Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Artis Tipu. Show all posts
Showing posts with label Artis Tipu. Show all posts

Panas!! Chef Riz Anak Chef Wan Tipu Resume!!



Isu ini memang panas dan menarik.
Anak Chef Wan, Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Riz didakwa telah mengubah kelayakan dirinya dalam resume.
Beliau merupakan salah seorang juri untuk program MasterChef edisi Malaysia yang bermula 22 Oktober yang lalu.
The Malaysian Insider semalam membongkar fakta yang meragukan dalam profile Chef Riz yang dipaparkan di laman web rasmi MasterChef Malaysia — dua fakta yang dilihat memiliki tahap auta melampau ialah;


FAKTA #1 – Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef di restoran paling popular dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau baru berumur 22 tahun.
KANTOI #1 – Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.
Namun, Chef Riz yang dihubungi kembali untuk mendapatkan kenyataan menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef di sana selama setahun — Januari 2005 sehingga Disember 2005.
FAKTA #2 – Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.
KANTOI #2 – Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan memberitahu bahawa mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti yang didakwa dalam profile MasterChef Malaysia.

 
Namun, anehnya kini, profile Chef Riz telah berubah dan hanya menyebut beliau pernah menjadi pelatih di kedua dua buah restoran mewah tersebut.
Nampaknya Chef Wan yang sebelum ini begitu garang mengkritik majlis resepsi perkahwinan Norman Hakim dan Memey bakal berdepan kritikan hebat pihak pula kali ini.
Walaupun anak dia yang didakwa mengubah resume, tetapi sebagai seorang chef selebriti yang agak laser sound orang, peluang seperti ini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh orang-orang yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadapnya.
Mesti keluar ayat-ayat menegur orang pandai, anak sendiri tak mahu nasihat apa-apa.
Pandai-pandailah nak jawab kan…..
Sementara itu, berita terkini ialah Chef Riz telah memohon maaf kerana terover meletakkan kelayakan dirinya.
Dalam erti kata lain, memang telah berlaku penipuan.
Permohonaan maaf dibuat melalui saluran Astro Ria yang menyiarkan program MasterChef Malaysia.
Astro bagaimanapun telah cuci tangan awal-awal dengan menafikan pihak itu bertanggungjawab ‘memperhebatkan’ kandungan resume Chef Riz.
Status resumenya juga telah berubah daripada ketua chef kepada pelatih pula.
Chef Riz adalah juri yang paling muda daripada barisan lima juri yang dilantik dalam program berkenaan.
{[['']]}

Komposer Julfekar Didakwa Menipu

http://www.gosipsensasi.co.cc

PERBALAHAN antara Julfekar dan penyanyi di bawah naungan syarikatnya, Millenium Art semakin panas dan saling tuding menuding antara satu sama lain.

Ini termasuklah komposer itu didakwa meminta wang membabitkan ratusan ribu ringgit dengan alasan untuk menerbitkan album tetapi hasilnya tidak kelihatan.
Dakwaan itu dibuat oleh Datuk Jeffry Rosman atau Emjay dengan menyatakan Julfekar sudah mengambil wangnya lebih RM200,000 konon untuk membiayai kos penerbitan album dan promosi. Julfekar juga didakwa kerap meminta wang daripadanya dan terbaru berjumlah RM70,000 juga dengan alasan untuk menyiapkan albumnya itu.

ARTIS naungan Millenium Art; Emjay, Syazwani, Syaz, Heela, Rush dan Acay tampil membuat aduan. Gambar kecil, Julfekar.
      
“Tujuh tahun lalu dia pujuk saya untuk buat album. Dia minta saya keluarkan duit sendiri, malah dia cakap tak payah tanda tangan sebarang kontrak sebab saling mengenali. Tapi cuma satu lagu saja iaitu Impian dihasilkan, itu pun dimuatkan dalam album kompilasi bersama-sama dengan artis lain,” katanya.

Emjay turut mendakwa Julfekar meminta RM39,800 bagi satu lagu yang dihasilkan dan terkejut apabila lagu yang diberikan kepadanya pula itu adalah milik penyanyi lain.

Meskipun sudah mempunyai empat singlenya sendiri, namun Julfekar dikatakan enggan menghasilkan album. Julfekar memberi alasan Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) tidak meluluskan penghasilan sebuah album jika hanya memiliki empat single saja.
“Dia ada 21 penyanyi tetapi tak boleh nak jaga. Cuma seorang penyanyinya saja yang Julfekar bawa ke sana sini. Sebenarnya dia ada agenda tersendiri nak tunjuk kepada artisnya sebelum ini bahawa dia boleh kawal ramai artis.

Artis-Artis di bawah naungan Syarikat Millieum Art milik Komposer Julfekar.

“Dia mempergunakan artis di bawah naungannya tanpa show, album mahupun single sebabnya nak tunjuk kepada artis terbabit yang dia boleh lahirkan ramai artis yang berbakat,” katanya.

Dua bakat baru Shahila Shariff atau Heela dan Mohammad Syahrul Mohammad atau Syahz turut mendakwa diperdaya oleh Julfekar untuk menghasilkan album namun sehingga kini tiada satu pun dihasilkan. Mereka juga mendakwa tidak diberikan sebarang persembahan pentas. Syahz mendakwa Julfekar menjanjikan setiap artis di bawahnya akan dihasilkan satu album setahun, namun hanya satu lagu untuk album kompilasi saja yang dihasilkan Millenium Art.

“Saya ada jumpa Julfekar minta salinan tetapi bermacam alasan yang diberikan. Sebelum ini, dia ada cakap kalau tak suka boleh keluar (dari Millenium Art) tetapi kena bayar RM25,000. Sudahlah kena bayar, tapi tidak boleh tanda tangan kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman lain selama enam tahun. Apa maknanya?

“Saya tidak pasti adakah ini ugutan? Dia suruh saya berhenti kerja sebab ada road tour tapi sampai sekarang tak ada sebarang show, bahkan hanya beri tumpuan pada seorang artis saja,” katanya.

Biarpun sudah ada ramai penyanyi di bawah naungannya, Julfekar dikatakan masih terus mencari bakat baru yang ingin menjadi penyanyi sedangkan dia sudah ada 21 artis yang tidak diberi perhatian dan pembelaan seadilnya.

Farawahida dan Julfekar juga pernah bergaduh besar suatu ketika dulu.

Seorang lagi bakat baru di bawah naungan Millineium Art, Heela juga terkilan dan kecewa kerana Julfekar sering tidak sopan ketika berdepan dengan artis wanita.

“Dia pandai memujuk dengan menggunakan kata-kata manis. Tapi apabila kehendaknya tidak boleh dipenuhi, dia akan menghambur kata kesat dan kasar. Jadi, macam mana kita hendak berbincang secara baik mengenai sesuatu masalah,” katanya.

Semua dakwaan tidak berasas

Julfekar menegaskan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sebagai tidak berasas dan menganggap mereka hanya hendak mencari publisiti murahan.
Dakwaan daripada Emjay bahawa dia sudah mengambil wang sebanyak RM200,000 sebenarnya tidak wujud dan sengaja diperbesar-besarkan bagi meraih perhatian masyarakat.

“Tak ada langsung RM200,000 itu. Dia sengaja nak buat cerita untuk mencari publisiti murahan. Saya tidak mahu ambil tindakan lagi sebab nak tunggu dan lihat apa lagi cerita yang mereka nak reka tetapi kalau sudah sampai kemuncaknya saya akan saman mereka,” katanya.

Malah Julfekar mendakwa meskipun tiada lagu baru yang dihasilkan kepada artis di bawah naungan syarikatnya, namun dia tetap mempromosikan mereka termasuk membuat penggambaran video klip.

Walaupun lagu-lagu mereka sudah popular tetapi Julfekar tetap mempromosikan artisnya supaya lebih dikenali dan menonjol, namun tidak menyangka ada pihak cuba menjatuhkan imejnya sebagai komposer.

“Pasal duit itu, tak ada langsung malah kalau benar dia ada keluarkan duit sebanyak itu untuk buat album, mana hitam putihnya? Tunjukkan bukti kepada saya. Takkanlah begitu mudah dia keluarkan secara tunai saya tanpa sebarang dokumen yang sah,” katanya.

Mengenai dakwaan Syahz dan Heela yang tidak diberikan salinan kontrak, Julfekar mendakwa Syahz tidak datang bertemu dengannya untuk mengambil salinan kontrak manakala Heela sudah diberikan salinan dua kontrak yang ditandatangani bersama itu.

“Syahz ada jumpa saya awal tahun ini katanya nak bekerja, jadi saya cakap tak apalah kalau macam itu tetapi dia tak boleh tanda tangan atau terbabit dengan mana-mana syarikat rakaman lain.

“Manakala Heela pula jumpa saya tahun lepas, cakap nak balik kampung jadi saya cakap yang sama, tetapi sebaliknya kedua-dua mereka menipu saya dengan buat kerja luar dan itu sudah melanggar kontrak,” katanya.

Menurut Julfekar, terdapat dua kontrak iaitu kontrak artis dan syarikat, malah kedua-dua kontrak itu sudah tertulis syarat yang perlu dipatuhi termasuk tidak dibenarkan membuat kerja luar tanpa kebenaran syarikat.

Meskipun tertekan dengan dakwaan yang dilemparkan kepadanya, namun Julfekar masih memberi peluang dan ruang untuk mereka tampil berbincang dengannya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.  
Oleh Muhamad Fairoz Azizan
{[['']]}

Diana Danielle Enggan Berlakon Filem Atau Drama Bawah Arahan Syamsul Yusof

http://www.gosipsensasi.co.cc


PETALING JAYA: Pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 20, enggan bekerjasama dengan Syamsul Yusof, 27, jika ditawarkan berlakon oleh bekas kekasihnya itu.
Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon dalam drama atau filem di bawah arahan pengarah muda tersebut biarpun dikatakan mereka sudah berbaik.
"Saya belum terfikir lagi untuk berlakon bersama dia (Syamsul)jika ditawarkan,” jelasnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online.
Jelasnya, hubungan baik dengan pengarah muda itu, hanya atas dasar profesionalisme dan rasa hormat sesama artis.

“Saya rasa orang sudah salah anggap, saya langsung tidak terfikir nak kembali intim dengan Syamsul Yusof. Kami hanya kawan dan tidak lebih dari itu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dia yang dikatakan berpimpin tangan dalam sebuah majlis baru-baru ini menjelaskan bahawa ia tidak seperti yang digambarkan oleh beberapa pihak.
“Mana ada saya hadir ke sebuah majlis sambil berpimpin tangan dengan Syamsul Yusof, Itu hanya fitnah semata-mata. Dia hanya membantu saya semasa tutun tangga dari atas pentas sebab tangga tersebut terlalu kecil dan saya memakai kasut bertumit tinggi,” jelasnya.
Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Norsiah Ramli ketika dihubungi mStar Online memberitahu hubungan bekas pasangan kekasih itu sudah lama berbaik, namun tidak lebih dari sekadar teman biasa.
“Kami sudah melupakan peristiwa lalu dan Syamsul sudah lama meminta maaf tentang perkara itu. Tentang hubungan Diana dengan Syamsul saya tidak pernah menghalang untuk mereka berbaik.
“Saya ada bertanya Diana sejauh mana hubungan tersebut, namun Diana hanya memberitahu ia hanya berjumpa ketika di majlis dan tidak pernah berhubung melalui telefon dengan lelaki tersebut," katanya.
{[['']]}

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan Pengarah Eksekutif Fazley International Collage (FIC)


PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.
Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.
{[['']]}

Darling Mengaku Guna Dokumen Palsu

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu.
Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.
"Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi," tambahnya.
Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.
Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan.
"Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai," katanya.
Beliau menambah, pengadu kes tersebut, Mohamad Ridzuan Mat Hussin yang merupakan bekas rakan kongsi Darling di syarikat Nasridz Pictures Sdn Bhd juga telah menandatangani perjanjian penyelesaian pada 10 Mei lalu.
"Antara terma ialah semua pertikaian antara mereka termasuk kes ini diselesaikan. Pengadu juga telah membuat laporan pada 29 Jun lalu untuk menarik semula aduannya," katanya.
Khailes turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan bahawa dia telah mendapat semula wangnya berjumlah RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.
Selain itu, Khailes turut memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu.
Turut mewakili Darling ialah peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah K.M Abu Bakar pula membalas dengan menyatakan walaupun akaun tersebut adalah akaun syarikat, tertuduh merupakan penandatangan tunggal akaun itu.
"Kesalahan yang dilakukan juga adalah serius kerana melibatkan elemen ketidakjujuran," katanya yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandez.
Darling didakwa atas kesalahan menggunakan dokumen "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd" yang diketahuinya palsu sebagai tulen.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Ogos 2007 di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Cheras, di sini.
Bagi kesalahan itu, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Fakta kes menyatakan, polis membuat siasatan ekoran aduan Mohamad Ridzuan, 34, di Pandan Indah, di sini, pada 18 Mac 2008.
Siasatan menunjukkan bahawa Darling telah menggunakan dokumen itu yang mengandungi tanda tangan Mohamad Ridzuan selaku pengarah syarikat bagi membuka akaun syarikat di bank tersebut.
Dokumen itu juga turut mempunyai tandatangan Darling sebagai pengarah dan Mohd khairul Amin A.Ramli selaku setiausaha syarikat.
Bagaimanapun, laporan kimia mengesahkan bahawa tandatangan Mohamad Ridzuan berkemungkinan tidak dibuat olehnya.
{[['']]}

Raja Azmi Dicekup Polis Selepas Buat Laporan Di Balai Polis Ampang


KUALA LUMPUR: Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.
Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.

"Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini duakali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasilmenemuinya.
"Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya," kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini Khamis.
Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi.
Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang samadipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.
Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas. - BERNAMA
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger