Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Artis Kena Rompak. Show all posts
Showing posts with label Artis Kena Rompak. Show all posts

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi Kena Rompak


PENYANYI Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani menceritakan pengalaman beliau dan ahli keluarganya diikat dan diacu parang ketika rumahnya di Bangi Golf Resort dimasukki perompak awal pagi tadi.


KUALA LUMPUR: Rumah banglo milik penyanyi terkenal, Mawi, telah dipecah masuk oleh beberapa orang perompak bertopeng pada awal pagi tadi sehingga menyebabkan keluarganya mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM10,000.

Dalam kejadian tersebut, Mawi yang baru pulang dari Johor Bharu bagi membantu promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan seisi keluarganya sedang tidur sebelum diikat perompak yang masuk dari pintu dapur rumahnya.Beliau hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.



Kediaman Mawi di Bangi Golf Resort yang telah dimasuki perompak. 



Mawi menunjukkan tingkap belakang rumahnya yang digunakan perompak untuk memecah masuk. 


Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.

Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.

Menurut cerita adik iparnya, Nora’Ain Rahmat atau Eein, perompak itu pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek mereka, Salmah Sahar, 77, yang berada dirumah tersebut sebelum mengikat Mawi, kakak kembarnya, Nora’Asikin Rahmat dan ibunya, Fatimah Saad, 56.

Bagaimanapun, pembantu rumah Mawi dan anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu tidak diikat perompak yang bertopeng tersebut.

Kemudian, perompak yang bersenjatakan pedang samurai telah meminta mereka menyerahkan barangan berharga seperti wang tunai dan barang-barang kemas.

“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” kata Eein lagi.

Eein berkata, kumpulan perompak itu telah berjaya membawa lari dompet Mawi dan Fatimah, telefon bimbit dan beberapa barangan berharga lain termasuk telefon bimbit milik keluarga malang itu, manakala semua mangsa terselamat dari diapa-apakan penjenayah tersebut.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.
{[['']]}

ND Lala Disamun Mat Rempit


ND Lala menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan kumpulan Mat Rempit, semalam.

KUALA LUMPUR - Penyanyi ND Lala yang popular dengan lagu PM Kita kerugian RM2,500 apabila telefon bimbit dan kunci kereta miliknya dirampas sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini semalam.
Kejadian mencemaskan pada pukul 3.40 pagi itu berlaku ketika ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh berhenti di stesen minyak itu untuk ke tandas.

Bulatan menunjukkan lokasi ND Lala disamun di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang semalam.
Selepas keluar dari tandas, artis yang berusia 50 tahun itu masuk semula ke dalam kereta BMW miliknya.
Ketika sedang menyemak khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, bapa kepada naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua, Sheila Amzah tiba-tiba dikerumuni sekumpulan sepuluh hingga 15 lelaki yang menunggang 10 buah motosikal.
Sumber berkata, salah seorang daripada suspek itu bertindak memecah cermin sebelah pemandu menggunakan topi keledar.
"Selepas itu, suspek-suspek terbabit dipercayai kumpulan pelesit rempit merampas telefon bimbit jenis iPhone 4 dan kunci kereta mangsa," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.
Oleh ATIKAH DALI dan AZIRAN YUNUS
{[['']]}

Nasha Aziz Kena Samun

http://www.gosipsensasi.co.cc

KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.
Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.
"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis semalam.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger