Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts

David Teo Bagi Ang Pow RM4.5 Juta

http://www.gosipsensasi.co.cc


Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkongsi rezeki hasil yang diperoleh daripada penerbitan filem dan drama terbitan syarikatnya. Foto The Star, Mohamad Azhar
PETALING JAYA: Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus “1 Dekad, 49 Filem” yang diadakan di Hotel One world, di sini, Rabu.
Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, dia gembira kerana acara tahunan itu lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.
Shaheizy Sam menerima sebuah rumah Semi-D serta pakej umrah bernilai RM30,000.
"Ini satu pencapaian buat MIG dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan lain-lain.
"Bila kita berkongsi keuntungan yang diperoleh, rezeki kita akan lebih murah pada masa akan datang.
"Saya percaya, tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata," katanya.
Pada majlis tersebut, pelakon Shahaizy Sam dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.
Farid Kamil antara pengarah muda yang sedang meningkat naik dibawah naungan MIG.
Farid Kamil pula menerima wang tunai sebanyak RM30,000.
Dalam pada itu, Lisa Surihani dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang.
Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5, diikuti pula dengan pekerja-pekerja MIG turut menerima sebuah rumah Semi-D.
David Teo dan Lisa Surihani
Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.
Enam di antara merka berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan boxoffice.
Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.
Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.
Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem yang antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.-mstar
{[['']]}

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki AFF Buat Kali Pertama


Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.
JAKARTA Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.
Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.
Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.

Pemain Malaysia meraikan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol awal ketika menentang Indonesia pada perlawan akhir kedua, Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karni, Jakarta malam ini. Foto AP.
Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.


Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53.
Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.
Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri.
Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.
Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.
Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.
Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger