Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Bront Palarae. Show all posts
Showing posts with label Bront Palarae. Show all posts

Bront Palare Dan Sharifah Amani Menang Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin


PELAKON Wanita Terbaik Filem, Sharifah Amani dari filem Mualaf (kiri) dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Anugerah Skrin, Bront Palare (kanan), dari filem Belukar, di Anugerah Skrin 2010 di PWTC, malam tadi.

PENOLONG Penerbit Primeworks Studio, Suhana Osman menerima anugerah rancangan hiburan terbaik daripada Lisa Surihani dan pelakon cilik, Mia Sara di PWTC, malam tadi.


PENOLONG Penerbit Primeworks Studio, Suhana Osman menerima anugerah rancangan hiburan terbaik daripada Lisa Surihani dan pelakon cilik, Mia Sara di PWTC, malam tadi.
Kemenangan kedua selepas dinobat juara pada ASK 2006

KUALA LUMPUR: Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) mengungguli kategori Rancangan Hiburan Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Ia kemenangan kedua ABPBH selepas kali pertama dinobatkan juara kategori sama pada ASK 2006. ABPBH program berprestij anjuran Berita Harian yang mula diadakan pada 1987. Edisi 2009 disiarkan secara langsung oleh TV3, April lalu menewaskan empat program hiburan hebat lain yang dicalonkan kali ini.

Sementara itu, drama Antara Garisan arahan Shahrulezad Mohameddin mengungguli kategori Drama Terbaik, manakala filem Muallaf diumumkan Filem Terbaik pada malam Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.








Fauzi Nawawi menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Noorkhiriah (Pelakon Wanita Terbaik Wanita), Isma Yusoof (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama), Fadilah Mansor (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama), Antara Garisan (Anugerah Lakon TV Terbaik) dan Datang Bulan (Videografi Terbaik).

Sementara itu, filem Muallaf diangkat Filem Terbaik menewaskan 24 calon lain dengan Pengarahnya, Allahyarham Yasmin Ahmad dinobatkan Pengarah Terbaik Filem, manakala kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem diraih menerusi lakonan hebat, Sharifah Amani.






Aaron Aziz melalui filem Evolusi KL Drift 2 dan Nor Fazura (Pisau Cukur) meraih Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, manakala pengarah muda, Syamsul Yusof menang kategori Lakon Layar Terbaik Filem.







Anugerah Juara Lagu ke-24 terbitan TV3 mengungguli kategori Rancangan Muzikal Terbaik, Showdown 2010 terbitan 8TV (Rancangan Realiti Terbaik), manakala program Aduan Rakyat terbitan TV3 (Laporan Khas/Berita Terbaik).

Majlis gemilang itu menyaksikan pelakon, Shaheizy Sam menerima Anugerah Khas Juri. Hadiah utama anugerah disampaikan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.

Senarai Pemenang
Rancangan Realiti Terbaik - Showdown 2010 Episod 10 Lakon Layar Terbaik Filem - Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Drama Komedi Terbaik - Simpang 3
Lakon TV Terbaik - Antara Garisan (Shahrul Ezad Abidin)
Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Bual Bicara Terbaik - RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu
Laporan Khas / Berita Terbaik - Aduan Rakyat Berbumbung Langit
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik - Astro Prima : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)
Videografi Terbaik - Datang Bulan
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palare (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Filem - Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24
Anugerah Yasmin Ahmad - Shaheizy Sam
Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih
Filem Terbaik - Muallaf
Drama Terbaik - Antara Garisan
{[['']]}

Lisa Surihani dan Bront Palarae diangkat sebagai pelakon terbaik FFM23.





CERIA...Lisa,Bront bersama trofi masing-masing.



SHAH ALAM: Aktres jelita Lisa Surihani dan aktor, Bront Palarae diumumkan Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), malam tadi.
Manakala, filem Magika sentuhan pengarah yang baru saja diumumkan Pengarah Harapan, Edry Abdul Halim diumumkan filem terbaik.

SHAMSUL...pengarah terbaik. (Gambar Kanan) REZEKI...Edry (kiri), Norman dan Yusry bersama trofi  Filem Terbaik FFM23.Pelakon dan pengarah muda, Shamsul Yusof pula diumumkan sebagai Pengarah Filem Terbaik menerusi filem ketiga arahannya Evolusi KL Drift 2.


Kemenangan Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) sekali gus membenam harapan pesaing lain yang tidak kurang hebatnya, Jasmine Michael (Estet), Maya Karin (Pisau Cukur), Mislina Mustaffa (Karaoke) dan Putri Mardiana (Santau) untuk membawa pulang trofi yang mengiktiraf bakat dan lakonan mereka dalam dunia perfileman tanah air.

Calon lain berentap untuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Esme Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan), Shamsul Datuk Yusof (Evolusi KL Drift 2) dan Zul Huzaimy (Haq).

Anugerah Filem Pendek Terbaik berpihak kepada Projek Genex (Ainotek Sdn Bhd) yang mengalahkan filem pendek Hargai Sejarah Keluarga (Yellow Pictures Sdn Bhd), Srok (Syaabani Production), Sub Rosa (Nadiah Hamzah) dan The Five Rules (Universiti Teknologi Mara, Shah Alam).

Filem Animasi Terbaik diberikan kepada Buas (Charukphong Anuvong).

Sementara filem Magika arahan Edry menang Anugerah Skor Muzik Terbaik.

Anugerah Penyunting Terbaik jatuh kepada Hisham Jupri menerusi Evolusi KL Drift 2.

Untuk Anugerah Sinematografi Terbaik dan Cerita Asal Terbaik masing-masing dimenangi Raja Mukhriz - Niyang Rapik dan Ahadiat Akashah - Lagenda Budak Setan.

Kategori Lakon Layar Terbaik mengiktiraf hasil karya Jumaatun Azmi - Haq.

Malam kemuncak FFM23 itu dihoskan Sharifah Shahira, Zizan Raja Lawak dan Hezrie Hashim.

Sebelum itu diadakan cara karpet merah yang dikendalikan Raja Farah, Faezah Elai dan Iqram Dinzly.

Konsep malam anugerah itu bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia dengan harapan dan matlamat penggiat filem tanah air dapat menghasilkan bertaraf antarabangsa untuk tontonan penonton tempatan sekali gus dapat diperkenalkan di pentas filem luar negara.

FFM23 disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima dan TV1, dari jam 8.30 malam hingga 10.39 malam. Tetamu kehormat malam itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Hadirin dihiburkan dengan persembahan selingan lagu dari filem Evolusi KL Drift, lagu medley dari filem Magika nyanyian Mawi dan Diana Danielle dan lagu Tanda Kasih gandingan Lah Ahmad dan Dayang Nurfaezah. Diikuti persembahan Farah Asyikin dengan lagu, ERT dan lagu dari filem Appalam oleh Dr Burn dan Gitaris.

Persembahan penutup oleh Lan The Typewritter menerusi lagu API yang turut diiringi penari Istana Budaya.

Menyemarakkan lagi malam perhimpunan pengiat seni tanah air itu, butik Rafflesia The Pearl Center tampil menaja hadiah untuk pemenang pakaian lelaki dan wanita terbaik serta pereka terbaik FFM23.
Oleh Nor Akmar Samudin
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger