Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Artis Tengah Hot. Show all posts
Showing posts with label Artis Tengah Hot. Show all posts

Emma Maembong Berjaya Meraih Populariti Dalam Sekelip Mata





Tuah melingkari Emma Maembong kerana berjaya meraih populariti dalam sekelip mata. Langkahnya dalam bidang seni tidak sampai setahun, namun Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, sudah mendapat tempat dalam kalangan peminat sehingga tersenarai sebagai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.

Namun, walaupun masih baru, namanya turut tercalar gara-gara penyebaran gambar intimnya bersama kekasih yang dimuat naik dalam Internet yang mencetuskan kontroversi.

Emma ketika ditemui menga­kui terpaksa menerima leteran daripada keluarganya berhubung perkara itu.

“Apabila saya terangkan keadaan sebenar, mereka mula faham apa yang berlaku. Mereka tahu ia terjadi kerana jiwa remaja saya, cuma beruntung saya tak hanyut terus dalam khayalan.

“Waktu itu, saya masih di awal remaja dan kini saya sudah berubah sepenuhnya. Sekarang saya sentiasa berhati-hati. Saya juga tidak menganggap kemunculan saya mengganggu gugat rezeki pelakon yang sedia ada,” katanya.

Kini, jadual seni anak kesembilan daripada 11 beradik ini semakin padat berikutan popularitinya yang semakin mening­kat.

“Saya hanya ingin mencuba dalam seni tapi maklum balas yang diterima sangat besar hing­ga saya terkejut. Dunia saya berubah serta merta, namun saya tetap bersyukur,” katanya.



Emma berkata, sejak kecil dia jarang bergaul kerana bersekolah secara persendirian di rumah. Dia juga tidak bebas keluar membeli-belah dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

“Kakak saya, Yaya yang bawa saya berjumpa dengan pengarah, Erma Fatima untuk mencuba nasib pelakon. Bapa pada mulanya kurang bersetuju dengan pilihan saya tapi saya tetap dengan tekad saya.

“Memang awalnya saya sendiri kecewa kerana lakonan saya yang teruk. Namun, Erma memberi komen positif terhadap lakonan saya. Bermula watak kecil dalam Ustazah Shamsiah arahan Erma, saya ditawarkan berlakon dalam Kau Yang Terindah.

“Selepas itu saya berlakon pula drama Cinta Itu Bukan Milikku yang terus menaikkan nama saya kepada peminat. Saya gembira keluarga sudah nampak hasil saya apabila saya mampu bayarkan pelbagai bil dan belanja mereka,” katanya yang berdarah campuran Cina, Arab dan Bugis di sebelah bapa dan Scotland di sebelah ibu.

Emma juga tidak berahsia mengenai kekasih. Katanya, mereka sudah tiga tahun bercinta dan dia senang dengan sikap kekasihnya yang faham kariernya sebagai pelakon.
{[['']]}

Shila Amzah Tercalon Dalam 'World’s Best Female Artist' Bersama Adele Dan Taylor Swift



Penyanyi Shila Amzah sekali lagi bakal membawa nama Malaysia ke persada hiburan global. Tahniah Shila kerana telah tersenarai sebagai calon utama dalam kategori World Best Female Artist untuk World Music Awards 2012.

Pelantun Patah Seribu ini menandingi 40 calon hebat yang lain sekaligus akan bersaing dengan bintang seperti Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson, Madonna, Beyonce dan ramai lagi.

Memasuki edisi ke 23, World Music Award adalah majlis anugerah yang mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album dan lagu di seluruh dunia. World Music Awards 2012 di jadual berlangsung pada 20 Disember ini di Miami, Florida.

Walau apa pun mekanisme untuk seseorang artis itu membawa pulang World Music Awards, selamat maju jaya kami ucapkan buat Shila Amzah.



- mD
{[['']]}

Gambar-Gambar Fazura Yang Cun Dan Mengancam!!

Wow! Selebriti jelita, Fazura memang cun habis! Bukan sahaja penonton yang terkesima, kami yang melihat buat pertama kali juga terpana seketika, heh!

Fazura muncul sebagai model untuk menggayakan fesyen untuk busana hari raya yang lepas yang menampilkan 5 Stars designer.

Walaupun kelibat selebriti-selebriti lain turut menjayakan pertunjukan fesyen kali ini seperti Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura, saat kemunculan Fazura telah diberikan 'standing ovation' oleh para penonton yang hadir.

Kenapa ya? Pakaian yang diperagakan oleh artis lain kurang menyerlahkah atau Fazura sendiri punya aset yang menarik perhatian penonton?
Busana rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Fazura menerima tepukan gemuruh disaat kemunculannya.

Yeah...Fazura memang hot!






Kredit: Ryaniez Moments Photography
{[['']]}

Izara Aishah Yang Berbakat Besar Dan Paling Popular



POPULARITI Izara Aishah, 20, semakin melonjak sejak membintangi siri Vanila Coklat. Selain banyak menerima tawaran lakonan, aktres cantik ini juga dilamar menjadi duta produk penjagaan peribadi, Secret Garden.

Jika di awal kariernya dulu, nama bekas finalis Dewi Remaja 2010/11, kurang dikenali berbanding rakan seangkatannya, Neelofa dan Anzalna namun kini tuah lebih berpihak kepadanya.

Sedang membintangi siri Naziha di slot Zehra, TV3, Izara semakin pantas mencipta nama. Selain memiliki pakej lengkap, artis kelahiran Johor Bharu ini juga sangat berbakat dalam lakonannya. Malah hampir semua drama yang dibintanginya mendapat pujian peminat.




Mampu tersenyum lebar dengan pencapaiannya kini, gadis kecil molek ini nekad memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya.

Tahniah diucapkan kepada Izara dan semoga terus dapat memenangi hati peminat!
{[['']]}

Rihanna Puji Kehebatan Yuna di Twitter

   
Kalau di arena sukan tanah air kita ada ada' raja dan ratu atlet' yang cukup kita  bangga, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, yang mana mereka sekarang menjadi topik perbualan hangat ramai. Tak kurang juga di persada hiburan, kita ada Yunalis Zarai @ Yuna. Anak Malaysia yang kini sedang rancak mengembangkan empayar seninya di benua Amerika. Yuna sekarang sibuk dengan konsert jelajahnya di sana.

Rata-rata pencinta muzik tanah air memang sedia mengagumi bakat serta kredibiliti yang dimiliki penghibur bertaraf antarabangsa ini. Dan bukan saja kita rakyat Malaysia, malahan Yuna sudah membuktikan dia mampu mencuri hati ramai peminat muzik tak kurang selebriti terkenal Hollywood.

Malam tadi, sekali lagi Yuna mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian daridada penyanyi antarabangsa popular, Rihanna.

Rihanna menerusi Twitter rasminya telah memuji kehebatan pelantun Terukir Di Bintang ini. Dan tak lama kemudian Yuna membalasnya dengan ucapan terima kasih.

Mula-mula ni, di Twitter lah. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat Yuna berkolaborasi dengan nama-nama besar di sana dan siapa tahu, salah seorangnya adalah dengan Rihanna. Mudah-mudaha ada lagi khabar membanggakn yang akan dibawa Yuna untuk kita semua.

Yuna sebelum ini pernah muncul di rancangan bual bicara popular Amerika, Conan, sekitar April lalu. Di samping lagu berjudul Live Your Life yang dimuatkan di dalam album versi Amerikanya merupakan satu di antara lima lagu yang terkandung dalam projek kolaborasi beliau bersama penyanyi Rap terkenal, Pharrell Williams.



- mD
{[['']]}

Aaron Aziz Kini Sah Menjadi Penduduk Tetap Malaysia

Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik serta anak-anak.

POPULARITI ada habuan kepada pemiliknya. Baik atau buruk, populariti menjadikan seseorang artis itu berada di satu tempat istimewa berbanding artis yang kurang popular. Seperti yang berlaku kepada Aaron Aziz, 36, sejak memenangi hati rakyat Malaysia sehingga bergelar Artis Paling Popular 2011, apa sahaja cerita terbaharu dirinya akan mendapat perhatian ramai.

Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang merunsingkan buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron yang selama ini dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.

Pertengahan minggu lepas, satu sumber Sensasi Bintang membongkar status permohonan PR oleh Aaron yang didakwa telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Turut dilampirkan dalam e-mel tersebut ialah salinan kad MyPR milik isteri Aaron, Diyana Halik. Jumaat lalu, Sensasi Bintang berjaya menghubungi Aaron Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

Bercakap kepada Sensasi Bintang, kata Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.

"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron setelah meneliti semula gambar kiriman e-mel sebelum memberikan keterangan lanjut.

Ditanya mengenai proses permohonan PR olehnya yang cepat mendapat kelulusan kerajaan Malaysia, Aaron menyerahkan perkara itu kepada pihak KDN untuk memberikan penjelasan.

"Saya tidak rasa cepat atau lambat kelulusan permohonan itu akan menjadi satu isu. Saya tiada hak untuk bercakap tentang rasional atau alasan bagaimana permohonan saya diluluskan. Mungkin saya telah menepati syarat yang ditetapkan," katanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz turut meluahkan rasa syukur kerana berbekalkan bakat seni yang dimiliki, dia kini boleh bekerja dan menjadi sebahagian daripada penduduk Malaysia. Dia berterima kasih kepada semua pihak atas rezeki dan penerimaan semua terhadap kehadirannya menjadi salah seorang pelakon di Malaysia.

Sebagai rekod, Aaron sebelum ini mendakwa Malaysia dekat di hatinya. Itulah antara sebab mengapa pelakon yang hangat menerusi filem KL Gangster itu memohon PR. Pelakon yang berasal dari Singapura itu memohon taraf penduduk tetap pada Ogos 2011.

Populariti serta aura Aaron semakin mendapat perhatian usai menjulang anugerah tertinggi dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2011, April lalu, nama aktor sasa Aaron hangat dengan isu PR yang dipohonnya. Isu itu menjadi kecoh apabila kemenangan Aaron dipertikaikan Zed Zaidi yang ketika itu bercakap atas kerusi Timbalan Presiden Seniman itu meluahkan rasa kurang senangnya kerana pemenang anugerah berdasarkan populariti itu dimenangi pelakon warga Singapura.

Isu itu berlarutan sehingga memaksa Aaron bercakap soal status dan warganegara sehingga terkeluar berita bahawa permohonan PR olehnya sudah mendapat kelulusan dan sedang menunggu waktu untuk diambil daripada KDN. Namun, selepas berita itu disebarkan oleh portal Gua.com, Aaron dalam satu kenyataan menafikan pengakuannya tentang kelulusan status PR berkenaan.

"Sebelum ini orang pernah menyebarkan salinan kad pengenalan palsu saya. Kad itu yang sengaja dicipta untuk memburuk-burukkan saya. Sekarang salinan MyPR saya pula disebarkan. Saya rasa ini kerja orang dalam dan saya tidak tahu apa niatnya menjadi penyebar kepada dokumen sulit pihak lain," kata Aaron sedikit kesal tetapi berterima kasih kepada Kosmo!

Akhiri Aaron: "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anda dan Kosmo! disebabkan berusaha mendapatkan pengesahan daripada saya sendiri dan tidak menyiarkan gambar kiriman e-mel tersebut tanpa kebenaran daripada saya."-kosmo
{[['']]}

Aktres Carmen Soo Paling Seksi di Asia Tenggara



Sebahagian besar daripada anda mungkin tidak mengenali siapakah gerangan gadis ini. Diperkenalkan... Carmen Soo. Aktres Malaysia berketurunan Cina yang sering muncul menerusi lakonannya dalam drama ataupun filem pelbagai bahasa. Itu pun kalau anda tonton drama mahupun filem tempatan lah. Atau senang kata, gambar salah satu model yang terpampang di papan iklan mega di Bukit Bintang bagi jenama fesyen Jepun, Uniqlo, dia lah tu.

Baru-baru ini, majalah lelaki Complex telah menyenaraikan 25 pelakon antarabangsa paling seksi yang mungkin peminat hiburan tidak pernah dengar nama mereka dan apa yang menjadi perhatian. Sekaligus pelakon teater 'A Girl From Ipoh' ni merupakan satu-satunya figura yang mewakili Asia Tenggara yang berada dalam kedudukan top 5.



Pelakon kelahiran Ipoh, Perak ni mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Kahit Isang Saglit pada tahun 2008. Sementelah drama TV hits Filipina itu tercalon dalam finalist anugerah Antarabangsa Emmy.

Perkembangan terkini, Carmen Soo sedang menjalani tiga projek besar di Asia termasuk filem 3D pertama Malaysia, The Hunter.





- mD
{[['']]}

Aaron Aziz Sedia Tunjuk Permit Kerja

Diyana Halik memakai set mutiara Raflessia bernilai RM250,000 sambil berkongsi kegembiraan bersama suaminya Aaron Aziz.

KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz berani menyahut cabaran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang mahu Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) menyemak semula kemasukan artis-artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja.

Aaron yang merupakan warganegara Singapura berkata, dia tidak kisah untuk menunjukkan permit bekerja di negara ini yang dimilikinya jika diinginkan pihak terbabit.

"Saya menganggap perjuangan Seniman yang ingin membanteras kemasukan artis negara luar yang berkemungkinan besar tidak mempunyai permit bekerja adalah satu perkara yang dialu-alukan.

"Tetapi ia seperti tidak adil pula bagi artis seperti saya yang perlu melalui macam-macam perkara untuk berlakon di Malaysia termasuklah berhadapan dengan pihak Imigresen, sehinggakan mereka dah kenal dah saya yang kerap berulang alik ke pejabat mereka," katanya yang ditemui pada majlis pemberian hadiah barangan kemas bernilai RM250,000 di Rafflesia, Hotel Park Royal, di sini, Isnin.

Hadiah itu diberikan bersempena dengan kemenangan Aaron sebagai Bintang paling Popular ABPBH 2011 (Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011).

Tambah Aaron, walaupun ada sesetengah pihak merasakan perjuangan Seniman dibuat kerana ada kaitan dengan kemenangannya, namun dia menganggap dirinya langsung tiada kaitan dengan isu tersebut.

Sementara itu, mengenai hadiah barangan kemas yang diterima itu, Aaron bersyukur imbuhan yang diterima hasil daripada titik peluhnya itu dapat dikongsi bersama isteri tersayang, Diyana Halik.

"Selama ini bukan saya seorang yang bertungkus lumus mengukuhkan kerjaya sendiri tetapi isteri juga banyak membantu daripada segi pengurusan jadual penggambaran dan perjumpaan dengan pihak-pihak produksi.

"Jadi hadiah barangan kemas ini sememangnya layak buat Diyana yang bersusah payah untuk saya," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya tidakkah Aaron berasa risau dengan keselamatan keluarganya apabila mendedahkan penerimaan hadiah itu kata Aaron, dia ada menyediakan peralatan keselamatan di rumah.

"Semestinya saya ada meletakkan alat keselamatan dalam rumah kerana tidak mahu apa-apa perkara buruk yang terjadi kepada isteri dan anak-anak.

"Bagaimanapun selebihnya, saya berserah kepada Tuhan dan berdoa kepada supaya kami semua berada dalam keadaan selamat dalam semua perkara," tegas Aaron.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
{[['']]}

Legasi Kecantikan Keluarga Neelofa

Neelofa mewarisi kecantikan ibunya.


WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.



BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.

 SAMA CANTIK... Kartini (kanan) mewarisi kecantikan daripada Bibi.


Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.


“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.

Oleh:RIADZ RADZI,RUDY IMRAN SHAMSUDIN dan NURUL HUSNA MAHMUD
{[['']]}

Priyanka Chopra Mempunyai Pengikut Paling Ramai DalamTwitter



MUMBAI-Aktres Priyanka Chopra disebut-sebut sebagai selebriti paling popular di Bollywood. Pelakon filem Ra One itu mempunyai jumlah pengikut paling ramai dalam laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar. Priyanka sekali gus mengatasi rekod pemain kriket India, Sachin Tendulkar yang pernah mencatatkan pengikut seramai 2,208,617 orang.


Menurut One India, aktres berusia 29 tahun itu mencatatkan jumlah pengikut di Twitter seramai 2,256,139 pada awal minggu lalu.

Priyanka bukan sahaja popular di Twitter tetapi turut mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat India seperti yang dilaporkan menerusi satu kaji selidik.

Menurut kaji selidik tersebut, Priyanka dikatakan sebagai orang paling berpengaruh di laman sosial dengan mengenepikan banyak nama popular lain.

Kaji selidik itu yang menyenaraikan 99 nama selebriti lain di Bollywood termasuk Aamir Khan, Salman Khan dan Taran Adarsh.
{[['']]}

Steven Tyler Kembali Popular Gara-Gara 'American Idol'



SEJAK tahun lalu, nama Steven Tyler kembali berada dalam radar hiburan dunia. Semuanya gara-gara kemunculannya sebagai juri program realiti paling terkenal, American Idol 10 (AI). Belum mahu berhenti daripada menjadi pengkritik, bersama rakan jurinya, Jennifer Lopez dan Randy Jackson, Tyler kembali duduk di kerusi American Idol musim ke-11.
Walaupun sebelum musim ke-11 bermula ada terdengar berita bahawa Jeniffer Lopez tidak akan menyambung kontraknya bersama AI, namun hal itu berlalu apabila dia kembali duduk beriringan dengan Randy dan Tyler untuk mencungkil satu lagi bajat baharu daripada AI.
Kembaranya daripada seorang vokalis band terkenal yang cukup fenomena sejak ia ditubuhkan sekitar tahun 70-an, Aerosmith kepada menjadi seorang pengkritik telah mendapat respons yang pelbagai. Banyak sisi baharu lelaki berusia 64 tahun itu dibongkar - ironi, dia yang membongkar sisi hidupnya satu persatu, termasuk tentang ketagihan dadah yang menghancurkan kariernya kurang 10 tahun Aerosmith sukses.
Tanpa berselindung, Tyler juga memberitahu, dia yang memaksa pengurus baharunya mendapatkan dia kerja selepas masalah dengan anggota Aerosmith masih belum menemui kata putus. Padahal dari sisi anggota Aerosmith pula mengaku yang mereka akhirnya terpaksa mengugut dia dengan pengumuman bahawa Tyler bukan lagi vokalis mereka selepas gagal dihubungi. Dia juga membuat banyak masalah kepada band tersebut sepanjang mereka membuat konsert jelajah dunia pada tahun 2009.



LEGENDA. Seorang vokalis band rock Aerosmith, Steven Tyler kini membina reputasi baharu yang lebih bersih dengan menjadi pengkritik American Idol untuk dua musim iaitu musim ke-10 dan ke-11 yang kini sedang hangat ditayangkan di 8TV pada setiap Jumaat dan Sabtu.

“Saya paksa dia cari kerja untuk saya. Saya suruh dia dapatkan saya posisi pengkritik di American Idol musim baharu. Pembabitan saya dengan AI bukan untuk membuktikan apa-apa kepada Aerosmith, tapi saya cuma nak mereka tahu bahawa mereka juga susah kalau tanpa saya kerana saya boleh berdiri sendiri jika saya mahu,” ujar Tyler mengenai pembabitannya sebagai pengkritik program tersebut sekitar penghujung tahun 2009 yang lalu.
Di dalam AI, pemilik autobiografi Does the Noise in My Head Bother You? Around itu terkesan menjadi seorang pengkritik yang penuh humor. Kritikan yang keluar daripada mulutnya jarang kedengaran kasar atau sakarstik, sebaliknya ia bersifat toleransi.
Akui pemilik nama sebenar Steven Victor Tallarico itu, dia sengaja berbuat demikian. “Saya ada pilihan untuk berkata ‘suara awak tak sedap. tolong cermin diri bila pulang nanti.’ Tapi saya memilih untuk tidak memberi kritikan yang kasar kerana saya mempunyai anak.
“Bagaimana perasaan seorang ibu atau bapa yang mendengar anaknya dikritik teruk dan dia barangkali tidak akan pernah menyanyi lagi untuk diri sendiri misalnya kerana menerima kritikan buruk daripada saya. Sebab itu saya memilih untuk bercakap dengan bahasa yang lebih baik,” katanya yang memilih untuk lebih kelihatan diplomatik.
Hal itu juga didorong kerana dia sendiri pernah menjadi bapa yang tidak prihatin terhadap dua anaknya, Liv Tyler dan Mia Tyler kerana kesibukan bersama Aerosmith selain pengaruh dadah yang selalu membuat dia berada di luar paras normal.
Ditanya tentang persepsinya mengenai para peserta yang hadir ke sesi uji bakat, Tyler memberitahu, sepanjang dua siri tempoh menilai bakat baharu, terdapat banyak anak muda yang mempunyai bakat menyanyi namun tidak dilengkapi karisma yang akan membuat mereka bertahan dengan sepak terajang dunia hiburan.
Dia juga memberitahu: “Ini bukan soal mencari siapa yang menyanyi lebih baik. Itu yang saya beritahu penerbit kerana di luar sana, banyak orang yang boleh menyanyi dengan lebih baik. Sebaliknya seseorang itu perlu ada karakter. Macam orang menilai saya atau J.LO atau Randy. Mereka menilai kami secara pakej, dan itu yang kami cari dalam diri peserta AI.”
Dadah
Tyler kemudian memutar memorinya ke belakang. Beberapa bulan sebelum menyertai AI, pelantun lagu-lagu hit seperti Dream On, Walk This Way dan I Don't Want To Miss A Thing itu, kehidupannya masih bercelaru dengan keluar masuk pusat pemulihan untuk membebaskan diri daripada dadah. Gagal berkali-kali untuk bebas daripada najis tersebut, sebenarnya ia terletak kepada kemahuan dirinya sendiri.
Beritahu Tyler, dia telah terjebak dengan dadah sejak awal lagi bersama Aerosmith. Ujarnya ia (dadah) adalah perkara normal yang berlaku di dalam hidup semua orang pada era 70-an.


AEROSMITH kini masih tergantung sama ada untuk berbaik semula atau bubar.

“Lebih-lebih lagi apabila anda berada di dalam band seperti Aerosmith. Dengan album yang terjual berjuta unit, lagu yang membuat banyak orang kecanduan, kehidupan yang dipuja semua orang, apa lagi yang lebih hebat daripada tidak menggunakan dadah?”
“Sementelah pada zaman kami, tiada MTV misalnya dan kami perlu selalu berkelana untuk memperdengarkan muzik kami kepada semua orang dan kami bermain di tiga persembahan dalam masa sehari, saya memerlukan sesuatu. Sesuatu itu adalah dadah,” katanya yang mengambil dadah jenis kokain tanpa berselindung.
Namun hari ini, seperti mana dia memberi imej yang lebih sopan di kaca televisyen menerusi AI biar masih ‘liar’ dengan imej rock n roll yang telah sebati dengan dirinya, Tyler mahu mengembalikan kehidupannya sebaik mungkin.
“Sebenarnya, saya patut bersyukur dengan keadaan hidup saya sekarang dan penglibatan saya bersama AI. Saya terasa menjadi seorang yang lebih baik dan terasa sedang berada di antara kelompok manusia terbaik di dunia,” katanya penuh bahagia.
{[['']]}

Aaron Aziz Cedera Gara-Gara Babak Stunt

 
Pelakon super-duper terkenal, Aaron Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara babak stunt dalam filem KL Gangster 2.
Menurut portal Murai, Aaron memilih untuk melakonkan sendiri ‘lagak ngeri’ dalam salah satu babak dalam filem berkenaan.
Dek kerana tersalah ‘landing’, mamat tu terpaksa ‘landing’ di katil hospital!
Tetapi kepada ribuan peminat Aaron di luar sana jangan risau, ujian X-ray TIDAK menunjukkan kecederaan serius yang dialami pelakon kelahiran Singapura itu.
Dalam erti kata lain, tak sampailah patah tulang temulang pelakon hebat tersebut
Apapun lebam-lebam jugalah badan dia khabarnya.
Agak-agaknya ‘scene’ apalah yang dia lakonkan sampai jadi macam tu?
Ni yang tak sabar nak tunggu KL Gangster 2 ni.
Yang pasti, kerja tu kerja lah jugak kan, harapnya Aaron kena ambil berat soal keselamatan apatah lagi dia bukanlah ada pengalaman sangat dalam buat kerja-kerja stunt sebegini
Bukan apa, malang tak berbau bro! 

Oleh SYAHRIL A. KADIR
{[['']]}

Rozita Che Wan Yang Ajak Zain Saidin Bercuti Ke Genting Highlands



JIKA dulu Rozita Che Wan lebih bersikap terbuka dan mengaku mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Akademi Fantasi (AF8), Shahir, dan akhirnya hubungan tersebut terputus begitu sahaja, kini pelakon Kiah Pekasam itu mengambil jalan selamat untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya. Terkini, ramai yang sudah menghidu mengenai bibit percintaan di antara Rozita bersama adik kepada Shasha Elite iaitu Zain Saidin sehinggakan Zain sanggup menemani Rozita dan anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, ke Genting Highlands, Pahang pada hari Selasa lalu sempena musim cuti persekolahan anak-anak Rozita.
Malah, khabar yang sampai ke telinga Kosmo! mengatakan Zain sanggup mengenepikan semua urusan pada hari itu semata-mata untuk menunaikan kehendak Rozita yang ingin pelakon drama Gemersik Kalbu itu mengikutinya bersama anak-anak bercuti ke Genting Highlands.


 Zain berkongsi cerita mengenai percutian bersama Rozita dan anak-anaknya Genting Highlands baru-baru ini.
Kosmo!: Dengar cerita awak bercuti bersama Rozita Che Wan ke Genting Highlands baru-baru ini?
Zain: Ya. Saya ada pergi bercuti dengan dia dan anak-anaknya ke Genting Highlands. Dia minta saya untuk temankan dia dan anak-anaknya ke sana. Dia juga minta saya memandu kenderaan miliknya, dan saya menerima pelawaan dia.
Kenapa dia minta anda menemani dan memandu ke Genting Highlands? Bercuti bersama anak-anak dia pula. Sememangnya kelihatan anda begitu istimewa di hati Rozita. Komen anda?
Saya dan dia memang berkawan rapat. Semuanya bermula selepas kami berlakon bersama dalam drama Kiah Pekasam. Saya juga rapat dengan anak-anak dia dan boleh bergurau senda dengan mereka. Tapi, hubungan kami sekadar teman rapat sahaja.
Berapa lama anda berdua bercuti ke Genting? Dan adakah destinasi percutian lain yang anda berdua pergi?
Kami pergi ke Genting sehari sahaja. Balik hari. Kami hanya pergi ke Genting sahaja dan kami tidak ada pergi ke tempat percutian lain.
Adakah anda memang menyukai wanita yang lebih berusia?
Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Tak kira muda atau tua. Sememangnya saya senang berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk Rozita.
Kalau sudah ditakdirkan jodoh anda bersama Rozita bagaimana?
Kalau sudah jodoh saya dengan dia, secara automatik saya terima.
Beralih cerita mengenai diri anda. Apa yang sedang anda lakukan sekarang?
Saya sekarang tengah sibuk penggambaran drama 13 episod untuk RTM iaitu Bermulanya Di Sini. Dalam drama itu saya digandingkan bersama Miera Liana. Selain itu, ada juga tawaran lain tetapi masih belum ada perjanjian hitam dan putih. Drama lakonan saya Gemersik Kalbu juga kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 pukul 7 petang setiap hari Isnin hingga Khamis.
Selain berlakon apa lagi perkara yang anda lakukan? Menyanyi atau mengacara?
Selain fokus berlakon saya juga sekarang sedang sibuk menghasilkan tiga single lagu rap yang bakal dikeluarkan tak lama lagi. Lagu rap yang dihasilkan sendiri oleh saya ini akan dikeluarkan serentak. Tiga tajuk lagu single itu adalah Transformasi, Cerita Cinta dan Niat Khalifah.
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
{[['']]}

Aaron Aziz Bukan 'Mata Duitan'

Gambar Aaron Aziz bersma isteri dan anaknya.

SHAH ALAM: Pelakon kacak, Aaron Aziz menolak anggapan sesetengah pihak dia bersikap mata duitan kerana membolot semua tawaran berlakon yang diberikan walaupun filem itu tidak sesuai dengannya.
Aaron berkata, meskipun terdapat beberapa filem lakonannya gagal mendapat perhatian di pawagam, dia sebenarnya tidak melihat kepada tema sesebuah filem itu sebaliknya kepada watak yang diberikan.
"Saya akui ada sesetengah filem temanya tidak bersesuaian tetapi saya lebih memberi tumpuan kepada watak yang ditawarkan kepada saya.
"Soal membolot dan mata duitan tidak sepatutnya timbul kerana ini adalah punca rezeki saya dan seharusnya saya bekerja kuat untuk memberi nafkah kepada keluarga.
"Bagaimanapun saya akui ada sesetengah filem temanya tidak bersesuaian tetapi tumpuan saya adalah kepada watak yang ditawarkan sama ada sesuai atau pun tidak," ujarnya kepada mStar Online.
Antara filem lakonan Aaron sepanjang 2010 dan 2011 ialah Syyhh... Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka, 2 Alam, Datin Ghairah, KL Gangster dan Ombak Rindu.
Mengikut rekod Finas, filem lakonan Aaron iaitu 2 Alam mencatat kutipan paling rendah iaitu sebanyak RM440,000 sementara filem KL Gangster meraih kutipan RM11.74 juta.
Dalam pada itu, Aaron berkata, dia akan lebih selektif terhadap filem dan watak yang ditawarkan kepadanya selepas ini kerana ingin memastikan karya tersebut berkualiti dan dapat diterima penonton.
Ujarnya, itu bukan bermakna dia sudah mulai “demand” atau berlagak tetapi tidak mahu peminat menuduhnya sebagai artis ‘tangkap muat’.
"Kegagalan sesebuah filem bukan dapat dijangka kerana kita sebagai pelakon telah melakukan terbaik dalam kerjaya kita tetapi saya ingin lebih selektif dan berhati-hati sebelum menerima sesuatu watak," ujarnya.
Sementara itu, Aaron yang bakal berangkat ke Tokyo, Jepun pada 10 Januari ini berkata, dia bakal muncul dengan filem terbarunya iaitu KL Gangster 2 dan Taikon pada tahun ini.
Selain itu, Aaron memberitahu dia baru sahaja menerima tawaran berlakon filem berjudul Kerat 14 bersama pelakon Siti Saleha dan akan menjalani penggambaran dalam masa terdekat.
"Kerat 14 adalah sebuah karya yang baik dan saya cukup teruja untuk memulakan penggambaran dan berharap hasilnya disukai oleh penggemar filem tempatan.
Dalam perkembangan lain, Aaron cukup gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem Ombak Rindu dengan kutipan melebihi RM11 juta dan terkejut dengan sambutan peminat terhadap karya Osman Ali itu.
"Kadang-kadang sampai ada orang panggil saya Hariz dan sambutan luar biasa ini cukup merubah kerjaya seni saya," ujarnya.
{[['']]}

Neelofa Mempunyai Pakej Cantik Dan Pintar


PERJALANAN Noor Neelofa Mohd Noor cukup hijau dalam bidang seni tanah air. Namun, limpahan publisiti yang diterima oleh aktres kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini cukup luas dan besar sehingga dia mampu melonjakkan namanya ke tahap tinggi dalam tempoh kurang dua tahun bergelar pelakon.
Semuanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan pencarian Dewi Remaja 2010, kembara seni Neelofa menyusur dengan baik dan penuh warna-warni. Menjadi selebriti yang cantik dan digilai ramai adalah cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh gadis berusia 22 tahun ini kerana sering terkena tempias kontroversi.





Namun, Neelofa dilihat sebagai muka baru yang berani dan tegar menghadapi pelbagai gosip liar dan tohmahan yang dilemparkan. Kini, pelakon yang bakal muncul dengan filem Azura 2012 pada tahun ini boleh menarik nafas lega kerana sudah berjaya mengukuhkan namanya sebagai pendatang baru yang popular dan berjaya.
APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG?
Memikirkan banyak masalah yang berlegar di fikiran.
SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI?
Ibu saya Noor Kartina.
APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI?
Menjadi buta kerana mata adalah anggota yang paling penting.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?
Peramah dan bertolak-ansur.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?
Tidak menepati masa.
PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Memandu bersendirian ke Seremban, Negeri Sembilan tanpa merujuk pada alat Global Positioning System (GPS).
PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?
Pernah.
PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?
Tentulah pernah tetapi saya mahu rahsiakan.
BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?
Menyanyi.
JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR?
Sikap suka melengah-lengahkan sesuatu kerja atau urusan.
APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?
Keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (5A), Penilaian Menengah Rendah (8A) dan Sijil Pelajaran Malaysia (10A), menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010 dan menggalas watak Azura dalam filem Azura 2012.
PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?
Apabila saya mengalah atau berundur sebelum mencuba.
KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Menjayakan watak dalam filem pertama saya iaitu Azura.
PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI YANG ADA PADA SEORANG KAWAN?
Cukup sekadar menjadi pendengar yang baik dan setia kepada masalah saya.
SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?
Tiada.
SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?
Tiada.
BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?
Menerusi nama baik dan disiplin yang saya amalkan sepanjang terlibat dalam bidang seni.
MOTTO KEHIDUPAN ANDA.
Permulaan yang buruk pasti ada ruang untuk memperbaikinya agar berakhir dengan penghujung yang baik.
{[['']]}

Wajah Jelita Neelofa Menjadi Rebutan Ramai Penerbit



BIARPUN digelar pendatang baru, wajah jelita pelakon, Neelofa sudah menjadi rebutan ramai penerbit.
Seunik orangnya, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ini bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010.
Bermula dengan filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon lima filem.
Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan ini.
Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan.
Selain bidang lakonan, Neelofa juga meluaskan karier seninya dalam bidang pengacaraan apabila digandingkan dengan pengacara dan penyampai Hot FM, Fara Fauzana untuk mengendalikan program Nona di TV3.
Neelofa sempat berkongsi tentang pengalaman pertamanya menjalani penggambaran episod pertama Nona di Lombok, Indonesia.
“Dalam setiap episod ada enam segmen dan saya mengendalikan segmen makan angin di Lombok.
“Saya rasa seronok kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jika dulu, saya memberi tanggapan negatif dengan tempat ini memandangkan ramai wanita Malaysia yang dibawa lari oleh lelaki Indonesia ke sana.
“Tetapi apabila sampai ke sini, persepsi itu berubah dan saya rasa tempat ini menjadi popular kerana kecantikan tempatnya serta banyak lagi lokasi yang belum diterokai dan boleh dibangunkan seperti Bali.
“Saya ke Lombok ditemani orang lain termasuk panel yang mengendalikan kru Nona di sana. Alhamdullillah, ada yang memaklumkan mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya.
“Apapun, saya tahu program ini sangat besar dan jika ada penonton yang tidak berpuas hati, saya tidak akan rasa kecewa kerana saya sudah memberikan yang terbaik dan saya, pengalaman akan mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih baik,” ujarnya yang berada di Lombok selama empat hari bermula 28 November hingga 2 Disember lalu.
Jelasnya lagi, dia tidak akan menyesal menerima tawaran pengacara Nona walaupun masih muda untuk mengendali program tersebut.
“Saya mengidam program seperti ini dan mahu menjadikan Nona sebagai batu loncatan untuk melonjak karier saya.
“Usia tidak semestinya menentukan seseorang itu lebih berbakat atau tidak kerana yang penting adalah ilmu pengetahuan.
“Lagipun, program ini mahu mensasarkan remaja perempuan yang mungkin sebelum ini menganggap Nona hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin.
“Apabila saya banyak membaca dan bertanya kepada orang lain, secara tak langsung akan mematangkan diri saya,” ujarnya.



Kecantikan sebenar
Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.
“Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi.
“Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini,” katanya lagi.
Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal.
“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.
“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.
“Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,” ujarnya tentang tip kecantikan yang diamalkan untuk OopStarz! kali ini.
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit.
“Saya takut kulit gelap, jika kulit berjerawat masih ada banyak cara untuk atasi,” katanya.
 
{[['']]}

Neelofa Yang Panas Dan Penuh Kontroversi!!


ENTAH di mana silapnya, tiba-tiba saja nama bintang baru ‘ciptaan’ sutradara Aziz M Osman, Neelofa, 22, menjadi sebutan kebanyakan wartawan gara-gara sikapnya sejak kebelakangan ini yang dikatakan terlalu gemar menjaja kisah peribadi lebih-lebih lagi cerita cintanya dengan beberapa pemuda hebat termasuk VIP dan kerabat diraja.
Neelofa atau Lofa dianggap bertuah kerana memiliki pakej seorang pelakon yang menjadi buruan pengarah filem dan drama, sepatutnya dia menggunakan kelebihan itu untuk memantapkan kerjaya, bukannya meraih publisiti murahan atas kecantikannya sehingga ada yang mendakwa beliau sanggup mereka cerita kononnya beberapa jejaka berstatus elit sanggup meninggalkan kekasih mereka kerana memburu cintanya.

Di awal kemunculan Lofa dalam industri hiburan, dirinya sudah pun terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menjadi orang ketiga percintaan antara aktor baru Shahz Jaszle dengan pelakon seksi Maria Farida, sekali gus dia menerima publisiti meluas di dada akhbar dan majalah hiburan meskipun bakat lakonannya belum lagi teruji, namun itulah kelebihan beliau apabila kisah sensasi seumpama itu berjaya melonjakkan lagi namanya.







Kini, Lofa dilihat seakan-akan memerlukan publisiti sepanjang masa apabila dia dikatakan rela ‘memalu kompang’ memberitahu orang di sekelilingnya, dia adalah puteri jelita yang menjadi idaman putera raja. Tidak keterlaluan apabila ada pihak yang melabel Lofa sebagai ‘pemburu perhatian’ yang mahu dirinya terus menjadi tumpuan media massa sekalipun terpaksa menjaja kisah dongeng.

Sikap Lofa yang dikatakan berangan hebat itu pastinya tidak disenangi beberapa individu yang bekerja dengannya. Daripada risikan, seorang artis senior kini menahan sabar dengan sikapnya itu. Lofa kononnya cuba melakukan provokasi terhadap artis berkenaan dalam usahanya meraih perhatian wartawan, namun tidak mendapat balasan pelakon itu.

Mulut Lofa juga dicanang lancang, khabarnya seorang pengarah hebat nyaris kehilangan aktor popular daripada produksinya gara-gara keceluparan dia berkata-kata. Itu belum cerita Lofa yang kini sudah berani datang lewat ke lokasi penggambaran. Dia dikatakan menimbulkan kemarahan beberapa artis dan kru baru-baru ini apabila tidak mematuhi call time yang diberikan kepadanya. Disiplin kerja Lofa dikhabarkan amat mengecewakan.

Wah! Hebat sungguh kisah negatif Lofa yang disampaikan ke telinga penulis. Sukar hendak mempercayai segala dakwaan yang dilemparkan kerana sejak mengenali Lofa awal tahun ini, dia sentiasa menampilkan sisi terbaik dirinya apabila bertemu, namun apabila disogok dengan pelbagai cerita tidak enak daripada sumber wartawan sendiri, kepercayaan penulis kepadanya mula goyah, namun sangat berminat untuk mengetahui sejauh mana kesahihannya.

Di awal perbualan, Lofa lebih cenderung untuk menjelaskan tahap disiplinnya yang dikatakan semakin merudum. Katanya, dia baru selesai membintangi drama bersiri 13 episod, Kitab Cinta arahan Erma Fatima. Dia yakin, cerita kononnya beliau lewat ke lokasi penggambaran sebenarnya tercetus ketika pembikinan drama berkenaan. Tambahnya lagi, dalam masa sama, dia juga terbabit dalam penggambaran filem King Kapchai terbitan KRU Studios.

“Bukan masalah jadual drama dan filem bertembung, sebaliknya produksi menempah jadual saya untuk lima hari penggambaran, namun mereka minta satu hari tambahan kerana penggambaran belum selesai. Call time saya untuk Kitab Cinta jam 11 pagi, manakala King Kapchai sebelah malam, jadi saya perlu selesaikan penggambaran sebelum jam 4 petang.

“Saya hadir ke lokasi drama sebelum jam 11 pagi. Tapi, ada kru yang membawa mulut kononnya saya lambat kerana call time sebenarnya 8 pagi. Apabila artis dan kru produksi lain dapat tahu, mereka bengang kerana menganggap saya benar-benar lewat ke lokasi sehingga mereka terpaksa menunggu lama. Justeru, gara-gara mulut seorang kru, saya dikatakan tidak berdisiplin, gagal patuhi call time” jelasnya memperbetulkan keadaan.

Sebelum ini berkali-kali Lofa membuat penafian, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Shahz Jaszle, sekadar teman rapat sesama rakan artis saja, tapi ada mata sudah terpandang kelibat Shahz menjemput Lofa di lokasi Kitab Cinta. Apa penjelasan Lofa dalam hal ini, adakah dia seorang yang gemar berdolak-dalik ketika memberikan kenyataan asal saja beliau memperoleh publisiti?

“Saya ada kereta sendiri, lengkap dengan GPS (Global Positioning System). Saya juga tak ada pembantu peribadi mahupun pemandu peribadi, ke mana saja saya pergi seorang diri. Jadi, cerita kononnya Shahz (Jaszle) pernah menjemput saya di lokasi Kitab Cinta, ternyata dakwaan itu tidak benar sama sekali,” ujar Lofa memperbetulkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.





Lofa dikatakan gemar menjaja cerita peribadi, terbaru dia mendakwa seorang duda berstatus VIP sanggup meninggalkan kekasihnya semata-mata menagih cinta daripadanya. Mendengar tuduhan itu, Lofa ketawa besar, sekali gus menafikan perkara itu sekeras-kerasnya apabila dia mendakwa duda berkenaan sehingga kini masih dengan kekasih lamanya.

“Sekiranya benar perkara ini terjadi, kenapa duda atau kekasihnya itu tidak pernah menghubungi saya? Orang sengaja bawa mulut dan mereka-reka cerita. Saya tak tahu, kenapa diri saya sering menjadi sasaran. Saya masih waras, saya tak pernah menjaja cerita kononnya duda berkenaan menagih cinta daripada saya.

“Namun, saya tak nafikan, duda berkenaan adalah kenalan rapat keluarga saya. Jadi, kami pernah keluar makan ramai-ramai. Mungkin apabila orang nampak saya ada bersama duda berkenaan pada masa itu, mereka menganggap kami ada hubungan istimewa, sebenarnya tidak. Saya sumpah semua itu fitnah, kononnya duda berkenaan meninggalkan kekasihnya kerana saya, saya tak pernah menjaja cerita itu,” katanya lagi.

Maaf bukan anak raja!

KINI sudah tersebar cerita di kalangan artis dan wartawan, kononnya Lofa ‘memalu kompang’ mendakwa dirinya sedang bercinta dengan kerabat diraja. Lofa didakwa mereka cerita kepada orang sekeliling, kononnya dia kini menjadi kekasih kepada putera raja, walhal apa yang dicanang itu tidak pernah wujud atau berlaku, sebaliknya beliau berbuat begitu semata-mata untuk meraih publisiti murahan. Lofa didakwa mengalami masalah psikologi.

“Sekarang saya rapat dengan seseorang yang seusia dengan saya, bukan anak raja seperti yang didakwa itu. Lofa tak pernah bercerita, orang yang bercerita kepada press. Justeru, dakwaan saya menjaja cerita kononnya sedang bercinta dengan kerabat diraja itu, adalah satu penipuan!,” tegas Lofa.

Lofa juga dikatakan pernah menghubungi kerabat diraja itu, namun dia tidak berani bersuara selepas panggilannya dijawab. Apa komen Lofa? Katanya: “Buat apa saya telefon dia (kerabat diraja)? Tuduhan itu sama sekali tak betul!”.

Tambah Lofa, dakwaan kononnya dia menjaja cerita duda VIP dan kerabat diraja berkenaan sedang bercinta dengannya, cerita seumpama itu tidak pernah keluar daripada mulutnya. Beliau mendakwa orang lain yang mereka cerita itu.

“Saya sakit hati apabila ada orang lain yang menjaja cerita tak betul mengenai diri saya. Apa yang saya dapat sekiranya benar saya menjaja cerita peribadi, buat malu saja! Saya ada maruah. Saya rasa tak perlu nak tarik perhatian sesiapa. Namun, ingin saya tegaskan sekali lagi, pemuda yang rapat dengan saya ketika ini umurnya sebaya dengan saya, beliau somebody, tapi dia bukan duda VIP mahupun putera raja seperti didakwa,” katanya berkali-kali.

Apabila tersebarnya cerita Lofa gemar menjaja cerita peribadi, dia dikatakan takut untuk bertemu dengan wartawan, khuatir sekiranya persoalan itu dibangkitkan. Tapi, apabila dakwaan berkenaan diajukan kepada Lofa, dia menafikan, sebaliknya menjelaskan beliau sedia memberikan kerjasama kepada rakan wartawan, sekali gus menjawab segala pertanyaan mereka.


Info Neelofa

NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
ASAL: Pasir Mas, Kelantan
KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
KOMERSIAL TV: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu
FILEM: Azura (versi baru) terbitan Ace Motion Pictures Sdn Bhd, arahan Aziz M Osman
DRAMA: Kasih Najihah, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta kesemuanya arahan Erma Fatima
PENGACARAAN: Paparazzi terbitan KRU Studios, boleh diikuti menerusi www.tonton.com.my dan Sekolahku Hebat siaran Astro Ceria (saluran 611)
ARTIS NAUNGAN: KRU Studios mulai 31 Januari lalu selama setahun
 
Oleh Zubir Mohd Yunus
{[['']]}

Shaheizy Sam Bakal Muncul Sebagai Hero Filem 'SAM'

http://www.gosipsensasi.co.cc
Shaheizy Sam bersama bonda tersayang.
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam bakal membintangi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) terbitan Skop Production sebagai ganti kerana kegagalannya berlakon dalam filem Bohsia 2.
Jelas Sam, dia tidak dapat membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu berikutan jadual penggambarannya bertindan dengan filem Kongsi terbitan syarikat pengurusannya MIG Production.
“Saya berhutang satu filem dengan Skop kerana saya sudah berjanji untuk berlakon dalam filem Bohsia 2 tetapi jadual penggambarannya bertindan dengan jadual penggambaran filem Kongsi.
“Jadi mereka menawarkan filem SAM sebagai ganti kepada filem yang tidak dapat saya sertai itu,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan kereta atas kemenangannya sebagai bintang paling popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di sini, Selasa.

 Shaheizy Sam bersama Lisa Surihani.
 
Sam menerima kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM140,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.
Pelakon itu berkata dia menolak dakwaan terdapat perselisihan faham antara dia dan Skop Production berikutan kegagalannya menyertai KL Gangster.
“Saya menghormati perjanjian saya dengan mereka, jadi saya akan gantikan dengan filem tersebut yang dijangka mula penggambaran pada Julai ini,” ujarnya
Dalam pada itu, Sam yang biasa dengan watak komedi mengakui 70 peratus daripada watak yang akan dilakonkan dalam SAM adalah dirinya yang sebenar.
“Setiap lakonan yang saya buat adalah 70 peratus diri saya yang sebenar dan disesuaikan mengikut skrip yang diberikan.
“Namun begitu saya percaya jika saya asyik bawa watak komedi sahaja, akan sampai satu tahap yang peminat akan bosan,” katanya yang mahu membawakan watak lebih mencabar dan berat.

Shaheizy Sam bersama Nissan Teana bernilai RM140,000 yang dimenanginya.
Selain itu, ketika ditanya tentang soal hati, Sam akui masih takut untuk memulakan hubungan cinta.
“Saya seorang yang pemalu untuk memulakan sesuatu hubungan, ditambah dengan takut cinta saya ditolak.
“Banyak lagi yang perlu difikirkan selain cinta terutama sekali kerjaya saya sekarang memerlukan komitmen yang sangat tinggi,” katanya.
Sementara itu, bercerita tentang kereta Nissan Teana 2.0L yang dimenanginya, Sam memberitahu dia belum ada sebarang perancangan terhadap kereta tersebut.
"Saya sekarang memakai kereta Volvo 40 yang saya hadiahkan kepada mami (ibu) saya. Tapi disebabkan dia jarang keluar rumah, jadi saya yang gunakan kereta tersebut.
"Buat masa ini saya tidak tahu nak buat apa lagi dengan Kereta Nissan ini, saya hanya nak bawa balik rumah dan tunjuk kepada mami," ujarnya.
{[['']]}

Gambar-Gambar Sekitar Konsert Justin Bieber Di Stadium Merdeka

http://www.gosipsensasi.co.cc

KUALA LUMPUR: Kuasa dan daya penarik yang ada pada penyanyi remaja popular, Justin Bieber, 17, berjaya memukau kira-kira 17,000 penonton dalam satu siri konsert jelajah My World Tour yang di adakan di Stadium Merdeka, di sini, malam Khamis.
Penyanyi kelahiran Ontario, Kanada ini membuktikan fenomena luar biasanya apabila tiket-tiket untuk persembahan beliau berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual
Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.
Bieber menyampaikan lagu-lagu popular daripada albumnya seperti Somebody To Love, One Time, Never Say Never, Love Me, Pray dan lagu berhantunya, Baby.
Penyanyi Mizz Nina turut diberi penghargaan menampilkan persembahan pembuka tirai konsert berkenaan.



Sebelum tiba di Kuala Lumpur bersama kekasihnya, Selena Gomez, Bieber menemui peminatnya dalam konsert serupa di Singapura pada Selasa lalu.
Beliau kemudiannya dijadual berkunjung ke Indonesia dan Australia untuk siri penjelajahan tersebut.
Turut berangkat menyaksikan persembahan beliau di Stadium Merdeka, Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.


Penyanyi remaja Kanada yang menjadi kegilaan ramai, Justin Bieber membuat persembahan pada konsert pertamanya di negara ini, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.





Sebahagian peminat Justin Bieber yang kebanyakannya remaja, teruja untuk menyaksikan persembahan penyanyi remaja Kanada itu menjelang konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Para peminat Justin Bieber sanggup berhujan semata-mata mahu menyaksikan persembahan penyanyi remaja Kanada itu, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert dijangka bermula 8.30 malam

Empat peminat wanita bersama sepanduknya manakala seorang peminat (gambar kanan) menconteng betisnya dengan nama Justin Bieber ketika hadir untuk menyaksikan konsert penyanyi remaja Kanada itu, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

GAMBAR JUSTIN BIEBER BERSAMA SELENA GOMEZ DI KLIA 21 APRIL 2011



{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger