Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Ally Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Ally Iskandar. Show all posts

Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee Di Masjid Kristal Terengganu

 
 
Ally pengacara terkenal TV3, atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat bernikah bersama pasangannya Nurfarahin Romli, 23 atau lebih dikenali sebagai Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi pada tanggal 20 Januari 2012.  


Farah Lee penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini,adalah gadis yang menjadi pilihan keluarga Ally.
Hanya 2 kali lafaz, Ally Iskandar  telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

 Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Detik-detik pekenalan Ally dan Farah Lee bermula hanya berhubung melalui laman Facebook.Pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan barulah mereka bertemu apabila Farah diajak oleh adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya Ally, di sebuah restoran dan dari situ bermula cinta pandang pertama mereka.

Farah Lee di majlis pernikahannya bersama Ally Iskandar
Majlis dibuat secara sederhana dengan dan hanya kenalan dan rakan sekerja serta keluarga terdekat sahaja hadir. Bukan soal takut publisiti,cuma Ally memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor.

Ally dan Farah dengan hantaran yang diterima
Farah Lee menerima mas kahwin berjumlah RM250.

 




Gambar Ehsan ohbulan
{[['']]}

Rozita Che Wan Terpilih Sebagai Pengacara Anugerah Skrin 2011


KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Rozita Che Wan dipilih sebagai pengacara Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, pemilihan Rozita adalah bagi memberikan kelainan kepada penganjuran kali ini.
"Pemilihan Rozita adalah unik dan akan memberikan kelainan pada malam itu nanti. Walaupun tidak mempunyai pengalaman sebagai pengacara, pihak kami yakin dia mampu melakukannya," ujarnya pada sidang media ASK2011 di sini, Rabu.
Ahmad Izham berkata, Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar pada majlis tersebut.
Rozita akan digandingkan dengan pengacara berpengalaman iaitu Ally Iskandar

Beliau yakin gandingan itu akan memberi kelainan dan percaya Ally dapat menjadi mentor kepada Rozita sebagai persediaan.
Ahmad Izham berkata, acara karpet merah pula akan dikendalikan oleh Nabila Huda, Adzriefaiz Adzlan dan hos Bintang Pantene.
Sementara itu, Rozita yang ditemui berkata pada mulanya dia terkejut dengan pemilihan itu namun memandang positif dengan amanah yang diberikan.
Ujarnya, tugas itu adalah peluang besar untuknya dalam mengembangkan kerjaya seninya ke tahap lain.
"Sudah tentu saya takut dan fikir banyak kali sebelum menerima tawaran itu. Namun atas dorongan dan keyakinan pihak produksi serta Ally saya menyahut cabaran tersebut," katanya.
Manakala Ally pula berkata, dia akan mempersiapkan diri untuk acara gilang gemilang itu dan akan memastikan keserasian mereka berdua.
"Sebelum ini saya banyak mengacarakan program berbentuk hiburan dan ini kali pertama untuk ASK2011.
"Persediaan tetap perlu dilakukan kerana ia sebuah majlis anugerah dan latihan bersama Rozita akan diteruskan bagi mencari keserasian antara kami supaya tidak kekok nanti," ujarnya.
Sementara itu secara keseluruhan, ASK2011 akan mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman selain dua anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene selaku penaja utama.
Sepuluh kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.
ASK2011 ini akan mempertandingkan 17 buah drama, 10 drama rantaian dan tujuh drama komedi. Manakala kategori filem pula melibatkan 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.
Menurut Pengurusan Penjenamaan TV3, Nurul Aini Abu Bakar calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011.
"Drama terpilih juga berdasarkan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielson Media Research berdasarkan genre masing-masing," katanya.
Penghakiman juga adalah telus dan juri yang dilantik tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam drama atau filem.
Bercakap mengenai konsep ASK2011 tahun ini, Nurul Aini memberitahu tema 'Golden Glamour' dipilih pada malam tersebut.
"Konsep itu dipilih bagi merujuk kepada sentuhan magis para karyawan dan produksi yang menghasilkan karya hebat selain melahirkan bintang baru yang bersinar," katanya.
Malah katanya, persembahan pada malam itu juga akan menampilkan muka baru bagi memberi kelainan pada penganjuran tahun ini.
Antara artis yang akan menjayakan persembahan pada malam itu adalah Black, Ferhad, Najwa Latiff, Tomok, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.
Persembahan daripada dramatis popular seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay dijangka menarik perhatian penonton.
{[['']]}

Panas!! Ally Iskandar Putus Tunang Selepas 5 Bulan Bertunang...



SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar, 35 mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, telah putus pada 30 Julai lalu.
Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

                                   Gambar ketika majlis pertunangan lima bulan yang lalu.

Keputusan memutuskan tali pertunangan itu juga membuatkan Ally berasa kecewa dan ralat kerana sangkanya, dengan usia yang semakin meningkat dan mempunyai kerjaya yang kukuh, dia dapat endirikan rumah tangga secepat mungkin
Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.
Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.
Sementara itu, Ally menegaskan bahawa keputusan tersebut tiada kaitan dengan dirinya yang mahu mengikut jejak langkah seperti pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat yang juga memutuskan pertunangannya dengan Elia pada hari yang sama.
"Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya mendapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini," tegasnya.
Kredit: mstar
{[['']]}

Gambar-Gambar Majlis Pertunangan Ally Iskandar Dan Nur Aishah Zainal (Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama)



Nampaknya gosip yang kita dengar mengenai Ally Iskandar akan bertunang akhirnya menjadi kenyataan apabila Ally Iskandar telah selamat bertunang dengan Nur Aishah Zainal iaitu naib juara Gadis Melayu musim pertama.

Gambar-gambar di sekitar majlis pertunangan Ally Iskandar dan Nur Aishah Zainal dirumah keluarga Nur Aishah di Taman Intan,Ampang pada 11 Feb yang lalu.Tahniah diucapkan kepada Ally dan Nur Aisy'ah... 





{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger