PENYANYI Siti Nursaida Tarudin atau Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza kini memegang status ibu tunggal kepada empat orang anak selepas bercerai dengan suaminya pada Oktober 2011.
Sejak menjanda, banyak gosip hangat yang melanda dirinya termasuklah dia dikatakan bercinta dengan orang kenamaan. Ada juga gosip kononnya dia mahu berkahwin dengan seorang penerbit drama.
Namun, sehingga hari ini Saida, 37, kekal dengan status janda. Ketika ditemui pada majlis Jom Fiesta anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd., Bangi, Selangor pada Sabtu lalu Saida mengakui, dia tidak serik untuk kembali bercinta. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya.
Kosmo!: Kenapakah berat badan Saida kelihatan semakin menurun? Adakah kerana susah hati?
SAIDA: Sebenarnya bukan sebab makan hati tetapi saya memang mahu kurus. Sebelum ini berat badan saya 57 kilogram (kg) sekarang 54 kg. Saya kini mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kekal cergas.
Bagaimanakah dengan kehidupan selepas bergelar janda?
Alhamdulillah, kehidupan saya seperti biasa. Pagi sibuk menguruskan anak sekolah, saya masih memegang jawatan sebagai pengurus akaun di Siti Nurhaliza Production. Pada hujung minggu, jika masa mengizinkan saya akan memenuhi undangan pentas.
SAIDA menegaskan dia kini dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mengekalkan berat badan.
Tidak ada lelaki yang melamar anda untuk dijadikan isteri?
(Ketawa) Setakat ini belum lagi. Saya masih solo, belum berpunya. Bukan tidak mahu berkahwin lagi kerana jodoh ketentuan itu ketentuan Allah tetapi buat masa sekarang, jadual harian saya sangat padat sehingga tidak ada masa memikirkan tentang teman hidup. Paling penting untuk saya buat masa sekarang sudah tentu anak-anak dan kerjaya.
Jika ada yang ingin melamar anda, apakah kriteria utama lelaki pilihan anda?
Paling utama, lelaki itu harus menerima saya seadanya. Maknanya, bukan sahaja menerima diri saya tetapi juga empat orang anak saya. Jika tidak dapat terima anak-anak saya, lelaki itu bukanlah lelaki pilihan. Memang bukan mudah untuk lelaki mendekati saya kerana ke mana sahaja saya pergi pasti akan ditemani ahli keluarga.
Adakah anda meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman janda?
Tiada sebarang sasaran kerana jodoh itu bukan kuasa saya tetapi Allah. Jika ditakdirkan saya menemui jodoh selepas ini, saya akur tetapi tidaklah buat masa sekarang kerana sibuk sangat.
Jika sudah sibuk dengan jadual harian bagaimana pula dengan dengan kerjaya nyanyian?
Mungkin orang sangka saya sudah tidak menyanyi kerana saya sudah tidak muncul di televisyen, akhbar dan majalah. Walaupun sibuk dengan kerja tetap dan mengurus keluarga, minat menyanyi itu sudah sebati dengan diri saya. Memanglah tidak aktif seperti dahulu tetapi setiap hujung minggu pasti saya akan mengadakan persembahan pentas. Tahun lalu saya telah menghasilkan sebuah single berjudul Cinta Kayangan dan jika tiada aral melintang saya akan muncul dengan single baharu.
Oleh HARYATI KARIM
']]}
























June 26th, 2009

Lana yang mengakui peminat fanatik Michael atau Jacko berkata beliau sedang bercuti bersama keluarganya apabila diberitahu rakannya menerusi telefon mengenai kematian Michael. Seperti ratusan lagi peminat Michael, Lana terus bergegas ke hospital UCLA di sini untuk melihat sendiri apa yang berlaku terhadap penyanyi kesayangannya itu.
“Say amat terkejut kerana tiada siapapun yang terfikir Michael akan meninggalkan kita untuk selama-lamanya. "Orang seperti Michael Jackson akan hidup selama-lamanya, seperti Peter Pan,” kata Yoshiko Plair sambil menghadiahkan jambakan bunga matahari untuk Michael. Ejen hartanah berusia 49 tahun itu memberitahu mengetahui berita kematian Michael menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) dan telefon bimbit menerusi rakannya.
Beliau terus meninggalkan pejabatnya dan sempat ke rumah untuk memakai kemeja-t “Thriller” bersama kakak dan dua anak saudaranya bergegas ke hospital berkenaan. “Dia menukar muzik, dialah yang bertanggungjawab menaikkan musik orang kulit hitam ke MTV sekarang, kata Plair.
“Saya menjadi peminatnya bermula daripada lagu pertamanya. Saya akan terus berbangga dengannya," katanya. Pelajar, Ashley Leon, 20, juga bergegas ke hospital itu sebaik menerima berita bahawa Michael pengsan sebelum meninggal dunia.
“Saya telefon rakan serumah saya yang juga peminat fanatik Michael kerana ia satu kehilangan besar dalam hidup kami. "Tahukah anda, kami membesar sealiran dengan muzik ciptaannya," katanya. - AFP 

Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya. Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya. Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital. Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia. Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy. Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat. Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik. Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London. Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka." - Reuters
LOS ANGELES: Michael Jackson mengambil preskripsi ubat mengandungi dadah sebagai persediaan tahap kesihatannya bagi membuat penampilan semula konsertnya di London, bulan depan. Peguam keluarganya berkata, Michael yang masih berjuang menghadapi penyakit yang dihadapi sehingga terpaksa mengambil preskripsi dadah untuk membantunya bertahan. Beliau dikatakan mula mengambil beberapa lagi ubat selepas cedera ketika menjalani latihan untuk konsert yang bakal diadakan itu. "Ia (kematian Michael) bukannya sesuatu yang tidak dijangka...disebabkan ubat-ubatan yang diambil oleh Michael," kata peguam, Brian Oxman. "Saya tidak tahu tahap mana ubat yang diambil Michael, tetapi laporan perubatan yang diterima keluarganya ia agak berat," katanya. - AFP 
Berita yang dipaparkan TMZ itu dianggap paling awal dan mengejutkan banyak laman web lain sebelum ditambah dengan lebih banyak maklumat dan kesahihan selepas itu. “Semuanya bermula dengan satu tip berita,” kata Harvey Levin, pengarang urusan TMZ. “Kami tidak akan menyiarkannya jika ia bukannya berita sahih," katanya. Beberpaa minit kemudian, kematian Michael disahkan oleh Los Angeles Times dan The Associated Press (AP) dan terus dipaparkan dalam siaran berita malam rangkaian media berkenaan. - AFP
MANCHESTER - Seorang bekas model yang mendedahkan payu dara, Emily Horne (gambar kecil) mengaku bersalah di sebuah mahkamah kerana melakukan bigami, lapor sebuah akhbar semalam. Emily yang pernah muncul dalam filem lucah bajet rendah mengaku berkahwin dengan lima lelaki di sebuah mahkamah di sini kelmarin.Dia kini akan dihukum penjara kerana kesalahan itu pada 27 Julai depan.Emily yang kini berumur 31 tahun berkahwin buat pertama kali pada 1996 dengan seorang askar, Paul Rigby.Namun, apabila Rigby pulang daripada berkhidmat di luar negara selama lima bulan, dia mendapati isterinya itu menjalin hubungan dengan seorang ahli perbankan, Sean Cunningham.Emily berkahwin dengan Sean di Leeds pada 1999 dan meninggalkannya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Simon Thorpe tanpa bercerai dengan dua lagi suaminya.Suami keempatnya ialah Chris Barret yang dikahwininya pada 2000 sebelum meninggalkannya dan berkahwin dengan Ashley Baker.Dalam perbicaraan itu, Emily menyatakan perasaan kesal kerana melukakan hati semua suaminya selain mendedahkan dia sedang menerima rawatan kerana menghadapi penyakit kemurungan manik. - Agensi 
LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton membuka rahsia kepada wartawan apabila dia menunjukkan gambar bogelnya bersama seekor anjing peliharaannya, lapor sebuah akhbar semalam.Pendedahan itu dilakukan ketika dia ditemu ramah oleh wartawan majalah dalam talian iaitu Access Hollywood.Paris mengundang wartawan majalah itu untuk melawat rumah mewahnya di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS).Pelakon siri realiti The Simple Life itu turut memberikan penerangan berhubung beberapa koleksinya seperti lampu gantung dan gambar ikon pelakon seksi, Marilyn Monroe.Dalam satu gambar, Paris memeluk satu patung kucing.Satu lagi gambar menunjukkan dia berada dalam kenderaan Hummer bersama anjing kesayangannya, Chihuahua Tinkerbell dalam keadaan bogel. Paris semakin mendapat perhatian setelah dia dirakamkan menghabiskan masa bersama bekas pemain kelab bola sepak Manchester United (MU), Christiano Ronaldo baru-baru ini. - Agensi




ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi (gambar) semalam berhadapan masalah baru setelah akhbar-akhbar tempatan menyiarkan laporan bahawa beliau melayan pelacur di rumahnya.Akhbar La Stampa melaporkan, beberapa pendakwa raya di negeri Bari mempunyai bukti itu daripada empat wanita yang diupah oleh rakan Berlusconi iaitu Giampaolo Tarantini.Satu perbualan telefon turut mendedahkan Tarantini menawarkan sejumlah wang untuk wanita teman sosial menghabiskan masa bersama Berlusconi di rumahnya di Rom dan Sardinia.Tarantini disiasat pihak berkuasa berhubung kes rasuah.Seorang wanita, Patrizia d'Addara memberitahu akhbar Corriere della Sera bahawa dia dibayar 2,000 euro (RM9,896) untuk sekali lawatan ke rumah Berlusconi di Rom.Dia mendakwa merekodkan perbualannya dengan Berlusconi dan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa yang menyiasat Tarantini.Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini menafikan dakwaan bahawa Berlusconi membayar sejumlah wang untuk mendapatkan pelacur.Menurutnya, ramai gadis jelita yang mahu mendampingi perdana menteri itu yang merupakan seorang bilionair.Pemimpin berumur 72 tahun itu sebelum ini dilanda kontroversi setelah isterinya menulis sepucuk surat terbuka mengenai kekecewaannya dalam rumah tangga sebelum memfailkan perceraian.Beliau turut dilanda skandal hubungan dengan seorang model remaja setelah beberapa gambar yang dirakamkan di vila miliknya di Sardinia diterbitkan akhbar-akhbar tempatan. - Agensi
Namun, kata rakan Marilyn lagi yang sememangnya rapat dengan Aizat dan Liyana beria-beria mengesahkan cerita yang dibawanya itu."Ya, aku tak tipu yang dia orang sekarang tengah mabuk bercinta. Bukan setakat hanya bertelefon, berSMS, siap 3G sekali untuk melepaskan rindu masing-masing. "Aku tak tahu pula kenapa mereka nak sembunyikan kisah cinta sedangkan daripada gelagat mereka berdua orang sekeliling tahu yang mereka sedang bercinta," kata rakan Marilyn lagi.Emm... kalau betullah, Marilyn tumpang gembira. Iyalah, Aizat dan Liyana sama cantik dan sama padan. Malah, kedua-duanya pun terlibat dalam bidang seni dan sama-sama sedang meningkat naik.Nampaknya, gosip yang hangat bertebaran sebelum ini memang benarlah. Apa yang menguatkan lagi cerita ini, mereka berdua pernah mencipta lagu bersama untuk album baru Liyana.Lepas ini, Marilyn hanya tunggu kesahihan daripada mulut mereka berdua sahaja, jangan lari daripada Marilyn tau!