Latest Post :
Home » , » Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijbkabulkan

Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijbkabulkan

{[['']]}
Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, , 40, dan penyanyi popular , 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di , , hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan .

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.



Gambar-gambar sekitar majlis pernikahan dan sebentar tadi:

Majlis Pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda

Majlis Pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda

Majlis Pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda
Sumber:mytalento.com
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger