Latest Post :
Recent Post

'Hero Baru Malaya' Dan Diana Danielle Bercium?

    Kalau selama ini, berikanlah watak seorang kekasih atau sebagai suami romantik kepadanya, Remy Ishak sememang sedia menginterpretasi dengan jayanya. Malah karakter Adam dalam Nur Kasih baik versi filem mahupun drama, antara hasil lakonan aktor berusia 30 ni yang mendapat pujian ramai. Hinggakan dia menerima jolokan sebagai 'Hero Baru Malaya'. Tetapi dalam filem terbarunya, Jiwa Taiko, Remy memberi persembahan yang sedikit berbeza, masih sebagai kekasih tetapi sandiwaranya kali ini lebih 'ekstrem'.'Ekstrem' yang bagaimana? Selain babak aksi, filem arahan pengarah Osman Ali n
{[['']]}

Fazura Nafi Ditaja Buka Butik Bernilai Ratusan Ribu

“Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini,” ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya House Of Doll di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru iniBukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa.
{[['']]}

Mulan Jameela Cium Tangan Ahmad Dhani

 Aksi Mulan yang mencium tangan Dhani saat memberi ucapan Hari Lahir kepada Dhani.SPEKULASI mengenai status hubungan antara Ahmad Dhani dan Mulan Jameela kini kembali hangat diperkatakan.Mulan telah melakukan tindakan berani apabila mencium tangan Dhani setelah menerima kejutan daripada pihak produksi untuk menyambut hari lahirnya yang ke 40 tahun ketika program 'Indonesian Idol 2012' sedang berlangsung.Sebelum itu, dua anaknya iaitu El dan Dul diminta untuk tampil ke tempat kerusi Dhani yang menjadi juri program berkenaan untuk meniup lilin bersama dan kemudian, rakan Dhani, Anang, pula
{[['']]}

Aishwarya Rai Tidak Kisah Badan Gemuk

 AISHWARYA RAI bergaya di depan kamera pada Festival Filem Cannes di Perancis kelmarin.CANNES, Perancis - Tidak seperti selebriti lain yang begitu mementingkan penjagaan berat badan, aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan memberitahu, dia gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang.Heroin filem Dhoom 2 itu berada di Festival Filem Cannes di sini untuk acara karpet merah sebelum menghadiri lelongan amal bagi memerangi AIDS anjuran Sinema amfAR.Kemunculan Rai, 38, sememangnya dinantikan oleh peminat yang tidak sabar melihat sama ada bekas Ratu Cantik Dunia itu kembali kurus selepas melahirka
{[['']]}

Krisdayanti Hamil Lagi

AMORA (kanan) menantikan kehadiran adiknya yang bakal menjadi penyeri keluarga Kris (kiri) dan Raul.SELURUH Indonesia heboh kononnya Krisdayanti dan suaminya, Raul Lemos sudah lama tidak di ranjang. Keadaan menjadi celaru berikutan Kris membuat pengesahan bahawa dia kini hamil dua bulan.Suami Kris, Raul Lemos kemudian membuat penjelasan tentang 'perpisahan' dengan isterinya kepada sekumpulan wartawan Indonesia pada Ahad lalu di Hotel Shangri-La, Jakarta."Saya ada kerja di Dili. Isteri saya, Kris adalah warga Indonesia manakala saya ialah rakyat Timor Leste. Kami mempunyai dua tempat tinggal i
{[['']]}

Tahniah!! Zed Zaidi Dipilih Sebagai Presiden Baru SENIMAN

Zed Zaidi berjanji akan mengubah Seniman dengan pelbagai program bagi merancakkan lagi aktiviti persatuan itu.KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi telah dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013.Zed dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 di Kompleks Finas, Hulu Klang, pada Sabtu dengan 152 undian.Selain Zed, dua lagi calon yang turut bertanding merebut jawatan itu adalah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).Manakala Elyas Iskandar telah dipilih sebagai Timbalan Presiden yang ba
{[['']]}

'Bubu' Kekasih Syahrini Bukan Cucu Sultan Selangor

Syahrini bersama Bubu yang mendakwa dirinya cucu kepada Sultan Selangor. SHAH ALAM – Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa.Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni."S
{[['']]}

Lufya 'Hadiahkan' Lagu Ketuhanan Kepada Zarina Anjoulie

KUALA LUMPUR: Penyanyi Lufya Omar, yang terlibat dengan kontroversi pergaduhan bersama Zarina Anjoulie Lavocah telah mendedikasikan lagu single terbarunya, Doaku, bagi tujuan berdamai.Lufya berkata, dia mahu Zarina menghayati lagu yang berbentuk ketuhanan itu dan dapat memaafkan antara satu sama lain, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 21 Julai depan."Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu."Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif,
{[['']]}

Artis Wanita Popular Baru Balik Dari Umrah Ligat Clubbing

Di dalam laman blog hiburan sensasi rotikaya, terpampang kisah seorang selebriti wanita popular di dakwa masih menjejakkan kaki ke kelab hiburan. Mungkin ada yang beranggapan apa salahnya dengan tindakkan tersebut lagipun itu adalah hak individu-biarlah, kenapa nak sibuk?Ya betul. Tetapi apa yang tidak manisnya, figura tersebut dilaporkan baru saja pulang dari tanah suci selepas menunaikan umrah baru-baru ini.  Memetik kenyataan di laman terbabit, dua keping foto yang difahamkan kiriman e-mail daripada seseorang itu memperlihatkan selebriti ini sedang asyik melayan khayalnya. Kalau diamb
{[['']]}

Aishwarya Rai Dikritik Kerana Tembam

Ramai yang terkejut melihat kemunculan Aish selepas bersalin. Gelaran Ratu Cantik Dunia 1994 yang pernah dianugerahkan kepadanya sedikit masa dahulu kini dipertikaikan.Mana tidaknya, rupa paras serta susuk tubuh yang dulu layak menerima gelaran wanita tercantik dunia itu kini berubah menjadi wanita tembam yang mengalami kesukaran menurunkan berat badan selepas melahirkan anak sulungnya, Aaradhya November lalu.Mungkin jika Aishwarya Rai atau mesra disapa Aish dulu bukan pemenang Ratu Cantik Dunia, hal ini tidak akan dijadikan isu besar.Tetapi disebabkan sang ratu ini dikenali di peringkat anta
{[['']]}

Marsha Milan Londoh Dituduh 'Gedik'

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Marsha Milan Londoh tidak berkecil hati terhadap segelintir pihak yang menuduh dirinya "gedik".Menurut wanita berusia 27 tahun ini, dia tidak mahu memikirkan hal itu sebaliknya lebih selesa memberi tumpuan kepada dunia seni yang diceburi sejak tujuh tahun lalu itu.“Kalau hendak diambil kira setiap apa yang orang katakan pada kita, memang pening jadinya. Saya sedar ramai orang yang memandang remeh akan kewujudan saya dalam industri.“Mereka anggap saya hanya tahu buat gedik selain kewujudan saya dilihat seperti tidak memberikan sumbangan tetapi saya tidak b
{[['']]}

Kenapa Adi Putra Buka Dan Tutup Fail Cerai??

KEMBALI bersama. Adi menegaskan dia tidak pernah melafazkan talak terhadap isterinya, Zuhaida.Tatkala industri hiburan tanah air masih belum reda dengan pergolakan rumah tangga yang menimpa pelakon cantik, RitaRudaini, kini masyarakat sekali lagi dikhabarkan dengan kes pemfailan cerai aktor, Adi Putra, pada 11 Mei lalu.Perumpamaan ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’, begitu sinonim dengan situasi pergolakan rumah tangga yang berakhir dengan penceraian.Namun, berlainan pula dengan pergolakan rumah tangga Adi atau Mohamed Hadi Putera, 31, bersama isterinya, Zuhaida Y
{[['']]}

Hubungan Cinta Fizz Fairuz Dan Almy Nadia 'Ibarat Retak Menanti Belah'

PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz mengambil pendekatan meletakkan telefon sebelum berkata no comment ketika diajukan persoalan keretakan hubungannya dengan Almy Nadia.Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 32, yang dihubungi mStar Online di sini Ahad, seolah-olah terkejut dengan kenyataan 'makan diri' sebelum ini yang pernah mendakwa dia mahu meminang kekasihnya itu."Saya tak nak komen apa-apa. Harap faham," katanya ringkas lalu menamatkan panggilan telefon serta-merta.Tidak sampai dua minggu sejak Fizz Fairuz meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Almy Nadia, aktres itu pula tam
{[['']]}

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Jangan Jadi 'Lalang'

RITA menafikan dia pernah meminta cerai daripada Aidil Zafuan. KEMELUT rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pasangannya, Aidil Zafuan Abd. Razak boleh dikatakan sudah sampai ke penghujungnya apabila pelakon itu mengakui hatinya sudah tiada untuk pemain bola sepak kebangsaan itu setelah dua kali hampir diceraikan.Kali pertama Rita diceraikan Aidil Zafuan ketika mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut.Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut Rita sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesana
{[['']]}

Hafiz Juara 'Mania' Bawa Pulang RM500,000

Hafiz (tengah) membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000. KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Suib , 22, mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekaligus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000 beserta trofi.Menurut bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak menyangka mampu mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril."Sa
{[['']]}

Shah Rukh Khan Berdepan Dengan Siasatan Polis

      MUMBAI – Aktor terkenal, Shah Rukh Khan berdepan dengan siasatan polis dan larangan seumur hidup daripada memasuki sebuah stadium utama kriket di sini selepas dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai.Shah Rukh bertengkar dengan seorang pengawal itu di atas padang Stadium Wankhede di sini kelmarin.Kejadian itu berlaku apabila Shah Rukh, 46, membawa beberapa remaja termasuk anak perempuannya, Suhana ke atas padang di stadium tersebut selepas satu perlawanan kriket.Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, seorang pengawal kesel
{[['']]}

Aidil Zafuan Beri Penjelasan Sebab-Sebab Mahu Berbaik Semula

Aidil Zafuan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.    Kemelut yang melanda rumah tangga pasangan suami isteri- bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar nampaknya masih belum menemui jalan penyelasaian.  Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah  Daerah Petaling, Shah Alam petang semalam, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang difailkan minggu lalu.Keputusan yang dibuat Aidil itu nyata memeranjatkan Rita apabila pemain pasuk
{[['']]}

Aidil Batal Cerai, Minta Rita Rudaini Kembali Taat

Wajah terbaru Rita Rudaini ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis. “Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa...?! Memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian. Saya nak tanya sekarang, siapa yang lari dari pada rumah? Dia bermimpi ker apa? Dia waras ker tidak?", ujar Rita Rudaini dengan nada
{[['']]}

Dayang Nurfaizah Fobia Untuk Berkahwin

PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan pelbagai isu rumah tangga termasuk perceraian yang berleluasa ketika ini membuatkan dia berasa fobia untuk berkahwin pada masa terdekat.Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini berkata, dia tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup walaupun bakal mencecah usia 31 tahun pada 20 Julai depan.“Faktor usia tidak menjadi isu buat saya. Malah ibu bapa dan keluarga saya juga tidak pernah bertanya kerana mereka memahami dan menghormati keputusan saya.“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin men
{[['']]}

Saiful Apek Terpaksa Lupakan Hasrat Tuntut RM200,000 Daripada David Teo

Apek akur dengan keputusan mahkamah.  SUBANG JAYA: Pelawak Saiful Apek yang ingin membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tuntutan itu sebenarnya telah dibatalkan oleh mahkamah.Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, dia tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini."Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Aha
{[['']]}

Kepala Pelakon Yatt Hamzah 'Melekat'

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat."Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular."Setib
{[['']]}

Jimmy Shanley Dakwa Isterinya Pernah Ditampar Oleh Ibunya

Jimmy dan Nursuhaila ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.    SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam diberitahu isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu.Dalam keterangannya kepada mahkamah, Jimmy mendakwa, ibu mentuanya menampar defendan, Nursuhaila pada 1 Oktober 2011 kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.Menurut Jimmy selaku plaintif, selepas kejadian itu, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermal
{[['']]}

Sedapnya Suara Tiz Zaqyah..Macam Agnes Monica!!

Umum sudah sedia maklum pelakon wanita, Tiz Zaqyah mempunyai bakat yang pelbagai apabila dia memperlihatkan bakatnya satu-persatu secara tersendiri.Memulakan langkah seninya dengan menjadi pelakon, Tiz Zaqyah seterusnya mampu mempamerkan bakat melukis kepada para peminat.Pada mulanya, dia hanya berkongsi kelebihan dirinya kepada peminat-peminat di laman sosial Facebooknya dan ternyata Tiz Zaqyah menerima pujian yang menggunung.Seterusnya, Tiz Zaqyah membongkar pula bakatnya dalam bidang nyanyian apabila memuat naik video nyanyiannya ke laman Facebooknya juga secara suka-suka.Terbaru, Tiz Zaqy
{[['']]}

Aaron Aziz Sedia Tunjuk Permit Kerja

Diyana Halik memakai set mutiara Raflessia bernilai RM250,000 sambil berkongsi kegembiraan bersama suaminya Aaron Aziz.KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz berani menyahut cabaran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang mahu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) menyemak semula kemasukan artis-artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja.Aaron yang merupakan warganegara Singapura berkata, dia tidak kisah untuk menunjukkan permit bekerja di negara ini yang dimilikinya jika diinginkan pihak terbabit."Saya menganggap per
{[['']]}

Doktor Sahkan Fasha Sanda Mengandung

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan disahkan mengandung seminggu lebih selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Ampang, semalam.Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, pada 28 April lalu di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan.Fasha yang dihubungi semalam menyifatkan berita itu hadiah paling istimewa buat dia dan suami.“Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah
{[['']]}

12 Selebriti Bergelar Ibu Paling Popular

Belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan selamat hari ibu kepada semua mereka di’luar sana yang bergelar ibu. Dan, kami tahu laman gossip kami yang terpinggir ini menjadi pilihan ramai ibu ibu Malaysia untuk menghabiskan masa. Heh.Anda sudah ucapkan selamat hari ibu buat ibu tersayang anda? Walaupun ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang Hari Ibu haram untuk di’sambut, anda & kami tahu kita bukan meraikan ibu gereja seperti kata mereka.Bersempena Hari Ibu hari ini, kami kompilasikan 12 selebriti tempatan yang kini bergelar ibu dan paling popular di kalangan peminat dunia hiburan. Ba
{[['']]}

Gambar Majlis Pernikahan Anang Dan Ashanty

Anang Hermansyah memanjatkan doa setelah selamat diijabkabulkan. Kini Ashanty secara rasmi telah menjadi isterinya yang sah. JAKARTA: Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.Dengan sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu bernikah dengan Ashanty di Masjid Albina, Senayan,Jakarta Selatan di sini pada petang Sabtu. Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.Anang Hermansyah dengan rasminya telah menikahi Ashanty di Masjid Albina, Senayan, Jakarta Selatan, Sabtu
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger