Sebelum ini pemain bola sepak Kebangsaan, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu. Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau diceroboh. Terbaru, sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitternya.
Awal pagi tadi, Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.
“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.
Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.
Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam. Adakah akaunnya diceroboh lagi atau apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?
Gempar, teka teki Komposer terkenal tanah air dengan Skandal Gadis Kampung Terbongkar, erti peribasa anak melayu, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah yang patut ditujukan kepada Komposer Azmeer ini dimana telah memusnahkan kehidupan anak gadis yang berasal dari kampung. Dunia hiburan kita senantiasa mempunyai isu isu skandal yang baru, kini giliran Azmeer komposer terkenal pula..
Khabarnya Komposer tersebut telah mengahwini gadis itu tapi telah mengabaikannya. Bukti sijil nikah komposer terkenal tersebut juga disertakan seperti dibawah.
Berikut adalah satu petikan yang begitu menghiris hati dari satu laman blog yang terkemuka di Malaysia.
Saya menulis nota ini atas dasar saya sebagai seorang wanita dan tidak mahu wanita lain mengalami pengalaman pahit dan tertipu sebagaimana rakan wanita saya. Juga untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak mudah terpujuk lantas terjebak dengan janji manis beberapa golongan artis dan selibriti.
Rakan wanita saya “X” telah diperkenalkan oleh kawan-kawan dengan komposer terkenal AZMEER atau nama sebenarnya MOHD AZHAR BIN ABU BAKAR (660614-71-5611) sekitar tahun 2004. AZMEER memang sudah berkahwin ketika itu tetapi terus jatuh hati dan memikat “X” seorang gadis kampung yang bekerja mencari rezeki di Lembah Kelang. “X” sememangnya cantik dan seksi mengakibatkan AZMEER tidak lena tidur tergiurkan gadis sunti ini yang ketika itu berusia 27 tahun.
X terus jatuh hati maklumlah dengan seorang selibriti dan AZMEER manis berkata-kata. Dan setelah mengusung X ke sana kemari AZMEER akhirnya bersetuju untuk menikahi X. X bersetuju menjadi isteri kedua dengan syarat AZMEER mesti mendapat persetujuan isteri tuanya. Atas nasihat dan muslihat kawan-kawannya AZMEER memberikan persetujuan dan pada 23 September 2005 telah bernikah dengan X di kampong X di Negeri Sembilan. Menurut maklumat AZMEER telah menggunakan sindiket memalsukan persetujuan isteri tuanya (isteri tuanya menurut maklumat tidak pernah memberikan persetujuan).
Kesiannya keluarga X sekadar dapat menjadi tuan rumah majlis akad nikah dan kenduri kecil jiran-jiran. Tiada kenduri kahwin macam biasa, tiada bersanding semua kerana AZMEER kononnya tak mahu majlis besar-besaran. Sedangkan realitinya AZMEER tidak mahu majlis ini menjadi buah mulut apalagi diketahui isteri tuanya.
Yang sebenarnya AZMEER mahu menghalalkan hubungannya dengan X kerana laparkan tubuh badannya. Setelah berkahwin hubungan AZMEER dan X sekadar touch and go. Apabila sahaja AZMEER ada peluang lari dari isteri tuanya X akan dihubungi untuk AZMEER melepaskan nafsunya. Tengah-tenga malam tak kira 1 atau 2 pagi AZMEER akan mencari X bila beliau lepas dari penjara isteri tuanya.
Semua kawan-kawan tahu yang X dilayan hanya sekadar pemuas nafsu AZMEER. Budak kampong apa yang dia tahu. Terkadang belanja pun putus-putus sehingga X terpaksa cari makan sendiri untuk menampung belanja tetapi sebagai isteri yang setia menunggu-nunggu AZMEER bila sahaja ada peluang bersama. Keluarga X dikampung gelisah memikirkan nasib X.
AZMEER tidak pernah bersama X dalam mana-mana majlis rasmi. Kalau curi-curi bercuti pun ditempat yang tidak diketahui orang kadang-kadang perlu bawa kawan-kawan untuk “cover line”.
Licik betul AZMEER.
Ringkas cerita satu hari isteri tuanya telah menghidu bau busuk AZMEER dan menjejakinya. X dimaki hamun depan AZMEER di studio beliau. Kasihan X gadis kampung yang tak tahu apa-apa. AZMEER berjanji dengan isteri tuanya akan segera menceraikan X tetapi hakikatnya beliau tidak berbuat demikian sedangkan sangka isteri tuanya mereka telah bercerai.
Sejak dari itu kekerapan AZMEER bertemu X semakin kurang. Hidup X terumbang-ambing menjadi isteri tapi tanpa kehadiran suami. Majlis kenduri keluarga dan Hari Raya AZMEER tidak pernah turun ke kampong X. Malah ketika bapa X meninggal dunia di kampong AZMEER sedikit pun tidak ambil kesempatan untuk pulang ziarah di kampong X di Gemas, NS.
Pada awalnya kawan-kawan rapatnya menasihati agar X menuntut cerai dari AZMEER kerana kasihan melihat hidupnya tetapi sebagai seorang isteri yang taat X enggan walaupun hidupnya tak menentu. AZMEER pula sudah pasti tak mahu melepaskan X kerana X lah peluang untuk beliau melepaskan nafsu serakahnya bila ada kelapangan, maklumlah gadis sunti yang cantik dan digilai ramai.
Dari tahun ke tahun atas nasihat kawan-kawan akhirnya X sedar yang beliau sebenarnya sekadar menjadi barang mainan AZMEER. AZMEER tidak serius mahu mendirikan rumah tangga dengan beliau tetapi sebenarnya hanya menjadikan X sebagai tempat memuas nafsu. Hanya selepas lebih 5 tahun berkahwin sorok-sorok dengan AZMEER akhirnya X sedar yang hidup beliau selama ini tertipu dan melalui bantuan peguam Suriani and Associates ( 06 6323008) beliau memfailkan tuntutan cerai. Apabila melihat X serius AZMEER bimbang dan memberikan persetujuan dengan syarat peguam merahsiakan identity beliau. Pada 11 April 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban AZMEER menceraikan X dengan alasan rumahtangga berkrisis dan tidak dapat didamaikan lagi.
Sudahlah hidup beliau dipermainkan selama lebih 5 tahun oleh AZMEER. Segala belanja mahkamah termasuk yuran peguam yang menelan ribuan ringgit itu ditanggung X sendiri dan AZMEER tidak memberikan sesen pun gantirugi apabila menjatuhkan talak.
Pasti ramai tidak percaya begitu sekali perangai AZMEER yang kelihatan baik dan ceria itu. Saya mahu cerita ini sampai kepengetahuan umum supaya AZMEER bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku walaupun X kini telah pun berkahwin tidak mahu sedikit pun perkara ini keluar kepengetahuan umum kerana menghormati AZMEER.
Sebagai seorang wanita saya kagum dengan pengorbanan X tetapi saya tidak sanggup melihat ada lagi mana-mana wanita lain menanggung siksa dan kesusahan lantaran orang seperti AZMEER ini. Tolonglah dedahkan perkara ini. Memang AZMEER akan malu tetapi apa salahnya malu setelah merosakkan hidup seorang gadis yang tidak berdosa…………..
Apapun usahlah kita percaya bulat-bulat apa yang diadukan oleh sebelah pihak sahaja. Mungkin cerita ini benar atau mungkin juga ianya sengaja direka-reka bagi menjatuhkan kerjaya Azmeer yang semakin berada di puncak. Jika Azmeer mengetahui akan hal ini, diminta untuk memberi respon yang selayaknya.
6 MAC 2011: Nampaknya gosip yang mengatakan bahawa penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti (KD) akan melangsungkan pernikahannya dengan usahawan Timor Leste, Raul Lemos sempena hari ulang tahun kelahirannya pada 24 Mac 2011 sudah mula menampakkan kebenarannya. Ini kerana jiran tetangganya di Pondok Pinang, Jakarta Selatan telah pun memecahkan rahsia tersebut. Malah, mereka juga memberitahu bahawa KD juga kini sibuk mencetak kad undangan perkahwinannya. Namun, sebelum kad kahwin itu dicetak, pihak KD telah berjumpa dengan lomuniti jiran tetangganya dan mencatitkan nama mereka untuk menyusuk daftar undangan.
Bukan setakat itu saja, mereka turut memberitahu bahawa majlis pernikahan di antara KD dengan kekasihnya, Raul yang juga adalah seorang duda bakal dilangsungkan di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan. Dalam majlis itu, KD bakal mengenakan pakaian pengantin rekaan Anne Avantie yang bersifat sederhana.
JAKARTA: Pemuzik Ahmad Dhani (gambar)didakwa melakukan kekerasan dengan merampas dan mencederakan wartawan Global TV, di sini, Selasa. Kejadian tersebut bermula apabila wartawan Global TV, Yani cuba membuat liputan dan meninjau di kawasan rumah milik Mulan Jameela, namun begitu tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki datang dan cuba merampas video tersebut.
Dhani yang mengetuai kumpulan lelaki tersebut memaksa anak buahnya untuk merampas pita rakaman berkenaan dengan kekerasan. Dia juga turut merampas kunci kereta wartawan tersebut dan berlaku sedikit pertikaman lidah. Akhirnya, perkara tersebut dilaporkan di Balai Polis Kebayoran Lama, Jakarta Selatan. Bagaimanapun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.
Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu. Oleh Rudy Imran Shamsudin
Abby berani tulis status di facebook dakwa Memey tinggal serumah dengan Norman? Ada bukti? Saya tak kata tinggal serumah, tapi persoalkan kenapa dia angkat telefon waktu tu pukul 7.15 pagi? Sebenarnya Danish yang nak cakap dengan ayah dia kenapa lambat sangat nak datang ambil, maklumlah hari pertama sekolah. Danish guna loud-speaker. Alih-alih dia (Memey) angkat terus jawab, “Kejap, abang tengah siap ni”. Danish terkejut dan tanya saya, kenapa dia yang angkat. Kemudian saya tanya dia, kenapa awak yang angkat? Dia boleh jawab, “Biarlah kenapa awak sibuk”. Dari situ awak boleh nilai jawapan dia sama ada mereka tinggal serumah ke tak? Dia buat apa pagi-pagi Subuh di sana.
Sebenarnya ada lagi beberapa insiden dialog yang berlaku sebelum ni. Tapi saya malas nak panjangkan. Dia sangat tidak hormat saya walaupun saya bukan minta dia sujud dengan saya. Tapi dia boleh bercerita dengan orang yang dia dah minta maaf dengan saya. Padahal lepas saya bercerai, tak pernah pun kami berjumpa. Jauh sekali nak minta maaf. Abby pun sindir Memey sebagai perempuan gatal, dakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah. Komen sikit? Lagi sekali, kalau dia tak ada di situ pagi-pagi Subuh, kenapa dia boleh jawab telefon? Benda ni tak timbul isu kalau dia tak jawab telefon anak saya. Saya malas nak cakap lagi dah. Dah berapa kali saya kena dengan dia. Salahkah anak-anak nak cakap telefon dengan ayah mereka? Kenapa Abby tak buat laporan kepada pihak berkuasa je masa tu? Saya tak sampai nak buat laporan. Orang sekeliling yang berhak dan bertanggungjawab buat laporan. Sebelum ni pun dalam suratkhabar dan dari mulut orang, kisah mereka tinggal serumah ni dah jadi percakapan ramai. Ada juga yang kata JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) tak boleh buat tangkapan kedua kerana kes khalwat pertama belum selesai di mahkamah. Saya pun tak faham. Saya tak peduli pun dia nak tinggal serumah tapi pagi tu dia memang cabar saya. Lagi pun, saya telefon bekas suami nak cakap pasal hal anak. Dah berapa kali dia suka masuk campur hal saya dan bekas suami yang masih tak selesai. Dia tak tahu apa-apa pun. Apa pandangan anak-anak bila macam tu?
Maksudnya banyak lagilah kes yang tak selesai dengan bekas suami? Ingat tau, saya telefon bekas suami bukannya saya nak dia balik. Ni pasal hutang saya dan jumlah hantaran kahwin dulu. Hutang saya baru sikit dia bayar. Jumlah hantaran belum selesai lagi. Tanggungjawab saya pula besar nak besarkan anak-anak. Dia kahwin dan cerai saya, tinggalkan saya, macam tu je. Rumah dan kereta apa pun saya tak dapat. Tapi tak kan belanja harian anak pun saya nak tanggung semua. Sekarang orang nampak Abby macam tak rasional, sikit-sikit nak luah di facebook. Sangat emosi, betul tak? Benda ni dah lama berlaku. Berapa insiden dialog yang keluar dari mulut dia sebelum ni, Tuhan saja yang tahu. Kalau saya jahat, dah lama saya buat hal. Ni pula pagi-pagi dia dah cabar saya, dah tu pasal isu anak-anak pula.
Masuk tahun baru, kalau boleh semua orang nak azam baru yang ke arah kehidupan positif? Tapi Abby dan Memey tak sudah-sudah cetus perang? Masuk tahun baru, masalah lama tak payah selesai ke? Saya bukan tak rasional tetapi saya yang menanggung semua ini. Banyak benda yang tak betul selama ni tapi orang tak tahu. Bukan boleh terus buka buku baru sahaja kalau masuk tahun baru. Habis buku lama macam mana? Tak kan tak nak berdamai demi anak-anak? Saya dengan Norman memang baik. Malah dia selalu datang rumah tengok anak-anak. Tetapi dengan dia, untuk apa saya nak berbaik? Awak cakap dengan saya untuk apa? Anak-anak saya tak perlukan dia pun dan anak-anak saya lebih perlukan ayah mereka. Dalam kamus hidup anak-anak saya, nama dia tak pernah ada pun.-utusan
JAKARTA - Video seks yang melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel dan wanita mirip pengacara program hiburan Cut Tari akan disiarkan semasa perbicaraan, lapor akhbar Kompas semalam. Cut Tari merupakan salah seorang saksi kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham. Ariel dituduh mengedarkan video seks terbabit.
"Video itu akan ditayangkan di mahkamah. Justeru, mental Cut Tari harus kuat kerana dia akan ditanya siapa lelaki itu," kata peguamnya, Hotman Paris Hutapea.
Apabila mengetahui video tersebut akan ditayangkan sekali lagi, Cut Tari mengaku dia berasa malu. "Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan mengorek luka saya yang paling dalam. "Sudah enam bulan saya berusaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup. "Banyak pengajaran yang telah saya ambil," kata Cut Tari yang sudah berkahwin. Walaupun sukar, Cut Tari terpaksa memberi keterangan. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Ariel, Cut Tari menjawab: "Harus bersedia kerana ini bukannya kali pertama. Ini sudah kali kedua sejak disoal siasat dahulu." - Agensi
GARA-GARA cinta lokasi yang dikatakan terjalin antara aktres popular, Faezah Elai, 28, dengan pengarah drama terkenal, Heykal Hanifah, 37, rumah tangga sutradara yang banyak menghasilkan deretan drama bersiri itu termasuk Dalil Cinta, khabarnya berantakan. Difahamkan, Faezah dan Heykal kononnya mula menjalin hubungan ‘teman tapi mesra’ apabila kedua-duanya bekerja sama menerusi drama bersiri popular, Asmara yang kini bersiaran di TV3. Drama lain arahan Heykal termasuklah Cinta Balqis, Laila Asikin dan Noktah Erna, manakala Faezah baru saja menjayakan drama arahan Heykal, Dalca Mami Georgetown. Faezah juga bakal membintangi filem terbarunya, Halilintar akhir bulan ini dan drama bersiri arahan Heykal, Asmara 2 awal tahun depan. Gosip Faezah dan Heykal menjalin hubungan terlarang kini tersebar luas di beberapa blog dan laman web hiburan. Terbaru, ruangan pojok Alkisah... kelolaan Raja Nurfatimah Mawar, terbitan B*POP 21 November lalu, menerusi artikel ‘Faezah Elai main cinta suami orang?’ turut melaporkan khabar angin yang sama.
Antara lain gosip berkenaan melaporkan Faezah dan Heykal pernah dillihat berdua-duaan di lokasi penggambaran apabila gerak geri mereka dikatakan seperti pasangan kekasih. Selain itu, mereka juga pernah menghadiri satu majlis, namun sebaik terserempak dengan kru dan rakan artis, kedua-duanya melarikan diri!
Perkahwinan Heykal bersama isterinya, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 37, yang juga bekas kaki tangan syarikat rakaman antarabangsa, EMI Music Malaysia selama 12 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata – Luqman Hakim, 10; Sarah, 8, dan Luq Adam, 11 bulan.
Pun begitu, penulis dimaklumkan oleh sumber, Heykal lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, kononnya baru saja menceraikan Jaja dengan talak satu, kira-kira tiga minggu lalu! Menerusi risikan, dalang yang bertanggung jawab menyebarkan cerita kononnya Faezah dan Heykal mempunyai ‘skandal’ ialah bekas teman lelaki Faezah sendiri iaitu Azad Jazmin Johnlouis Jefri, 34, yang kini muncul menerusi filem terbarunya, Ngangkung terbitan MIG. Difahamkan, Jaja pernah menghubungi Azad untuk bertanyakan kesahihan hubungan sulit yang terjalin antara Faezah dan suaminya apabila kesempatan itu khabarnya digunakan Azad untuk menokok tambah cerita, sekali gus mengiyakan lagi ‘skandal’ Faezah bersama Heykal.
Faezah yang ditemui di Bangsar, Kuala Lumpur, Isnin lalu menafikan dia bermain cinta dengan suami orang, merujuk sebagai Heykal Hanifah seperti dilaporkan ruangan pojok Alkisah..., baru-baru ini.
Dia menjelaskan, hubungannya bersama Heykal hanyalah antara pelakon dan pengarah selepas mereka bekerjsama menerusi drama bersiri, Asmara. Tambahnya, hubungan berkenaan tidak pernah melangkaui batasan sehingga wujud perasaan cinta antara mereka.
“Dakwaan mengatakan saya dan Heykal pernah dilihat berdua-duaan di lokasi penggambaran, ia karut! Perkara itu boleh dirujuk kepada kru produksi Asmara, mereka tidak pernah melihat saya dan Heykal bermesra! Kami bertemu sekadar berbincang soal kerja. Tidak dinafikan, hubungan saya dan Heykal baik kerana selepas Asmara, saya turut berlakon satu lagi drama arahannya, Dalca Mami Georgetown. Namun, saya sedia maklum, Heykal sudah berkeluarga. Sekalipun baik dengannya, saya bukan manusia jenis suka ambil suami orang!,” katanya tegas.
Pun begitu, tanpa berselindung, Faezah mendakwa, cerita kononnya dia mempunyai ‘skandal’ dengan Heykal bermula daripada mulut Azad Jazmin. Akuinya, dia pasti segala-galanya berpunca daripada Azad apabila seorang sumber pernah memaklumkan kepada beliau, aktor berkenaan pernah mengiyakan dirinya memang ada ‘skandal’ bersama Heykal.
“Jika Azad ada masalah dengan Heykal, selesaikan sendiri, tak perlu nak babitkan diri saya. Hubungan saya dan Azad sudah lama berakhir, jadi dia tak perlu lagi mengganggu kehidupan saya,” katanya lagi.
Menceritakan insiden kononya dia dan Heykal melarikan diri dari sebuah majlis selepas terserempak dengan kru dan rakan artis, beliau menjelaskan memang benar dia menghadiri majlis rumah terbuka seorang persoanliti TV, namun tidak pernah melarikan diri, kecuali Heykal yang tidak mahu ikut serta selepas menyedari kehadiran Azad pada majlis sama.
“Saya hadir ditemani keluarga, Heykal pun ada di situ. Saya masuk dan bertemu tuan rumah, sebaliknya Heykal berpatah balik apabila ternampak kelibat Azad. Saya difahamkan, Heykal dan Azad ada masalah. Jadi, dakwaan saya dan Heykal lari dari majlis, cerita itu tidak benar!,” jelasnya.
Heyqal dakwa Azad dalang bawa cerita
HEYKAL ketika dihubungi B*POP mengakui, pada awalnya persahabatan dia dengan Azad baik selepas bekerjasama menerusi drama bersiri Cinta Balqis, namun selepas satu pertengkaran berhubung tawaran berlakon yang tidak berkesempatan dijayakan Azad bersama teman wanitanya, Eira Syazira Suhaimi, hubungan beliau bersama aktor berkenaan menjadi tegang.
“Apabila saya ternampak kelibat Azad pada majlis rumah terbuka personaliti TV berkenaan, saya tak jadi masuk, saya terus balik. Namun, Faezah tetap menghadiri majlis berkenaan. Kalau saya ada ‘skandal’ dengan Faezah, buat apa kami nak bertemu pada majlis keramaian seperti itu,” terangnya.
Ditanya sejauh mana hubungannya bersama Faezah, Heykal mengakui antara dia dan aktres berkenaan memang berkawan baik atas dasar profesionalisme, namun untuk menjalin hubungan cinta seperti digembar-gemburkan di internet mahupun menerusi ruangan pojok baru-baru ini, dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Heykal yang berasal dari Kulim, Kedah, menjelaskan dia diberitahu Jaja bahawa Azad pernah mengiyakan beliau memang ada ‘skandal’ bersama Faezah selepas isterinya itu menghubungi aktor berkenaan untuk mengetahui sejauh mana kesahihan gosip itu.
“Dialah (Azad) dalang yang bertanggung jawab menyebarkan cerita berkenaan (skandal bersama Faezah),” kata Heykal tanpa berselindung.
Bagaimana pula dengan desas-desus yang mendakwa Heykal sudah melafazkan cerai terhadap Jaja baru-baru ini, dia menjelaskan, perkara itu terlalu peribadi untuk diperkatakan secara terbuka.
“Namun, apa yang boleh saya beritahu, buat masa ini, hubungan saya dan isteri, tidak elok. Kami sedang berusaha memperbaikinya demi keharmonian rumah tangga dan masa depan anak-anak,” katanya seperti cuba menyembunyikan sesuatu.
Azad yang dihubungi Rabu lalu, masih berada di Pulau Pinang selepas kematian adiknya baru-baru ini, menafikan sekeras-kerasnya dia adalah dalang yang bertanggung jawab menyebarkan fitnah kononnya Heykal dan Faezah menjalin hubungan cinta.
“Memang benar saya dan Heykal ada masalah berhubung soal kerja, namun saya bukanlah dalang yang menyebarkan cerita kononnya dia dan Faezah ada ‘skandal’ seperti didakwa mereka berdua. Saya tak nafikan, Jaja ada hubungi saya bertanyakan kesahihan hubungan cinta suaminya bersama Faezah. Saya tak tahu apa-apa kerana hubungan saya dan Faezah sudah lama berakhir.
“Saya hanya beritahu Jaja, apa yang saya nampak pada majlis rumah terbuka personaliti TV berkenaan yang turut dihadiri Faezah dan keluarganya bersama Heykal, itu saja. Namun, sebaik terpandang kelibat saya dalam rumah itu, mereka tak jadi masuk. Saya tak tahu kenapa. Kepada Faezah, janganlah cari publisiti murahan seperti ini. Saya ada banyak kerja lain lagi,” katanya. Oleh Zubir Mohd Yunus
KUALA LUMPUR: Bekas suami kepada Daphne Iking memberitahu Mahkamah Teknologi di sini Isnin, bahawa beliau melihat bahu model dan pengacara terkenal itu dipeluk manakala pipinya dicium oleh seorang ahli perniagaan yang dinamakan sebagai defendan dalam saman peribadinya. Ryan Chong Yiing Yih, 32, mendakwa kejadian itu belaku semasa beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini daripada Shanghai, China pada 5 Julai 2008. “Saya melihat tangan kanan Darren Choy (defend) berada di atas bahu Daphne dan dia mencium pipi isteri saya, berdekatan dengan telinganya.
“Saya amat terkejut dengan situasi itu, Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa Darren turut sama dalam penerbangan yang dinaiki oleh Daphne dari London,” katanya. Beliau yang disoal dalam pemeriksaan oleh peguamnya,Wong Kian Kheong juga menambah, sejurus selepas itu dia menerima pesanan daripada Daphne yang bertanyakan lokasinya. Ryan memberitahu Daphne bahawa beliau melihat perlakuan tersebut dan meminta Daphne untuk menghubungi Darrren bagi berbincang.
“Mereka berdua menafikan mempunyai hubungan sulit,” katanya di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah. Daphne berkahwin dengan Ryan, 31, pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak, Isobel Daniella, dua tahun. Ryan juga memberitahu, dia sekali lagi menjumpai bukti apabila menbuka komputer peribadinya yag dikongsi bersama Daphne selepas pulang daripada tempat kerja pada pukul 1 pagi, 10 Ogos 2008. “Saya membuka akaun e-mail Daphne dan menjumpai sejumlah e-mail yang dihantar Darren kepadanya. Hampir sejam saya membaca e-mail yang dihantar dan dibalas antara mereka, saya menyalin kandungan e-mail ke dalam fail peribadi saya,” katanya.
Katanya, ia dibuat untuk ditunjukkan kepada kawannya, Harold Tan. Ryan, 31, memfailkan saman peribadi terhadap Darren, 44, kerana menuduh Daphne Eleanor Iking, 30, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya. Perbuatan itu didakwa dilakukan di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini, antara Julai 2007 dan September 2008. Darren dipercayai merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jka sabit kesalahan. Darren diwakili peguam-peguam Akbardin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh. Perbicaraan bersambung pada 17 Disember ini. Oleh SALWA SHA’ARI
Pelakon ini enggan berpura-pura demi kemahuan orang lain
TIDAK perlu bersuara atau mengumumkan kisah sensasi kerana kehadirannya di sesebuah majlis sudah cukup sebagai pemancing tumpuan, malah ada kalanya tiada cerita menarik boleh diketengahkan tetapi disebabkan penutur kata ialah Fasha Sandha, ia tetap berita yang harus dikongsi bersama peminat.
Ya... Tatkala ini gadis yang kerap dihambat kontroversi daripada soal bertukar kekasih, berebut cinta hingga meraikan malam Halloween sedang berada di puncak populariti - tahap yang pernah dikecap beberapa selebriti lain - cuma bezanya kerjaya lakonan serta skandal aktres berbakat ini sama setara.
Jangan menuding jari terhadap media atau menganggap Fasha seorang peraih publisiti sebaliknya semuanya gara-gara permintaan ramai selain sikap profesionalismenya yang sentiasa bersedia dalam sebarang acara, apatah lagi bijak mengadun gaya dan muncul tepat sebelum majlis bermula.
Itulah sisi terang pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 26, apabila begitu komited dalam bab kerjaya hingga membuatkan kehadirannya cukup disenangi produksi sejak menyerikan industri seni tujuh tahun lalu bersama pakej lengkap - jelita, berbakat dan berdisiplin.
“Dalam soal kerjaya, saya cukup serius kerana orang sudah memberikan kepercayaan dan sebagai pelakon saya perlu melaksanakan amanah itu sebaik mungkin. Mengenai ketepatan, saya lebih selesa datang awal ke sesuatu majlis atau lokasi kerana tidak mahu orang tertunggu-tunggu.
“Lagi pun, kalau kita tiba lebih awal, sekurang-kurangnya kita boleh bersedia malah amalan tepat pada waktunya sudah saya praktikkan sejak terbabit dalam bidang ini, kecuali jika benar-benar ada kekangan yang membuatkan saya terlewat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Dia Atilia. Menerusi drama 26 episod yang bakal disiarkan di Astro Prima bermula esok, Fasha membawakan watak gadis lasak, Atilia, yang menyimpan perasaan terhadap teman baiknya, Faizal, tetapi lelaki itu mengahwini rakan sekuliah mereka.
Mengambil inspirasi filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH), aktres itu mengakui karektor yang dibawakan agak berbeza daripada sebelum ini malah bagi babak imbasan semula zaman kolej, dia langsung tidak mengenakan alat solek bagi menyerlahkan imej karektor lasak.
“Memang agak janggal kerana saya tidak boleh mengenakan sebarang alat solek bagi menyerlahkan perwatakan Atilia, ia sebenarnya membuatkan saya lebih yakin terhadap diri biarpun perlu mengusir jauh sifat feminin semata-mata bagi menghidupkan babak imbasan semula.
“Hakikatnya watak Atilia cukup unik kerana ia menonjolkan realiti di sebalik sikap kasar seorang gadis yang sanggup mengundurkan diri demi kasih terhadap sahabat baik walaupun di dalam hati terselit rasa cinta yang tidak mampu diluahkan,” katanya lagi.
Selain barisan drama di kaca televisyen hingga membuatkan wajahnya begitu akrab di sanubari penonton, terkini pelakon yang mula menerjah layar perak menerusi Black Maria turut membintangi filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila.
“Syukur biarpun pelbagai dugaan saya tempuhi dengan segala macam tohmahan, rezeki saya masih dipermudahkan kerana niat saya hanya satu, mahu membantu keluarga dan lebih mendalami ilmu lakonan dengan mencuba pelbagai watak,” ulas anak kedua daripada empat bersaudara itu penuh semangat.
Ujarnya lagi, sedikit sebanyak watak dibawakan turut meresap dalam diri, sebagai contoh watak Shamsiah, wanita berjiwa kental yang berdepan aneka tohmahan dalam Bagaikan Sumayyah yang turut dicalonkan dalam Anugerah Skrin.
“Bagai ada persamaan saya dengan Shamsiah, sering kali menjadi bahan fitnah namun sesekali saya tidak mungkin menyerah pada keadaan selain harus kuat menghadapi dugaan ini kerana inilah kerjaya yang saya pilih - harus berkongsi segala-galanya dengan peminat,” katanya.
Tidak hanya menyerlahkan lakonan mantap dalam drama Bagaikan Sumayyah, populariti yang terus memuncak turut membolehkannya disenaraikan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.
Katanya yang pernah beberapa kali menyandang trofi kategori berkenaan sejak 2005, semua itu adalah kepercayaan peminat sekali gus menunjukkan penerimaan ramai terhadap bakat lakonannya dan dicalonkan semula pada tahun ini dianggap sebagai bonus tambahan.
Selain kerjaya, apabila berhadapan dengan individu bernama Fasha Sandha ini, soalan yang pasti mahu dijawab adalah kontroversi terbarunya termasuk gambar menghadiri pesta Halloween, isu membeli permainan kanak-kanak serta hubungan bersama Jejai.
“Inilah diri saya yang sebenar. Saya tidak mahu hipokrit dengan menjadi apa yang orang lain mahu. Bukan baru sekali dua bermacam cerita timbul terutama menerusi apa yang mereka baca menerusi laman sosial Twitter saya. Sering kali juga sikap terus terang saya disalah erti.
“Memang saya seronok berkongsi cerita dan gambar dengan peminat. Namun selain gambar bersama teman, banyak lagi kenangan lain saya paparkan terutama ketika dengan keluarga seperti berlibur dan tidak ketinggalan menghadiri kenduri kahwin saudara, bukan hanya berpesta semata-mata,” katanya.
Mengenai percintaan, akuinya cukup jika dijelaskan kekasihnya itu membuatkan dirinya berubah menjadi wanita yang semakin matang namun apabila menyentuh mengenai dakwaan Nora Danish berhubung permainan yang kononnya dibeli Fasha untuk anaknya, Fasha enggan memberi sebarang komen kerana tidak mahu disalah erti.
“Saya mempunyai dua anak saudara, Dani Rayyan dan Adrianna yang memang sangat manja dan rapat dengan saya. Salahkah jika saya membelikan permainan untuk mereka dan mungkin orang yang melihat saya membeli barangan budak sudah tersalah sangka.
“Biarlah apa pun yang diperkatakan, saya tidak mahu ambil pusing kerana perkara sebegini tidak wajar diperbesarkan hingga menjadi isu tanpa penghujung. Saya lebih senang begini, tumpukan perhatian terhadap kerjaya dan keluarga,” katanya lagi.
Profil
Nama: Nur Fasha Sandha Hassan Tarikh Lahir:28 Mac 1984 Tempat Lahir: Johor Bahru Kerjaya: Pelakon dan Model Filem: Black Maria, Bintang Hati, Berlari Ke Langit, SH3, Anak Mami Kembali, Gong, Bujang Senang, Nana Tanjung, Cinta, Cicak-Man, Cicakman 2 Planet Hitam, Badai Pasti Berlalu, Skrip 7707, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Nana Tanjung 2, 4 Madu Drama: Kasih, Relaku Pujuk, Songket Cinta Bertenun Duka, Natasha, Natasha 2, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku, Mentari Jingga, Usia, Seiras, Impak Maksima, Sutera Maya, Kehangatan Lantana , Chinta, Bagaikan Sumayyah Iklan: Maybelline, Maxis, Petronas, Nokia, Fair&Lovely, Darlie, Pantene, Sunsilk (versi Indonesia) Pengiktirafan: Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005), Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2006, Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2007 Oleh Hanisah Selamat
PETALING JAYA: Pelakon baru, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen,18, atau Qasha tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan selepas gambar “panas” kononnya aksi dia dengan juara raja lawak, Nabil Ahmad,27, bercium tersebar.
Beritahu Qasha, dia lebih selesa untuk berdiam diri sehingga kontroversi itu hilang begitu sahaja.
"Buat apa saya nak ambil tindakan? Saya lebih selesa untuk mendiamkan diri dan biarlah orang nak fikir apa-apa pun kerana saya telah menafikannya.
"Sekarang ini, walaupun saya menidakkan gambar tersebut, ia telah pun tersebar dan orang boleh melihatnya pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita nak ambil tindakan, ia tak mendorong apa-apa pun. "Oleh itu, saya mahu senyap seketika dan tenangkan fikiran," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Nabil melalui kontroversi baru selepas putus cinta dengan Irma Hasmie.
Tambah Qasha, walaupun kontroversi itu melanda dirinya, dia tetap tabah dan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. "Kebetulan pula sempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, saya mahu berada di samping keluarga di Kelantan. Saya mengakui saya rasa tertekan dan fikiran saya kosong akibat kejadian ini. Tetapi sekarang ini saya dah okey. Hidup perlu diteruskan," ujarnya tenang.
Ahad lalu sebuah akhbar mingguan menyiarkan gambar panas yang dikatakan milik kedua-dua pelakon itu tetapi mereka menafikannya. Sebaliknya Qasha dan Nabil mendakwa ia hanyalah teknik “super impose” berteknologi tinggi yang dibuat untuk menjatuhkan kerjaya mereka.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu. Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka. "Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus. "Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi. "Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa. Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu.
Nabil terpaksa akur dengan keputusan Irma yang ingin memutuskan hubungan.
"Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah. "Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen. Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil. "Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya. Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil: "Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar. "Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil. Oleh FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Pelakon Watie (Elite) menghadapi kehidupannya dengan tenang walaupun ditimpa pelbagai masalah termasuklah dikatakan menjadi perampas suami orang.
Lebih parah lagi, dia turut menerima padah apabila tawarannya sebagai duta produk kecantikan di sebuah syarikat turut dibatalkan akibat masalah itu.
Bagaimanapun Watie dapat menghadapi masalah itu dengan tenang dan berpendapat hanya Tuhan sahaja yang memahami perasaannya itu.
“Secara luaran memang nampak tenang tetapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Kalau saya tunjuk rasa sedih nanti, orang akan ketawakan saya atau menganggap saya cuba meraih simpati.
“Bagaimanapun, saya berharap kebenaran akan timbul suatu hari nanti,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 26 episod Dia Bukan Mariam arahan Erma Fatima untuk TV9.
Bagaikan sudah memahami corak ‘politik’ dalam industri hiburan tempatan, Watie menganggap sesuatu kontroversi yang melanda seseorang artis atau selebriti itu pasti memberikan kesan buruk atau sebaliknya.
Bukan berniat hendak memalukan syarikat produk kecantikan yang membatalkan tawaran sebagai duta produk tersebut, sebaliknya Watie seakan geli hati apabila mendengar alasan yang diberikan apabila mengaitkan pembatalan itu disebabkan kontroversi melibatkan rumah tangga aktor Joey itu.
“Mungkin tiada rezeki saya dengan syarikat itu atau ada hikmah lain selepas ini. Pengajarannya, saya rasa susah juga untuk hidup sebagai artis kerana walaupun saya berjalan dengan lurus, orang tetap akan kata saya sebaliknya.
“Bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan hidup ini dengan sabar,” ujarnya.
Mengikut perbincangan yang dilakukan sebelum bulan Ramadan lalu, dia sepatutnya dilantik sebagai duta untuk produk baru keluaran syarikat tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
Bagaimanapun setelah tiada panggilan daripada wakil syarikat itu, Watie terus mendapatkan kepastian sama ada mereka mahu melantiknya sebagai duta atau tidak. Namun, segalanya hampa apabila dia menerima jawapan yang menyedihkan.
“Masa itu (bercakap menerusi telefon) saya berada dalam kereta. Apabila mendengar jawapan (batal menjadi duta), hati saya berasa sedih dan air mata terus mengalir walaupun dalam masa yang sama saya masih boleh tersenyum,” ujarnya lagi.
Mengenai bhubungannya dengan Joey atau Zulkifli Daud, 37, Watie berkata, jika ada jodoh dengan penyanyi Beradu Suratan itu, mereka akan diijabkabulkan selepas selesai kes penceraian Joey dan isterinya, Noraini Nasir.
Noraini telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Jumaat lalu.
Permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 kerana mendakwa Joey telah melafazkan cerai di luar mahkamah pada Jun lalu. Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PERGOLAKAN rumah tangga yang melanda bekas anggota Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 29, yang juga seorang dramatis, semakin goyah apabila suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 30, tampil membuat pendedahan mengenai sikap yang dianggapnya sebagai kecurangan seorang isteri.
Farriq yang juga seorang ahli perniagaan sebelum ini sekadar mendiamkan diri. Kini, dia perlu tampil menceritakan situasi sebenar apabila sudah banyak pendedahan menerusi media massa sejak kebelakangan ini yang boleh mencalar imejnya, sekali gus dia tidak mahu terus dilabel sebagai suami dayus.
Kemuncak kemarahan Farriq bermula apabila Fiza keluar rumah tanpa kebenarannya pada 17 September lalu untuk bersama ‘kekasih gelapnya’, Malek Marwi, 35 yang juga seorang jurukamera apabila mereka dipercayai pergi bercuti ke dua destinasi - Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian.
Sebelum ini juga media melaporkan, Malek yang juga bapa kepada pelakon remaja popular, Erin Malek, 16, dikatakan meninggalkan isterinya, Harryzah Hassan atau Liza, 35, dan anak-anaknya selama beberapa hari tanpa sebarang perkhabaran. Fiza pula rela meninggalkan dua puterinya, Ferra Aryanna, dua tahun lapan bulan dan Feeya, setahun empat bulan di rumah mentuanya semata-mata dikatakan untuk bersama Malek. Pasangan itu dipercayai hanya pulang ke Kuala Lumpur pada 28 September lalu apabila memberikan alasan terbabit dengan penggambaran drama sepanjang tempoh ‘kehilangan’ mereka.
Pun begitu, Farriq yang ditemui B*POP baru-baru ini sempat menunjukkan bukti rakaman menerusi CCTV (rakaman kamera litar tertutup) bahawa Fiza menjemput Malek di kediamannya di Pandan Mewah Heights pada 17 September lalu kira-kira jam 1.50 petang dan kedua-duanya beredar dari situ beberapa minit kemudian.
“Sebagai suami, saya akui gosip didedahkan media massa mengenai kecurangan Fiza bersama Malek sejak akhir-akhir ini adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suaminya adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza untuk terus berlakon disalah guna. Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk! Namun, saya akui sudah keluar rumah hampir empat bulan lalu, tapi tindakan saya bersebab kerana perangai Fiza yang semakin menjadi-jadi!
“Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti SMS. Bukan setakat itu saja, ibu Fiza juga masuk campur tangan urusan rumah tangga kami sehingga dia pernah tertonyoh hidung saya! Saya ambil keputusan keluar rumah, tapi saya tidak ke mana-mana, sebaliknya menetap bersama ibu dan ayah saya di Gombak, Selangor untuk sementara waktu. Namun, segala perbelanjaan Fiza bersama anak-anak saya sediakan, termasuklah pembayaran ansuran bulanan kereta Fiza dan rumah kami di Damansara, saya jelaskan. “Sebagai suami, saya menunggu Fiza minta maaf kerana dia pernah melakukan kesalahan beberapa kali. Seorang isteri perlu mentaati suaminya setiap hari. Fiza boleh menemui saya di Gombak dan minta maaf, sebaliknya dia tidak berbuat begitu. Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan seorang jurukamera bernama Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka berdua. Pada Ramadan lalu, kedua-duanya dilihat sering keluar bersama dan Fiza menghantar Malek pulang ke rumahnya sekitar jam 3 atau 4 pagi beberapa kali!
“Fiza pula sanggup jadi driver Malek sedangkan kereta itu saya bayar ansurannya untuk kemudahan dia bersama anak-anak, bukannya bersama Malek ke hulu ke hilir. Fiza mahupun Malek sering menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana sekadar keluar makan bersama, tapi kalau sudah bercuti bersama, apa cerita? Apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami, hukumnya berdosa besar, inikan pula sewenang-wenangnya melabel semua perbuatan itu tidak salah!
“Sebagai isteri, Fiza sering mempertikai statusnya kerana saya sudah keluar rumah empat bulan dan kerap memaksa supaya dirinya diceraikan. Tapi, segala-galanya terpulang kepada saya, talak di tangan saya. Apa saja keputusan, saya akan pastikan untuk memperoleh hak penjagaan anak. Biarlah mahkamah tentukan sama ada berlaku nusyuz atau sebaliknya. Saya tak mahu dilabel sebagai dayus!
“Dalam perbualan kami sebelum ini, Fiza mahupun Malek pernah membuat pengakuan mereka menyayangi antara satu sama lain, tapi sebagai seorang kawan, biarlah mahkamah buat penilaian sewajarnya sekiranya perkara ini berlarutan. Saya cabar Fiza dan Malek tampil membuat pengakuan kerana selama ini kedua-duanya terus mendiamkan diri. Saya tak takut kerana saya di pihak yang benar,” kata Farriq.
Fiza pula ketika dihubungi tidak mahu memberikan sebarang komen.
Norman dan Memey belum berbincang tentang wang hantaran lagi.
SETELAHhampir setahun pelbagai kontroversi yang membabitkan Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi senyap tanpa berita, hal rumahtangga mereka yang lepas timbul lagi. Kali ini, kenyataan mengejut daripada Abby membabitkan hutang wang hantaran berjumlah RM11,111.11 yang masih belum dilangsaikan Norman. Hal tersebut membuatkan tunang Norman iaitu Memey Suhaiza Suhaimi turut terkena tempias yang memungkinkan reputasi dirinya terhadap keluarga dan peminat terjejas. Beritahu Memey, dia terkejut apabila Abby menceritakan hal-hal peribadi kepada umum dan meminta pelakon itu untuk selesaikan masalah dia dengan Norman cara baik. Malah Memey tidak risau jika situasi dialami Abby (tidak terima wang hantaran)akan terkena pula kepadanya. “Saya harap Abby dapat selesaikan hal-hal peribadi dengan cara baik dan tak perlu buat satu Malaysia tahu. “Kenapa baru sekarang nak ungkit? Saya tak tahu apa yang sedang dia fikirkan. Bila kami dah bertunang, hal ini pula timbul. Kalau boleh saya nak jernihkan keadaan dan selesaikan elok-elok, jadi tak seronok pula bagi kedua-dua belah pihak. “Bila hal ini terjadi, tempiasnya terkena pada saya. Dengan keluarga, saya boleh jelaskan, tetapi orang lain macam mana? Saya tak mahu campur tangan sangat walaupun saya tahu hal yang sebenar. “Apapun, saya tak takut jika wang hantaran saya tidak dibayar kerana saya kenal Norman. Lagipun setakat ini tiada perjanjian mengenai hantaran dibuat antara keluarga kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis. Tambah pelakon berusia 22 tahun itu, sebelum ini, Abby pernah menyatakan kepada Memey hasratnya untuk meminta balik hutang-hutang terdahulu Norman. Malah Memey terkejut bila Abby menyatakan yang Norman tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anak mereka. “Sebenarnya saya dah lama tahu tentang hal ini. Dalam beberapa tahun kami kenal, Abby pernah cakap pada saya yang dia nak balik duit-duit itu dan saya tak faham kenapa dia perlu memberitahu saya. Mungkin dia ingin menunjukkan sesuatu, saya pun tak pasti. “Cuma saya pelik, kenapa dia kata yang Norman tidak ambil kisah tentang nafkah anak-anak mereka sedangkan saya nampak sendiri depan mata segala perbelanjaan seperti barang-barang dapur serta keperluan lain yang Noman beli. “Jadi bila keluar kenyataan sebegitu, saya terkejut. Tak seronoklah kalau orang baca, kerana orang luar tak tahu hal sebenarnya tetapi saya nampak realitinya apa yang Norman buat untuk anak-anaknya.,” ujar Memey yang akan mendirikan rumahtangga bersama Norman tahun depan. Norman dan Abby telah bernikah pada 8 Januari 2002 dan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. Perkahwinan mereka gagal bertahan kerana dipercayai gara-gara gangguan pihak ketiga iaitu Memey serta kes tangkap khalwat kedua-dua mereka.
Abby Sanggup Bersumpah Norman Bohong Sementara itu, Abby yang dihubungi berkata, dia geram bila Norman membuat kenyataan di sebuah akhbar yang menyatakan bahawa dia tidak berhutang apa-apa pun dengannya. Dalam laman social Facebook Abby pula, pelakon itu sanggup bersumpah dengan nama Allah mengenai pembohongan yang dibuat oleh Norman Hakim. Pelakon drama Marhabbah Delaila itu juga berkata, kenyataan Norman juga bercanggah berbanding kisah sebenar yang berlaku dan menganggap Norman dan Memey telah lama bersekongkol. “Saya akui yang saya pernah bercakap dengan Memey meminta Norman membayar balik hutang-hutangnya kerana ini sahaja cara yang ada. Ini kerana saya gagal berkomunikasi secara baik dengan Norman. Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Wajah jelita Luna Maya sebelum dilanda kes video lucah bersama kekasihnya Ariel.
KES video lucah yang melibatkan Luna Maya memberi impak yang sangat besar terhadap kerjaya artis cantik ini. Sejak video tersebut tersebar ia sangat memberi kesan negatif kepada kontrak-kontrak yang melibatkan pekerjaan kekasih Ariel ini. Malah beberapa kontrak iklan Luna Maya dibatalkan tanpa sebarang budi bicara. Sebelum kes video lucah tersebar, Luna Maya merupakan antara artis yang paling laris sebagai model iklan, pengacara tv dan juga bintang filem. Beberapa produk ternama pernah menjadikan wajah cantiknya sebagai jurucakap kepada produk mereka seperti XL, Lux dan juga Toshiba. Selain menjadi bintang iklan, Luna juga dikenali dengan program televisyen popular Indonesia berjudul Dahsyat dengan bayaran yang agak lumayan.
Wajahnya yang mengelak dari dirakam oleh lensa kemera
Bukan itu sahaja, Luna juga sibuk menjadi sibuk mendapat tawaran di program-program televisyen lain seperti The Promotor dan sebagainya. Manakala dia juga terpilih menerajui beberapa buah filem sepanjang tahun lalu. Namun begitu, apabila video lucahnya dan Ariel mula tersebar dan sampai ke pihak berkuasa, kerjaya jelitawan ini mulai merundum. Beberapa produk iklan yang menggunakan wajahnya telah menamatkan kontrak secara serta merta. Manakala program Dahsyat turut menyingkirkan Luna dan menggantikannya dengan Astrid Tiar. Pihak produksi program itu mengambil keputusan selepas Luna menjadi disahkan menjadi tertuduh dalam kes tersebut.
Luna masih mengukir senyuman biarpun berat untuknya berhadapan dengan masalah itu
Kini, wajah Luna memang sudah jarang keluar di kaca tv melainkan berita tentang perkembangan kes tersebut yang juga melibatkan pengacara tv, Cut Tari. Sebelum ini, ada khabar menyatakan Luna Maya bakal keluar dengan single terbarunya yang berjudul Tak Bisa Bersamamu ciptaan Pasha Ungu. Video klip lagu ini sudah dibuat dan diarahkan oleh penyanyi Tompi. Tetapi malangnya ia tidak diterima oleh mana-mana stesen televisyen Indonesia. Banyak perubahan yang terjadi pada Luna Maya sejak kes video itu terjadi bukan sahaja menjadi bahan utama media Indonesia malah media dari luar negara. Melalui rakaman terbaru Luna ketika ketika hadir untuk penyiasatan oleh pihak berkuasa, dia kelihatan lebih kurus dan tidak bermaya seperti selalu. Wajahnya juga kelihatan pucat tanpa sebarang solekan.-mstar
Setiap hari ada sahaja cerita yang belum berkesudahan pasal penyanyi kacak dan sensasi Peterpan, Ariel. Sehingga sekarang nampaknya Ariel belum lagi didakwa walaupun pihak polis meletakkan namanya sebagai orang disyaki utama dalam kes penyebaran video porno membabitkan lelaki persis dirinya bersama dua wanita mirip Luna Maya dan Cut Tari.
Bila ada kes macam ini Che Li teringat pernah berjumpa dengan Ariel ketika kali pertama Peterpan mengadakan promosi di Malaysia pada tahun 2005. Che Li pada masa itu bertugas di majalah URTV.
Pada masa itu kecoh pasal Ariel yang dikatakan telah menghamili peminat. Ariel biasa saja memberi respons terhadap gosip tersebut. "Kami hanya diam saja apabila ada cerita tidak benar pasal kami. Kalau ada yang perlu dijelaskan... kami jelaskan dan hasilnya peminat masih percayakan kami.
"Saat ini selepas banyak cerita negatif pasal kami, saya nampak peminat masih menerima kami seperti sebelum timbulnya cerita itu," kata Ariel. Adakah isu video porno yang sedang dilalui oleh Ariel masih tidak mematikan cinta peminat terhadapnya? Jawapannya kena tunggu dan lihat selepas isu ini diselesaikan. Ariel masih belum dibuktikan bersalah walaupun banyak orang mengatakan lelaki dalam video seks itu adalah dirinya. Pernah simpan gambar ghairah Dalam pertemuan itu Che Li ada meminta kesemua anggota peterpan mendedahkan apa yang ada di dalam dompet mereka. Dompet Ariel juga tidak ketinggalan Che Li selongkar. Sebelum membenarkan Che Li selongkar dompet, Ariel terlebih dahulu mengeluarkan sekeping gambar. Che Li tak nampak gambar apakah yang disorok oleh Ariel. Che Li membuat tanggapan baik, mungkin gambar isterinya sebab pada masa itu Ariel sudah bernikah. Che Li tanya, adakah gambar itu terlalu peribadi sebab ia gambar yang seksi? Ariel dengan selamba mengiyakannya. Ada barang peribadi yang tidak boleh dikongsi... kata Ariel."Gambar ini koleksi peribadi yang tidak boleh ditunjukkan. Ada barang peribadi yang tidak boleh dikongsi kerana ia bermakna untuk saya sahaja," kata Ariel pasal sekeping gambar misteri itu. Gambar siapakah yang ada dalam dompetnya ketika itu hanya Ariel yang tahu. Apabila ada kes penyebaran koleksi peribadi Ariel yang diceroboh dan diedarkan di Internet, Che Li mula terbayang.... agaknya Ariel suka menyimpan sesuatu yang terlalu peribadi.-manggaonline