Latest Post :
Recent Post

Filem 'Uncle Usin' Bakal Pecah Panggung?



Jika selama ini, kita biasa melihat keletah Zizan dan Johan mengacarakan program TV. Namun, buat pertama kalinya, Zizan dan Johan akan tampil dalam sebuah filem berjudul Uncle Usin.
Filem yang diarahkan oleh Husri Husain ini turut dibintangi Nabil Raja Lawak. Jadi, tentunya, penonton boleh membayangkan betapa ‘gamatnya’ filem ini.

Malah, tidak mustahil, filem Uncle Usin akan pecah panggung dengan tarikan tiga teraju filem tersebut, apatah lagi Zizan dan Johan, baru sahaja memenangi anugerah baru-baru ini.

Jika dilihat dari promo filem ini, Zizan dan Johan tidak digandingkan sekali. Bagaimanapun, banyak unsur jenaka yang diselitkan sehingga menggeletek penonton.

Namun, bagaimana keseluruhan jalan cerita ini dan berapa bintang yang boleh layak diterima, tidak dapat penulis berikan memandangkan filem ini tidak melakukan sebarang sesi pratonton.

Bagi anda yang mahu mengetahui jalan cerita dan melihat sendiri lakonan pertama Zizan dan Johan di dalam satu filem, bolehlah menonton filem terbitan pertama Sketch Seven, Uncle Usin yang mula ditayangkan di 70 pawagam berhampiran.

Salah satu babak dalam Uncle Usin

Selain Zizan, Johan dan Nabil, turut membintangi filem ini adalah Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya dan Yank Kassim.
Filem yang menelan belanja RM 1.2 juta dan 16 hari penggambaran ini, mengisahkan bagaimana Spy 13 (Zizan Razak) seorang penyiasat yang ditugaskan menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris (Mat Over), atas permintaan anaknya Julia (Shikin Kamal). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila Spy 13 telah bertemu Spy 11 (Johan), seterunya ketika menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam masa yang sama juga, Spy 13 telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah angkara Manan (Ebby Yus).


TAJUK FILEM: Uncle Usin
PENGARAH : Husri Husain
PELAKON : Zizan Razak, Johan Raja Lawak dan Nabil Raja Lawak.
GENRE : Komedi
DURASI : 1jam 30minit
KLASIFIKASI : U
TAYANGAN : 19 April 2012
{[['']]}

Lufya Jawab Dakwaan Zarina Anjoulie


Lain pula cerita daripada pihak Lufya yang menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie seperti yang didakwa oleh pelakon sensasi tersebut di laman Twitter peribadinya.

Bagi mendapatkan cerita dan kisah sebenar mengapa perkara berkenaan boleh tercetus, portal murai.com.my menghubungi sendiri Lufya untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara yang kini panas juga kutukan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza.

“Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

“Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang.

“Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya,” ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan.

Lufya juga diajukan soalan mengenai kenyataan Zarina yang memalukannya dan dia menggangap perkara itu sebagai bahan jenaka yang tidak masuk akal.

“Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.

“Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia.

“Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah.

“Saya cuma berharap dia lebih professional kerana industri hiburan kita bukannya besar mana, balik-balik akan berjumpa bertemu muka juga,” ujarnya lagi.(Murai.com.my)
{[['']]}

Johan Raja Lawak Tolak Tawaran Berlakon Kerana Kesuntukan Masa

   Johan mahu lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM, Johan (Raja Lawak) menjelaskan terpaksa menolak tawaran berlakon drama dan filem kerana kesuntukan masa selain mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Johan berkata, dia bukannya sombong ataupun memilih tetapi bimbang tidak dapat melunaskan semua tanggungjawab terhadap tawaran yang diberikan.

"Alhamdulillahlah tawaran berlakon yang datang memang banyak tetapi kekangan masa sebagai penyampai radio telah membuatkan saya terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

"Tambahan pula saya tidak mahu tamak dengan mengejar semua benda yang akhirnya akan memakan diri sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Johan, jika pihak produksi boleh bertoleransi dengan jadualnya di Era FM dia sedia untuk memberikan komitmen kepada mereka.

"Saya perlu berada di studio seawal pukul empat pagi dan jika pihak produksi boleh melepaskan saya dari lokasi pada 10 malam, saya mungkin akan lakukan kerana sekurang-kurangnya saya dapat berehat sebelum bertugas di radio," katanya.



Dalam pada itu, Johan memberitahu, waktu lapang yang dimilikinya digunakan sebaik mungkin untuk dihabiskan bersama keluarga.

Dia juga tidak mahu terlalu memikirkan soal kerja kerana merasakan keluarga adalah aset paling penting buat dirinya.

"Mungkin sebelum kahwin matlamat saya berbeza tetapi selepas mendirikan rumah tangga ia berubah. Orang yang sudah kahwin mungkin akan faham apa yang saya ingin katakan.

"Saya tidak mahu terlepas detik-detik indah bersama keluarga kerana terlalu sibuk mengejar wang ringgit," katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan program bual bicaranya sendiri berjudul Acaner Tu Johan? di Astro Warna.

Menerusi program itu Johan akan bergandingan dengan Didie Alias.

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
{[['']]}

Marsha Belajar Solat Lima Waktu


MARSHA memberitahu dia akan menolak jika ditawarkan untuk menjadi pengacara lagi kerana mengaku dia tidak pandai mengacara sesebuah program.

PADA tahun lepas, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 27, menjadi tumpuan kerana beberapa kontroversi, antaranya kisah dia dimasukkan ke hospital gara-gara menelan sehingga 30 biji pil pada September lalu.

Bagaimanapun, artis yang berasal dari Tamparuli, Sabah dan kini semakin dikenali sebagai seorang pengacara itu pada tahun ini semakin sunyi pula daripada sebarang cerita sensasi.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Datuk DJ Dave berjudul Nyawaku di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, Marsha memberitahu dia kini mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seninya.

Menurut Marsha, dia tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi, sementelah ketika ini dia merupakan pengacara rancangan berbentuk gosip berjudul Propaganza yang disiarkan pada pukul 12 tengah hari setiap Ahad di saluran Astro Ria.

Kosmo!: Apakah perkembangan terbaharu anda sekarang?

MARSHA: Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Pelangi I Love You dan bergandingan dengan pelakon Indonesia iaitu Aiman Ricky. Penggambaran dilakukan di Pulau Pangkor, Perak. Bagaimanapun, pada bulan lepas jadual saya memang terlalu padat apabila terpaksa menjalani penggambaran tiga buah filem dalam tempoh sebulan iaitu filem Qada, Pak Pong dan Dr. K Kahwin Lima.

Boleh ceritakan lebih lanjut tentang ketiga-tiga filem tersebut?

Dalam filem Pak Pong yang diarahkan oleh Fauzi Nawawi, saya cuma muncul secara cameo dan terlibat dalam beberapa babak sahaja, manakala dalam filem Dr. K Kahwin Lima pula, saya membawa watak sebagai isteri keempat kepada Usop Wilcha.

Cuma untuk filem Qada apa yang boleh saya katakan watak yang diberikan kepada saya memang sangat mencabar. Dalam filem tersebut, saya memegang watak sebagai seorang gadis mualaf yang telah berkahwin secara paksa dengan seorang lelaki.


MARSHA perlu memahami tentang solat lima waktu bagi mendalami wataknya dalam filem Qada.

Kenapa anda mengatakan watak yang dibawakan itu sangat mencabar?

Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Namun, saya berasa lega kerana kebanyakan rakan-rakan saya memang beragama Islam, termasuk Sharifah Sakinah yang turut berlakon dalam filem itu dan dia memang banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan.

Kenapa anda sanggup menerima tawaran yang banyak dalam tempoh sebulan?

Saya menerimanya kerana ketiga-tiga tawaran tersebut agak menarik dan rasa sayang pula kalau saya tolak. Malah, saya akui sangat penat kerana jadual yang cukup padat, tetapi saya tidak kisah kerana pada tahun ini memang saya mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.

Menjadi pengacara untuk rancangan Propaganza, adakah anda kini sedang mencuba untuk bidang pengacaraan pula?

Selama ini tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pengacara. Semasa datang uji bakat dahulu, saya tidak sangka pula mempunyai keserasian dengan Reza dan akhirnya kami berdua telah terpilih. Sebenarnya saya masih lagi mempunyai perasaan takut dan tidak yakin walaupun sudah mengacarakan sebanyak lima episod. Selepas ini mungkin saya tidak akan menerima lagi sebarang tawaran mengacarakan rancangan lain kerana sedar pengacaraan bukan bidang saya.

Bila anda merancang untuk hasilkan album baru?

Sebenarnya saya agak kecewa kerana album saya yang dilancarkan pada tahun lepas berjudul Yang Pertama tidak mendapat sambutan yang baik. Jadi, perancangan untuk menghasilkan album itu belum ada dan saya lebih selesa menghasilkan single. Saya baru sahaja selesai merakamkan single berjudul Kepastian Cinta yang dihasilkan oleh Ajai. Berkemungkinan besar lagu tersebut akan menjadi lagu tema untuk filem Qada.

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
{[['']]}

Panas! Zarina Anjoulie Lancar 'PERANG' Terhadap Lufya!

     
Mungkin masih ada yang belum tahu mengenai sebuah artikel yang tersiar disebuah blog hiburan tempatan mengenai Lufya yang kecewa terhadap peminat yang salah anggap dirinya sebagai Zarina Anjoulie.

Dalam artikel tersebut, Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina.

Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Selain itu, Lufya turut dikatakan pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil Anju yang jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie.

Namun lain pula dipihak Zarina Anjoulie, sebentar tadi kecoh di laman Twitter miliknya dan dia dipercayai melancarkan “perang” terhadap Lufya sebagai respon terhadap artikel yang ditulis di blog hiburan tersebut.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.”



Zarina Anjoulie turut membuat kenyataan berbentuk kutukan terhadap Lufya.


 
Wahhh, memang ramai orang tahu bahawa Zarina Anjoulie seorang yang sangat lantang.

Tapi ‘menembak’ artis lain dengan lantang? Itu ngam! (Ohbulan)
{[['']]}

Radhi OAG Dah Penat Jadi Hamba Dadah

Radhi OAG


PEMINAT rock alternatif mesti kenal dengan penyanyi yang dilahirkan pada 1978 di Kuching, Sarawak ini. Muhamad Radhi Razali atau lebih mesra dengan panggilan Radhi OAG mencipta nama besar melalui gabungan irama 60-an dan alternatif 90-an. Maka lahirlah lagu hit 60’s TV.

Kes rumah tangga yang jadi bahan paparan utama akhbar tempatan turut mengundang kontroversi. Begitu juga apabila bapa kepada seorang anak ini menyerah diri ke Rumah Pengasih, membuatkan peminatnya lega kerana itu jalan terbaik untuk menjauhkan diri daripada najis dadah.

Pertemuan di Bilik 7, baru-baru ini jelas membuktikan Radhi tetap seperti dulu, mesra, ceria dan mudah bekerjasama. Cuma dalam setiap perbualannya diselitkan dengan Subhanallah, Masya-Allah dan Alhamdulillah. Kini dia semakin menghargai erti sebuah kehidupan.

Bilik 7 dedah rahsia 13 selebriti.


Pengenalan Bilik 7 kali ini sungguh berbeza. Radhi dibawa masuk oleh anggota polis ke bilik siasatan dengan keadaan mukanya tertutup.

Gempak! Satu gimik yang sangat menarik Bilik 7 yang mahu mencipta dramatik!

Radhi tahu bahawa konsep Bilik 7 bukan membuka aib selebriti, tapi memberi peluang dan ruang untuk mereka berterus-terang. Dia bersetuju dan bersedia membuka cerita kerana ini adalah satu platform mendekati peminatnya yang sudah lama menunggu produk terbaru OAG.

Dulu wajah Radhi nampak pucat dan kurus, tapi sekarang sedikit berisi dan wajahnya segar berseri! Ini adalah petanda dia bebas daripada simptom dadah sepenuhnya!

Apa yang membuatkan Radhi mengambil dadah ketika berada di puncak? Itu antara soalan panas yang disediakan penerbit Bilik 7, Engku Azmin Engku Zaini. Dia tidak terkejut mendengarkan soalan itu, tapi dengan wajah ceria dia memulakan pengakuan sebenar.

“Saya terbabit dengan pengambilan dadah kerana terpengaruh dengan gaya hidup rock star Barat seperti idola kumpulan rock saya. Ketika itu saya hanya membayangkan saya ingin menjadi seperti mereka begitu hebat dalam menulis lagu, membuat rakaman berkualiti dan persembahan yang mendapat sambutan.

“Tapi ternyata cara itu salah serta merugikan kerjaya dan wang ringgit,” kata Radhi dalam nada kekesalan yang tak mampu diucapkannya.

Radhi mula mengambil dadah sejak berusia 15 tahun dan kenapa baru sekarang ini terlintas untuk berhenti dan membuang tabiat buruk itu? Terkebil-kebil dia hendak menjawab soalan itu, mungkin sukar untuk membuka keseluruhan rahsia yang tertutup rapat.

“Saya mahu berubah kerana anak dan rumah tangga. Kesedaran itu sudah lama ada dalam diri, tapi saya belum bersedia. Itu adalah perkataan paling sesuai. Apabila rumah rumah tangga saya tak mampu dipertahankan, diikuti paparan kes perceraian kami yang menjadi tumpuan akhbar dan TV, menimbulkan keinsafan yang mendalam. Saya hilang segala-galanya!

“Saya sudah penat menjadi hamba dadah. Niat berhenti itu memang ada, tapi kadang-kadang waktunya tidak sesuai. Dan hidup saya menjadi tidak terurus akibat dadah. Pelbagai dugaan yang saya lalui untuk mendapatkan ‘barang’. Dalam kepala saya hanya memikirkan dadah, bagaimana hendak mendapatkannya dan mencari duit untuk membelinya.

“Dadah menjadi keutamaan, saya tak boleh hidup tanpanya. Pernah terjadi saya terkincit dalam seluar ketika ditahan polis. Ketika itu saya rasa sangat takut. Peliknya, itu masih belum lagi menyedarkan saya,” katanya.

Dia pernah berkali-kali cuba berhenti walaupun sedar bukan mudah bagi penagih tegar sepertinya berbuat demikian.

“Saya pernah cuba berhenti ambil dadah. Berjaya untuk beberapa bulan kemudian jatuh dan ambil semula. Dulu lain, mungkin sebab saya masih muda. Kini saya dah berusia dan anak pun dah berusia tujuh tahun. Saya mesti lakukan sesuatu.

“Semuanya ini datang daripada Allah! Tiba-tiba saya tergerak hati untuk berhenti sebelum ditangkap polis dan ditempatkan dalam penjara atau pusat pemulihan. Saya tak mahu semua itu berlaku pada saya. Terus terang saya lakukan semua ini demi kasih sayang saya pada anak, Muhammad Rifdhi Musli.

“Saya tak mahu anak saya mengikut jejak saya. Percaya tak, saya pernah lihat sendiri teman saya boleh hisap dadah bersama anaknya yang berumur 9 tahun dan saya tak mahu ia berlaku pada saya. Ya, Allah jauhkan itu semua!

“Maka dengan tawakal dan reda, tanpa paksaan daripada sesiapa saya pergi sendirian ke Rumah Pengasih. Hanya itulah tempat terakhir untuk saya minta bantuan. Alhamdulillah, kehadiran saya diterima dengan senang hati. Semua penghuni di situ memberi saya sokongan moral,” katanya.

Di Rumah Pengasih, Radhi menemui jalan keluar. Selepas beberapa bulan tinggal di situ, sikapnya mula berubah.

“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang tanpa dadah. Kehadiran saya di sini bukan sebagai selebriti, tapi manusia yang memerlukan bantuan. Dari hari pertama lagi saya minta agar tidak diberikan sebarang keistimewaan. Saya melalui detik penyembuhan itu dengan semangat yang tinggi.

“Awal pagi saya sudah bangun. Sebelum ini saya bangun lambat tapi di sini, kami bangun sebelum Subuh untuk solat berjemaah. Diikuti senaman dan membuat kerja-kerja harian. Menjelang jam 11 barulah ada masa untuk berehat. Jadual saya sentiasa padat tapi saya gembira. Ini membuatkan saya mampu atasi ketagihan itu.

“Saya juga sering diundang ke sekolah, kolej dan universiti untuk memberi ceramah kempen jauhi dadah. Saya senang lakukan semua ini demi keinsafan yang timbul dari dalam diri saya semoga tidak ada remaja di luar sana yang terjerumus dalam najis dadah,” sambungnya.

Biasanya penagih yang sudah berhenti dan akan jatuh semula apabila dipujuk rakan yang masih menagih. Radhi sedar situasi itu, bagaimana cuba diatasi sebaik mungkin.

“Saya optimis dengan kekuatan jati diri dan mampu mengatasi masalah penagihan ini. Doakan saya agar dapat bertahan untuk selama-lamanya. Sesekali saya terfikir sudah banyak duit yang saya bakar! Seandainya, saya tidak mengambil dadah dari dulu mungkin saya sudah memiliki beberapa buah rumah dan kereta.

“Bayangkan begitu banyak duit yang saya gunakan untuk memenuhi ketagihan. Menyesal? Dah terlambat!

Ada lagi yang dikongsikan Radhi dalam Bilik 7 malam ini, pada jam 9 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!

Kredit: Sumber
{[['']]}

'Cinta Terhalang' Kim Kardashian Dan Kanye West



Walaupun cinta selebriti terkenal, Kim Kardashian dan Kanye West semakin berbunga, namun hubungan itu khabarnya tidak diterima dengan mudah oleh keluarga Kim.

Menguatkan dakwaan itu, bapa tiri Kim, Bruce Jenner, turut membuat kenyataan bahawa West bukanlah calon yang sesuai.



“Saya tidak mahu tahu mengenai hubungan cinta itu. Lagipun, saya tidak berminat dengan cerita di antara mereka,” kata Bruce lagi.

Namun, sehingga kini, hubungan itu hanyalah spekulasi daripada orang ramai setelah mereka sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Baik Kim mahupun Kanye, mereka masih belum tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.

Sebelum ini, Kim pernah gagal dalam perkahwinannya bersama pemain bola keranjang, Kris Humpries yang hanya bertahan selama 72 hari.
{[['']]}

Isteri Nabil Raja Lawak Hamil 5 Minggu


KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon lelaki popular, Nabil Raja Lawak menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Nazirah Ayub atau Zira disahkan hamil lima minggu ketika ini.

Sebelum disahkan hamil, Zira merasa tidak selesa dengan keadaan dirinya.

Dia kemudiannya menguji sendiri kehamilan dengan alat ujian kehamilan jika dirinya sudah pun berbadan dua.

“Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

“Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna,” kata Zira seperti dalam Media Hiburan Online.

Sebelum ini, Nabil pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita, Irma Hasmi, tetapi terputus di tengah jalan akibat daripada kontroversi yang timbul dari tindakan Nabil.

Lantaran itu, Nabil tidak mahu mengulang kesilapannya dan perkenalan dengan Zira telah merubah kehidupannya.

Nabil dan Zira berkahwin pada tahun lepas setelah mereka berdua merasa serasi untuk hidup bersama.

Oleh: NAIMAH SHAARI
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger