Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Qi. Show all posts
Showing posts with label Qi. Show all posts

Sah!! Yuna Dan Qi Putus Cinta

 Gambar kenangan terindah Yuna Dan Qi Di Karpet Biru Celcom Anugerah Industri Muzik Ke 18.


KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengakui desas-desus yang bertiup kencang mengatakan hubungan cintanya dengan pelakon juga pengacara, Qushairi Razali sudah tiada lagi.

Perkara itu disahkan Yuna pada sidang media konsert sulungnya, Yuna Homecoming Concert di Damansara, di sini, petang semalam. Penyanyi berusia 26 tahun itu turut menafikan wujudnya orang ketiga dan keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah persetujuan bersama bagi kebaikan kedua-dua pihak.

“Tiada permusuhan yang berlaku, sebaliknya kami berdua sepakat untuk berehat sebentar daripada komitmen yang terjalin lebih dua tahun ini. Mungkin ini jalan terbaik untuk kami berdua bagi mencari fokus dan keserasian, lebih-lebih lagi kebetulan masing-masing begitu sibuk untuk mengukuhkan kerjaya.

“Bagaimanapun, kami masih berkawan baik dan harap-harap peminat doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya.

Yuna yang menjalin hubungan dengan bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan berusia 36 tahun itu sejak lebih dua tahun lalu hanya menyifatkan perpisahan antara mereka kerana faktor kesibukan dan komitmen terhadap kerja masing-masing.

Malah, tambahnya, hubungan jarak jauh antaranya yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan Qi yang sibuk dengan kerjaya lakonan di Kuala Lumpur alasan utamanya juga. “Bayangkan, saya berada di Kuala Lumpur sekali-sekala dan selebihnya saya sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi album terbaru dan persembahan jelajah seluruh Amerika. Qi pula di Kuala Lumpur dengan jadual kerjanya yang padat.

 “Justeru kesibukan dengan tanggungjawab dengan syarikat rakaman Fader Label di sana membuatkan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing dulu. “Lebih baik kami meletak sepenuh tumpuan pada kerja dan komitmen terlebih dulu. Jika ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah ia tidak akan ke mana,” katanya.
{[['']]}

Gambar Percutian Yuna Dan Qi Di Eropah

Yuna atau nama sebenar, Yunalis Zarai, 24, pernah membuat kenyataan dia lebih suka bercerita soal karier muzik berbanding cerita peribadi yang boleh menjejaskan tumpuannya.Tetapi kini, penyanyi muda berbakat besar yang telah mencuri tumpuan melalui lagu Yang Sebenarnya dan kini lagu Cinta Sempurna, lebih terbuka dalam soal itu. Begitu juga Qushairi atau lebih mesra disapa Qi (Chi), 33, yang popular menerusi drama Blogger Boy yang tidak keberatan menjawab persoalan mengenai hubungan mereka.
 
Jom kita terjah gambar-gambar percutian Yuna dan Qi di Eropah.Begitu terserlah kemesraan pasangan ideal yang sedang hangat bercinta ini.Yuna dan Qi sebenarnya sedang meniti kemuncak dalam karier masing-masing.Yuna juga akan melancarkan album terbarunya yang berjudul 'Terukir di Bintang' yang akan dikeluarkan pada Januari 2012 nanti.Jom layan gambar-gambar percutian Yuna dan kekasihnya Qi.
















{[['']]}

Yuna Menang Besar Di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke 18

Datuk Sheila Majid (tengah), Yuna (kanan) dan Najwa (kiri) bersama-sama dengan trofi masing-masing di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18, di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu malam.
Malam tadi berlangsung’nya Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) yang mengambil tempat di Stadium Putra, Bukit Jalil.Kami hanya nampak warna biru merata rata, terima kasih kepada Celcom selaku penaja utama.
Majlis kemuncak untuk industri muzik Malaysia ini di’kendalikan oleh pengacara utama AC Mizal dan Zizan Raja Lawak banyak menyelamatkan keadaan yang kadangkala boleh tahan bosan.
Tiada siapa yang obvious mendominasi AIM 18 malam ini namun Yuna mendahului senarai pemenang dengan membawa pulang tiga anugerah besar – Lagu Terbaik, Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Anugerah Kembara.


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Anuar Zain.

Gambar-Gambar Pasangan Kekasih Yuna Dan Qi Di Karpet Biru Celcom Anugerah Industri Muzik Ke 18.






Manakala pemuzik hebat lain Najwa, Aizat Amdan dan Anuar Zain masing masing berjaya membawa pulang dua anugerah penting malam tadi.
Anugerah Vokal Terbaik Di Dalam Lagu berjaya di’bawa pulang oleh Anuar Zain menerusi lagi Sedetik Lebih & Yuna dengan lagu Penakut yang juga pemenang Lagu Terbaik.
Album terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 untuk sepanjang tahun jatuh kepada The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid.
Berikut merupakan senarai penuh semua pemenang Anugerah Industri Muzik ke 18 malam tadi. Tahniah dari kami di Rotikaya HQ buat semua pemenang yang membawa pulang sesuatu teruskan mencipta fenomena dalam industri muzik tempatan.
Artis Mobile CELCOM Terbaik - 6ixth Sense
Anugerah Kembara - Yuna
Anugerah Seri Wirama - Puan Beh Suat Pheng
Artis Baru Terbaik - Najwa
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Sedetik Lebih (Anuar Zain)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Penakut (Yuna)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Beribu Sesalan (Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah)
Kulit Album Terbaik - Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
Rakaman Album Terbaik - Realize (Reza Salleh)
Video Muzik Terbaik - Susun Silang Kata (Aizat Amdan/Ahmad Farish)
Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati (Adibah Noor)
Lagu Nasyid Terbaik - Pedoman (Nora feat. VOU)
Lagu Rock Terbaik - Pelita (A.P.I/Loque)
Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih (Anuar Zain/Edry Abdul Halim)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Got To Go (Najwa)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara - Ku Menunggu (Rossa)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Jeritan Batinku (Sheila Majid)
Album Terbaik - The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid (Sheila Majid)
Lagu Terbaik - Penakut (Yuna)
Kredit: Sumber 
Kredit Gambar: Mstar
{[['']]}

Kisah Cinta Jarak Jauh Yuna Dan Qi...

Yuna dan Qushairi Mohammed Razali atau Qi.
CINTA jarak jauh banyak dugaannya. Apatah lagi apabila pasangan dipisahkan beribu-ribu kilometer antara dua benua, macam-macam boleh berlaku. Namun, dengan kecanggihan teknologi, sedikit sebanyak ia berupaya menjadi jambatan bagi pelepas rindu.

Begitulah keadaannya hubungan antara Yunalis Zarai atau Yuna yang kini cukup popular dengan single terbaru, Penakut dan teman istimewanya bekas anggota OAG dan pengacara, Qushairi Mohammed Razali atau Qi.


Yuna kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun ini bagi pembikinan album sulungnya untuk pasaran di negara itu. Ia dijangka menemui peminat pada awal tahun depan.

Sebelum ini Yuna enggan bercerita banyak mengenai hubungannya dengan pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan siaran TV3 itu. Mungkin kerana berasakan persahabatan terjalin antara mereka masih baru.


Tambahan pula pandangan masyarakat juga turut mempengaruhi. Kata orang kurang manis jika si dara bercerita banyak mengenai sesebuah hubungan yang belum pasti. Disebabkan perkara itu mungkin menyebabkan Yuna lebih berhati-hati apabila mahu berbicara mengenai cinta.


Bagaimanapun sewaktu pulang ke tanah air baru-baru ini dan menjalani sesi fotografi khas bersama Rap sempena Ramadan, Yuna nampak makin selesa untuk berbicara mengenainya.

GIGIH...giat melebarkan sayap di negara luar dengan muzik dipelopori

Kata Yuna, sewaktu mula-mula melangkahkan kaki di AS, dia berhadapan masalah apabila mahu berhubung dengan Qi. Malah gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu sempat berkongsi cerita dia ditipu sewaktu membeli kad prabayar talian telefon buat pertama kali di sana.

“Mula-mula sampai di AS, saya sempat bertanya dengan orang di sana bagaimana hendak mendapatkan kad prabayar telefon bimbit. Saya sendiri tidak tahu sistemnya bagaimana. Saya beli kad dengan harga hampir RM150 tapi selepas bercakap 15 minit, kreditnya sudah habis!

“Apabila kita berjauhan, memang telefon saja yang boleh menjadi penghubung. Kalau hendak sembang melalui Skype atau laman sosial lain, ia memang susah kerana kami sama-sama sibuk,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai masa depan hubungan yang sudah terjalin hampir setahun itu, jelas Yuna, seperti juga gadis lain sudah tentu dia mengharapkan ia akan berakhir dengan ikatan secara sah. Sekali gus mampu membina kehidupan berkeluarga bersama.

“Bagaimanapun, buat sementara ini kami lebih senang bersahabat. Lagipun kami mahu beri masa kepada diri masing-masing untuk membina kerjaya. Bagaimanapun, kita tidak tahu. Allah lebih berkuasa untuk menentukan jodoh dan maut ke atas hamba-Nya. Kalau sudah sampai masa, tahun depan kami bernikah saya akan terima dengan hati terbuka,” katanya.

Menyentuh mengenai sambutan Ramadan, jelas Yuna dia menjalani ibadat seperti biasa, lagipun di sana komuniti Islamnya agak besar, jadi dia dapat melakukan ibadat dengan sempurna.

Istimewanya sambutan Ramadan kali ini, Yuna berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dengan berniaga tudung secara kecil-kecilan yang diusahakan bersama keluarganya.

Menggunakan jenama ‘i am jetfuel shop’, butiknya beroperasi di Subang berhampiran dengan kediamannya, jelas Yuna perniagaan tudung dilakukan bermula dua bulan lalu.

“Setakat ini sambutan yang diberikan peminat sangat menggalakkan terutama tudung dengan gaya skaf lilit keliling. Sebelum ini saya hanya menjualnya menerusi laman web khas. Bagaimanapun, dengan sedikit modal yang ada saya membuka butik kecil untuk menjual secara langsung,” katanya.

Keinginan untuk membabitkan diri dalam perniagaan tudung bermula selepas melihat begitu banyak pihak menggunakan namanya apabila menjual skaf seperti yang selalu digayakan.

“Saya memang suka tudung dan skaf sejak dulu. Malah, sering memakainya dengan pelbagai gaya. Tidak sangka pula ia menjadi ikutan. Bukan itu saja, peminat sendiri banyak bertanya dari mana saya mendapatkan tudung yang dipakai. Memikirkan perkara itu terdetik di dalam hati mengapa tidak saya sendiri menjualnya kepada mereka,” katanya.

Peluang turut terbuka apabila melihat peniaga lain menggunakan namanya sebagai satu jenama tudung dijual. Pada Yuna mengapa tidak dia sendiri mengusahakan perniagaan itu memandangkan ada permintaan dari orang ramai.

“Tudung yang dijual di butik saya bagaimanapun tidaklah mahal seperti butik sedia ada. Saya faham kebanyakan peminat saya terdiri daripada remaja dan pelajar universiti. Mereka tidaklah berduit sangat, jadi dengan harga yang dijual itu bolehlah mereka membelinya. Lebih penting ia adalah jenama saya sendiri. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi kenangan,” katanya.

Sebagai seorang peniaga, Yuna juga sedar akan saingan apabila mengambil keputusan untuk menjual tudung. Apatah lagi dalam musim perayaan ini ramai yang lebih sedang mendapatkan tudung dijual di bazar Ramadan.

“Bagaimanapun, tidak semua orang selesa hendak berasak-asak semata-mata hendak mendapatkan sehelai tudung. Di butik saya di Subang, peminat atau orang ramai dapat membeli dan memilih tudung yang digemari dengan lebih selesa. Saya turut menjual skaf atau selendang dengan pelbagai corak dan warna jadi ia memudahkan orang ramai untuk menggayakannya di pagi raya,” katanya lagi.

Selain itu Yuna juga berasa puas apabila selendang mahupun skaf yang dijual dibeli peminat yang pertama kali hendak memakai tudung. Apatah lagi harganya tidak lebih daripada RM80.

Yuna berada di Los Angelas sepanjang Ramadan ini dan hanya akan pulang ke tanah air pada hari raya pertama. Waktu sama dia juga kini sedang sibuk membuat persiapan bagi menjayakan konsertnya bersama Dewan Filharmonik Petronas yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan September ini.



PROFIL

Nama Penuh: Yunalis Zarai
Panggilan: Yuna
Tarikh Lahir: 14 November 1986
Usia: 25 tahun
Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Pencapaian: Artis Baru Terbaik (Dan Sebenarnya - AIM17), Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya - AIM17), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya AIM - 17) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation - AIM 17), Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-24, Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular ABPBH 2009 dan Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010.
Kredit: Sumber


{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger