{[['
']]}
']]}KEMENANGAN Shahir dalam Akademi Fantasia kelapan (AF8) berjaya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara penyanyi itu dengan ahli keluarganya yang lain.
Sebagai bukti, salah seorang saudara Shahir bersedia untuk menjadi pengurus bagi mengendalikan segala aktiviti penyanyi itu di Kuala Lumpur.
Mahanum Osman menyediakan makanan untuk anak bujangnya, Shahir yang pulang ke Kampar pada 5 Jun lalu selepas menjuarai AF8. - Foto mStar oleh SITI AZIRA ABD AZIZ“Sebenarnya saya dan anak sepupu saya, Mohd. Helmi Basir tidak begitu rapat tetapi apabila dia menyuarakan hasrat untuk menjaga Shahir FC, saya rasa tidak ada salahnya kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan,” katanya kepada mStar Online sewaktu ditemui pada majlis kenduri kesyukuran Shahir di Kampar, Perak Sabtu lalu.
Mahanum berkata, jika kelab peminat artis itu diuruskan dari kalangan ahli keluarga, dia yakin tiada akan berlaku masalah besar dan tentu sekali semuanya akan terjamin.
Mahanum memuji dan mengagumi sikap anaknya yang baik dan menghormati orang tua. - Foto oleh DARRAN TANSebagai anak sulung, Shahir bukan sahaja boleh diharap untuk melakukan kerja di rumah malah dia juga seorang yang pemurah dan sentiasa menyayangi adik-adiknya yang lain.
Shahir katanya merupakan seorang yang penyayang, menyukai kanak-kanak dan menghormati orang tua. Dia sangat menyayangi adik-adiknya tetapi kadangkala dia akan menjadi tegas jika mereka melakukan kesalahan. Juara AF8 itu menetap di Kampar sejak kecil dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampar, Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kejuruteraan.
Dalam keluarga, hanya dia seorang yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan betul-betul mengilap bakat itu untuk bergelar seorang penyanyi.
“Adik-adiknya yang lain juga minat menyanyi tetapi tidaklah seserius dia yang menjadi seorang penyanyi. Saya nampak bakat dia sejak berusia 5 tahun lagi iaitu ketika aktif menyanyi dalam kumpulan nasyid.
Mahanum di samping suami, Zawawi Abdullah, pengetua AF8, Norman Abdul Halim dan anaknya, Nor Suaidah ketika kenduri kesyukuran Shahir.Sekarang, Shahir sedang mengumpul modal untuk membuka gelanggang futsal. Dia akan berusaha untuk membuka gelanggang futsal itu sebagai salah satu cabang perniagaannya.
“Saya sentiasa mendoakan Shahir untuk berjaya mencapai cita-citanya. Saya berharap dia tidak berubah dan menjadi Shahir seperti dulu. Sehingga masa akan datang, saya harap dia tidak lupa diri,” katanya lagi.
Dengan wajah yang kacak dan murah dengan senyuman itu, tidak mustahil Shahir menjadi kegilaan ramai anak-anak gadis.
Mahanum jelas tidak menolak mana-mana gadis yang mahu menjadi menantunya sekiranya itulah pilihan Shahir.
“Saya tahu dia pandai buat pilihan. Mana-mana perempuan yang dia pilih saya terima. Cukuplah jika perempuan itu seorang yang baik, hormat orang tua dan solehah,” katanya.-mstar
Post a Comment