Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Artis Dapat Datuk. Show all posts
Showing posts with label Artis Dapat Datuk. Show all posts

Tahniah!! Hattan Dapat Gelaran Datuk


PEKAN - Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Mendahului senarai penerima ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Panching Datuk Mohd Zaili Besar.

Hattan sedang menerima Anugerah Datuk daripada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Poziah Abd Rahman, anggota DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah, Setiausaha Eksekutif Kepada Menteri Pertahanan Datuk Rosiah Osman, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mat Yusof Yaakup, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Irmohizam Ibrahim.

Penerima lain -- Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia, Ketua Automotif 7 Pertahanan Sektor DRB-Hicom Berhad Datuk Abdul Harith Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohamed Suffian Awang.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Karim Mustafa, Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Mustapa Long dan Datuk Ahmad Jaafar.

Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen) kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Habibah Mohd Yusof.

Baginda turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 18 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) (20 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)(18), Ahli Mahkota Pahang (AMP)(38), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)(22), Pingat Kelakuan Terpuji(PKT)(34) dan Pingat Jasa Kebaktian(PJK)(36).- Bernama
{[['']]}

Tahniah!! AC Mizal Dan Eizlan Yusof Kini Bergelar 'Datuk'



AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam.

PEKAN - Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini.
"Saya berharap dengan gelaran ini, segala-galanya akan terjawab dan tiada lagi persoalan mengenainya selepas ini," katanya selepas majlis tersebut yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.

 EMYLIA Rosnaida Abd Hamid dan Vieshantie Harun memberi kucupan mesra kepada suami mereka Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd, Mizal Zaini (AC Mizal) dan Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd, Idris Md Yusof (Eizlan Yusoff) selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan gelaran Datuk oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang.

Majlis disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
AC Mizal yang merupakan Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn. Bhd. memberitahu, penganugerahan tersebut dianggap satu penghargaan kepada anak seni dan ia merupakan hadiah terbesar buat dirinya sempena hari lahirnya yang ke-40 kelmarin.
Turut menerima pingat yang sama ialah pelakon Eizlan Yusof atau nama sebenar, Idris Md. Yusof yang juga Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd. dan penyanyi serta perunding motivasi, Ahmad Fadzli Yaakob selaku Pengarah Suajaya Mahir (M) Sdn. Bhd.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger