Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Ogy Ahmad Daud. Show all posts
Showing posts with label Ogy Ahmad Daud. Show all posts

Tahniah!! Impian Ogy Ahmad Daud Terlaksana




Tidak pernah membuka gerai makanan namun pengalaman berniaga burger dan pelbagai jenis sup ketika Ramadan menguatkan semangat pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy untuk mengusahakan perniagaan restoran Ogy D’Greenwood yang terletak di Kampung Simpang Tiga, Greenwood, Gombak yang mula beroperasi sejak penghujung Disember lalu.

Meskipun sedar risiko besar sentiasa menanti, Ogy sudah mempersiapkan diri sejak awal dengan menyertai pelbagai seminar keusahawanan bagi mengetahui selok-belok perniagaan apatah lagi yang membabitkan makanan.

Menurutnya, walaupun makanan adalah keperluan yang akan sentiasa dicari orang ramai, dia perlu memastikan kualiti makanan terjaga demi memastikan pelanggan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur hasrat membuka restoran yang sudah lama diimpikan sudah terlaksana dan kini tugas saya untuk memastikan perjalanan restoran berlangsung dengan sempurna dan biarlah ia menjadi perniagaan jangka panjang untuk saya.


“Rakan kongsi juga banyak memberi kerjasama dalam memastikan kelancaran restoran ini. Saya dan rakan kongsi juga sepakat menggunakan nama saya sebagai salah satu pendekatan promosi dan bukan sekadar nama kadang-kala saya juga akan turun padang mengambil pesanan pelanggan.


“Pastinya perkara ini harus dilakukan demi memastikan pelanggan puas hati dengan apa yang disajikan walaupun ada segelintir yang memberi komen negatif, saya ambil perkara ini sebagai semangat untuk diperbaiki dan saya akan berbincang dengan rakan kongsi bagi mencari jalan penyelesaian mengenai masalah yang dibangkitkan,” katanya.

Tidak berhasrat meninggalkan bidang lakonan, Ogy mengakui hampir separuh hidupnya kini dihabiskan di restoran berkenaan.

Ini kerana, niatnya bukan sekadar menyajikan makanan kepada pelanggan, sebaliknya restoran itu akan dijadikan restoran serba guna dengan kemudahan seperti surau, studio dan kelas ke­usahawanan.





“Apa yang saya lakukan sebagai jaminan masa depan selain minat yang sudah lama dipendam, bukan itu saja restoran ini turut menye­diakan pelbagai aktiviti yang mula berlangsung setiap Sabtu dan Ahad sejak 9 Mac lalu.

“Seperti yang tertera di kain rentang, Ogy D’Greenwood bukan sekadar restoran sebaliknya turut menyediakan katering untuk majlis hari lahir, kenduri kesyukuran, perkahwinan dan pertunangan yang mana ruangan di restoran ini mampu memuatkan lebih 200 orang.

“Bukan itu saja, saya juga sedang mempersiapkan bilik di bahagian atas sebagai ruang untuk mengadakan kelas akademi di mana kami akan memberi tunjuk ajar kepada wanita yang berminat untuk belajar kelas penyediaan makanan dan minuman, pastri dan bakeri serta bengkel keusahawanan,” katanya.

Ogy berkata, sebuah gudang besar terletak di belakang restoran berkenaan akan dijadikan studio untuk mana-mana produksi menjalani rakaman. Dalam masa yang sama mereka juga boleh menjamu selera di restorannya.

Restoran yang mula dibuka mulai jam 8 pagi hingga 12 tengah malam itu menyajikan menu popular, antaranya nasi Arab, mi udang, rojak Singapura, nasi lemak daun kunyit dan nasi ayam Ali Setan selain pelbagai jenis masakan Barat.

Mengakui jiwa seni yang sentiasa mengalir dalam diri, Ogy berharap hasratnya menjemput artis lain atau pelajar dari mana-mana pengajian untuk tampil membuat persembahan pada setiap hari Sabtu dan Ahad akan terlaksana.

“Saya mempunyai perancangan di mana pada setiap hujung minggu akan ada aktiviti dijayakan oleh mana-mana penggiat seni untuk menghiburkan pengunjung. Ini juga sebagai tarikan promosi kepada orang ramai bahawa restoran saya bukan hanya menyajikan makanan semata-mata malah kami menyediakan hiburan kepada orang ramai.

“Saya juga mengalu-alukan peniaga barangan kering untuk berniaga di restoran berkenaan pada hujung minggu dengan berniaga di gerai yang disediakan.

“Saya tidak mahu restoran hanya menumpukan pada makanan semata-mata, justeru banyak perancangan sudah diatur dan in­sya-Allah jika tiada halangan, sepanjang Ramadan nanti juga akan diadakan solat Terawih. Bagi aktiviti setiap Ahad saya harap dapat diwujudkan kelas usrah dan solat sunat berjemaah,” katanya.

Oleh Syanty Octavia Amry
{[['']]}

Ogy Ahmad Daud Tak Jadi Saman Johan 'Raja Lawak'

 Ogy Ahmad Daud dan Johan Raja Lawak.
  
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.

"Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

"Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia," katanya.

Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.
Ogy berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.

"Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.
"Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda," katanya.

Ogy juga berkata, insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak.




Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Video: Ogy Yang Aibkan Diri Sendiri Bukannya Johan Raja Lawak...



Semua tahu bahawa Fauziah Ahmad Daud atau Ogy hangin satu badan dengan Johan Raja Lawak yang menjadi pasangan pengacaranya di Festival Filem Malaysia ke-24 baru-baru ini.
Dengarnya Ogy sampai nak ambik tindakan mahkamah ke atas Johan kerana mempersendakan dirinya.
Yang kita semua tahu selama ni Ogy yang mulut takda insuran.  Malukan orang selamba dia aje. Ingat kes Azwan Ali dan Ziana Zain?
Bila kena balik kat batang idung sendiri, bukan main melenting.
Nak muntah pun ada jugak dengan sikap Ogy. Sedarlah diri tu sendiri Ogy.
Bila buku bertemu ruas…kalah…nak saman orang pulak.
Salah satu yang Ogy tak puas hati ialah kononnya Johan mengaibkan dirinya di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan tetamu kehormat malam itu.
Iye ke…atau Ogy yang memalukan diri sendiri sebenarnya?
Cuba tengok klip di bawah dan nilai sendiri.
Penulis tak sampai hati nak tengok klip tu sampai habis. Berapa kali mencuba pun, penulis cuma larat melihat sekerat sahaja.
Rasa malu yang amat dengan gaya Ogy yang bukan sahaja bertudung tapi sudah berumur.
Kena sebut berumur dan tak boleh sebut tua, kang dengan penulis pun kena saman silap hari.
Rasanya…tak perlulah Ogy nak saman Johan. Pergi mahkamah nanti Ogy akan dimalukan dengan lebih teruk oleh peguam Johan silap hari.
Klip itu memperlihatkan betapa huduhnya Ogy terkinja-kinja atas pentas.
Dia membawa aib ke atas dirinya sendiri.
Tak boleh ke bersikap profesional sikit sejajar dengan status artis senior yang cuba dijual Ogy ke serata Malaya?
Perangai lagi teruk daripada beruk kena belacan…nak kata orang lain pulak yang over.
Johan pun ada tersasar jugak..tapi kalau Ogy bersikap matang sikit malam tu, mungkin tak keluar la dialog-dialog yang over.
Silap memang di bahu Ogy. Buat apa nak melatah?
Terang lagi bersuluh Ogy yang mengaibkan dirinya sendiri.
Dan kalau ada rasa tak puas hati pun, bersemuka ajelah dengan Johan. Bermaaf-maafan lebih baik la daripada pergi mahkamah.

Sila tonton Video ini dan nilaikan..



Oleh AK-47
{[['']]}

Johan Raja Lawak Belum Terima Surat Saman Dari Ogy Ahmad Daud

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

...................................................................................................................................

 Kata pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin sesuai dikaitkan dengan isu kes saman membabitkan primadona Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Johan Raja Lawak ini.

Rasa tidak puas hati Ogy timbul semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Dakwa Ogy dalam sebuah akhbar semalam, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Johan yang dihubungi Zass bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

Jelasnya, dia mahu bersikap adil dan memberi kenyataan pada semua teman media sekali gus dalam satu masa.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," katanya yang mahu penonton pada malam itu menilai, sejauh mana ketelanjurannya sehingga disalah tafsir Ogy.

{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger