{[['']]}
Faezah kata dia sudah tak tahan dengan taktik kotor sesetengah pengarah dan penerbit album yang hendak kena kipas 24 jam.
Malah ada pihak produksi yang mengugut hendak menjatuhkan dia jika tak dengar arahan mereka.
Bukan bermaksud Niezam tak percaya dengan kata-kata Faezah sehingga membuatkan Niezam nak ketawa, tapi Niezam terkejut kenapa baru sekarang, selepas beberapa tahun dia jadi artis, baru dia nak sedar?
Malah Faezah ambil masa empat tahun lagi sebelum mahu bersara jadi pelakon walaupun dia sendiri sudah kurang senang dengan dunia seni yang dia lalui buat masa ini.
Kepada Faezah dan rakan-rakan artis lain yang menerima nasib malang macam Faezah, dunia seni sememangnya tak seindah mana pun.Dunia seni menuntut pengorbanan yang tinggi. Malah kalau silap hari bulan, dunia seni juga menyebabkan maruah dan harga diri seseorang semakin runtuh.
Niezam tabik kepada Faezah kerana dia berani buat kenyataan sedemikian. Tak ramai orang macam Faezah yang tergamak mendakwa tempat mereka cari makan itu sebagai hina. Sama macam Wardina, dia tidak gentar mengatakan artis-artis tidak boleh jadi ikon.
Maka bila dunia seni itu busuk sepertimana yang Faezah dakwa, maka banyaklah produk-produk “busuk” akan kita lahirkan.
Sebagai contoh, ada yang buang tudung bila jadi artis. Ada juga yang bercerai berai kerana dunia artis. Itu belum dicampur artis-artis yang kena tangkap khalwat dan terlibat dengan dadah.
Sayangnya walau busuk macam mana pun dunia artis itu, ramai ibu bapa yang mahu anak-anak mereka jadi artis daripada memberikan mereka pendidikan sepenuhnya.
Niezam percaya dengan niat Faezah untuk bersara dalam masa empat tahun lagi kerana dia memang sudah meluat dengan dunia seni berbanding kerjaya pramugari yang disandangnya sebelum ini. Maka, jalan terbaik Faezah memilih untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak.
Tapi dalam masa empat tahun lagi macam-macam boleh jadi. Mungkin pada waktu itu Faezah sudah jadi artis tersohor sehingga pengarah dan penerbit filem nak “pijak kepala” pun takut? Siapa tahu?
Kalau selepas empat tahun dari tarikh artikel ini Faezah tidak mengotakan janjinya untuk meninggalkan dunia seni yang “busuk” ini, Niezam akan anggap Faezahlah sebenarnya yang busuk.-Niezam
Post a Comment