Latest Post :
Home » , , » Balu Loga 'Alleycats' Terima Sumbangan RM150,000

Balu Loga 'Alleycats' Terima Sumbangan RM150,000

{[['']]}
 Gambar Susan Lovie bersama anak-anaknya Vigeshwaran dan Priyadashini semasa menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk bagi pihak mendiang suaminya, Loganathan Arumugum,sebagai pengiktirafan kepada sumbangan besar mendiang kepada industri muzik tanah air.



Susan Lovie

GEORGE TOWN: Datin Susan Lovie, balu kepada vokalis Alleycats iaitu mendiang Datuk Loganathan Arumugam mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana sudi menghulurkan bantuan kepadanya sekeluarga selepas mereka kehilangan tempat bergantung ekoran kebakaran yang memusnahkan harta benda dan rumah kediaman Isnin lalu.

“Saya berasa sangat bersyukur dan berasa lega dengan bantuan yang kami terima daripada kerajaan persekutuan,” kata Lovie selepas menerima cek berjumlah RM50,000 daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di sini, Jumaat.

Cek itu disampaikan oleh Timbalan Menteri, Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Kata Lovie wang bantuan yang diterimanya itu akan digunakan untuk membina kehidupannya sekeluarga yang musnah akibat kebakaran tersebut.


Keadan rumah mendiang Loga 'Alleycats' yang musnah dijilat api.

D’Cruz pula berkata, wang bantuan kepada Lovie itu adalah daripada tabung kebajikan kementerian yang diwujudkan untuk membantu para artis yang telah membantu mengharumkan nama negara dalam bidang seni.

Wakil daripada Yayasan 1MDB turut hadir bagi menyerahkan bantuan bernilai RM100,000 sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Oleh HAFIZ MARZUKHI  
Share this article :

+ komentar + 1 komentar

April 22, 2020 at 10:31 AM

Miss you brother Loga

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger