Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Dira Abu Zahar. Show all posts
Showing posts with label Dira Abu Zahar. Show all posts

Dira Abu Zahar Tidak Lari Dari Wartawan


SECARA fizikalnya si pengacara dan pelakon itu nampak lasak. Menggemari motosikal berkuasa besar sudah cukup untuk menggambarkan bahawa dia bukan seorang wanita yang penakut kepada cabaran.

Apabila diteliti pada dalamannya pula, Dira Abu Zahar nampak kuat. Banyak kontroversi yang melanda dirinya, tetapi ditelannya bulat-bulat.

Biarpun dihambat cerita-cerita negatif, Dira tetap tegar percaya bahawa pahit manis merupakan asam garam yang harus dilaluinya sejurus bergelar orang popular.

"Biarpun cerita baik dan buruk keluar tentang diri ini, saya tidak takut dan sudah lama bersedia. Saya terima segala perkara (kontroversi) kerana percaya bahawa ia sudah termaktub dalam 'kontrak' setelah bergelar selebriti.

"Apabila cerita kontroversi melanda saya tidak pernah lari daripada wartawan kerana faham akan situasi seperti ini," katanya yang baru-baru ini tampil dengan filem Chow Kit.

Sebelum ini nama Dira masih samar, namun setelah menjadi pengacara rancangan hiburan popular, Melodi, namanya tiba-tiba meletup.

Tidak cukup dengan itu, nama Dira bertambah popular setelah tersebar cerita kes pergaduhannya di pusat hiburan saat setahun bergelar pengacara rancangan itu.

Kini nama Dira sudah dikenali. Kontroversi yang terpalit membuatkan namanya lebih melekat. Sayangnya, dek cerita negatif itu dia direhatkan daripada mengacara rancangan tersebut.

Bahkan, kontroversi itu turut dikaitkan dengan keengganan pihak produksi menyenaraikan Dira untuk mempromosikan filem Chow Kit yang membariskannya sebagai bintang utama.
{[['']]}

Dira (Melodi) Masuk Hospital Kerana Minum Bahan Peluntur??


16 Apr – Seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja sampai ke pengetahuan kami mengenai seorang pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam.

Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.

Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.

Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakkan akal pendek yang dilakukannya, dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.

Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

Oleh: Nadia Najib



KUALA LUMPUR – Satu demi satu kontroversi melanda pelakon dan juga pengacara rancangan hiburan Melodi terbitan stesen penyiaran TV3, Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira dengan yang terbaru, dia didakwa meminum bahan peluntur.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam untuk mengesahkan dakwaan tersebut, pengacara kontroversi itu menafikan bahawa dia kini terlantar di hospital kerana dipercayai meminum bahan berkenaan.

Menurut Dira, 28, dia dimasukkan ke hospital di ibu negara baru-baru ini disebabkan masalah tekanan darah rendah yang dialaminya sejak dari kecil.

“Saya memang dimasukkan ke hospital kelmarin tetapi tidak ada kena mengena dengan minum bahan peluntur sebaliknya disebabkan masalah tekanan darah rendah sejak kecil.

“Saya juga mengalami gastrik namun keadaan saya semakin baik sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Oleh: FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
{[['']]}

Dira (Melodi) Disiasat Polis



DIRA mohon maaf dan minta situasinya difahami kerana enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan menyerang dan mencederakan seorang wanita di sebuah kelab hiburan, minggu lalu.

HAMPIR seminggu nama pelakon serta pengacara popular, Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.

Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.

Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.

Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Laporan polis terhadap Dira. (Kredit Sumber: rotikaya.com)

Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.

Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.

"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.

"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada Sensasi Bintang.

Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.

Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.

"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, Melodi," jelas Aminuddin kepada Sensasi Bintang.

Kredit: Sumber
{[['']]}

“Rupa-Rupanya Perempuan Yang Menyepak Saya Adalah D*** Pengacara M****i”

 
Kecoh di sebuah blog gosip tempatan apabila 2 keping foto bukti laporan polis mangsa terhadap seorang wanita dipercayai pengacara sebuah rancangan hiburan dituduh mengasarinya di sebuah pub di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pengacara tersebut telah menafikan mengenai tuduhan yang dilemparkan padanya namun 2 keping bukti yang dipercayai laporan mangsa kepada polis telah menunjukkan cerita yang berlainan. Dalam laporan tersebut, tertulis kenyataan berbunyi “rupa-rupanya perempuan yang menyepak saya adalah D*** pengacara M****i”.


Beberapa komen pengunjung blog hiburan tersebut juga telah membuat spekulasi mengatakan bahawa pengacara rancangan hiburan yang dipercayai terlibat ialah Dira.

Apa pun, selagi polis belum mengesahkan laporan tersebut, kita jangan tuduh sembarangan ya. Mari kita tunggu dan lihat! Dibawah ialah 2 keping foto bukti dipercayai laporan polis mangsa.
-ohbulan




salinan laporan polis..klik gambar untuk paparan lebih jelas (sumber: rotikaya)
{[['']]}

Dira Abu Zahar (Pengacara Melodi) Selamat Diijab Kabulkan



KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2011: Selepas tiga kali lafaz, akhirnya pasangan yang memilih tarikh 11 November 2011 (11.11.11) Dira Abu Zahar,27, telah selamat diijab kabulkan bersama pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 33, sekitar jam 4 petang tadi.
Pasangan tersebut selamat dinikahkan oleh Imam 1 Masjid Kampung Merlimau, Hj Md Yamin Long di kediaman keluarga pengantin perempuan yang terletak di Kampung Merlimau, Melaka.
Dira yang juga Hos Melodi itu kemudian menerima sebentuk cincin bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Helmi bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.
Selain sebentuk cincin, Helmi yang juga bekas tunang kepada pelakon Nasha Aziz itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM7777 serta wang hantaran sejumlah RM17171.17
Mempelai yang mengenakan busana rona putih bersih rekaan Hanizam Yusof serta kemasan labuci keemasan oleh Lynda Rahim itu juga turut berbalas hantaran sembilan dulang dari Dira dan 11 dulang dari Helmi.
Antara hantaran yang diterima Dira adalah seperti Ipad 2, telekung, tas tangan, topi keledar, wangian dan beberapa manisan. Manakala, Helmi pula menerima hantaran berupa jam tangan, wangian, MacBook Air, kek serta manisan.








Dira bersyukur, kerana semuanya berjalan dengan lancar dan mengharapkan agar perkahwinan kali keduanya itu akan menjadi satu ikatan yang lebih matang dan kekal hingga akhir hayat.
"Alhamdulilah, saya sangat gembira apabila semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas doa secara langsung dan tidak langsung yang telah diberikan kepada saya. Terutama sekali sokongan dari keluarga saya.
"Saya harap peluang kedua yang diberikan ini dapat saya tempuhi dengan dengan lancar hingga ke akhirnya. Apa yang penting saya mengharapkan hubungan suami isteri yang lebih matang dalam melayari bahtera perkahwinan," luahnya tanda syukur.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Februari lalu di kediaman keluarga Dira di Merlimau Melaka.
Dira dan Helmi bakal melangsungkan resepsi perkahwinanya di Lanai Matic, Jalan Ampang pada 13 November ini.
Dira sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas suaminya Ash atau Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd dan telah dikurniakan seorang anak bernama Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah, 3.
Oleh: Syafiqah Jalal
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger