Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Hanez Suraya. Show all posts
Showing posts with label Hanez Suraya. Show all posts

Panas!! Hanez Suraya Dan Amy 'Search' Berperang Lagi

HANEZ Suraya mendakwa dia tidak tahu apa-apa tentang kontroversi yang berlaku antara adiknya dan Nourish.



PELAKON drama bersiri Dendam Pencinta dan Dalam Hati Ada Taman, Hanez Suraya, nampaknya tidak habis-habis dengan kontroversi. Kali ini, dia terlibat dalam 'perang' siri kedua dengan rocker tersohor, Amy Search.

Perang siri pertama membabitkan mereka pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 baru-baru ini, apabila dia dikatakan berlagak sombong dengan tidak menegur Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman walaupun mereka duduk bersebelahan. Isteri Amy, Nourish turut menemaninya pada ketika itu.

Perang siri kedua Amy dan Hanez pula turut membabitkan Nourish.

Kejadian yang berlaku tiga hari lepas itu sebaliknya menimbulkan kontroversi lain antara mereka.

Ia tercetus apabila Nourish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan telah secara tidak sengaja bertemu dengan adik Hanez yang merupakan seorang juruwang di sebuah bank tempat dia berurusan untuk mengeluarkan wang.

Nourish yang mengenali adik Hanez ketika dia turut menemani Hanez pada Anugerah Blokbuster 2011 tempoh hari itu dikatakan ingin menyampaikan permohonan maaf bagi pihak suaminya.

Ia ekoran kejadian teguran Amy secara terbuka di Twitter yang telah mengkritik Hanez ekoran isu pada majlis anugerah tersebut.

Bagaimanapun, adik Hanez dikatakan telah menolak untuk menyampaikan permohonan maaf kepada kakaknya itu dan Nourish didakwa sehubungan itu telah membuat kecoh di bank berkenaan.



NOURISH (di samping Amy Search) menafikan dia membuat kecoh di bank tempat adik Hanez Suraya bekerja.

Isu itu berlarutan hingga ke laman sosial bergambar Instagram pula. Amy dan Hanez menerusi intagram tersebut khabarnya berbalas-balas kata, yang mana kata-kata berbaur amarah itu kini sudahpun dihapuskan.

Bagi mendapatkan penjelasan sebenar perkara yang berlaku itu, Kosmo! telah menghubungi Hanez dan Nourish. Berikut, sedutan temu bual bersama mereka.

Kosmo!: Apakah yang sebenarnya berlaku, adakah benar Nourish membuat kecoh di sebuah bank tempat adik anda bekerja?

HANEZ: Saya enggan komen apa-apa sebab benda dah jadi.

Benarkah dakwaan Hanez sebenarnya jenis suka cari gaduh?

Saya bukan jenis macam itu. Saya tiada masalah dengan sesiapa pun sebelum ini, selama ini pun, saya senyap apa orang cakap kat saya.

Jadi, apakah yang menyebabkan Amy dan isterinya dikatakan mengamuk dengan anda?

Saya tidak tahu apa masalah yang berlaku sebenarnya. Kalau sesiapa ada nak bagi tahu saya apa-apa, baik jumpa saya sendiri dan jangan guna pihak ketiga bagi elak salah faham pula.

Adakah Hanez akan bersemuka dengan Nourish atau Amy setelah apa yang berlaku?

Saya rasa tidak perlu kerana saya tidak bermasalah dengan sesiapa pun, tetapi kalau ada pihak ingin bersemuka dengan saya, itu tidak menjadi masalah.

Apabila berlaku perkara macam ini, Hanez yang dipersalahkan dan nampak anda yang bermasalah, apa komen anda?

Biarlah apa orang nak kata janji saya tahu, saya tidak kacau orang.

Oleh MALIAH SURIP dan SITI KAMILAH MUSTAPHA
{[['']]}

Hanez Suraya Kesal Dengan Penyebaran Gambar-Gambar Silamnya

Gambar-gambar silam Hanez Suraya yang telah menimbulkan kontroversi.


Sepuluh tahun tempoh terpaksa ditempuh aktres Hanez Suraya untuk mendapat tempat tersendiri dalam industri seni.

Dalam kesyukuran setelah mendapat perhatian bukan sahaja dari penerbit dan pengarah malahan dari peminat industri hiburan, namun Hanez terpaksa akur ada harga yang perlu dibayar selepas namanya mula dikenali.


Hanez Suraya


Penyebaran gambar-gambar silamnya!

Tidak melatah atau tertekan dengan penyebaran gambar tersebut, Hanez bagaimanapun mengakui kesal kerana gambar berkenaan sudah berulang disiarkan sejak tiga tahun lalu.

“Saya akui wanita dalam gambar tersebut adalah diri saya dan gambar tersebut diambil kira-kira lima tahun lalu. Seperti yang saya sudah jelaskan berulang-ulang semenjak tiga tahun lalu, lelaki yang ada di dalam gambar itu adalah kawan-kawan rapat saya.

“Setiap orang pernah membuat kesilapan dan saya juga begitu, ketika itu saya masih muda, darah muda dan pergaulan agak bebas. Tapi apa saya kesalkan, gambar tersebut telah tersebar sejak tiga tahun lalu dan setiap tahun, isu gambar tersebut akan dimainkan.

“Saya juga dah penat beri penjelasan berulang kali. Apa yang ingin saya tegaskan kini, saya tak lagi buat perangai lama. Saya harap isu berkaitan gambar ini dihentikan kerana saya tidak mahu ia menjejaskan periuk nasi saya,” ujarnya.

Hanez berkata, dek kerana isu berkenaan sudah dimainkan berulang kali, dia sudah semakin lali dan kuat.

Walaupun sedikit sebanyak memburukkan nama dan kariernya yang kini sedang berkembang, Hanez berkata, dia tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mula-mula menyebarkan gambar tersebut.

“Selagi tidak beri impak negatif pada karier saya, saya memang tak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang. Lagipun saya tak tahu pada siapa perlu saya saman,” katanya.

Awi, peminat memahami

Hanez berkata, dalam mengharungi dugaan ini, dia amat bersyukur kerana keluarga, kekasihnya, Awi Rafael dan peminat begitu memahami dan banyak memberi sokongan.

“Isu berkaitan gambar ini sudah diketahui keluarga saya, Awi sendiri dan juga keluarganya. Malah saya cukup bertuah kerana peminat tidak pernah menyalahkan saya dan sentiasa memberi sokongan padu.

“Awi juga percayakan saya. Sejak kami mula berkawan, dia sudah dimaklumkan mengenai perkara ini. Kami memang saling memberi sokongan. Jika sebelum ini Awi dilanda kontroversi, saya banyak memberi semangat padanya.

Kini tiba giliran saya pula dan dia pun memainkan peranan yang sama,” ujarnya.

Menyentuh mengenai adegan bercium pipi dengan aktor dari seberang, Randy Pangalila, menerusi lakonan Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang dan Amor Razin, Hanez berkata dia sebenarnya tidak mencium pipi Randy dan ia hanyalah teknik kamera sahaja.

“Mengenai babak cium itu juga, Awi sudah sedia maklum dan dia tidak cemburu. Rasanya tidak perlu memperbesarkan babak itu kerana saya tidak cium dia betul-betul dan hanya teknik kamera.

“Menerusi drama tersebut, saya membawa watak sebagai tunang Randy;” jelasnya.

Mula berlagak diva?

Dalam keriuhan mengenai isu gambarnya, Hanez sekali lagi diduga apabila dikatakan bersikap sombong dan tidak bertegur dengan bintang rock, Amy Search ketika di belakang pentas semasa Anugerah Blockbuster.

Mengakui sedikit terkejut apabila Amy bertindak meluah perasaan dalam laman sosial Twitter milik penyanyi itu, Hanez bagaimanapun tidak melatah dan segera memohon maaf.

“Saya mendapat tahu mengenai perkara ini menerusi kawan-kawan dan terkejut juga pada mulanya. Kalau ikutkan saya tegur semua orang ketika berada di belakang pentas.

“Cuma saya segan nak tegur abang Amy. Tapi jika abang Amy terasa, saya mohon maaf kepadanya. Saya tak ada niat nak berlagak atau bersikap sombong.

“Malah, saya juga bukan seorang yang sombong. Jika orang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Apa-apa pun jika ada yang rasa saya sombong saya mohon maaf. Mungkin kerana muka saya nampak sombong, tapi
saya bukan orang yang sebegitu,” terangnya yang kini sedang menjalani penggambaran drama Dendam Pecinta.

Hanez juga akan sibuk di lokasi drama bersiri terbitan RTM berjudul Bunga-Bunga Kemboja yang turut menampilkan pelakon seperti Ako Mustapha dan Cristina Suzanne.

OLEH NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
{[['']]}

Pelakon Hanez Suraya Akui Gambar Peluk Cium Itu Gambarnya



Satu gambar yang memperlihatkan pelakon wanita, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki tersebar meluas di ruang internet ketika ini.

Gambar itu jelas menunjukkan Hanez sedang berseronok di kelab hiburan sambil memeluk lelaki.

Bagaimanapun, Hanez menerangkan gambar yang tersebar itu adalah gambar lama iaitu lima tahun yang lalu.

Untuk tidak mahu membuatkan ramai pihak salah faham mengenai dirinya, Hanez menerangkan semua lelaki itu adalah teman-teman rapatnya.

Malah, dia yang sekarang ini juga sudah tidak berperangai seperti dalam gambar itu.



“Itu semua gambar lama. Kalau tidak silap saya, gambar tersebut telah dirakamkan 5 tahun yang lalu. Semua lelaki yang ada dalam gambar itu adalah kawan lelaki saya yang rapat dengan saya.

“Ada juga antara mereka adalah teman lelaki kepada kawan baik saya. Saya memang mengaku dipeluk lelaki itu. Namun, itu semua zaman dulu saya waktu buat silap. Sekarang saya sudah bersih dan tidak lagi sebegitu.

“Antara banyak-banyak lelaki itu, tiada seorang pun yang pernah menjadi boyfriend saya. Gambar itu memang dirakamkan di Malaysia. Masa gambar ini tersebar pun saya sudah tidak lagi sebegitu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.

Kata Hanez, gambar-gambar yang tersebar adalah bukan milik peribadinya.

Dia juga berpendapat penyebaran gambar-gambar kontroversi itu bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang kian meningkat naik.

Hanez mengakui gambar itu menyebabkan dirinya tertekan tetapi tidak lagi kini kerana dia berjaya mengatai tekanan itu kerana memikirkan kontroversi yang timbul adalah lumrah hidup sebagai pelakon.

“Kebanyakan gambar itu bukan milik saya. Mungkin ada pihak tertentu yang sengaja siarkan gambar itu kerana mereka dengki. Alhamdulillah, saya dah boleh kawal perasaan saya dengan cerita kontroversi mengenai gambar ini.

“Sebelum ini, saya ada sedikit tertekan. Sekarang ini pun, saya hanya ada rasa terkejut kerana gambar-gambar tersebut masih terus disebarkan dan dikemaskini seolah-olahnya ianya adalah gambar terbaru saya,” katanya.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger