal bersama ibunya yang sakit mental dan seorang lelaki yang bertindak sebagai bapa tirinya.Bapa sebenarnya kini berang kerana sebuah pertubuhan kebajikan milik kerajaan enggan menjaga anaknya yang akan melahirkan anak tanpa kehadiran kekasihnya itu. - Agensi

KONTROVERSI PM ITALI DENGAN PELACUR

ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi (gambar) semalam berhadapan masalah baru setelah akhbar-akhbar tempatan menyiarkan laporan bahawa beliau melayan pelacur di rumahnya.Akhbar La Stampa melaporkan, beberapa pendakwa raya di negeri Bari mempunyai bukti itu daripada empat wanita yang diupah oleh rakan Berlusconi iaitu Giampaolo Tarantini.Satu perbualan telefon turut mendedahkan Tarantini menawarkan sejumlah wang untuk wanita teman sosial menghabiskan masa bersama Berlusconi di rumahnya di Rom dan Sardinia.Tarantini disiasat pihak berkuasa berhubung kes rasuah.Seorang wanita, Patrizia d'Addara memberitahu akhbar Corriere della Sera bahawa dia dibayar 2,000 euro (RM9,896) untuk sekali lawatan ke rumah Berlusconi di Rom.Dia mendakwa merekodkan perbualannya dengan Berlusconi dan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa yang menyiasat Tarantini.Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini menafikan dakwaan bahawa Berlusconi membayar sejumlah wang untuk mendapatkan pelacur.Menurutnya, ramai gadis jelita yang mahu mendampingi perdana menteri itu yang merupakan seorang bilionair.Pemimpin berumur 72 tahun itu sebelum ini dilanda kontroversi setelah isterinya menulis sepucuk surat terbuka mengenai kekecewaannya dalam rumah tangga sebelum memfailkan perceraian.Beliau turut dilanda skandal hubungan dengan seorang model remaja setelah beberapa gambar yang dirakamkan di vila miliknya di Sardinia diterbitkan akhbar-akhbar tempatan. - Agensi

AIZAT DAN LY\IYANA JASMAY SAH PASANGAN KEKASIH.

BARU-BARU ini Marilyn terserempak dengan seorang rakan lama, maklumlah bila lama tak berjumpa macam-macam cerita yang keluar termasuklah kisah hangat tentang selebiriti tempatan.Paling menarik, rakan lama Marilyn memberitahu kisah cinta antara selebriti remaja popular Aizat dan Liyana Jasmay sememang benar dan mereka berdua merupakan pasangan kekasih.Marilyn yang khusyuk mendengar ceritanya tersentak seketika, kerana setahu Marilyn baik Aizat atau pun Liyana, masing-masing menafikan wujudnya hubungan yang dipanggil cinta. Kononnya mereka kekal sebagai sahabat.Namun, kata rakan Marilyn lagi yang sememangnya rapat dengan Aizat dan Liyana beria-beria mengesahkan cerita yang dibawanya itu."Ya, aku tak tipu yang dia orang sekarang tengah mabuk bercinta. Bukan setakat hanya bertelefon, berSMS, siap 3G sekali untuk melepaskan rindu masing-masing. "Aku tak tahu pula kenapa mereka nak sembunyikan kisah cinta sedangkan daripada gelagat mereka berdua orang sekeliling tahu yang mereka sedang bercinta," kata rakan Marilyn lagi.Emm... kalau betullah, Marilyn tumpang gembira. Iyalah, Aizat dan Liyana sama cantik dan sama padan. Malah, kedua-duanya pun terlibat dalam bidang seni dan sama-sama sedang meningkat naik.Nampaknya, gosip yang hangat bertebaran sebelum ini memang benarlah. Apa yang menguatkan lagi cerita ini, mereka berdua pernah mencipta lagu bersama untuk album baru Liyana.Lepas ini, Marilyn hanya tunggu kesahihan daripada mulut mereka berdua sahaja, jangan lari daripada Marilyn tau!

Thursday, June 18, 2009


Akhil Hayy Mengaku Waheeda Isterinya







SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ’status’mereka itu.

“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.
Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap ’sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.

“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

“Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis. Mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkan imej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat dengan aktiviti dakwah.

“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

“Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalam program berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger