Latest Post :
Home » , , » 'MELODI' Mahu Damaikan Safura Dan Ifa Raziah

'MELODI' Mahu Damaikan Safura Dan Ifa Raziah

{[['']]}
http://www.gosipsensasi.co.cc


KUALA LUMPUR, 16 FEB 2011: Program hiburan terbitan TV3, Melodi sememangnya berhasrat untuk menemukan serta mendamaikan dua artis wanita popular tanah air iaitu Ifa Raziah dan Safura. Semua itu dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian agar persengketaan bertahun lama antara mereka berdua dapat dilupuskan. Begitupun, Penerbit Melodi, Azman Abdul Ghabar berkata, semua itu masih lagi dalam perancangan dan pihaknya juga berharap agar misi tersebut dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Memang betul kami ada perancangan untuk mendamaikan mereka. Tujuan kami buat sedemikian adalah untuk menghapuskan sengketa lama di antara mereka berdua agar ianya tidak akan lagi berterusan.
"Lagipun dah lama mereka bersengketa jadi apa salahnya kita mendamaikannya," katanya ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas tentang khabar angin yang kononnya mengatakan bahawa Melodi bakal menjadi orang tengah meleraikan sengketa dua artis popular itu.
Menyambung perbualan kata Azman, pihaknya sudah pun menghubungi Ifa dan respon yang diberikan amat positif.
"Wartawan saya ada menelefon Ifa dan dia bersetuju dengan idea kami. Tapi kami belum menghubungi Safura untuk menjelaskan idea ini. Namun saya berharap sangat kedua-duanya tak mempunyai masalah untuk memberikan kerjasama," ujarnya .
Tambah Azman, apa yang dilakukan bukanlah untuk meraih rating yang tinggi buat rancangannya sebaliknya ia bertujuan untuk membantu memulihara industri seni tempatan dan berharap agar perkara tersebut dapat dijadikan tauladan.
"Ini bukan untuk mencari perhatian dan sebagainya tapi untuk masa depan industri seni juga. Biarlah perkara ini menjadi tauladan kepada yang lain dan saya harap sangat semuanya dapat dipulihkan dengan baik. Kalau bukan Melodi, saya juga tak kisah kalau ada pihak media lain yang dapat mendamaikan mereka," katanya yang turut memberitahu bahawa pertemuandi antara Ifa dan Safura itu akan dilakukan di Sri Pentas, TV3, kelak.
Oleh: zyzamani
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger