Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts
Showing posts with label Scha Al-Yahya. Show all posts

Scha & Awal Bengang Kerana Dituduh Curi Pakaian

Pasangan bahagia Scha dan Awal

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.

"Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.

"Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin.

"Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar," katanya.

Scha ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, Khamis.

Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.

Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka.

Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.

"Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.

“Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka," tuturnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
{[['']]}

Hidup Scha Al Yahya Lebih Teratur Selepas Menjadi Isteri

Scha Al Yahya berasa tenang menjadi isteri Awal.



PETALING JAYA: Alam perkahwinan yang dilalui aktres Scha Al Yahya sejak Mei lalu membuatkan dia lebih tenang dan mempunyai rutin hidup yang teratur.

Scha atau nama sebenar Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, berkata, perubahan yang dialami selepas tiga bulan bergelar isteri kepada pengacara Awal Ashaari menjadikan dia insan yang lebih baik dan bertanggungjawab.

“Selepas tiga bulan menjadi isteri Awal, saya dapat rasai satu perubahan besar dalam diri berbanding zaman bujang dulu. Saya semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan hari ini.

“Sebelum ini, saya hanya jalani hidup tanpa rutin dan tanggungjawab tertentu tetapi alam perkahwinan ini banyak mengajar saya mengenai perancangan dan disiplin,” katanya kepada mStar Online.

Pasangan itu bernikah pada 4 Mei lalu di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dekat sini.

Aktres yang mencipta nama menerusi siri Awan Dania ini berkata, status isteri orang yang digalasnya turut membuatkan dia berasa lebih selamat dan tenteram.

Scha dan suaminya, Awal ketika menghadiri sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.


“Mungkin inilah kuasa sesebuah perkahwinan. Selain ketenangan, saya akui berasa lebih selamat kerana menggalas status isteri orang.

“Saya dan Awal berkongsi dalam segenap perkara dan tiada apa yang perlu disorokkan, sekali gus menjadikan ikatan kami lebih kuat. Malah, ia menjadikan kami lebih mengenali satu sama lain,” jelasnya yang belum memikirkan soal zuriat.

Ditanya mengenai pengalaman pertama menyambut Ramadan sebagai isteri, Scha berkata, dia hanya terlibat dalam komitmen lakonan pada minggu pertama puasa saja.

“Saya hanya berlakon pada minggu pertama Ramadan. Untuk baki bulan puasa ini, saya tumpukan perhatian pada perniagaan kios Schapoholic yang menjual pakaian dan aksesori wanita di samping suami.

“Selebihnya, saya hanya memenuhi undangan berbuka puasa. Apa-apa pun, keutamaan semestinya pada hal ehwal suami dan rumah tangga,” kongsinya yang baru menamatkan penggambaran filem Dampak.

Oleh WAHIDUZZAMAN
{[['']]}

Awal Dan Scha Sah Bergelar Suami Isteri

BAHAGIA...Awal dan Scha sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

BAK PINANG DIBELAH DUA... Selepas tiga tahun menyemai cinta, pasangan artis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Majlis akad nikah kedua-dua mempelai disempurnakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira pukul 9.15 malam, Jumaat. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya. Dengan sekali lafaz, Awal sah bergelar suami kepada Scha. Pada majlis pernikahan itu, Awal memberikan mas kahwin sebanyak RM2,050 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.



PUTRAJAYA: Episod percintaan yang terjalin lebih dua tahun antara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 28, disempurnakan dengan ikatan perkahwinan apabila pasangan pelakon serta pengacara popular itu selamat diijabkabulkan, jam 9.15 malam tadi.

Upacara akad nikah dilakukan bapa mempelai perempuan, Syed Mahadzir Syed Kecik Al-Yahya sambil disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Salman Idrus di Pullman Lakeside, di sini .

Hanya dengan sekali lafaz berserta mas kahwin RM2,050, Ahmad Awaluddin yang popular dengan panggilan Awal dan Sharifah Norazean atau Scha yang kelihatan berseri-seri dengan persalinan rekaan Syaiful Baharim, sah bergelar suami isteri.

“Syukur Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Ini tanggungjawab baru buat kami berdua dan doakan semoga kami menjalani bahtera rumah tangga dengan baik serta berkekalan hingga ke akhir hayat.


“Scha kini sah menjadi isteri saya dan tentunya sebagai suami, saya mahu menjaganya sebaik termampu. Saya tidak menghalang Scha aktif dalam bidang seni asalkan dia tahu batas seorang isteri,” kata Awal yang menangis kegembiraan, begitu juga isterinya.

Awal menyarungkan cincin nikah ke jari manis Scha.

 Selepas tiga tahun menyemai cinta, pasangan artis Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Majlis akad nikah kedua-dua mempelai disempurnakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira pukul 9.15 malam, Jumaat. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya. Dengan sekali lafaz, Awal sah bergelar suami kepada Scha. Pada majlis pernikahan itu, Awal memberikan mas kahwin sebanyak RM2,050 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Majlis resepsi persandingan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan, namun pasangan itu sepakat merahsiakan wang hantaran yang diserahkan pihak lelaki.

“Wang hantaran terlalu peribadi untuk kami ceritakan. Apa yang penting, perkahwinan ini didorong atas dasar kasih sayang dan keikhlasan yang wujud sepanjang kami menjalin hubungan,” kata Scha sambil memberitahu dia dan suami berbulan madu di New York, Amerika Syarikat.

Mengimbas perkenalan pasangan pengantin baru itu, mereka berkenalan ketika sama-sama terbabit program ‘Sehati Berdansa’ dan selepas setahun digosipkan, mereka yang terkenal dengan gelaran ‘Schawal’ mendedahkan mereka bercinta.

Hadir sama pada majlis pernikahan itu, bapa Awal, Ashaari Ahmad dan Aishah Mohd Amin serta ibu bapa Scha, Syed Mahadzir dan Junainah Hashim, anggota keluarga serta rakan artis antaranya Tam Suhaimi, Dynaz, Farish dan Sazzy Falak selain wakil media.

Selesai akad, pasangan pengantin menyempurnakan majlis berinai. Mereka mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkolaborasi dengan Atiqah’s Songket.

Oleh Norhadiani Baharom
{[['']]}

Awal Dan Scha Sahkan Bakal Bernikah Pada 4 Mei Depan


Gambar terbaru Awal dan Scha selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka yang dijadualkan 4 Mei depan.

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Awal Ashaari,31, akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha Al Yahya,29, pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Berita itu diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat memperisterikan Scha selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun enam bulan.

"Sebenarnya saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei lalu. Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya," katanya.

Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir pula memberitahu, dia juga bersyukur apabila ada beberapa pihak yang sudi menaja perkahwinan mereka.

SEBAK… Pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menamatkan teka teki hubungan mereka apabila kedua-duanya mengesahkan untuk menjadi suami isteri pada 4 Mei depan. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Ampang, Kuala Lumpur pada petang Selasa. Majlis akad nikah akan dilakukan di Hotel Pullman, Putrajaya sementara majlis resepsi pula akan berlangsung dua hari selepas itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Awal dan Scha berkenalan ketika digandingkan dalam rancangan “Sehati Berdansa” terbitan Astro tidak lama dulu. Foto menunjukkan Scha cuba menenangkan Awal yang agak sebak apabila bercerita mengenai hubungan mereka.

Terdahulu menerusi siaran Propaganza di Astro Ria Ahad lalu, Awal mengumumkan secara terbuka untuk melamar Scha ketika pelakon wanita itu sedang mengendalikan rancangan tersebut sebagai pengacara jemputan.



Bagaimanapun, jelas Awal, lamaran yang dilakukan secara terbuka itu bukanlah gimik tetapi sekadar ingin menunaikan hasrat Scha yang pernah bertanya bilakah dia ingin dilamar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

"Walaupun permintaan Scha sekadar gurauan, saya tetap mahu menunaikan permintaannya. Bagaimanapun saya harap, pihak di luar sana tidaklah menganggap saya mahu mengikut budaya barat apabila melakukan tindakan itu," ujarnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
{[['']]}

Awal Dan Scha Umum Tarikh Majlis Pernikahan Mereka



PETALING JAYA: Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.

“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.
{[['']]}

Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Akan Berkahwin Tahun Depan

 
KUALA LUMPUR – Selepas pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Februari tahun depan, satu lagi pasangan selebriti terkenal, Scha Al-Yahya – Awal Ashaari, mengumumkan akan menamatkan zaman solo mereka.
Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Scha memberitahu bahawa perkahwinannya dengan Awal yang berkonsepkan Melayu kontemporari  akan dilangsungkan seawal-awalnya pada Mac dan selewat-lewatnya Jun tahun depan.
“Time frame yang kami berikan kepada PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan.
“Justeru, saya tak berani mengesahkan tarikh sebenar bila kami nak kahwin, kena tunggu tarikh yang betul-betul sesuai, terutama musim cuti persekolahan atau cuti umum sepanjang Mac hingga Jun ini,” katanya yang dipetik dari akhbar sisipan Berita Minggu, Bpop, di sini hari ini.
Menurut Scha lagi, pada mulanya pasangan itu memang merancang untuk memilih Februari tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan.
Namun ia terpaksa ditunda akibat jadual dan komitmen penggambaran dua filem, Darah Daging dan KL Meroyan, ditambah pula dengan drama bersiri Mimi Mencari Cinta 2, mereka terpaksa menunda hasrat mendirikan ‘masjid’ pada Februari ini.

 
Selain itu, Scha juga dimaklumkan oleh PICC bahawa mereka tidak dapat menyediakan tempat sepanjang Februari memandangkan dewan penuh dengan tempahan lebih awal.
Scha juga menjelaskan bahawa pihak Astro ada ‘melamar’ untuk hak penyiaran eksklusif majlis Raja Sehari mereka, namun beliau belum lagi membuat keputusan mengenai tawaran tersebut.
“Saya tak pernah tanda tangan sebarang kontrak akan beri hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami kepada Astro. Memang mereka (Astro) ada beri idea, tapi perancangan itu tidak dapat direalisasikan sebab belum ada hitam dan putih
“Desas-desus yang mengatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari depan, itu tidak benar.
“Mungkin akan ada pasangan artis lain yang berkahwin Februari depan dan Astro bakal menyiarkan majlis persandingan mereka, itu saya tidak tahu. Tapi saya dan Awal tak mungkin, PICC belum beri tarikh, katering tak ada lagi, kursus kahwin pun tak pergi dan baju kahwin pin tak tempah lagi,” ujarnya panjang lebar.
Scha turut menafikan gosip sebelum ini yang mengatakan seorang pereka fesyen telah ‘pecah lubang’ kononnya pasangan itu benar-benar akan melansungkan perkahwinan mereka pada Februari depan dan menegaskan mereka belum menempas sebarang busana untuk majlis gemilang mereka itu.
“Kononnya ada sumber daripada pereka fesyen pakaian pengantin dah pecah lubang memaklumkan saya dan Awal memang bercadang memilih Februari untuk bernikah, tolonglah panggil pereka fesyen itu, siapa yang beritahu!
“Saya hanya akan buat baju sekiranya dah dapat tarikh yang sesuai dari PICC,” jelasnya.
Scha Al-Yahya pernah dikaitkan bercinta dengan rakan pengacaranya dalam rancangan Sehati Berdansa, Fahrin Ahmad, manakala Awal Ashaari mengaku pernah hidup solo selama tiga tahun selepas putus cinta pada tahun 2006.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger