Latest Post :
Recent Post
Showing posts with label Shahrizal Jaszle. Show all posts
Showing posts with label Shahrizal Jaszle. Show all posts

Luka Di Hati Miera Leyana Masih Berdarah



HATI mana yang tidak terguris apabila segala rasa cinta dan sayang dicurahkan kepada kekasih hati dipersiakan. Pelakon muda sedang mencipta nama, Miera Leyana Kasmi atau Miera Liyana, 19, cukup terluka apabila cintanya dengan pelakon Shahz Jaszle atau nama sebenar, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin putus, tujuh bulan lalu.

Walaupun enggan mengulas apa sebenarnya yang berlaku, tetapi menerusi penjelasan dibuat Miera sebelum ini, seakan mengetahui bahawa hati dan perasaannya dipermainkan. Jika tidak, mana mungkin gadis bertubuh lampai itu menjadi begitu marah setiap kali menjawab soalan perihal hubungan cintanya bersama Shahz Jaszle.

Hadir di sesi fotografi khas bersama Selebriti Metro Ahad baru-baru ini, Miera yang mula membabitkan diri dalam bidang lakonan seawal usia 15 tahun, kelihatan agak tenang berbanding sebelum ini. Katanya, dia sudah boleh menerima kenyataan.

Di sebalik rasa kecewa dan marah sebelum ini, akui Miera, sebenarnya kini baru dia sedar segala terjadi ada rahmatnya. Peristiwa dilalui dijadikan pengalaman untuk mengenali sisi sebenar lelaki.

Ia boleh dijadikan bekalan untuk lebih berhati-hati sebelum mengungkapkan rasa cinta. Apatah lagi dia masih muda dan banyak lagi perkara membabitkan soal hidup yang perlu dilalui untuk dipelajari.

Akuinya, soal marah kini sudah tiada tetapi kesan luka akibat dikecewakan akan terus kekal. Begitupun, dalam berusaha berhadapan dengan situasi itu, hatinya sekali lagi dicuit. Kali ini pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Luna Fantasiku dan Apa Itu Cinta, bakal bergandingan dengan orang yang melukakan hatinya dalam drama terbaru terbitan Astro, Harapan.

“Sewaktu tawaran datang pihak produksi memberitahu mereka belum bertemu dengan hero yang akan digandingkan bersama saya dalam drama 26 episod itu, sehinggalah selepas menandatangani kontrak, mereka memberitahu bahawa saya bakal digandingkan dengan Shahz Jaszle.

“Mendengarkan namanya, hati saya berderau. Pelbagai soalan bermain di kepala tetapi saya sedar dunia hiburan di Malaysia kecil, hendak lari ke mana pun pasti akan bertemu. Saya harus bersikap profesional kerana ini kerja. Mahu atau tidak, saya harus lalui juga,” katanya.

Kata Miera, sebagai pelakon dia sangat mementingkan mutu produksi terutama jalan cerita menarik. Atas alasan itu, dia menerima tawaran membintangi Harapan. Sayang sekiranya watak bagus itu ditolak hanya kerana mahu melayan jiwa rawan, sedangkan watak yang bagus tidak selalu datang kepada pelakon sepertinya.

“Selepas menandatangani kontrak, saya tidak mahu melayan segala bisik hati. Segala pengalaman yang dilalui sewaktu bersama dulu harus dilupakan dan berfikir secara positif. Sebenarnya, segala pahit manis yang pernah kami lalui bersama boleh digunakan untuk menjayakan drama ini.

“Kami akan memegang watak sebagai pasangan kekasih. Pastinya pelbagai plot ada dalam skrip drama terbabit termasuklah saat manis berkasih, marah dan bergaduh. Semuanya ada. Jadi segala perasaan yang ada dalam diri saya terhadapnya boleh saya salurkan untuk watak bakal dijayakan.

“Itu juga harapan saya, agar apabila penonton menyaksikan Harapan nanti, mereka melihat kami berjaya membawakan watak masing-masing. Saya tidak mahu mewujudkan rasa kekok apabila bekerja dengan bekas kekasih. Itu bukan prinsip saya. Apabila bekerja, saya akan bekerja bersungguh-sungguh. Soal peribadi harus diletak ke tepi,” katanya.

Kemungkinan cinta yang putus kembali bertaut apabila kembali menjayakan Harapan, Miera melihatnya dari sudut positif dan tidak mahu memberikan komen sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.

Jelasnya, soal jodoh dan pertemuan ketentuan Tuhan. Dia tidak berani hendak mengatakan perkara itu tidak berlaku kerana bimbang jika hati berubah nanti, dikatakan tepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri.

“Pengalaman bersamanya banyak mengajar saya dan seharusnya saya berterima kasih kepadanya atas pengalaman itu. Sekarang saya tidak mahu fikir soal cinta. Bohonglah kalau saya kata tidak sedih dengan apa yang terjadi.

“Kadang-kadang hati terasa sunyi tanpa insan bergelar kekasih. Tapi saya masih muda, memiliki kekasih bukanlah keutamaan sebaliknya saya mahu fokus kepada kerjaya terlebih dulu. Satu lagi perkara yang saya belajar dari semua ini, jangan kita mencari cinta sebaliknya biarlah ia datang dengan sendiri,” katanya.





Tonton dulu lakonan saya

SEJAK awal kemunculan mewarnai industri perfileman tempatan, Miera terkenal dengan imej seksi. Melihat aksi dan gambar-gambar yang dipaparkan media, mampu membuatkan ramai hati lelaki bergetar.

Melihat perkembangan itu, ada pihak menyatakan seksi dan Miera sangat sinonim. Begitupun, gadis kelahirn Johor Bahru, Johor ini, dia tidak mahu peminat mengingatinya kerana imej ditampilkan sebaliknya mengharapkan bakatnya lebih dilihat orang.

“Gambar seksi yang tersebar sebelum ini tidak disengajakan. Mengenai penampilan saya pula, sebenarnya ia perkara normal bagi orang muda seperti saya yang gemar berfesyen. Begitupun, saya tidak mahulah kerana penampilan dan kehidupan sosial saya lebih diberikan keutamaan.

“Sebagai insan seni, saya tahu yang saya hak milik masyarakat, tetapi dalam waktu sama saya tidak mahu sehingga orang berkata saya sengaja mencipta kontroversi, beraksi seksi semata-mata mahu mencari populariti. Pesan saya, tonton dulu filem atau lakonan saya.

“Saya lebih suka sekiranya orang mengkritik mengenai kerjaya lakonan saya. Kalau ada orang kata saya berlakon macam kayu pun, saya terima kerana itu lebih baik kerana saya tahu kelemahan saya dan boleh diperbaiki,” katanya.

Tambah Miera lagi, sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan, dia bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pengarah prolifik dan terbaik. Seperti contoh, filem pertamanya Apokalips diarahkan Mamat Khalid. Pengarah itu juga turut melamarnya untuk membintangi Rentaz sebagai pelakon utama bergandingan dengan aktor hebat seperti Awie dan Khir Rahman.

“Selain itu filem saya, Jangan Pandang Pandang arahan Ahmad Idham sedang ditayangkan, saya juga turut terbabit dalam filem Cinta Atas Tar dan Pecah. Terbaru, saya akan memulakan penggambaran filem Tingkat 4 diterbitkan KRU Studios.

“Sekiranya benar saya hanya bersandarkan kepada kontroversi, imej seksi dan bukan bakat, tidak mungkin saya akan diambil berlakon. Tidak mungkin juga pengarah hebat seperti yang saya nyatakan tadi akan memberi ruang untuk saya mengenengahkan bakat yang ada,” katanya.

Cerita Miera lagi, dia terjun ke bidang lakonan kerana minat dan bukan semata-mata sebagai sumber pendapatan. Kerana itu dia tidak pernah meletak harga apabila diberikan satu-satu tawaran sebaliknya perkara diambil kira adalah skrip dan pengarah yang bagus dan mampu membimbingnya menjadi seorang pelakon yang baik.

“Walaupun saya seorang pelakon tetapi sekiranya berada di lokasi, saya akan cuba belajar perkara lain terutama dari sudut teknikal. Ia penting sebenarnya kerana ilmu yang ada mampu membentuk saya menjadi yang terbaik. Tambahan pula sebelum ini saya sudah berjanji dengan kedua ibu bapa saya. Saya tidak mahu sambung belajar kerana mahu mendalami bidang lakonan.

“Mereka membenarkan tetapi dengan syarat saya harus buktikan dengan menjadi pelakon yang benar-benar bagus. Kerana itu apabila bekerja saya sangat serius kerana tidak mahu mengecewakan kedua ibu bapa yang sebelum ini banyak beralah dengan kehendak saya,” katanya.

Oleh: Rudy Imran Shamsudin
{[['']]}

Filem ‘Azura 2012’ Gagal Kutip Keuntungan



KUALA LUMPUR-Filem ‘Azura 2012’ hasil arahan pengarah ternama, Aziz M. Osman yang menampilkan pelakon muda, Shahrizal dan Neelofa ternyata tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan segala perbelanjaan pembikinan filem itu.Filem itu yang merupakan asal lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud pada suatu ketika dahulu memang menjadi kegilaan ramai tetapi tidak mendapat sambutan meskipun banyak menggunakan Paris sebagai lokasi utama.
Dalam filem itu, Aziz telah mengeluarkan kos pembikinan sebanyak RM1.8 juta tetapi kutipan keuntungan hanyalah sebanyak RM0.61 juta, tiga kali lebih rendah dari kos produksi.
Ramai yang beranggapan walaupun Aziz mengetengahkan pelakon terkenal seperti Shahrizal dan Neelofa untuk mendukung watak utama, kedua-dua pelakon itu dikatakan gagal untuk menghayati watak dan tidak mampu memberikan impak emosi kepada penonton.
Menerusi komen penonton di lama blog hiburan Oh Bulan!, seorang peminat telah memberikan komen mengenai jalan cerita itu yang dikatakan ‘kosong’ dan tiada apa-apa keistimewaan.

“Aku baru jer lepas tgk filem ni semalam. maaf cakap lah yer. filem ni “hampeh” !!. sungguh kecewa dgn kualiti nya. buang duit tgk cerita ni.!! masa aku keluar dari panggung, ramai yg dok kutuk filem ni. — jalan cerita “kosong” . kalau setakat nak cerita org kaya, org miskin. dah bayk kat drama2 tV. kekuatan cerita nya HANYA TERLETAK PADA PELAKON DAN PENGAMBARAN DI LUAR NEGARA. itu sahaja. maaf yerr.. kalau terkasar bahasa. kalau nak lebih pasti korang p laa tgk cerita ni.” – rocklaundry

Lebih memburukkan keadaan lagi, kutipan jualan filem tersebut juga dikemas kini dari laman rasmi Finas di mana filem garapan baru Aziz itu hanya berjaya mengutip sebanyak RM0.93 juta pada pada 20 Februari lalu.



Oleh: NAIMAH SHAARI
{[['']]}

Miera Leyana Tekad Tinggalkan Shahrizal Kerana Curang



KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana bertekad untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya Shahrizal Jaszle kerana tidak lagi mempercayai kata-kata lelaki tersebut yang telah mengaku curang di hadapan keluarga masing-masing.
Miera berkata, hubungan mereka secara rasmi berakhir pada pertengahan selepas dia beberapa kali memberi peluang kepada Shahrizal untuk berubah.
"Selepas dia pulang dari penggambaran drama di Australia pada pertengahan Januari lalu, kami telah membawa ibu masing-masing, pengurus peribadinya dan individu yang dikaitkan ada hubungan dengannya untuk membuat pengakuan di depan saya.
"Kemudian setelah beberapa kali didesak, barulah kedua-dua mereka mengaku ada menjalinkan hubungan. Jadi, saya terus nekad untuk memutuskan hubungan yang baru berusia lima bulan ini.
"Sudahlah sebelum ini dia beberapa kali 'terkantoi' tapi saya tetap memberi peluang kepadanya. Bagaimanapun, tidak buat kali ini," katanya.




Hubungan cinta Miera dan Shahrizal bermula apabila mereka sama-sama berlakon dalam filem Rentaz arahan Mamat Khalid.
Tambah Miera, sejak pengakuan curang itu dibuat, Shahrizal sering memujuknya agar untuk berbaik namun, dek kerana hati masih terluka, Miera tidak boleh menerimanya.
"Bukan senang untuk kita kembali kepada pasangan yang telah berlaku curang kerana agak sukar untuk menaruh kepercayaan terhadapnya lagi.
"Memang dia menunjukkan kesungguhannya kerana setiap hari menghantar mesej dengan saya dan memujuk untuk kembali bersama tetapi hati saya masih lagi terluka," ujarnya sebak.
Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kedua kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia masih mengharapkan agar percintaan mereka kembali berputik tetapi jika Shahrizal sanggup berubah.
"Tipulah kalau saya sudah tidak sayangkan dia lagi. Tetapi buat masa ini, apa yang telah berlaku ini benar-benar mengecewakan saya," tegasnya.
Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka.
Dalam pada itu, Miera yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri sebanyak 13 episod, Mulanya Di Sini ini, bakal terlibat dalam filem terbaru Mamat Khalid pula berjudul Amir dan Lokman Ke Laut.
{[['']]}

Shahz Jaszle Bergaduh Besar Dengan Miera Liyana Kerana Curang?



Ya kami tahu yang si Shahz Jaszle kini sudah menukar nama beliau kepada Shahrizal. Yada yada yay.
Ini gossip panas yang baru sahaja kami terima daripada satu sumber yang rapat dengan Miera Liyana & Shahz Jaszle sendiri.
Menurut sumber kami yang boleh tahan laser juga mulut’nya, Shahz Jaszle kini dalam situasi sangat bahaya gara gara aktiviti belakang tabir beliau kini sudah sampai ke pengetahuan si kekasih.
Ceritanya, sejak beberapa minggu yang lalu, Shahz Jaszle mula menjalin hubungan cinta dengan seorang pelajar jurusan perubatan dan ada individu memaklumkan kepada Miera Liyana akan kecurangan Shahz Jaszle dan mereka berdua kini sedang berada dalam situasi yang sangat sukar. 
Miera Liyana kini di’katakan sedang bersembunyi dari di’hubungi Shahz Jaszle yang nampak sedaya upaya untuk memujuk si kekasih hati walaupun sedar akan kesalahan yang di’lakukan — bukan sekali dua.
Bukan hendak bermulut jahat, tetapi jika situasi ini berakhir dengan sesuatu yang tidak Miera Liyana atau Shahz Jaszle inginkan, boleh jadi wartawan puaka Zubir dari Berita Harian melonjak gembira. Hmm
Kredit Sumber: rotikaya.com
{[['']]}

Shahz Jaszle Dan Miera Liyana Semakin Bahagia



Hubungan cinta antara pelakon Miera Liyana dan aktor kacak, Shahz Jaszle, bukanlah rahsia lagi. Bahkan mereka inginkan percintaan itu sampai ke jinjang pelamin. Namun Ahad lalu, sebuah akhbar melaporkan pasangan ini sudah berpisah. Sedangkan Zass baru saja menemu bual Miera, beberapa hari sebelum berita perpisahan itu tersebar.

Ketika ditemu bual, Miera berkata, dia kini semakin bahagia bersama buah hatinya itu. Walaupun masing-masing sibuk dengan agenda seni, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus menyulam kasih. Malah kata Miera, dia sangat bersyukur kerana Shah Jaszle sangat memahaminya.

“Saya juga memahaminya kerana kami adalah dari bidang yang sama. Sesibuk mana sekalipun, kami masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama walaupun menerusi telefon.

“Bagi perancangan masa hadapan, setakat ini kami belum membuat sebarang keputusan, kerana masing-masing sibuk dengan karier. Kalau ada jodoh dan rezeki, kami akan kahwin," katanya.

Mendengar pada jawapan gadis manis ini, mana mungkin mereka sudah berpisah. Malah menerusi sebuah portal hiburan, Miera menafikan sekeras-kerasnya berita perpisahan itu. Menurut Miera, hubungan mereka masih baik dan berita itu adalah fitnah.


Punya bakat menyanyi

Lupakan seketika kisah cintanya, siapa sangka, pelakon bertubuh kecil ini, bukan sahaja memiliki bakat dalam bidang lakonan malah dia juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

Bermula dengan suka-suka, aktres muda yang selesa dipanggil Miera kini telah menceburi bidang nyanyian lebih serius, setelah menerima tawaran daripada komposer untuk menyanyikan soundtrack berjudul Miliknya bagi drama siri lakonannya yang bakal disiarkan di RTM.

Menurutnya, drama 13 episod yang bertajuk ‘Psikik’ bakal disiarkan di stesen televisyen itu pada awal tahun hadapan.

“Saya langsung tidak ada asas dan pengalaman dalam bidang nyanyian cuma kadang kala pada masa lapang saya akan menghabiskan masa bersama kawan-kawan untuk berkaraoke.

“Setelah diberi kepercayaan oleh komposer lagu, Khai, saya cuba untuk mengambil tawaran nyanyian ini sebagai cabaran memandangkan saya juga seseorang yang suka mencuba sesuatu yang baru,” katanya.

Miera berkata, pengalaman dalam bidang lakonan adalah berbeza daripada bidang nyanyian, dan baginya cabaran untuk menyanyi adalah lebih hebat memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang itu.

“Walaupun masih baru dalam bidang nyanyian, saya bersyukur kerana tidak mengambil masa lama untuk menyiapkan lagu tersebut dan Alhamdulillah hanya empat hari digunakan untuk sempurnakan lagu tersebut,” katanya kepada Zass.





Utamakan lakonan

Tidak ada istilah 'duduk diam', aktres utama drama, Kamelia Katrina, ini tidak putus-putus menerima tawaran berlakon dalam pelbagai drama siri.

Terbaru, Miera sedang menjalani penggambaran drama siri berjudul ‘Mulanya Di sini’ yang akan tamat penggambaran dalam masa dua minggu lagi.

Menurutnya, dia memegang watak sebagai Alya, seorang remaja perempuan daripada keluarga kaya yang hidup dengan mewah dan segala kehendaknya pasti akan ditunaikan.

Menerusi drama itu, Alya juga seorang remaja yang terlalu dimanjakan ke dua ibu bapanya sehingga tidak pernah melakukan kerja-kerja yang berat.

Konflik timbul setelah Alya tamat peperiksaan SPM dan ditawarkan kursus PLKN. Oleh sebab takut dipenjarakan, Alya terpaksa menjalani kursus itu walaupun dia tidak langsung berminat untuk menyertainya.

Sepanjang Alya berada di PLKN, pelbagai masalah terpaksa diharunginya dan dia banyak mempelajari erti kehidupan yang sebenar dan perubahan ketara dilihat oleh ibu bapanya setelah Alyah pulang daripada menyertai PLKN itu.

Menyentuh peranannya menerusi drama tersebut, Miera mengatakan agak sukar memegang watak yang berlainan karakter dengan dirinya yang sebenar. Bagaimanapun dia mengambil kesukaran itu sebagai satu cabaran memantapkan lagi lakonannya.

“Memegang watak sebagai Alya sebelum menyertai PLKN tidaklah sesukar mana kerana watak seperti itu pernah saya lakonkan menerusi drama-drama sebelum ini.

“Tetapi, cabaran hebat memainkan watak tersebut adalah pada situasi semasa Alya menjadi remaja yang telah berubah daripada seorang remaja sosial kepada remaja baik. Apa pun, saya akan cuba yang terbaik bagi menjayakan drama ini,” katanya.

Selain tawaran lakonan drama bersiri, Miera juga telah membintangi tiga buah filem yang bakal ditayangkan pada tahun 2012.

Antara filem lakonannya adalah ‘Apokalips X’ arahan Mamat Khalid yang turut dibarisi pelakon Farid Kamil, Jehan Miskin dan Iqram Dizly serta filem ‘Jangan Pandang-pandang’ arahan Ahmad Idham yang turut dibintangi Zizan Raja Lawak.

Oleh:NINA FARZUIN MD SHAROM
{[['']]}

Soal Cinta Neelofa,Shahz Jazle dan Miera Liyana



FILEM Azura yang menggandingkan penyanyi Jamal Abdillah dan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam industri perfileman tempatan sekitar era 80-an.
Memaparkan sebuah kisah tentang cinta antara dua darjat yang digarap cukup menarik, maka tidak hairanlah filem arahan Deddy M. Borhan itu terus diminati dan menjadi tontonan ramai setiap kali ditayangkan di televisyen.
Namun begitu, selepas 27 tahun filem terbitan Sabah Film Production itu dihasilkan, ternyata ia telah menarik minat seorang pengarah yang cukup terkenal iaitu Aziz M. Osman mengadaptasi filem Azura untuk versi 2011.
Biarpun jalan ceritanya agak berbeza berbanding versi terdahulu, namun ia masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu mengenai kisah cinta yang terjalin di antara seorang gadis miskin dan lelaki yang dilimpahi dengan kemewahan.
Untuk versi baharu, ia mengisahkan tentang Azura, seorang gadis yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua-dua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.
Sementara Zek pula membesar sebagai anak orang kaya sehinggakan kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tidak mampu menahan diri daripada godaan. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Selain menampilkan jalan cerita berbeza, ia turut menampilkan dua orang pelakon baharu yang semakin meningkat naik dan dikenali ramai iaitu Shahz Jaszle dan Neelofa yang memikul tanggungjawab sebagai watak utama.
Bagaimanapun, apa yang menarik sepanjang penggambaran filem Azura berlangsung, terdapat khabar angin yang mengatakan tentang wujudnya kisah cinta lokasi yang membabitkan Shahz dan Neelofa.

Sememangnya Shahz dan Neelofa dilihat cukup mesra bersama dan digosip bercinta sebelum ini, tetapi ia mencalar kontroversi apabila tiba-tiba Shahz yang sebelum itu dikatakan bercinta dengan aktres veteran jelita, Maria Farida dengan mudah beralih cinta pula kepada seorang lagi pelakon baharu, Miera Liyana.
Percintaan antara Shahz dan Miera digosip bercinta selepas mereka sama-sama membintangi filem Rentaz dan kedua-dua Shahz dan Miera tampil mengesahkan sememangnya mereka kini sedang bercinta!
Malah, pada majlis pelancaran filem Azura di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur kelmarin, Shahz sebaliknya mengakui sememangnya dia terpikat kepada Neelofa ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran filem tersebut.
Namun kata Shahz, hatinya terpikat kepada Neelofa atas dasar karakter Azura yang dilakonkan Neelofa dalam filem itu.
Shahz tidak mahu peminat salah sangka kerana apa yang dimaksudkannya itu adalah dia terpikat dengan karektor Azura itu sendiri yang berhasil dibawakan dengan baik sekali oleh aktres jelita itu.
"Memang saya sangat tertarik dengan watak Azura itu dan saya puji Neelofa kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dengan berkesan. Sehinggakan saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian walaupun kali pertama bergandingan bersama," jelasnya.
Shahz lantas menegaskan dia dan Neelofa tidak pernah menjalinkan hubungan cinta sekali gus menafikan gosip percintaan mereka yang tersebar selama ini.
"Sebenarnya saya ingin menyatakan yang memang kami tidak pernah menjalinkan hubungan percintaan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Hubungan kami pada masa itu agak rapat, tetapi tidaklah sampai bercinta.
"Lagipun kami hanya rapat di lokasi dan tidak pernah keluar berdua bersama. Sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran filem Azura, kami terus membawa haluan masing-masing dan agak jarang berhubung," katanya.
Neelofa tidak ketinggalan meluahkan rasa tentang isu gosip cintanya dengan Shahz itu.
Dia menganggap gosip tentang percintaan mereka sebelum ini adalah disebabkan kerana ketika itu dia tidak mempunyai kekasih, manakala Shaz pula sedang berhadapan dengan masalah bersama bekas kekasihnya iaitu Maria Farida.
Jelasnya, dia yakin gosip cintanya dengan Shaz yang pernah ditimbulkan sebelum ini tidak akan berlaku seandainya dia sudah mempunyai kekasih sewaktu mereka berdua menjalani penggambaran filem Azura.
"Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana, mungkin juga saya adalah mangsa keadaan kerana status saya yang solo. Namun, saya memang menganggap Shaz tidak lebih daripada rakan sesama artis.

"Malah, sekarang ini pula saya digosipkan bercinta pula dengan Hans Isaac. Sebagai seorang artis baharu saya akui perkara sebegini memang sukar untuk dielak, tetapi kalau terus berlaku boleh membuatkan saya rimas," tegasnya.
Ujarnya, buat masa sekarang ini sebagai langkah yang terbaik buat dirinya adalah terus memberi fokus kepada kerjayanya yang semakin meningkat naik tanpa mempedulikan sebarang kisah hangat yang melanda dirinya.

SHAHZ JASZLE turut ditemani kekasihnya, Miera Liyana ketika majlis pelancaran filem Azura kelmarin.
Miera Liyana cemburu?
Ketika ini pastinya ramai yang sudah mengetahui tentang hubungan percintaan yang telah terjalin di antara Shahz dengan seorang pelakon muda yang pernah dikaitkan dengan isu kontroversi iaitu Miera Liyana atau nama penuhnya Miera Liyana Kasmi.
Biarpun baru menjalinkan ikatan kasih bersama, tetapi sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa kedua-dua pelakon itu bakal mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang terdekat ini.
Pada majlis pelancaran filem Azura tersebut, Shahz turut ditemani Miera biarpun Meira tiada langsung kaitan dengan filem itu.
Diminta mengulas mengenai perkara berkenaan, Shahz menafikan dia dan kekasihnya itu akan bertunang tidak lama lagi.
"Memang kami berdua ada berbincang bersama-sama tentang hal pertunangan, tetapi tidak pernah meletakkan sebarang tarikh tertentu. Lagipun buat masa ini kami masih lagi sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Bagaimanapun, saya sebenarnya memang ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda memandangkan ayah saya sendiri semakin tua dan dalam usia sebegini rasanya sudah sesuai untuk bergelar suami," jelas pelakon yang baru berusia 23 tahun itu.
Ditanya adakah dia tidak menyesal sekiranya mereka berkahwin pada usia yang muda, dia menganggap soal umur bukanlah satu masalah yang besar memandangkan ibunya sendiri mendirikan rumah tangga ketika berusia 18 tahun.
"Pada saya usia bukanlah penentu kepada kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Lagipun apa yang paling penting adalah persefahaman yang terjalin di antara satu sama lain agar perhubungan dapat terus berkekalan," tegasnya.
Sementara itu, Miera menjelaskan dia menemani kekasihnya itu bukanlah semata-mata disebabkan perasaan cemburu.
"Sebenarnya Shaz sendiri yang ajak saya datang ke majlis ini. Lagipun sebagai kekasih, ini adalah sebahagian daripada tanda sokongan saya memandangkan Azura merupakan filem sulung lakonan Shahz," ucapnya.

Disebalik namanya yang kini semakin meningkat naik sebagai seorang pelakon, kali ini Neelofa telah mengejutkan ramai pihak apabila menjadi pilihan pihak TV3 untuk menjadi pengacara rancangan Nona bersama Fara Fauzana.
Menurut Neelofa, dia sendiri sangat teruja untuk menjadi pengacara bersama dalam rancangan tersebut dan menganggap ia adalah satu pencapaian yang cukup besar dalam kariernya sebagai anak seni.
"Sebenarnya memang sejak dari dahulu lagi saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pengacara, tetapi ternyata rezeki yang saya peroleh terlebih dahulu menerusi bidang lakonan.
"Yang menariknya, selepas kenyataan saya keluar dalam sebuah majalah baru-baru ini tentang impian dan hasrat mahu menjadi pengacara Nona, tidak sangka pula ia tiba-tiba telah menjadi kenyataan," ujarnya.
Menurut Neelofa, selain gembira dengan tawaran yang diterima dia sendiri tidak sabar untuk menjalani rakaman untuk rancangan tersebut yang dijadualkan bermula pada pada akhir bulan ini.
Pada masa yang sama, pelakon tersebut memberitahu meskipun selepas ini dia agak sibuk tugas baharunya itu, tetapi ia langsung tidak mengganggu perjalanan kariernya dalam dunia lakonan.
"Buat masa ini saya memang tidak menerima sebarang tawaran berlakon drama kerana mahu memberi tumpuan kepada filem dan mengacara. Saya hanya akan berlakon dalam drama yang menampilkan jalan cerita dan watak yang betul menarik dan bagus," jelasnya.
Kredit: Sumber
{[['']]}

Shahz Jaszle Akui Pernah Jatuh Cinta Pada Neelofa


KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Shahz Jaszle (gambar) mengakui pernah menuruh hati kepada heroin filem Azura, Neelofa ketika penggambaran filem tersebut.
Kata Shahz, dia jatuh hati terhadap perwatakan atau karakter Azura yang dibawakan oleh pelakon Tahajud Cinta itu.
"Saya pernah rapat dengan Neelofa semasa penggambaran filem itu. Tapi kami bawa hal masing-masing selepas tamat penggambaran.
"Mungkin juga saya jatuh cinta dengan dia kerana karakter Azura itu," katanya ketika majlis pelancaran filem Azura, di sini, Rabu.




Bagaimanapun, Shahz berkata dia dan Neelofa tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan kekasih.
"Kami mungkin serasi membawakan watak pasangan kekasih dalam filem tetapi tidak secara realiti.
"Saya dan dia mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza," katanya yang mengakui Neelofa seorang pelakon yang mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan.
Sementara itu, Neelofa berkata hubungan rapat antara dia dan Shahz semasa penggambaran filem tersebut rapat kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai kekasih ketika itu.
"Dia banyak mengajar saya berlakon kerana ini merupakan filem pertama saya.
"Saya akui kami pernah rapat namun hanya ketika penggambaran filem tersebut, selepas itu kami membawa hal masing-masing," katanya.
Bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan pada 2 Februari 2012 itu, Neelofa berkata dia banyak membawakan perwatakan sebenar dalam watak Azura.
"Ini filem pertama saya, jadi saya akui banyak perwatakan sebenar saya yang ada pada Azura.
"Tapi Alhamdulillah, Abang Aziz banyak membantu dan beri tunjuk ajar," katanya.
{[['']]}

Wan Sharmila nafi cium mulut dengan Shah Jaszle dalam 'Melodi'






Joyah sebenarnya bukanlah kenal sangat dengan pelakon baru bernama Shah Jaszle ni. Adalah sekali dua pernah terbaca cerita dia keluar di surat khabar.

Kononnya bercinta dengan aktres janda seksi, Maria Farida. Tapi bila ditanya, dua-dua tak mengaku walaupun ada bukti gambar berpeluk sakan dan ucapan sayang Shah Jaszle buat Maria dalam laman sosial Twitter.
Tapi Joyah tak kisah pun dengan cerita skrip ulang tayang dalam dunia hiburan tu. Alih-alih sejak seminggu dua ni, nama Shah Jaszle makin panas pula macam pisang goreng.
Shah Jaszle dikatakan sudah putus cinta dengan Maria. Siap kedua-duanya isytihar perang di Twitter. Semuanya gara-gara Shah Jaszle bercium dengan seorang lagi dramatis janda masa post-parti Anugerah Skrin 2010 baru-baru ni.

Apa lagi, benganglah Maria apabila dapat tau Shah Jaszle curang di belakang. Tak habis dengan cerita curang tu, timbul pula kisah lampau kononnya Shah Jaszle pernah bercinta dengan salah seorang finalis sebuah pertandingan. Anzalna kot namanya. Dah pula gambar peluk mesra mereka tersebar di internet sekarang.
Joyah sebenarnya tak kisah pun kalau macam ni gayanya Shah Jaszle nak mencari glamor dalam dunia hiburan. Tetapi tolonglah, kalau bakat tak ke mana dan belum terbukti, tak macholah bro.
Setakat nak cari publisiti murah dengan dok jaja kisah peribadi di Internet, Joyah nak bagi gelaran 'pelakon terbaik' buat Shah Jaszle pada masa kini. Kasihan Joyah dengan Bront Palarae dan Shaheizy Sam.-utusan
{[['']]}

Sah Maria Farida Dan Shahz Jazle Sedang Hangat Bercinta


PETALING JAYA: Pelakon Shahz Jazle, 22, dan Maria Farida,yang berusia lewat 30-an, sah sedang hangat dilamun cinta.
Pasangan tersebut mula memberanikan diri bermesej manja dan saling memanggil sesama sendiri dengan panggilan sayang di laman sosial, Twitter baru-baru ini.


Walaupun pasangan itu membuat kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan rapat, mesej-mesej mereka pada Twitter pula seperti mengiakan perhubungan cinta mereka.
Bagaimanapun, Shahz yang dihubungi mStar Online, Ahad, enggan memberi komen mengenai hal tersebut kerana tidak mau kisah privasi diketahui umum.
"Maaf, saya tidak mahu bercakap tentang hal itu dan tidak mahu kisah cinta saya dijaja.
"Saya buat begini berdasakan pengalaman saya yang lepas dimana kisah cinta saya tidak sudah-sudah dipaparkan di akhbar mahupun laman-laman portal.
"Ini membuatkan keluarga saya tidak senang dengan perkembangan kerjaya saya yang penuh dengan cerita-cerita peribadi. Saya harap anda faham," katanya yang sedang berlakon drama Gemilang arahan Khabir Bahtia bersama dengan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli, yang akan disiarkan di TV3 tahun depan.
Sebelum ini, Shahz dan Maria dikatakan sering keluar bersama dan yang terbaru, Maria menunggu Shahz yang sedang membuat sesi fotografi untuk sebuah majalah di dalam kereta.-mstar
{[['']]}
 
Copyright © 2011. Gosip Terkini - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger