Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Jue Aziz. Show all posts
Showing posts with label Jue Aziz. Show all posts

Ayu Raudhah Nafi Jadi Orang Tengah Antara Jue Aziz & Aidil Zafuan


Nama pelakon cantik  yang baru sahaja berhijab sejak 1 Ramadan lalu ni sekali lagi 'panas' ekoran dakwaan menjadi orang tengah antara abang iparnya, Aidil Zafuan dengan pelakon Jue Aziz.

Menurut ruangan gosip sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Aidil, yang merupakan suami Rita Rudaini, menjalin hubungan cinta dengan Jue.

Laporan itu mendakwa perkenalan kedua-dua mereka diatur oleh Ayu Raudhah.

Menjawab dakwaan itu, Ayu berkata, "saya tidak tahu macam mana nama saya boleh dikaitkan dengan hal itu."

"Ini kerana saya tidak pernah mencampuri segala hal dan urusan hidup Aidil," katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Dengan nada kecewa Ayu menambah, "sekarang ini, apa saja berkaitan Aidil, mesti nama saya terpalit sama sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai perkenalan mereka."

Ayu mengaku ada membaca gosip itu berkata, lebih elok soalan berkaitan dituju kepada Aidil dan Jue sendiri.

"Tanya kepada tuan badan sendiri kerana saya memang tidak ketahui pucuk pangkalnya dan tak pasal-pasal nama saya yang kena," katanya.

Ayu sebelum turut dihimpit kontroversi apabila dikatakan dirinya dan suaminya, Zaquan Adha mencampuri urusan rumah tangga Aidil dan Rita dengan 'membantu' Aidil keluar dari rumahnya di Damansara pada Januari lalu.



- mD
{[['']]}

Jue Aziz Nafi Bercinta Dengan Aidil Zafuan


JUE AZIZ begitu terkilan kerana didakwa menjalin hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang merupakan suami kepada pelakon Rita Rudaini.

NAMA pelakon cantik Zuliana Abd. Aziz, 29, atau lebih popular dengan panggilan Jue Aziz hampir tidak pernah dibicarakan lagi sejak kebelakangan ini. Jue seperti sudah terhakis dengan sebarang kontroversi, terutamanya yang berkaitan soal cinta.

Bagaimanapun, nama pelakon berkenaan tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Jue mengakui dirinya terlalu kecewa dengan kontroversi yang melanda dan menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak tersebut.

Kosmo!: Apakah reaksi Jue apabila didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil?

JUE: Sudah tentu saya berasa sedih dan kecewa kerana ketika sambutan

1 Syawal umat Islam merayakan Aidilfitri dan dihidangkan dengan pelbagai juadah, saya pula telah dihidangkan dengan sebuah kisah kontroversi yang boleh mengaibkan diri saya.

Apa yang boleh anda katakan apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang?

Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.


 AIDIL ZAFUAN


Adakah anda tahu individu atau pihak yang telah mengaitkan nama anda dalam kontroversi ini?

Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Cuma saya agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan pula, sedangkan saya langsung tiada masalah dengan individu itu. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.

Setelah kontroversi berkenaan tersebar, adakah ia memberi impak kepada anda?

Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.

Bagaimana pula dengan tindakan anda selanjutnya untuk berhadapan dengan kontroversi ini?

Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada

hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon.

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
{[['']]}

Aidil Zafuan Tengah Hangat Bercinta Dengan Jue Aziz?

Jue Aziz

Siapa tidak kenal dengan diri pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan.

Tetapi, namanya hanya lebih dikenali melalui kontroversi kisah rumah tangganya yang tidak ada surut.

Namanya mula menjadi hangat apabila kisah dia bernikah dengan aktres, Rita Rudaini secara senyap-senyap di Thailand.

Selepas tersebarnya cerita nikah mereka, dikatakan pula keluarga tidak merestui hubungan mereka.

Jadi, bermulalah pergolakan sedikit demi sedikit dalam hubungan suami isteri Aidil dan Rita.

Tahun pertama mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, hubungan mereka kembali stabil.

Namun, kembali retak selepas kelahiran anak kedua.

Hingga kini, boleh dikatakan Rita dan Aidil melepaskan penat dengan hanya turun naik ke mahkamah sahaja untuk menyelesaikan kes tuntutan perceraian Rita yang masih lagi tiada noktah.

Aidil Zafuan bersama isterinya,Rita Rudaini.


Ayu Raudhah

Terbaru, menerusi laman Rotikaya.com, Aidil dikatakan sedang hangat bercinta dengan Jue Aziz.

Khabarnya, Jue Aziz juga tidak kisah dengan status yang dipegang oleh Aidil yang masih lagi suami orang.

Mereka juga dikatakan sering dilihat keluar bersama-sama.

Amat memeranjatkan juga apabila perkenalan antara Jue Aziz dengan Aidil adalah melalui iparnya sendiri, Ayu Raudhah.

Kiranya, Ayulah yang menjadi penghubung hubungan cinta mereka.

Pelik juga ya..

Oleh: SORAYA IMAN
{[['']]}

Jue Aziz Bengang Dituduh Tidak Berdisiplin



Sejak beberapa hari lalu, kecoh apabila pelakon, Jue Aziz didakwa tidak berdisiplin sehingga bakal berdepan tindakan digugurkan dari teater Semerah Padi, yang bakal dipentaskan bermula hari ini sehingga 31 Disember.

Jue Aziz yang dihubungi Zass, ternyata berang dengan beberapa laporan akhbar yang mengatakan dia tidak berdisiplin sehingga akan digugurkan dari teater tersebut.

Menurutnya, dia rasa teraniaya dan terkejut apabila tidak mendapat penjelasan sewajarnya mengenai masalah yang timbul. Apatah lagi kehilangan yang diuar-uarkan itu berlaku kerana bersebab dan bukan disengajakan.

"Saya akui tidak menghadiri sesi latihan selama empat hari kerana saya demam panas yang sangat teruk. Malah semasa ke klinik, doktor juga memberi saya cuti sakit (MC) sebagai bukti.

"Saya bukan sengaja menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi. Saya sangat terkejut apabila membaca laporan sebuah akhbar semalam (kelmarin) yang mempersoalkan tentang disiplin saya.

"Lebih membuatkan saya rasa terkejut dan dianiaya, apabila pihak media yang menghubungi saya mengenai isu digugurkan dari teater ini. namun pihak produksi pula mengatakan sebaliknya.

"Jika benar saya tidak berdisiplin, mengapa ada pelakon lain yang pernah tidak hadir beberapa kali tidak pula dikatakan tidak berdisiplin," jelasnya.
Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, dia merasakan namanya digunakan untuk menarik perhatian orang ramai supaya menonton teater ini.

"Saya tidak kisah jika hal lain yang ditimbulkan, tapi apabila bercakap tentang disiplin, saya rasa itu sudah melampau.

"Walaupun saya tidak menghadiri sesi latihan, saya sudah mempersiapkan diri untuk menjayakan watak Dara. Malah saya sanggup menolak beberapa tawaran drama dan filem demi menjayakan teater ini.

"Jadi bila mereka memburuk-burukkan saya, saya rasa sangat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Kadangkala saya terfikir, adakah mereka sengaja membesarkan perkara ini untuk menarik perhatian orang luar menonton teater ini?," katanya.




Akan berjumpa penerbit

Jue berkata, dia akan berjumpa dengan penerbit Megat Mohd Noor Salleh Ghani bagi membincangkan perkara ini.

Jelasnya, dia juga tidak berpuas hati dengan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam produksi tersebut, dan mahu penjelasan dari pihak produksi.

"Jika mereka merasakan saya bermasalah, saya juga merasakan mereka ada masalah dalaman yang turut mengganggu kami.

"Saya akan mengambil jalan untuk bersemuka dengan mereka, selain meminta penjelasan mengenai status saya," katanya.

Keno beri penjelasan

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Keno Production, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau mesra disapa Keno menjelaskan Jue tidak disingkirkan dari pementasan teater ini.

"Pihak kami tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengatakan Jue digugurkan dari pementasan ini. Ia hanya khabar angin dari media sahaja.

“Kami memang bersedia dengan pelakon gantian iaitu Abby Nadzzri kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Bagaimanapun, Jue masih lagi pelakon utama.

"Cuma jika kesihatan dia tidak berapa baik, baru kita akan mempertimbangkan untuk membawa masuk Abby bagi menggantikan Jue,” katanya kepada Zass.

Keno juga mengakui ada beberapa pelakon tidak dapat hadir pada permulaan sesi latihan kerana terikat dengan komitmen lain, namun tidak pada saat-saat akhir sesi latihan.

"Watak Jue sangat penting dalam pementasan ini. Justeru, menjelang saat-saat akhir sebelum pementasan, tentulah kehadirannya sangat-sangat diperlukan.

"Malah apabila dia hadir dan masih dengan tampalan koyok, tentulah pengarah memikirkan dia masih lagi tidak sihat. Malah Rosdeen juga pernah memaklumkan pada saya, ketika sesi latihan sebelum ini, Jue asyik memegang telefon bimbit dan di mana komitmen dia sebagai seorang pelakon," jelasnya.

Berhubung masalah dalaman yang dibangkitkan Jue, Keno berkata, ia hanyalah perkara yang cuba dibangkitkan Jue untuk menutup isu mengenai dirinya.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah tentang isu dalaman yang dibangkitkan Jue. Saya bersedia untuk berjumpa dan menjelaskan perkara ini kepadanya.

"Saya sejujurnya kasihan apabila melihat orang luar menghentam Jue dan sepatutnya dia mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.

"Malah sehingga saat ini, saya sedia memaafkan dia kerana bagi saya, saya tiada masalah personal dengan Jue," akhiri Keno.

Teater Semerah Padi turut dibintangi Khir Rahman, Fauzi Nawawi , Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.
Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 24 hingga 31 Disember depan.
Tiket untuk teater di bawah naungan Sultan Pahang ini boleh didapati di www.ticket2u.biz.
Oleh : NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger