Latest Post :
Home » , , , , , , , , » Video Seks: Ariel Peterpan dihukum penjara tiga setengah tahun

Video Seks: Ariel Peterpan dihukum penjara tiga setengah tahun

{[['']]}
http://www.gosipsensasi.co.cc



JAKARTA, 31 Jan — Penyanyi Nazriel Irham atau Ariel Peterpan dikenakan hukuman penjara tiga setengah tahun hari ini selepas didapati bersalah berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan dua artis wanita — masing-masing teman wanita dan bekas kekasihnya tahun lalu.
Dia juga didenda RM80,000 (AS$28,000).
Bagaimanapun hukuman penjara itu kurang satu setengah tahun berbanding apa yang diminta oleh pendakwa raya.
Laman web Jakarta Globe melaporkan, sebelum mahkamah mengumumkan keputusannya Ariel tiba di pekarangan mahkamah dengan jeritan kira-kira 1,000 pengikut Pakatan Gerakan Islam, yang mengadakan tunjuk perasaan.
“Kami berada di kawasan mahkamah sejak perbicaraan bermula. Ini saat untuk mempertahankan undang-undang negara ini.
“Jika Ariel Peterpan dibebaskan, kami akan mengambil tindakan,” kata seorang pengikut kumpulan itu.


                  ARIEL dan Luna Maya di mahkamah, semalam.

ARIEL PETERPAN diiringi oleh polis keluar dari pekarangan Mahkamah Daerah Bandung selepas dijatuhi hukuman semalam.
Teman wanitanya Luna Maya juga berada di mahkamah dengan ditemani beberapa artis termasuk penyanyi legenda dan penulis lirik Titiek Puspa, bintang rok Achmad Albar dan pemuzik Melly Goeslaw.
Luna Maya memberikan Ariel pelukan mesra sebelum dibawa ke dalam mahkamah.
Ketika bercakap kepada pemberita sebelum hukuman dijatuhkan, Ariel berkata dia berharap hakim akan membebaskannya.
“Saya mahu dibebaskan. Saya sangat berharap saya akan dibebaskan,” katanya.
Anggota keluarganya tidak hadir di mahkamah hari ini.
Bagaimanapun peguam Ariel, OC Kaligis juga melahirkan keyakinan dia akan dibebaskan, tetapi khuatir akan keselamatannya jika mahkamah membebaskan.
“Jika dia dibebaskan, saya bimbang mereka yang mengadakan demonstrasi akan membakar mahkamah,” katanya.
Selepas mendengar hujah penggulungan balas pendakwa raya awal bulan ini Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, sekiranya kesemua berjalan dengan lancar dan tiada gangguan proses perbicaraan, beliau akan mengumumkan keputusan hari ini.
Pasukan pembela membidas tuntutan pendakwa raya supaya Ariel dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Pasukan pembela membentangkan hujah penggulungan 107 halaman manakala Ariel pula membacakan kenyataan tiga muka surat.
Ketua pasukan pendakwa raya Rysmanto berkata kekasih Luna Maya itu terbukti melanggar Undang-undang No. 44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Fasal 282 Undang-undang Jenayah.
Ariel dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video porno beliau dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari beredar bebas di internet sejak Jun lalu.


Tidak seperti Cut Tari yang telah mengakui bahawa video yang diedarkan itu adalah dirinya dan Ariel, hingga kini Ariel tidak mengakui sebagai pelaku dan pembuat video berkenaan.
Perbicaraan dia bermula pada 22 November lepas.
Laporan Bernama menyebut, keputusan hukuman dibacakan oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.





Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.
Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.
Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.
Kumpulan radikal Islam menyatakan rasa kecewa mereka terhadap keputusan itu dan menunut mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Ariel.
Selepas keputusan, berlaku insiden melempar batu oleh beberapa penunjuk perasaan ke arah kumpulan penyokong Ariel namun keadaan dapat dikawal.
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger