Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Artis Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Artis Meninggal Dunia. Show all posts

Al-Fatihah!! Penyanyi 60-an J. Kamisah Meninggal Dunia

Kulit album J Kamisah ketika menyertai kumpulan The Wisma.
 

PETALING JAYA: Penyanyi era 60-an, J. Kamisah meninggal dunia pada awal pagi Rabu kerana komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung. Allahyarham berusia 64 tahun.

Menurut anak angkatnya Rahimah Rahim, 41, Allahyarham yang juga bekas anggota kugiran The Wisma, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 1.20 pagi di kediaman keluarganya di Bukit Panjang, Singapura.

Rahimah berkata dia berasa terkejut dan terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi penyanyi itu yang sudah terlantar sakit sejak Ramadan lalu.

“Saya membesar di samping Allahyarham kerana bapa saya Rahim Rahman juga adalah anggota kumpulan The Wisma.

“Saya berasa terkejut apabila mendapat berita kematiannya pada pukul 2 pagi tadi (Rabu). Kali terakhir saya menziarahinya adalah pada Hari Raya Haji lalu.

“Saya baru bercadang untuk menjenguknya tetapi nampaknya tidak kesampaian,” katanya yang berada di Singapura ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan suami, Mohd Kadar Sultan dan tiga anak yang berusia di antara 36 hingga 43 tahun.

Kata Rahimah, jenazah penyanyi itu dikebumikan di Pusara Aman Tanah Perkuburan Islam, Choa Chu Kang, Singapura sebelum solat Zuhur, Rabu.

Antara rakan artis seangkatan yang hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Fatimah M. Amin, Sanisah Huri dan pelakon Maria Menado.

Beliau pernah popular dengan lagu-lagu antaranya Jelingan Manja, Irama Desa Seberang, Bingkisan Hati Setia, Salam Terakhir, Rayuan Ku dan Jangan Chemburu.


Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Sam D'Lloyd Meninggal Dunia

Sam semasa sedang dirawat di Hospital.

Sam semasa membuat persembahan.

 
JAKARTA 9 Jun - VOKALIS kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D'lloyd, Saymsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi pada Sabtu.

Allahyarham meninggal pada usia 64 tahun.

Sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan D'lloyd iaitu Bartje Van Houten ketika dihubungi media Indonesia memberitahu, Sam meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini.

"Sakit jantung dan kanser paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia," ujarnya.

Sam (tiga dari kanan) bersama ahli kumpulan D'lloyd ketika bertandang ke Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.


Kiri ke Kanan: Chairoel Muluk (drum), Bartje Van Houten (gitar), alm Syamsuar Hasyim (vokal), alm Papang (bass), alm Budiman Pulungan (keyboards) dan alm Andre Gultom (vokal, flute, saxophone)

Tambah Bartje, jenazah akan dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta.

Antara lagu popular kumpulan itu adalah seperti Keagungan Tuhan, Mengapa Harus Berpisah,Cinta Hampa , Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi.

D'lloyd bukan sahaja popular di Indonesia malah di Malaysia, Singapura dan Brunei.
{[['']]}

David Teoh Mohon Maaf Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki

  
Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia.

Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan.

Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.

Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo
{[['']]}

Al-Fatihah!! Bob Kuman Meninggal Dunia



Allahyarham Bob Kuman


PETALING JAYA: Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini pada Khamis.

Jiran Allahyarham, Mazidul Akmal Sidek ketika ditemui berkata, Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat.

Mazidul memberitahu, kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang.

"Sebelum pegawai perubatan daripada hospital tiba, anak saudara saya yang kebetulan berada di rumah Bob telah cuba memberikan bantuan pernafasan selama 20 minit namun disahkan Allahyarham telah meninggal dunia.

"Kehilangan Bob adalah sangat mengejutkan kerana saya baru sahaja bertemu dengannya kira-kira dua minggu lalu dan dia kelihatan sihat walaupun terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan.

"Bagaimanapun sebagai seorang Islam dan rakan rapat saya redha dengan pemergiannya," katanya kepada.

Tambah Mazidul, pelakon itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Rakan baik Allahyarham, Emri Shamreza Che Embi berkata, jenazah akan dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok di tempat asalnya atas permintaan keluarganya.

"InsyaAllah jenazah akan diuruskan terlebih dahulu sebelum di bawa pulang ke kampung halamannya atas permintaan keluarga sebelum dikebumikan selewat-lewatnya pagi esok (Jumaat)," katanya.

Terdahulu, Bob pada 21 April kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan masyarakat.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu.
{[['']]}

Punca Kematian Whitney Houston Terjawab!!


HASIL autopsi ke atas mendiang Whitney Houston mendapati tubuh penyanyi itu binasa kerana kesan calar, luka dan terbakar.

Penyalahgunaan dadah dan alkohol selama bertahun-tahun itu juga telah mengakibatkan kerosakan pada hati dan jantungnya, kesan lubang di hidung dan kehilangan 11 batang gigi.

Autopsi tersebut turut mengenalpasti


Ketika mendiang ditemui mati di tab mandi di hotel Beverly Hilton, Los Angeles pada Februari lalu, terdapat kesan jarum suntikan pada lengan dan dia berada di bawah pengaruh sembilan jenis dadah.

Bukti=bukti yang mengerikan daripada pihak polis dan pasukan perubatan mendedahkan bahawa kulit pada bahagian belakang badannya melecur ketika mayatnya ditemui terapung di dalam tadahan air panas dalam tab mandi tersebut.

Kejadian itu turut mengakibatkan kulit kakinya mengendur. Sumber-sumber berkata suhu air di dalam tab mandi itu ketika dia menenggelamkan tubuhnya adalah kira-kira 66°C (150°F).

Difahamkan, suhu air di dalam tab mandi itu adalah pada 33°C (91.4°F), selepas enam jam dia ditemui mati.

Menurut sumber perubatan, Houston pasti berada di bawah pengaruh dadah yang tinggi sehingga dia tidak menyedari kehangatan suhu air di dalam tab mandi itu.

Selain itu, satu sudu dadah jenis kokain turut ditemui di suite hotelnya. Kesan-kesan dadah lain yang ditemui di dalam tubuhnya termasuklah marijuana, anxiety pills Xanax, muscle relaxant Flexeril, allergy medicine Benadryl dan painkiller Ibuprofen.

Tubuhnya turut dicemari kesan parut daripada pembedahan kosmetik yang dilakukannya beberapa dekad lalu, hentakan botol minuman keras dan lebam akibat jatuh yang dipercayai berpunca daripada percubaan bunuh diri.

Autopsi itu turut mengenalpasti beberapa kesan di bahagian perut, dada dan bahagian atas paha kirinya kerana pembedahan kosmetik termasuk implan payudaranya.

Sumber berkata, kesan calar di bahagian bawah lengan kirinya mungkin disebabkan oleh kecederaan yang disengajakan oleh penyanyi itu.

Sehari sebelum kematiannya, dia dilihat keluar daripada beberapa kelab malam di LA dalam keadaan terhuyung-hayang dan kaki serta lengannya berdarah.

Beberapa teman penyanyi itu mendakwa dia cuba mengelar dirinya sehingga mati di dalam tandas selepas melihat kekasihnya Ray-J berbual mesra dengan beberapa wanita lain.

Tubuhnya juga mempunyai beberapa kesan luka dan lebam, dipercayai akibat terjatuh di dalam bilik air pada hari dia ditemui mati.

Gaya hidupnya itu turut mengakibatkan kerosakan pada arteri jantung sehingga 60 peratus.

Penyalahgunaan kokain selama bertahun-tahun itu memberikan kesan pada bahagian mulut dan hidungnya.

Laporan autopsi berkata dia menderitai masalah perforated posterior nasal septum kerana tabiat itu, sama seperti aktres Danniella Westbrook yang pernah terjebak dengan masalah penagihan kokain.

Laporan itu juga mengesahkan punca sebenar kematian penyanyi itu adalah lemas secara tidak sengaja, selain masalah jantung dan penggunaan kokain berlebihan turut menjadi faktor penyumbang.

Kini, anak perempuan Houston iaitu Bobbi Kristina, 19, dikhuatiri akan meratapi kematian ibunya dengan penagihan dadah jenis marijuana, minuman keras dan pil penenang kerana.

Sumber berkata: “Harta peninggalan Whitney adalah mencukupi untuk Bobbi terjebak kepada gaya hidup liar dan penyalahgunaan dadah, dan akhirnya berkesudahan seperti ibunya.
{[['']]}

Al-Fatihah!! Latif Ibrahim Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).
Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.
Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
{[['']]}

Whitney Houston Telefon Ibunya 25 Minit Sebelum Beliau Ditemui Mati



BEVERLY HILLS: Diva Pop, Whitney Houston yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton Beverly Hills, California, Amerika Syarikat Sabtu lalu,didapati bercakap dengan ibunya menerusi telefon, kira-kira 25 minit sebelum kematiannya.
Akhbar The Sun, UK, melaporkan, terdapat beberapa botol ubat yang mengandungi bahan penenang dan ubat tidur sepertimana yang digunakan oleh mendiang Michael Jackson telah ditemui di dalam bilik hotel, tempat Whitney menginap itu,
Sebelum itu pada waktu tengah hari, sepupu Whitney iaitu penyanyi jaz dan “soul” terkenal Dionne Warwick telah menelefon mendiang untuk bertanya tentang majlis koktel yang akan diadakannya sempena majlisAnugerah Grammy yang akan berlangsung pada Ahad malam waktu tempatan.
Kemudian pada jam 2.30 petang, Whitney telah masuk ke bilik mandi sementara pengawal peribadinya bernama Ray menunggu di luar bilik.
Selepas itu pada lebih kurang jam 3.15 petang, Whitney telah menelefon ibunya Cissy pula. Menurut ibunya itu, berdasarkan perbualan mereka, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.

Menjelang jam 3.43 petang, pengawal peribadi Whitney, Ray mula bimbang dan resah kerana Whitney yang sepatutnya sudah bersedia untuk satu rakaman televisyen di koridor hotel berkenaan bersama sebuah stesen televisyen masih belum keluar dari bilik mandinya.
Ray kemudiannya meminta salah seorang pendandan rambut Whitney yang juga stafnya memeriksa keadaan penyanyi itu.
The Sun melaporkan, pembantu penyanyi itu telah menjerit ketakutan sebaik sahaja menemui Whitney dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi yang dipenuhi air dan kelihatan sudah tidak bernyawa.
Mereka kemudiannya cuba untuk memberi pertolongan cemas kepadanya.
Pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian turut memberikan bantuan kecemasan tetapi malangnya mereka juga gagal menyelamatkannya.
Pada pukul 3.55 petang, pasukan paramedik mengisytiharkan penyanyi pop terkemuka era 80-an dan 90-an yang berusia 48 tahun itu secara rasminya telah meninggal dunia.
Akhbar The Sun juga turut memetik beberapa orang saksi sebagai berkata, 48 jam sebelum kematiannya, Whitney telah didapati mabuk dan mengambil minuman keras dengan jumlah yang banyak.
{[['']]}

Kita Kehilangan Diva Pop 'Whitney Houston'



LOS ANGELES – Whitney Houston, yang mencipta nama sebagai ratu muzik pop selain diselubungi pelbagai kontroversi termasuk isu dadah dan masalah rumah tangga, ditemui mati di sebuah hote meninggal dunia semalam, demikian menurut laporan media. Mendiang berusia 48 tahun.

Jurucakapnya, Kristen Foster mengesahkan Houston telah meninggal dunia semalam.

Jabatan Polis Beverly Hills telah memberikan respons kepada panggilan telefon kecemasan yang diterima dari Beverly Hills Hotel semalam, kata seorang pegawai polis.

Bagaimanapun punca sebenar kematian belum diketahui buat masa sekarang.

Penyanyi pop legenda dan pelakon itu, yang pernah menguasai dunia muzik Amerika Syarikat pada 1980-an dan 1990-an, ditemui mati di hotel tersebut.

“Pada jam 3.55 petang (semalam, waktu tempatan), Whitney Houston diisytihar meninggal dunia di sebuah hotel di Beverly Hills,” kata pegawai polis Lt Mark Rosen.

Anggota paramedik memberikan bantuan CPR kepada artis itu tetapi tidak berjaya memulihkan keadaan beliau.

Katanya, tiada tanda yang jelas berlakunya sebarang kejadian jenayah di bilik digunakan artis itu.

"Kes sedang disiasat oleh polis Beverly Hills,” kataya.


Gambar Whitney Houstan yang diambil pada hari Khamis yang lalu.



Houston mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada 1992 menerusi filem The Bodyguard dan seterusnya membintangi dua filem lagi iaitu Waiting To Exhale (1995) dan The Preacher’s Wife (1996).

"Pemenang anugerah Grammy sebanyak enam kali, Whitney Houston, salah seorang penyanyi hebat di dunia, yang telah meninggalkan nama dalam dunia muzik sejak tiga dekad lalu," kata Neil Portnow, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The Recording Academy dalam satu kenyataan.

Pada petang Khamis lalu, Houston menarik tumpuan para pemberita dan kakitangan keselamatan berikutan tingkah laku tidak menentu, titisan peluh dan pakaian tidak kemasnya.

Anak Whitney Houston Dikejarkan Ke Hospital Kerana Tekanan Perasaan

Gambar kenangan mendiang Whitney Houstan bersama Bobbi Kristina.
 
LOS ANGELES – Anak perempuan Whitney Houston, Bobbi Kristina dikejarkan ke hospital awal hari ini, sehari selepas kematian emaknya kerana dilaporkan tertekan.“Dia dibawa ke hospital dan dirawat kerana tekanan perasaan,” kata seorang rakan rapatnya kepada AFP.
Kristina yang berusia 18 tahun dibawa ke Hospital Cedars Sinai di Beverly Hills.
Houston, penyanyi pop yang terkenal pada era 1980-an dan 1990-an teruama menerusi lagu “I Will Always Love You,” ditemui meninggal dunia di bilik hotelnya di Beverly Hilton menjelang malam Anugerah Grammy, semalam. – AFP
{[['']]}

Penyanyi Veteran Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia Pagi Ini


KUALA LUMPUR, 11 Okt-Seniman Datuk Ahmad Jais yang bulan lalu dimasukkan di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam kerana sesak nafas meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9 pagi tadi.
Penyanyi veteran itu yang nama sebenarnya Mohd Jais Ahmad, 75, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu akibat sukar bernafas bulan lalu dan dilaporkan sudah sedar dan boleh bercakap walaupun agak terhad pada 1 Oktober lalu.
Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 22 September lepas akibat sesak nafas sebelum dipindahkan ke ICU.
Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar 1960-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 September sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 Shah Alam.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menerusi mesej Twitter mengucapkan takziah atas pemergian seniman itu.
“Salam takziah, Dato Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” kata beliau.
Dalam pada itu Bernama Online melaporkan Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 9.20 pagi dipercayai akibat masalah paru-paru. Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu “Selamat Hari Raya” dan “Budi Setahun Segunung Intan” yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.
Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.
Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lalu.
{[['']]}

Al-Fatihah!! Penyanyi 60-an Hasnah Haron Meninggal Dunia


JOHOR BAHRU: Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.
Menurut anak sulungnya, Haslinda Mohd Eunos, 39, Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.
"Ibu mula tenat pada Rabu lalu dan dimasukkan ke hospital terus lebih-lebih lagi melihatkan dia juga mengalami masalah sesak nafas. Malah ibu juga mengalami kesukaran untuk makan kerana mulutnya penuh dengan ulser.
"Dia pergi tanpa meninggalkan sebarang pesanan tetapi pada seminggu yang lalu, ibu memberitahu yang dia akan pergi tidak lama lagi," katanya.
Tambah Haslinda, sebelum ke hospital, Allahyarhamah turut dibawa berubat secara tradisional dengan seorang Imam di JB selama empat hari.


Dalam pada itu, dia bersyukur apabila ibunya meninggal dunia pada Ramadan yang mulia ini.
"Selama ini dia bekerja kuat dan sering menerima tohmahan buruk kerana menyanyi di kelab malam.
"Tetapi dia tidak pernah menyentuh alkohol mahupun melakukan perkara yang tidak elok.
"Apabila ibu meninggal di bulan yang mulia ini, saya percaya susah yang Allah beri di dunia akan dipermudahkan apabila meninggal nanti," ujarnya menahan sebak.
Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas solat Asar nanti.
Selain Haslinda, Allahyarhamah yang merupakan penyanyi pop yeh yeh popular pada era 60-an itu telah meninggalkan seramai empat orang anak iaitu Mohd Luthfi Mohd Eunos, 38, Sharifah Seha, 26, Syed Mohd Hyekal Syed Murshad, 23 dan Sharifah Zakiyah, 21.
Antara lagu-lagu popular beliau ialah Bersedih, Sabar Menanti, Aliran Usia, Jauh Dariki, Mengharap Kasih dan Bintang Pujaan.
{[['']]}

Penyanyi Amy Winehouse ditemui mati di rumah barunya

                             Winehouse (gambar) berusia 27 tahun.

LONDON, 24 Julai 2011-Amy Winehouse, salah seorang penyanyi paling berbakat di kalangan generasi beliau menerusi lagu popular “Rehab” dan berhadapan dengan masalah dadah dan alkohol, meninggal dunia di London petang semalam.

Pemenang anugerah Grammy ini ditemui mati di rumah barunya di Camden, utara London, sebulan selepas program jelajah Eropah dibatalkan ekoran satu prestasi mengaibkan di Serbia.

Winehouse mengadakan persembahan di Serbia Jun lalu tetapi berhadapan dengan ejekan ekoran persembahan buruk yang dikaitak dengan pengaruh alkohol.

Laporan Reuters menyebut polis dipanggil ke rumahnya sekitar pukul 3 petang (waktu London) dan mayatnya telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Laporan media menyebut artis ini gagal keluar daripada tabit mengambil dadah dan minuman keras.

“Siasatan diteruskan mengenai persekitaran kematian dia,” kata penguasa polis Raj Kohli.

Laporan BBC pula menyebut dia baru sahaja menghabiskan kursus pemulihan alkohol di London dan berada dalam arahan keras tidak boleh mengambil alkohol.

“Pada tahap awal ini ia dianggap sebagai (kes) tidak dapat dijelaskan (punca kematian) dan tiada tangkapan berhubung insiden ini,” katanya.
Raj juga berkata laporan-laporan bahawa Winehouse meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan hanya spekulasi buat masa sekarang.




Universal dalam satu kenyataannya berkata: “Kami sangat sedih dengan kehilangan secara tiba-tiba seorang ahli muzik, artis dan penyampai persembahan yang berbakat.”
Penyanyi British ini dibawa ke pentas muzik oleh Tyler James ketika dia berusia 16 tahun dan menghasilkan album pertama “Frank” pada 2003.

Album keduanya “Back to Black” dikeluarkan pada Oktober 2006, sekali gus memenangi lima anugerah Grammy.

Album itu menghasilkan lagu-lagu popular termasuk “You Know I’m No Good”, “Love Is a Losing Game” dan “Rehab”.
Lagu “Rehab” antara lain membawa lirik “They tried to make me go to rehab. I said ‘no, no, no’.”

Lahir pada 14 September 1983 kepada keluarga Yahudi yang mempunyai sejarah muzik jaz, kehidupan peribadi Winehouse sentiasa menghiasi akhbar-akhbar tabloid Britain, kata laporan Reuters.
{[['']]}

Al-Fatihah!! Pelakon Zami Ismail Telah Kembali Ke Rahmatullah

http://www.gosipsensasi.co.cc/

ORANG ramai mengangkat jenazah Zami di IJN, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Tapah Road, Perak semalam. 

Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.
Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.


"Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Lakonan Zami bersama Pak Jabit.
 
Zami ketika memancing bersama anaknya Opie.

ZAMI ketika melawat rakannya, Ahmad Busu yang sakit di Taman Sri Andalas, Klang pada 25 September 2009. 

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.
Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".
Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.
{[['']]}

Al Fatihah!! Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

http://www.gosipsensasi.co.cc




PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja.
"Semalam, arwah mengalami masalah pernafasan dan muntah-muntah. Bila ibu dibawa ke klinik, doktor meminta saya dan adik beradik yang lain menghantarnya ke hospital kerana kandungan gula dalam badannya tinggi.


 "Disebabkan masalah itu, jangkitan berlaku di paru-paru pula. Dalam pukul 10 malam tadi, ibu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya.
"Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dab mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masih masak cili api dan saya masakkan untuknya," tuturnya.
Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.
Allahyarham telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin.
Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak.
{[['']]}

Datin Orkid Abdullah Dalam Kenangan

http://www.gosipsensasi.co.cc



APABILA berkemundang lagu Penawar Rindu di corong-corong radio, nama Datin Orkid Abdullah lantas segera bermain dalam fikiran para pendengar sebagai pelantun lagu tersebut.
Tidak dinafikan lagu berkenaan sebenarnya telah membawa namanya berada pada kelas tersendiri sehingga menjadi pujuaan ramai pada era 60-an dan 70-an.

Kini namanya hanya tinggal kenangan setelah Orkid menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu akibat menderita penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil sejak tiga tahun lalu.
Semasa hayatnya, ramai yang cukup mengenalinya sebagai seorang penyanyi. Namun, sebelum bergelar anak seni, beliau sebenarnya seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.

Malah, minat dan bakatnya dalam bidang nyanyian sudah mula timbul sejak Allahyarham mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian di Johor sekitar tahun 60-an.
Pada masa itu, Orkid sekadar memenuhi undangan membuat persembahan pada hari cuti memandangkan beliau mahu memberi sepenuh tumpuan kepada pengajiannya di maktab tersebut.

Apabila bergelar seorang guru, minatnya terhadap bidang nyanyian masih tetap diteruskan. Bagaimanapun, tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa tidak pernah diabaikan sepanjang menjadi guru selama 20 tahun.


Sepanjang bergelar anak seni, beliau sempat melahirkan tujuh buah album serta sering membuat persembahan dengan Les Coasters, sebuah kumpulan kugiran yang cukup popular pada era tersebut.
Selain lagu Penawar Rindu yang masih lagi popular sehingga hari ini, Orkid turut dikenali menerusi beberapa buah lagu lain seperti Carilah Ganti dan Idaman Dara.
Setelah tidak aktif lagi dalam bidang nyanyian, Allahyarham kemudiannya menghabiskan waktu terluangnya dengan menganggotai kumpulan Kawan.

Diketuai oleh Datin Azizah Mohamad (isteri Datuk A. Rahman Hassan), ia adalah sebuah kumpulan marhaban yang turut dianggotai oleh ramai artis veteran tempatan.
Salah seorang anggota kumpulan tersebut, Zalifah Ibrahim berkata, Allahyarham sememangnya antara artis veteran yang cukup aktif dan bertindak sebagai salah seorang ahli jawatankuasa.

“Memang Allahyarham sering mengikuti program marhaban dan berzanji. Biasanya, beliau juga yang akan mengetuai bacaan doa dalam kumpulan ini.

“Sepanjang mengenalinya apa yang saya lihat beliau adalah seorang wanita yang tidak banyak kerenah dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan,” ujar Zalifah yang pernah bergelar penyanyi dan sering bersama-sama membuat persembahan dengan Allahyarham.

Berduet dengan Mawi 

Kepergian Orkid dalam pada itu turut dirasai seorang lagi artis veteran iaitu penyanyi Aspalela Abdullah yang sememangnya agak rapat dengan beliau.
“Allahyarham sememangnya seorang insan yang terlalu baik. Dia bukan jenis yang suka sindir-menyindir dan sering menjaga tutur katanya apabila berbicara.
“Malah, sekiranya dia mempunyai sebarang masalah, saya adalah tempat untuk dia mengadu dan sebab itu saya terlalu sedih setelah pemergiannya,” ujarnya dalam nada sayu.
Menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun, Allahyarham meninggalkan seorang suami iaitu Datuk Mokhtar Omar, 70, serta empat orang anak iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, Noor Shafri Mokhtar, 35, dan Nur Shafinaz, 31.

Pemergian Allahyarham Orkid sebenarnya turut membawa pergi satu kisah yang mungkin tidak diketahui ramai pihak iaitu mengenai hajat beliau yang tidak kesampaian.
Promoter persembahan pentas terkenal, Mas Omar berkata, antara hajat besar Allahyarham yang tidak sempat untuk direalisasikan ialah beliau mahu berduet dengan Mawi menerusi lagu Penawar Rindu.
“Kira-kira dua tahun yang lalu, Allahyarham ada menemui saya dan memberitahu beliau ingin berduet dengan Mawi dan meminta saya menguruskan perkara berkenaan.
“Kemudian saya telah berbincang dengan Mawi dan dia bersetuju. Namun ia terpaksa ditangguhkan kerana kesihatan Datin Orkid yang tidak mengizinkan sehinggalah beliau meninggal dunia,” ujarnya.
Al Fatihah Untuk Allahyarhamah!!
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
{[['']]}

Penyanyi Lagu Penawar Rindu Menderita Kerana Ketumbuhan Meninggal Dunia

http://www.gosipsensasi.co.cc

ORKID disahkan menghidap ketumbuhan hormon tidak stabil.

 
SECEBIS doa agar kesihatan Datin Orkid Abdullah bertambah baik lebih adalah amat bermakna buat keluarga penyanyi era 60 an itu yang kini terlantar sakit, berbanding sumbangan wang ringgit.

Itulah yang dipohon oleh anak bongsu penyanyi ini, Nur Syafinaz Mokhtar, 31 terhadap peminat ibunya berikutan kesihatan yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Keadaan Orkid yang disahkan mengalami ketumbuhan hormon tidak stabil, semakin teruk sejak September lalu selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu pulang dari menghantar anak ketiganya Mohd Noor Shafri bertunang di Segamat, Johor.



Sejak anaknya itu, badan Orkid bertambah lemah menyebabkan dia hanya mampu berbaring. Bagaimanapun menurut anaknya Mohd Noor Shafri, ibunya seorang yang kuat semangat apabila tetap gagah berjalan walaupun cuma untuk seketika.
Tambah Mohd Noor lagi, ketika itu ibunya hanya sempat menyarungkan cincin di jari tunangnya dan selepas itu bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana mengadu dirinya tidak selesa selain badannya mula berasa panas.

“Selain berasa panas badan, petanda lain ialah berpeluh, sakit ulu hati dan sakit belakang. Sekarang ibu hanya berbaring, jika hendak duduk, dia memerlukan bantuan untuk menyokong bahagian belakang badannya. Jika tidak, tubuhnya menggelungsur. Saya dan adik bongsu menetap bersama ibu, jadi kami bergilir-gilir menjaga ibu. Mujur saya menjalankan perusahaan katering dan memasak tempahan makanan di rumah. Jadi boleh dikatakan setiap masa saya berada di rumah.

“Jika ibu inginkan sesuatu, dia buat ‘missed call’ ke telefon bimbit kami. Itu isyaratnya ibu mahukan sesuatu dan kami adik beradik akan bergegas ke bilik ibu. Sebelum ini, keadaan ibu boleh dikatakan baik juga. Cuma hari ini keadaannya nampak teruk,” kata Mohd Noor.
Berikutan penyakitnya yang bertambah teruk, Orkid enggan lagi berulang alik ke hospital.

Menurut Mohd Noor lagi, mereka pernah berhabis sekitar RM21,000 untuk seminggu rawatan di sebuah hospital swasta tetapi keadaan ibunya yang disahkan menghidapi penyakit itu pada 2008 semakin teruk.

Orkid kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya dan menjalani pembedahan pertama pada 2008 tetapi dimaklumkan doktor bahawa ketumbuhan itu boleh berulang, dan pada awal 2010, sekali lagi pembedahan membuang ketumbuhan itu dijalankan.

“Doktor mencadangkan supaya ibu menjalani rawatan di sebuah hospital di Amerika Syarikat dan Belanda. Rawatan di sana percuma, cuma kos penginapan perlu ditanggung sendiri. Namun dengan keadaan ibu yang tidak mampu duduk, tentulah sukar kami ke sana apatah lagi perlu menempuh penerbangan berbelas jam. Jadi hasrat itu kami batalkan saja,” kata Mohd Noor.

Orkid dikenali pada 1965 selepas membuat persembahan pertama di peringkat kebangsaan pada majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Selain menyanyi, Orkid juga guru. Beliau berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun iaitu dari 1968 hingga 1985.

Album pertamanya dirakamkan pada 1966. Sepanjang pembabitannya dalam bidang nyanyian, Orchid sering membuat persembahan dengan diiringi kumpulan The Les Coaters.

Kunjungan rakan ringankan derita

SELAIN beruntung dijaga dengan sempurna oleh anak-anaknya, Orkid beruntung kerana tidak menanggung penderitaan itu sendirian, tetapi turut mendapat perhatian rakan seperjuangan. Menurut Mohd Noor, rakan-rakan ibunya kerap berkunjung dan ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada ibunya.

Pada Rabu lalu, Orkid diziarahi oleh ahli Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) diketuai presidennya Datuk Freddie Fernandez serta beberapa teman lamanya, iaitu Datuk Sarimah Ibrahim, Datin Paduka Julie Sudiro, Datuk Aspalela Abdullah, MY Shamsuddin dan Shamsuddin Lamin.

Mereka meluangkan masa kira-kira satu jam bertanya khabar dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga itu.

Suasana petang itu di kediaman Orkid sedikit bungkam apabila teman yang berkunjung turut merasai penderitaan yang ditanggung keluarga Orkid. Julie Sudiro dan Sarimah nyata tidak dapat menahan kesedihan dan sebak melihat keadaan Orkid. Apakan tidak, tubuhnya yang satu ketika dulu berisi, kini susut dek penyakit luar biasa itu.

Tiupan kata semangat dan doa yang dibacakan Julie Sudiro serta diaminkan tetamu lain, sedikit sebanyak memberikan semangat kepada wanita campuran Arab - Inggeris itu.

Pada kunjungan itu, Freddie dan teman-teman artis turut mengambil peluang menghulurkan derma buat keluarga Orkid yang dikumpul hasil sumbangan ehsan teman-teman, bukan daripada tabung KARYAWAN.

“Ini bukanlah kunjungan pertama kami. Sebelum ini pun KARYAWAN pernah melawat Datin Orkid ketika beliau dirawat di hospital tahun lalu,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang yang didermakan.
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

.........................................................................................................................................................

 Al Fatihah! Penyanyi Orchid Abdullah Meninggal Dunia

 Rakan artis iaitu Datin Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Datuk Sarimah Ahmad serta Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez melawat penyanyi Datin Orchid Abdullah di rumahnya di Dataran Ukay, Ampang, 27 April lalu.

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.
Menurut anak bongsu Allahyarham, Nur Shafinaz Mokhtar,31, menerusi akaun Twitter miliknya, jenazah akan dimandikan di hospital tersebut dan dibawa ke Masjis Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.
"Doakan dia (Orchid) dirahmati Allah dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman," katanya pada Twitter tersebut.
Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.
Beliau telah dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi, Khamis.
Setelah tiba di hospital, Allahyarham yang pada mulanya ditempatkan di wad biasa dipindahkan pula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.
Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.
Suami Allahyarham Datuk Mokhtar Omar,70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius.
Difahamkan, ibu saudara Shafinaz yang rapat dengan keluarganya, Rogayah Yaakob, 59, juga ditempatkan di hospital sama sejak Jumaat lalu kerana penyakit asma.
Sementara itu, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, di sini, selepas solat Asar.
Antara rakan selebriti yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir termasuklah pelakon veteran Datin Umi Kalthum dan Datuk Sarimah Ahmad, penyanyi 60-an Datuk Jeffrydin, promoter persembahan Mas Omar dan penyanyi muda Nadia Aqilah.
Anggota kumpulan marhaban dan zanji yang dianggotai oleh Allahyarham iaitu Kawan turut hadir seperti Aspalela Abdullah, Datuk Yusni Hamid, Zalifah Ibrahim, Hamidah Urip, pelakon Maimunah Ahmad (Mak Jah) dan ramai lagi.


{[['']]}

Al Fatihah!! Seri Bayu Telah Kembali Ke Rahmatullah

http://www.gosipsensasi.co.cc


Port Dickson: Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.Allahyarham juga menderita penyakit saraf sejak enam tahun yang lalu.
Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.
Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal.
"Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.
Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.
Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.


Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.
Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Isnin April 4, 2011

'Sebelum Aku Pergi' Lirik Terakhir Nukilan Seri Bayu

PORT DICKSON: "Sebelum Aku Pergi" merupakan lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira 8.30 malam Sabtu akibat penyakit saraf.
Lirik itu dihasilkannya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, khusus untuk anak angkatnya Nazira Abdul Ghani, 16, yang baru mahu bertapak di bidang seni.
"Dia menyiapkan lagu ini dengan bahasa isyarat dengan dibantu oleh Nazira. Lagu dan lirik ini ditulis dalam dua minggu terakhir hidup Allahyarham.
"Lirik yang ditulis untuk lagu berkonsepkan balada ini banyak menyentuh kesedihan Allahyarham terutama mengenai masalah penceraian dengan isteri keduanya," kata abang angkat Allahyarham, Abdul Ghani Pandak Sidi, 50-an kepada Bernama.
Menurut Abdul Ghani, Seri Bayu dimasukkan ke Hospital Port Dickson pada Jumaat lalu apabila tiba-tiba dia iserang sakit kuat akibat jangkitan kuman dalam paru-parunya.

 
Komposer S. Atan turut melawat jenazah Allahyarham di Port Dickson Ahad.


Penulis lirik kelahiran Singapura yang juga bekas wartawan ini menderita sakit lumpuh selama enam tahun akibat masalah saraf.
Sepanjang tempoh itu, Allahyarham dijaga oleh adik-beradik angkatnya yang tinggal di Shah Alam, Serdang dan kali terakhir di rumah Abdul Ghani.
Antara bait lirik lagu Sebelum Aku Pergi ialah:-
"Lukaku simpan dalam senyuman. Menangis hatiku siapa yang tahu".
Nazira hanya termenung melihat helaian lirik lagu itu yang ditunjukkan oleh Abdul Ghani dan tidak dapat menjawab semua pertanyaan wartawan kerana terlalu sedih dengan pemergian ayah angkatnya itu.

 
Penyanyi Erema turut menyiram air di pusara arwah suaminya.


Dia berkata dia sukar untuk memahami pergerakan mulut serta tangan Allahyarham ketika menulis lirik serta lagu itu.
Seorang sahabat lama Allahyarham, Azmi Zahari memberitahu bahawa Allahyarham berkahwin dua kali tetapi kedua-duanya tidak bertahan lama.
"Saya tidak pernah berjumpa dengan anak-anak Allahyarham tetapi beliau ternyata amat sayangkan mereka. Potret lima anaknya dengan isteri pertama menjadi pengisi Allahyarham ketika rindu," katanya.
Azmi berkata beliau telah merancang untuk mengadakan konset kebajikan untuk Seri Bayu pada tahun lepas bersama dengan beberapa orang artis tempatan, tetapi konset itu tidak dapat diteruskan akibat masalah tertentu.
"Saya rasa sepanjang hayat Allahyarham, beliau telah menulis sebanyak lebih dari 2,000 lirik lagu. Artis yang mendapat khidmat penulis ini ialah Jamal Abdillah dan Anita Sarawak," katanya.
Artis tempatan yang dikatakan mendapat khidmat terakhir Allahyarham tahun lepas ialah penyanyi Sheeda melalui lagu "Muah Muah Sayang".
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telok, di sini selepas solat Zuhur pada Ahad.
Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah isterinya, penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema, Sheeda (dangdut), komposer S.Atan dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.
Antara yang hadir ialah bekas isteri pertama serta ibunya termasuk lima anak beliau iaitu Muhamad Akmal, 15, Muhamad Aiman, 14, Muhamad Aizam , 11, Ally Farjana, 9, dan Muhamad Adham, 7.
Pada 1 Disember 2008 Erema yang berasal dari Kuching, Sarawak telah mengemukakan permohonan untuk bercerai menurut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Kes tersebut masih berjalan di mahkamah berikutan keengganan Seri Bayu menceraikan isterinya itu.
Seri Bayu bernikah dengan Erema, pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur. -BERNAMA

{[['']]}

Penyanyi Utama Kumpulan Sweet September Meninggal Dunia

http://www.gosipsensasi.co.cc

Gambar kenangan Kumpulan Sweet September.

GEORGE TOWN: Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung.
Antonio yang popular dengan lagu Hatiku Kau Guris Luka dan Nak Kahwin Duit Tak Ada ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.
Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.
“Saya mengesyaki dia mungkin tergelincir atau menghadapi serangan jantung,” katanya.

Antonio Vincent masih aktif menyanyi pada usia 50-an.
Selain isteri, Antonio turut meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Rina yang berusia 30 tahun.
Sweet September dianggotai oleh lima ahli kumpulan tetapi sekarang hanya mempunyai dua anggota iaitu Ignatius James dan Dean Yusof masing-masing bermain piano dan drum.
Ignatus berkata, kumpulan itu merakamkan lapan album sejak tahun 1982 hingga 1986 termasuk beberapa album kompilasi.
Selain Antonio, dua anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adrian James dan Ronnie Ng Lian Seng telah meninggal dunia masing-masing pada tahun 1996 dan 2009.
Penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam yang mengenali Antonio pada tahun 1969 semasa sedang belajar memberitahu mendiang merupakan individu yang baik, rendah diri dan juga kelakar.
Majlis pengebumian dijangka akan di adakan di Tanjung Bungah, Rabu.
Klip video lagu Hatiku Kau Guris Luka boleh diikuti menerusi: http://www.youtube.com/watch?v=MCXbTw6S0KI
{[['']]}

Al Fatihah!! Pelakon Faizal Yusup (Bekas Suami Penyanyi Siti Nordiana) Meninggal Dunia




KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.
Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.
{[['']]}

Ucapan takziah untuk keluarga Shamrin Fotograf


Balu Shamrin membantu anaknya menyiram air di pusara Shamrin di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ, Subang Jaya. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
BERITA kematian penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, mengejutkan ramai pihak yang mengenalinya.
Sebelum ini penyanyi yang terkenal menerusi lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an ini tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mengalami penyakit serius.
Antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat Shamrin yang menghadiri upacara pengebumian.
Tiba-tiba sahaja, pada petang Khamis lalu Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Shamrin meninggal dunia akibat sakit jantung.
Mungkin, sudah tiba ajalnya dan Tuhan lebih menyayangi Allahyarham yang disifatkan oleh rakan-rakan artis sebagai seorang yang periang dan penyabar.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, Selangor selepas solat Jumaat.
Ahli keluarga dan rakan Allahyarham ketika menunggu giliran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah di Masjid Al-Falah USJ 9.
Shamrin yang berasal dari Kajang, Selangor telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.
Setelah kejayaan album itu mereka menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.
Antara ahli keluarga dan rakan artis yang menunggu di perkarangan masjid.
Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, bersama tiga orang anak iaitu Akmal Danish,5, Akmal Shamim, 18 bulan dan Siti Najwa,17, iaitu anak daripada perkahwinan terdahulu.
Jazriatul Akma Abu Saman sekarang ini sarat mengandung sembilan bulan.
Jazriatul tabah dan tenang walaupun menghadapi kematian suaminya dalam keadaan sedang sarat sembilan bulan.
Shamrin bawa anak beli mainan
Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami tersayang, namun riak wajah balunya, Jazriatul tampak tenang. Biarpun sedang sarat mengandung, wanita ini kelihatan tabah dan menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada lagi.
Bagaimanapun dia tidak pasti bagaimana hendak menerangkan kepada anak keduanya, Shamim yang rapat dengan Allahyarham suaminya.
Malah, anak sulungnya juga seakan tidak menunjukkan apa-apa reaksi apabila memberitahu bahawa bapanya sudah tiada lagi.
“Allahyarham kelihatan seperti biasa sahaja sepanjang seminggu lalu. Namun, kelmarin sebelum kali terakhir kami anak-beranak berjumpa, dia nampak lain sangat.
“Saya berasa hairan kerana sebelum ini biasanya dia tidak membawa anak-anak membeli alat permainan tetapi sebelum kejadian itu, dia sempat membawa anak-anak keluar jalan-jalan.
“Dia juga tidak sempat membelikan barangan bayi yang akan saya lahirkan dan hanya meninggalkan duit untuk saya membeli sendiri kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.
"Insya-Allah, saya dijangka akan bersalin pada awal Disember ini di Hospital Serdang, Selangor,” katanya selepas selesai upacara mandi dan solat jenazah Shamrin di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Jumaat.
Noreda memberikan sokongan kepada Jazriatul.
Memandangkan Jazriatul dijangka akan melahirkan bayi lelaki, dia akan menamakan anak itu sempena nama Shamrin.
Bekas Isteri Pertama Beri Sokongan Kepada Jazriatul
Anak pertama Allahyarham dengan bekas isteri pertamanya, Siti Najwa.
Dalam pada itu, bekas isteri pertama Shamrin, Noreda Mohd Ramli, 45, turut hadir melawat jenazah dan memberikan sokongan kepada Jazriatul.
Kelihatan riak wajah Noreda turut menyimpan perasaan sedih dan bersimpati dengan nasib balu bekas suaminya itu.
Noreda turut ditemani oleh anaknya, Siti Najwa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
“Saya tahu anak saya sangat sedih setelah menerima berita kematian ayahnya tetapi saya cuba memberi kekuatan kerana dia bakal menempuhi SPM nanti.
“Kami sangat terkejut kerana dia masih muda dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Minggu lepas, Allahyarham ada menghubungi Najwa untuk mengucapkan semoga berjaya dalam SPM dan berjanji untuk membawa bercuti bersama-sama selepas SPM," katanya.
Sementara rakan artis yang turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah penyanyi Nash (Lefthanded), Lah Ahmad, Nasser Wahab, Aris Ariwatan, Zura (The Girls), Hairi (Kool), Ali (Mpire), Zamani (Slam), pelakon Ayu Raudhah, Accapan, Abon dan bekas pemain bass Fotograf, Amran Abu Sidek.
Hairi (Kool).
Apa kata rakan-rakan artis:
Hairi (Kool)
“Semasa Shamrin meninggal dunia, saya dan beberapa rakan artis lain berada bersamanya. Sejak tumpang tidur di rumah Riot semalam, dia sudah nampak letih dan tak cukup tidur.
“Riot ada bercerita kepada saya, semasa Allahyarham di rumahnya semalam, Riot menyuruhnya berehat terlebih dahulu kerana Allahyarham kelihatan letih.
Amran Abu Sidek (bekas pemain bass Fotograf).
“Namun Allahyarham menjawab tak boleh tidur, bahaya, nanti tidur terus.”
Amran Abu Sidek (bekas pemain bass Fotograf)
“Minggu lepas, saya ada berborak dengan dia, merancang untuk memperjuangkan band tempatan yang dipinggirkan.
“Kami mahu lakukan bukan sebab duit semata-mata tetapi mahu tegakkan hak anggota band seperti kami. Selepas dia tiada, saya rasa tidak akan teruskan perancangan ini.
Opie (Bloodshed).
“Mengenali Allahyarham, dia merupakan seorang yang sangat berbakat dan sudah dilahirkan untuk bergelar penyanyi. Saya berani katakan yang dia merupakan penyanyi paling terbaik dalam industri hiburan ini.”
Opie (Bloodshed)
“Saya rapat dengan dia sejak zaman sekolah lagi. Saya pernah menerbitkan album Fotograf berjudul Fokus dan Juara Mimpi.
Shamsul Bahrin (bekas pengurus Fotograf).
“Minggu lepas, saya mengajak Allahyarham pergi buat show di Melaka dan dia beria-ia untuk menyanyi. Jadi, saya rasa terkejut kerana sepanjang mengenalinya, dia tidak pernah sakit dan aktif bermain bola sepak.”
Shamsul Bahrin (bekas pengurus Fotograf)
“Sebagai kawan, Allahyarham sangat prihatin dengan Ringgo (Fotograf) yang kini di tahan di penjara di Venezuela. Dia sanggup menunggu Ringgo pulang ke Malaysia untuk menerbitkan album terbaru tetapi nampaknya niat itu tidak kesampaian.”
Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger