Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts

Izara Aishah Mahu Majlis Perkahwinan Yang Sederhana

Izara Aishah  

 
KUALA LUMPUR – Berbicara mengenai alam perkahwinan, pelakon cantik, Izara Aishah, 21, yang tidak pernah berahsia dirinya sudah berpunya ini menjelaskan, dia belum ada perancangan ke arah itu.

Tetapi andai satu hari nanti hari bersejarah itu tiba, cukup dengan majlis sederhana di mana akad nikah dan persandingan diadakan pada hari sama.

“Tidak perlu berhabis untuk majlis perkahwinan kerana kehidupan selepas itu banyak nak pakai duit. Saya nak kereta, pergi berbulan madu, membeli-belah dan buat macam-macam lagi yang menuntut perbelanjaan tinggi.

“Yang boleh saya fikir sekarang, hanya mahu majlis sederhana di satu dewan besar dan dekorasinya putih bersih. Itu sekadar impian, yang berlaku nanti kita tidak tahu,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.

Mengaku berpunya tetapi lebih selesa merahsiakan identiti kekasih, Izara akui hubungan yang terjalin sejak mereka di tingkatan dua itu melalui fasa yang membahagiakan.

“Keluarga dia kawan keluarga saya. Apabila keluarga selalu berkumpul, bermulalah bibit cinta antara kami.

“Syukur hubungan kami lancar, malah kami saling memahami,” jelas Izara.

Sejurus usai pembikinan filem Sejoli, Izara terikat dengan drama Oh My English musim kedua dan bakal menjalani penggambaran filem Pilot Cafe juga arahan Osman yang dijangka mengambil masa 45 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
{[['']]}

Izara Aishah Tetap Setia Kepada Kekasihnya

Izara Aishah



Meskipun namanya berada di puncak, pelakon jelita ini tidak pernah menyembunyikan status hatinya yang sudah berpunya. Akui sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka sejak di tingkatan tiga lagi, Izara semakin yakin dengan hubungan yang dibina.

Bagaimanapun pelakon kacukan Melayu-Pakistan ini bingung apabila timbul dakwaan mereka sudah putus hubungan.

"Dakwaan mengatakan saya mempunyai kekasih baru tidak benar. Saya sangat terkejut dengan gosip ini. Sejujurnya saya hanya setia pada yang satu," ujar Izara.

Tegas Izara, dia tidak mungkin mencurangi kekasihnya itu.

"Hubungan kami sangat baik dan boleh dikatakan tiada sebarang masalah antara kami.

"Percintaan kami sejak dari zaman persekolahan tak mungkin saya akan menduakannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka," katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor Fizo Omar.

Melihat dunia artis yang semakin panas dengan kisah putus cinta, Izara berharap perkara itu tidak akan berlaku terhadapnya. Bagaimanapun, dia terpaksa akur sekiranya bukan jodoh mereka.

"Hubungan kami memang serius. Tapi masih belum fikir ke arah yang lebih jauh (perkahwinan)," kata Izara yang masih belum sedia untuk mendedahkan buah hatinya itu.

Semakin memilih?

Sejak membintangi drama 'Vanilla Coklat', nama Izara Aishah semakin menjadi sebutan. Turut popular menerusi beberapa drama seperti Naziha dan Soffiya, naib juara pertandingan Dewi Remaja 2009/2010, ini mula menjadi rebutan pengarah dan penerbit tempatan tanah air.

Bagaimanapun sejak video tarian tango 'ghairahnya' tersebar di Youtube, ramai yang menyangka pelakon kecil molek ini mula menyepi. Sementelah wajahnya juga jarang kelihatan di kaca TV.

Tidak mudah melatah, pemilik nama Izara Aishah ini menganggap kariernya belum berakhir. Akui Izara, kontroversi itu tidak pula menggugat karier seninya.

"Memang sekarang saya jarang muncul di kaca TV kerana tumpuan saya adalah untuk filem terbaru, Pilot Cafe.

"Buat masa ini, saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap filem ini," kata Izara yang kini sibuk menjalani penggambaran filem arahan Osman Ali itu.

Membawa watak utama dalam karya adaptasi nukilan Ahadiat Akashah & Zuraidah Othman, Pilot Cafe mengisahkan tentang dilema seorang gadis terhadap dua lelaki.

Menurut Izara, dia berasa gembira apabila dipilih untuk menerajui watak utama di samping Fahrin Ahmad dan Neelofa.

"Ini adalah gandingan pertama saya bersama mereka. Jalan cerita filem ini sarat dengan kisah cinta.

"Memang pada mulanya saya rasa agak gentar, namun saya akan memberikan yang terbaik demi filem ini," katanya yang turut membintangi filem KL Zombie dan Putera di samping Beto Kusyairi dan Namron.

Tak lupa diri

Semakin 'ghairah' menerima tawaran filem, tidak bermakna aktres kelahiran Batu Pahat Johor ini sudah melupakan drama yang sebelum ini banyak melonjakkan namanya.

Baru saja selesai menjalani penggambaran siri, Oh My English, untuk musim kedua, Izara berkata, dia masih banyak menerima tawaran drama.

Sedar kemampuannya sebagai pelakon baru, dia terpaksa menolak tawaran drama buat masa ini. Malah akui Izara, dia bukanlah semakin memilih seperti mana yang didakwa segelintir pihak.

"Saya akan ambil tawaran mana yang datang dulu, tidak kira drama atau filem.

"Jadual lakonan saya memang padat. Sebab itulah saya tak boleh terima tawaran yang banyak.

"Biarlah saya fokus satu-satu dahulu," katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian di kolej demi memberi tumpuan kepada lakonan.-SH

{[['']]}

Senarai Penerima Anugerah 'Shout Awards 2012'

Yuna membawa pulang dua trofi pada Shout! Awards yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, di sini, malam Jumaat.
 

PETALING JAYA: Penyanyi bertaraf antarabangsa dan komposer, Yunalis Zarai atau Yuna (gambar) sekali lagi meraih anugerah terbanyak apabila membawa pulang dua trofi di Shout! Awards yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, di sini, malam Jumaat.

Dua anugerah tersebut adalah Wired Celebrity Awards dan Popstar Award mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Hafiz, Jaclyn Victor dan Najwa.

Pelakon dan pengacara Zizan Razak pula meraih Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama Johan (Raja Lawak).

Manakala Aaron Aziz dan Nora Danish mencuri perhatian penonton apabila masing-masing mendapat Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.

Selain itu, kemenangan kumpulan Massacre Conspiracy menerusi kategori Break Out Award turut tidak dijangka kerana dapat menewaskan penyanyi popular, Najwa Mahiaddin.


Zizan Razak pula meraih Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama Johan (Raja Lawak).

Manakala, Kumpulan Bunkface sekali lagi mengulangi kemenangan tahun lalu dalam kategori Roctstar Award.

Mizz Nina pula meraih Music Video Award pada malam anugerah tersebut.

Kumpulan terkenal iaitu KRU pula dianugerahkan dengan trofi pencapaian, Ultimate Shout Awards pada malam itu.

Sementara itu majlis tersebut diserikan dengan persembahan barisan penyanyi-penyanyi hebat seperti Yuna, Kyoto Protocol dan Go Gerila.

Shout! Awards turut menjemput dua kumpulan K-Pop dari Korea Selatan iaitu Nu'Est dan Vixx bagi memeriahkan majlis.

Ia dihoskan oleh Henry Golding, Hannah Tan dan Razif Hashim.


Duet di antara Black dan Malique menerusi lagu Teman Pengganti telah melayakkan mereka menerima Flava Award.

Berikut Adalah Senarai Penerima Anugerah Shout Awards 2012:

* Rockstar Award : Bunkface

* Popstar Award : Yuna * Power Vocal Award : Shila Amzah

* Flava Award : Black & Malique

* Music Video Award : Mizz NIna

* Break Out Award : Massacre Conspiracy

* Best On-Screen Chemistry Award : Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

* Fresh TV Series Awards : Versus

* Breakthrough Local Feature Award : Songlap

* Favourite TV Program Award : Showdown 2012

* Favourite TV Personality Award : Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

* Coolest Radio Announcer Award : Hunny Madu (Fly FM - Malaysia's Hottest Music)

* Favourite Radio Show Award : TOP 5 - Panggilan Hangit

* Hot Chick Award : Nora Danish

* Hot Guy Award : Aaron Aziz

* Wired Celebrity Award : (Selebriti aktif di Twitter): Yuna - @yunamusic

* Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube) : Matluthfi90

* Ultimate Shout! Awards : KRU



Gambar-Gambar Artis di 'Karpet Pasir' Shout! Awards 2012





Celepet GangCelepet Gang

Siapakah yang akan menang besar di Shout! Awards malam ni?! Sama-sama kita nantikan.
Sebentar tadi telah belangsungnya acara red carpet atau suka kami namakan sebagai 'karpet pasir', memandangkan anugerah paling hip di Malaysia ni kali ini diadakan di Sunway Lagoon Surf Beach - jadi moodnya ala tepian pantai gitu...

Bertemakan 'Steampunk', berikut kami tatapkan kepada anda dulu, antara selebriti popular yang menghangatkan acara 'karpet pasir' Shout! Awards 2012.

 
Sara AliSara Ali

YunaYuna

Jason Lo dan Amy SearchJason Lo dan Amy Search

Izara AishahIzara Aishah

Siti SalehaSiti Saleha
Henry GoldingHenry Golding

Nu'est
Noh dan Isterinya, Mizz NinaNoh dan Isterinya, Mizz Nina

Nu'estNu'est

VixxVixx
{[['']]}

Hot Video!! Izara Aishah Mengaku Menari Seksi Giler!!



Izara Aishah mengakui video seorang wanita yang menari tarian tango dengan aksi ghairah adalah dirinya.

PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah mengakui penyebaran video seksi seorang wanita yang menari tarian tango dengan lenggok seksi dan menghairahkan di laman Youtube adalah dirinya.

Izara dalam laporan Harian Metro pada Jumaat berkata, video berkenaan dirakamkan sekitar tahun 2009 ketika dia mengikuti pengajian di Kolej Universiti Sunway, Bandar Sunway, Selangor.

"Memang benar itu video seksi saya tetapi ia dirakamkan tiga tahun lalu," ujarnya.

Tambah Izara dia tidak mahu bersikap hipokrit atau pun menipu dengan menafikan perkara terbabit sebaliknya lebih suka berterus terang mengenai apa yang berlaku.

"Sekarang saya sudah matang dan dapat membezakan mana yang baik atau sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Izara berkata, video yang tersebar di Youtube itu adalah rakaman semasa beliau menjalani projek akhir semester semasa mengambil kursus tarian Diploma Seni Persembahan di kolej berkenaan.

Dalam video tersebut, Izara memberitahu dia memegang watak seorang pengemis.

Menurut Izara oleh kerana kehendak tugasan ketika itu memerlukan dia berpakaian seksi dan beraksi sedikit ghairah.

Izara juga tidak sangka video itu telah dimuat turun di Youtube selepas dikongsi rakannya di Facebook menyebabkan beberapa peminat menyatakan kekecewaan mereka selepas menyaksikan video tarian berkenaan.

Tak sangka Izara begitu hebat menari tango. Video “Cell Block Tango Girls” ini dirakam untuk persembahan daripada pelajar-pelajar Sunway University..Jom tonton video tersebut..


{[['']]}

Izara Aishah Yang Berbakat Besar Dan Paling Popular



POPULARITI Izara Aishah, 20, semakin melonjak sejak membintangi siri Vanila Coklat. Selain banyak menerima tawaran lakonan, aktres cantik ini juga dilamar menjadi duta produk penjagaan peribadi, Secret Garden.

Jika di awal kariernya dulu, nama bekas finalis Dewi Remaja 2010/11, kurang dikenali berbanding rakan seangkatannya, Neelofa dan Anzalna namun kini tuah lebih berpihak kepadanya.

Sedang membintangi siri Naziha di slot Zehra, TV3, Izara semakin pantas mencipta nama. Selain memiliki pakej lengkap, artis kelahiran Johor Bharu ini juga sangat berbakat dalam lakonannya. Malah hampir semua drama yang dibintanginya mendapat pujian peminat.




Mampu tersenyum lebar dengan pencapaiannya kini, gadis kecil molek ini nekad memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya.

Tahniah diucapkan kepada Izara dan semoga terus dapat memenangi hati peminat!
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger