Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Fazura. Show all posts
Showing posts with label Fazura. Show all posts

Fazura Tolak Babak Ranjang Dan Berpelukan



Fazura hormati permintaan ibu, terima tawaran berlakon dengan syarat.

Suatu ketika dulu, Fazura pernah melahirkan hasrat untuk memperlahankan kerjaya seninya demi permintaan ibu tercinta. Justeru, tahun lalu tidak banyak kelibat dirinya dilihat di layar perak atau skrin kaca. Cuma sesekali wajah jelita itu menghiasi kulit depan akhbar dan majalah sambil bercerita mengenai perniagaan butik yang baru diceburinya itu.

Bagaimanapun, ketentuan Allah tiada siapa yang tahu dan sebagai insan, siapalah Fazura untuk menolak rezeki yang terbentang di depan mata? Jendela 2013 dibuka dengan penuh kesyukuran apabila tawaran berlakon datang mencurah-curah.

Tak tolak rezeki

Enggan dilihat seperti menolak rezeki, aktres ini kembali membuat penampilan semula dengan menerima tawaran berkenaan. Begitupun, semua itu tetap ada syaratnya.

“Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya tidak akan berlakon dalam babak ranjang, berpelukan dan berpegangan tangan sambil berjalan. Saya buat begitu kerana saya menghormati permintaan ibu saya yang tidak suka dengan babak sebegitu.

“Memandangkan drama Kisah Cinta yang saya bintangi itu tidak mempunyai babak sedemikian dan kebetulan pengarah filem berkenaan kawan baik saya, serta ia menggandingkan pula saya dengan Shaheizy Sam serta Nazim Othman, jadi saya terima tawaran terbabit.

“Memang dari dulu lagi saya ingin berlakon dengan Sam kerana dia memang pelakon yang bagus,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta ubat gigi Colgate Optic White di Bandar Utama, pagi kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis.

Berhenti berlakon bila kahwin

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin ini berkata, sebagai pelakon ada ketika dia perlu bertolak ansur dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri.

Demi menghormati penulis skrip drama yang bakal disiarkan di Slot Lestary TV3 itu, Fazura terpaksa ‘melanggar’ sedikit syarat yang ditetapkannya.

“Ada satu babak saya perlu memegang tangan kekasih saya ketika kami meluahkan perasaan cinta masing-masing. Pegang sikit saja dan itu pun ketika kami sedang duduk. Babak itu perlu kerana ia mahu menunjukkan perasaan cinta kami. Saya kena juga menghormati kehendak penulis skrip.

“Bagaimanapun, jika boleh dielak, saya akan cuba mengelak demi menjaga perasaan ibu. Jika ditakdirkan saya berkahwin satu hari nanti, tak kisahlah dengan dengan sesiapa pun, memang saya akan berhenti berlakon. Jika bakal suami saya itu seorang pelakon, saya juga akan suruh dia berhenti berlakon,” tegasnya.

Oleh  Farihad Shalla Mahmud
{[['']]}

Gambar-Gambar Fazura Yang Cun Dan Mengancam!!

Wow! Selebriti jelita, Fazura memang cun habis! Bukan sahaja penonton yang terkesima, kami yang melihat buat pertama kali juga terpana seketika, heh!

Fazura muncul sebagai model untuk menggayakan fesyen untuk busana hari raya yang lepas yang menampilkan 5 Stars designer.

Walaupun kelibat selebriti-selebriti lain turut menjayakan pertunjukan fesyen kali ini seperti Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura, saat kemunculan Fazura telah diberikan 'standing ovation' oleh para penonton yang hadir.

Kenapa ya? Pakaian yang diperagakan oleh artis lain kurang menyerlahkah atau Fazura sendiri punya aset yang menarik perhatian penonton?
Busana rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Fazura menerima tepukan gemuruh disaat kemunculannya.

Yeah...Fazura memang hot!






Kredit: Ryaniez Moments Photography
{[['']]}

Fazura Nafi Ditaja Buka Butik Bernilai Ratusan Ribu


“Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini,” ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya House Of Doll di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini

Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.

Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa.

“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.

“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini.

” Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya ‘banker’ saya yang ada di sini,” katanya kepada Berita Harian.

Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini.



Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata, jelas Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita rasanya dengan dibantu pereka fesyen, Rizman Ruzaini.

“Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana, semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama Rizman. Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh peminat,” jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD.

Ditanya apakah dia akan sentiasa berada di butik itu untuk melayan peminat yang ingin membeli pakaiannya, Fazura berkata perkara itu tertakluk pada jadualnya.

“Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, saya akan berada di butik. Jika tidak, kakitangan saya akan membantu mereka,” jelasnya.

Kredit: rotikaya.com
{[['']]}

Gambar Pelakon Fazura Bercuti Bersama Kekasihnya



Gambar-gambar pelakon sensasi Fazura dengan kekasihnya iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail di Universal Studios,USA.
Kredit Sumber: beautifulnara.com


{[['']]}

Fazura Nafi Buat Pembedahan Payudara



KUALA LUMPUR: Aktres Nur Fazura Sharifuddin (Fazura), 28, Khamis tampil membuat penjelasan berhubung desas desus dalam beberapa ruangan gosip baru-baru ini mengatakan dia melakukan pembedahan payudara sehingga silikon yang dimasukkan itu pecah.
Fazura berkata, dakwaan yang mengatakan dia sedang dirawat di Hospital Serdang kerana masalah tersebut adalah tidak benar sama sekali.
"Saya tidak faham mengapa orang ingin mereka-reka cerita yang tidak benar dan saya hanya ketawa apabila mengetahui pihak itu bercerita mengenai diri saya.
"Perkara tersebut nyata khabar angin semata-mata dan ia jelas bertujuan menjatuhkan kerjaya saya sebagai seorang pelakon," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi terbaru keluaran Avon, Herve Leger, di sini, Khamis.
Dia bagaimanapun enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut dan memaafkan pihak yang menyebarkan fitnah itu.
"Ada perkara lebih penting yang harus saya beri tumpuan dan bukannya melayan cerita yang tidak benar mengenai diri saya," katanya yang telah pun menyambung kontrak sebagai jurucakap Avon selama setahun.
Ditanya adakah dia tahu siapa yang menyebarkan fitnah tersebut di Internet, Fazura berkata, dia tidak berani menuduh mana-mana pihak yang menjadi dalang dalam perkara berkenaan.
"Saya percaya pihak yang menabur fitnah itu akan menerima akibatnya. Saya tidak risau mengenai perkara itu," ujarnya.







Sementara itu, Fazura turut menjawab pertanyaan wartawan mengenai dakwaan dirinya cepat melenting apabila ditanya mengenai soalan berkaitan peribadinya.
Katanya, dia bukan mudah melenting tetapi ada kalanya rimas apabila cerita lama mengenai dirinya sering disebut-sebut.
"Apa yang sudah berlaku tidak boleh berpatah balik dan memperbetulkan kesilapan itu. Saya cuba memajukan diri dan tidak menoleh ke belakang, tetapi perkara lama yang sering disebut membuatkan saya rimas dan lemas," katanya yang berangkat ke Jakarta pada Jumaat (hari ini) atas urusan kerja.
Dalam pada itu, Fazura melahirkan rasa syukur kerana di sebalik semua kontroversi yang melanda dirinya, rezeki dalam bidang seni semakin murah.
Fazura memberitahu, selain kontraknya sebagai duta produk Avon disambung, beberapa lagi kontrak dengan produk lain seperti Lux, Hair Dreams masih diteruskan selama setahun.
Malah katanya, selain akan terlibat dalam beberapa penerbitan drama seperti Tahajud Cinta dan Pahitnya Madu, Fuzara memberitahu dia juga telah dilamar oleh Red Communication untuk berlakon dalam dua buah filem tahun ini.
Namun dia enggan mendedahkan butiran mengenai filem terbabit.
"Alhamdulillahlah, rezeki menyebelahi saya walaupun pelbagai cerita kurang enak diperkatakan mengenai diri saya sejak akhir-akhir ini," katanya mengakhiri perbualan.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger