Latest Post :
Recent Post

Jimmy Shanley Menyambut 1 Syawal Bersendirian Di Tanah Suci

KUALA LUMPUR: Hiba apabila impian untuk meraikan Aidilfitri sebagai ‘orang berkeluarga’ tidak kesampaian, pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh berkelana membawa diri menunaikan umrah di Makkah, sekali gus menyambut 1 Syawal bersendirian di Tanah Suci itu.Jimmy, 31 yang yatim piatu menggemparkan dunia hiburan tanah air selepas pernikahannya pada Oktober tahun lalu, bergolak selepas 20 hari apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meninggalkannya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.“Sedih rasanya apabila hasrat untuk berhari raya bersama isteri dan anak tid
{[['']]}

Marion Caunter Yang Tetap Jelita Walaupun Sedang Berbadan Dua...

MELIHAT susuk tubuhnya dari belakang, tiada siapa menyangka wanita anggun ini sedang berbadan dua. Saat dia menoleh, pandangan mata bagaikan terpaku dan berbisik wajahnya sangat berseri-seri dan kelihatan susuk tubuhnya yang sedang hamil cahaya mata pertama.Itulah pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 31.Pemilihan Pengacara E! News Asia itu sebagai penghias muka depan RAP, hari ini sememangnya diatur tepat pada masanya. Ini kerana hajat mahu mencoretkan pengalaman pertama Marion menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai saudara baru akhirnya ditambah dengan berita gembira dia hamil lima
{[['']]}

Tuduh khalwat dengan Roslin, Raja Azmi mahu saman tiga individu

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39, adalah antara tiga individu yang akan diheret ke mahkamah oleh penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman bagi membersihkan namanya daripada tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara itu pada 7 Ogos 2010.Raja Azmi berkata pihaknya mempunyai bukti mengaitkan ketiga-tiga individu terbabit termasuk saudara terdekat dan seorang kenalan suaminya, Jalani Sidek, bersekongkol merancang konspirasi memfitnahnya dengan Roslin.“Saya perlu mengambil tindakan undang-undang demi maruah keluarga terut
{[['']]}

Amy (Search) Terkejut Nabila Mahu Bercerai

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar."Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya."Memang saya terkejut dengan hal ini dan say
{[['']]}

Kisah Cinta Jarak Jauh Yuna Dan Qi...

Yuna dan Qushairi Mohammed Razali atau Qi.CINTA jarak jauh banyak dugaannya. Apatah lagi apabila pasangan dipisahkan beribu-ribu kilometer antara dua benua, macam-macam boleh berlaku. Namun, dengan kecanggihan teknologi, sedikit sebanyak ia berupaya menjadi jambatan bagi pelepas rindu.Begitulah keadaannya hubungan antara Yunalis Zarai atau Yuna yang kini cukup popular dengan single terbaru, Penakut dan teman istimewanya bekas anggota OAG dan pengacara, Qushairi Mohammed Razali atau Qi.Yuna kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun ini bagi pembikinan album sulungnya u
{[['']]}

Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September 2011

Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali.Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecund
{[['']]}

Kenali Nadia Heng,Ratu Cantik Dunia Malaysia 2010/2011

PERTEMUAN pertama dengan Ratu Cantik Dunia Malaysia 2010/2011, Nadia Heng Min Sern (Nadia), 26, membuahkan suasana gamat dengan celoteh dan keramahannya.Wajahnya bukan sahaja tidak jemu dipandang, malah pesona kata-kata yang memikat ala-ala seorang jururunding sebuah syarikat membuatkan sesiapa yang mendekatinya berasa selesa.Namun, tidak salah sangkaan yang diberikan kerana dia sememangnya pernah berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam di salah sebuah syarikat swasta di ibu kota selama empat tahun.Bercerita tentang bulan Ramadan ini, dia yang berdarah kacukan Cina dan Inggeris akui rajin
{[['']]}

Perkahwinan Faezah Elai Dan Heykal Hanafiah Yang Penuh Kontroversi...

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Faezah Elai memberitahu kontroversi yang tercetus di antara dia dan pengarah Heykal Hanafiah telah menimbulkan bibit cinta mereka berdua.Jelas Faezah, dia dan Heykal mula rapat apabila sering bertemu bagi menyelesaikan masalah yang mengaitkan mereka."Saya rapat dengan Heykal selepas kontroversi yang melanda kami, padahal sebelum kontroversi tersebut memang kami tiada sebarang hubungan langsung."Pada asalnya kami hanya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut dan akhirnya hubungan itu melahirkan satu perasaan lain," katanya ketika ditemui
{[['']]}

Mamat (Sepah) Tengah Hangat Bercinta Dengan Pelakon Fida Ibrahim...

KUALA LUMPUR: Pelakon Fida Ibrahim dan pelawak Mamat (Sepah) mengaku mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain.Fida ketika ditemui di majlis rakaman program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akui menyenangi sikap Mamat yang lebih mementingkan keluarga dalam hidupnya."Saya dan Mamat berkawan rapat hampir enam bulan lalu. Saya suka berkawan dengannya setelah melihat banyak keistimewaan dalam dirinya."Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru in
{[['']]}

Noraniza Idris Akan Melangsungkan Majlis Pernikahannya Secara Besar-Besaran..

Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffri akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 29 September ini di Plaza Angsana, Johor Bahru.KUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, bilal sebuah masjid di Singapura secara besar-besaran pada 29 September ini dan boleh disaksikan oleh orang ramai.Majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.Ia diadakan seiring dengan sambutan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'."Pada mulanya keluarg
{[['']]}

Noraniza Idris Telah Bertunang Dengan Seorang Ustaz...

                                                          Noraniza Idris “MEMANG tak sangka langsung pada usia 43 tahun saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan dah tua-tua ini, dah tak laku. Rupa-rupanya ada juga yang berkenankan saya,” kata penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43. Luahan penyanyi yang l
{[['']]}

Panas!! Ally Iskandar Putus Tunang Selepas 5 Bulan Bertunang...

SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar, 35 mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, telah putus pada 30 Julai lalu.Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada
{[['']]}

Farid Kamil Kena Ugut Kerana Diana Danielle

KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2011: Tidak pernah menyangka akan diugut namun bagi aktor kacak, Farid Kamil semua itu bukanlah halangan untuknya meneruskan hubungan bersama kekasih hatinya, aktres Diana Danielle.Enggan memikirkan dengan lebih serius mengenai perkara tersebut namun Farid Kamil mengakui mempertingkatkan tahap keselamatan diri, keluarga serta buah hatinya."Bagi saya perkara itu satu perkara biasa dan saya dah serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Cuma buat masa ini, saya akan lebih berjaga-jaga dan berhati-hati kerana kita tak tahu siapa orang itu."Saya akan lebih berhati-hat
{[['']]}

Kontroversi Dahlia Teck Dan 10 Isu Berbangkit Dalam Kes Khairul Fahmi Putus Tunang !

KUALA LUMPUR, 2 OGOS 2011: Sungguhpun pasukan Harimau Malaya sudah tewas di tangan Singapura pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pada tempoh hari, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, tetap mendapat pujian ramai apabila dia berjaya menjaga gawang negara dengan baik sekali.Belum pun habis lagi kehangatan perlawanan itu, masyarakat dikejutkan pula dengan berita putus tunang Apex bersama gadis bernama Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, yang mana Apex telah membuat pengakuan rasmi dalam sebuah akhbar tempatan pada Ahad lalu.Dalam pengakuan berkenaan, Apex me
{[['']]}

Syafiq Teruskan Legasi Datuk Yusof Haslam Dalam Filem 'SAM'

KAMARUDDIN Siaraf (tiga dari kiri) dan Syafiq Yusof (bertali leher) sewaktu pelancaran filem Sam di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.LEGASI pengarah dan penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul sahaja. Setelah Syamsul berjaya mencipta kejayaan sebagai pengarah filem yang mencatat kutipan tiket jutaan ringgit, kini tiba pula giliran adiknya, Syafiq mencuba bakat dalam bidang tersebut.Anak bongsu Yusof itu diberi peluang mengarahkan filem terbaru terbitak syarikat bumiputra itu berjudul Sam yang dikategorikan dalam genre thriller.Menurut Yusof, dia mena
{[['']]}

Ali (Kilauan Emas) Idam Duet Dengan Siti Nurhaliza

  Mohd Ali Norpiah Juara Kilauan Emas Astro.PETALING JAYA: Juara Kilauan Emas, Mohd Ali Norpiah Mohd Johar, 46, berhasrat untuk menghasilkan lagu duet dengan dua pupunya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.Bagaimanapun niat tersebut masih belum diputuskan kepada wanita itu melainkan cakap-cakap mulut yang diajukan kepada ibu Siti iaitu Siti Salmah Bachik."Saya dan Datuk Siti Nurhaliza adalah dua pupu kerana ayah saya dan mak dia sepupu."Saya ada berjumpa dengan mak dia di Kuala Lipis sebelum ini. Jadi, keluarga dia tahu tentang impian saya ini dan jika tiada aral, saya mungkin akan be
{[['']]}

Al-Fatihah!! Penyanyi 60-an Hasnah Haron Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU: Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.Menurut anak sulungnya, Haslinda Mohd Eunos, 39, Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru."Ibu mula tenat pada Rabu lalu dan dimasukkan ke hospital terus lebih-lebih lagi melihatkan dia juga mengalami masalah sesak nafas. Malah ibu juga mengalami kesukaran untuk makan kerana mulutnya penuh dengan ulser."Dia pergi tanpa meninggalkan sebarang pesanan tetapi pada seminggu yang lalu, ibu
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger