Latest Post :
Home » , » Nurul Artis Yang Berangan Besar?

Nurul Artis Yang Berangan Besar?

{[['']]}



Tidak tahu siapa artis yang dimaksudkan dalam celoteh laman web GUA. Kalau mahu diikutkan penulis, kisahnya berkaitan kelagakkan seorang artis ketika majlis pelancaran album baru-baru ini, post yang penulis rasakan berkaitan artis ini sepertinya Nurul namun ada juga artis lain seperti Ayu. Tapi penulis lihat balik artikel Nurul sebelum ini, seperti Nurul orang yang dimaksudkan. Biar betul, Nurul seperti yang digambarkan umpama berangan dan berlagak. Iskh3, tapi penulis kurang yakin pula, melihat dari personaliti Nurul, mungkin tidak juga. Kata anda pula?



Tidak sah kalau tidak mendengar berita hangat dan sensasi daripada mulut-mulut pengadu yang tidak berpuas hati dengan artis pujaan mereka. Bukan sengaja memperbesarkan cerita si pengadu, sekadar berkongsi kisah dengan pembaca. Yelah, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan!

Baru-baru ini seorang sumber menghadiri sebuah majlis pelancaran album seorang artis. Artis ni pula bukanlah seorang penyanyi, sebaliknya semua bidang disapu, pendek kata, mahu menjadi artis versatil.

Sudahlah pengacara majlis pelancaran itu seakan syok sendiri, bercakap terjerit-jerit sehinggakan mesej yang disampaikan dalam lawak jenaka disambut hambar oleh tetamu yang rata-ratanya bosan melihat gelagatnya itu.

Apabila tiba masa persembahan, tetamu tambah meluat melihat aksi si artis yang sengaja menyanyi dalam suara meneran, ala-ala penyanyi country di Amerika itu. Tak sesuai langsung!

Yang membuatkan rasa nak tergelak apabila sumber itu memberitahu, si artis tidak merakam 10 lagu kerana merasakan lagu-lagunya eksklusif. Malah kata artis itu lagi, kalau dia memberikan banyak lagu sekalipun, jika peminat tidak menghafal lagu-lagunya, tak guna juga.

Mahu cuba juga mendengar lagu-lagu dari album artis itu. Entah apa yang eksklusif. Bagi reporter, hanya peminat fanatik artis itu sahaja yang faham lagu-lagu nyanyiannya.

Hai, berangan sungguh artis ini, Dato’ Siti Nurhaliza yang sememangnya diva nombor satu negara itu pun tak pernah mengatakan lagu-lagu dalam albumnya eksklusif, tetapi sebagai pendengar, kita dapat menilai kualiti lagu yang dinyanyikan beliau. -Gua
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger