Latest Post :
Home » , , » Julia Perez Dikecam Kerana Lukis Tatu Kalimah Azan Di Badan

Julia Perez Dikecam Kerana Lukis Tatu Kalimah Azan Di Badan

{[['']]}



Disebabkan 'miskin' bakat dan pendidikan, khabarnya ramai selebriti di negara seberang mengambil inisiatif mendedahkan aurat sekaligus menghalalkan segala cara demi meraih populariti, termasuklah menodai agama Islam. Kesian, kejinya mereka.

Biadap! Itu perkataan yang sesuai dilemparkan pada selebriti seksi Indonesia, Julia Perez atau lebih kenali sebagai Jupe. Penyanyi itu dikecam ekoran tersebarnya gambar yang menunjukan dia menayangkan tatu yang jelas terukir kaligrafi kalimah azan iaitu kalimat حَيَّ عَلَي الْفَلاَحِ "Hayya 'alal Falaah", di belakang badannya.

Menurut laporan detikfoto, foto Jupe itu diambil oleh fotografer Prih Prawesti Febriani ketika Jupe menghadiri sebuah acara di studio RCTI, Kebon Jeruk Jakarta Barat pada Isnin lalu.

Jupe yang hadir dengan mengenakan busana ala berkemban sempat memberikan pose seksi dan sengaja menayangkan bahagian belakang badan yang tertera ukiran tatu barunya bertuliskan kalimah arab tersebut.

Susulan itu ramai peminat yang mengecam tindakan melampau Jupe. Malah ada yang melabelkan penyanyi dangdut yang memang terkenal dengan kontroversi itu sebagai artis murahan yang menodai Islam.

"Manusia dicipta dari tanah, jin dari api. Tapi perempuan yang satu ini...??," tulis salah seorang peminat.

"...Jupe sudah keterlaluan dan melampaui batas. Betapa bodohnya dia mentatu badan dengan lafaz azan yang sangat agung bagi umat Islam...", kata seorang lagi peminat.

Awal April lalu, Kementerian Penyiaran Indonesia (KPI) Pusat mengharamkan dua lagu dangdut Jupe kerana berlirik lucah dan dikhuatiri mempengaruhi masyarakat terutamanya penggemar muzik.

Ironinya, kontroversi tayang tatu ini dicetuskan Jupe tidak lama selepas dia pulang dari menunaikan umrah di tanah suci pada bulan Jun lalu. Malah, sebelum berangkat ke sana, empunya nama penuh Yuli Rachmawati berazam mahu menutup aurat.

"Aku akan berpakaian sopan dan menutup aurat, aku ingin dilihat Allah, aku akan pakai minyak wangi baru, baju baru, semua baru kerana ingin dilihat bagus di depan Allah," ujarnya.

Bahkan ketika ditanya doa apa yang akan dipanjatkan di tanah suci saat umrah. Jupe menjawab, "Aku berniat minta diampuni segala dosaku."

Hmm...



- mD
Share this article :

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger