Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Adi Putra. Show all posts
Showing posts with label Adi Putra. Show all posts

Kenapa Adi Putra Buka Dan Tutup Fail Cerai??

KEMBALI bersama. Adi menegaskan dia tidak pernah melafazkan talak terhadap isterinya, Zuhaida.

Tatkala industri hiburan tanah air masih belum reda dengan pergolakan rumah tangga yang menimpa pelakon cantik, RitaRudaini, kini masyarakat sekali lagi dikhabarkan dengan kes pemfailan cerai aktor, Adi Putra, pada 11 Mei lalu.

Perumpamaan ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’, begitu sinonim dengan situasi pergolakan rumah tangga yang berakhir dengan penceraian.

Namun, berlainan pula dengan pergolakan rumah tangga Adi atau Mohamed Hadi Putera, 31, bersama isterinya, Zuhaida Yusof, 37, yang akhirnya menemui jalan penyelesaian dengan menarik semula kes itu Isnin lalu.

Kelmarin, Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-duanya dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.


Sidang akhbar oleh Adi Putra dan isterinya,Zuhaida.

“Saya bersyukur kerana diberi kesedaran menarik semula kes ini sekali gus menyelamatkan hubungan kami sebagai suami isteri.

“Apa yang berlaku sehingga saya ambil keputusan menarik semula kes penceraian terhadap isteri, saya anggap ia satu keajaiban,” jelas Adi.

Menurut Adi, keputusan untuk memfailkan penceraian tidak semestinya berakhir dengan perpisahan, malah apa yang berlaku juga menjadi iktibar buat dirinya untuk lebih hargai rumah tangga yang telah dibina selama enam tahun itu.

“Setelah memfailkan kes ini, pihak mahkamah beri saya dan isteri masa selama sembilan hari untuk berfi kir panjang tentang masalah ini.

“Alhamdulillah, berkat usaha kami untuk menyelamatkan rumah tangga ini, akhirnya termakbul dan kami bersetuju untuk tarik semula fail penceraian supaya dapat meneruskan kehidupan sebagai suami isteri,” katanya.

Ada orang ketiga?

SEAKAN satu kebiasaan, apabila sesuatu masalah menimpa seseorang artis pasti tidak terlepas daripada pelbagai spekulasi yang mengeruhkan lagi keadaan.

Adi yang tidak terlepas daripada perkara yang sama menegaskan bahawa setiap spekulasi daripada pelbagai pihak yang mengaitkan orang ketiga dan isu anak dalam pergolakan rumah tangganya adalah tidak benar sama sekali.

“Saya akui, sebagai manusia biasa, saya tidak boleh menghentikan spekulasi yang dilemparkan.

“Tetapi, di sini saya mahu mengatakan apa yang berlaku tidak ada kena mengena langsung dengan pihak ketiga dan isu anak yang di gembar gemburkan sesetengah pihak,” katanya.

Tambahnya, punca utama yang menyebabkan tercetusnya pemfailan
penceraian adalah disebabkan kurang persefahaman antara dirinya dan isteri, bukannya seperti yang di sebarkan.

“Mana-mana rumah tangga pun pasti ada pergolakan dan ia seakan lumrah hidup dan wujud sejak awal perkahwinan.

Kami juga sama seperti pasangan lain yang tidak terlepas daripada perkara yang sama.

“Bagaimanapun, saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, malah apa yang berlaku menjadi satu pengajaran yang bermakna buat saya dan menganggapnya sebagai realiti kehidupan yang sebenar,” ujarnya.

Masih percaya suami

TURUT bersyukur dengan keputusan yang diambil Adi, Zuhaida mengatakan pergolakan yang berlaku dalam rumah tangganya tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan dirinya terhadap suami.

Malah, Zuhaida yang kelihatan tenang sepanjang musibah yang melanda rumah tangganya mengakui telah bersedia dan reda dengan segala kemungkinan yang berlaku.

“Sebelum ini, saya pernah mengalami penceraian yang pertama dan segala kekuatan yang ada pada diri saya untuk berdepan dengan masalah ini sudah cukup buat saya laluinya dengan tenang.

“Saya bersyukur kerana tempoh yang diberikan pihak mahkamah benar-benar membantu. Tempoh sembilan hari itu kami manfaatkan dengan sebaik mungkin dengan meluahkan perasaan masingmasing sehingga bersetuju menarik semula kes tersebut,” katanya.
{[['']]}

Gambar-Gambar Nora Danish Dan Ady Putra Semasa Menunaikan Ibadat Umrah



Jika sebelum ini kami ada kongsikan beberapa keping gambar Nora Danish bersama ibunya sedang menunaikan ibadah umrah sejak Jumaat lalu iaitu ketika Fasha Sandha dan Jejai sedang menikmati hari pernikahannya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Pada gambar itu juga ada memaparkan seorang pelakon kacak, Adi Putrayang mungkin menjadi tanda tanya mengapa dia ada bersama Nora Danish pada ketika itu.

Untuk makluman semua, mereka berdua ini merupakan duta kepada syarikat pelancongan yang dilantik oleh kerajaan untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia, iaitu Triways Travel.

Menurut sumber, syarikat itu turut bekerjasama dengan Lufthansa City Center (LCC) pada tahun 2004 bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada penganut agama Islam di seluruh dunia di mana mereka mempunyai lebih 650 di 65 buah negara.

Diharapkan semua tidak salah faham tentang status mereka berdua ketika berada Tanah Suci ini.
















Kredit Sumber: Ohbulan
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger